Thursday, September 14, 2006

Rasa yang aku hilang.

Semalam, seorang teman bicara sama aku. Dia seorang perempuan yang manis. Biar dia manis, aku hanya mampu melihat dia penuh rasa kosong. Kerna dia udah punyai pacar. Dan semalam dia mahu bicara tentang pacarnya.

Menurut dia, dia punyai segala kelebihan, lebih dari pacarnya. Baik segi wajah, akademik juga ekonomi. Aku kira pacarnya itu beruntung bisa memperolehi cinta dia. Tapi atas kerna itu juga, pacarnya merasa rendah diri. Lagi juga, keluarga teman aku ini mahu anaknya berjodoh dengan seorang lelaki yang sama taraf, setidak-tidaknya akademik. Atas rasa rendah diri itu, pacar mahu memutusin hubungan atas alasan, dia ngak bisa membahgiakan teman aku ini tadi.

Teman aku, sedih, kerna dia benar-benar cinta sama lelaki itu. Ngak mahu hubungan mereka putus atas kerna alasan rendah diri. Aku waktu itu, hanya bicara, jika pacarnya itu benar-benar cinta ama dia, dia harus memperjuangkan cintanya. Cinta itu perjuangan, harus berjuang untuk mendapatkan, harus berjuang untuk mempertahankan. Tapi jika pacarnya itu, udah menyerah, ngak mau lagi turut berjuang, ayuh, turutin aja maunya. Putus aja kata aku.

Dia diam. Aku bicara lagi dengan nada bertanya. Kenapa dia ngak mau mutusin lelaki yang udah hilang semangat juang pada cinta. Apa sih yang dia mau pertahankan pada hubungan itu. Apa dia mahu pertahankan cinta dia itu, cinta yang aku kira hanya ego. Ego kerna melihat pasangan lain bahagia, lantas dia fikir, dia juga bisa bahagia. Apa kerna dia udah cinta mati, yang menurut aku cinta mati itu hasil dari ketakutan diri ini tidak lagi akan memperoleh rindu juga kasih dari lelaki lain. Yang sebenarnya, tanggapan itu silap. Atau kerna dia mahu mencuba lagi. Terpengaruh dengan kata-kata 'terus mencuba pasti berjaya'.

Dia diam lantas tenang memberitahu. Dia sayang lelaki itu, cintakan lelaki itu dan ngak mau lelaki itu pergi dari dia, kerna lelaki itu memberikan rasa selesa pada dia, membuatkan dia rasa selamat. Aduh, aku bungkam. Kerna atas jawapan itu, aku hilang hujah, hilang soalan susulan dan aku terus bisa mengerti kenapa dia mahu pertahankan hubungan dia.

Terus aku melihat diri aku, apa aku punyai segala ciri-ciri itu. Bisa memberi rasa selamat juga rasa selesa pada cinta yang aku punya. Aku kira untuk selama waktu yang ada, aku hanya membuat cinta itu rasa biasa-biasa. Untuk waktu ini, aku hilang kata-kata untuk bicara lagi sama dia. Kerna aku harus renung lagi diri aku. Apa aku bisa meberi rasa yang sama perti yang pacar teman aku tadi memberi rasa itu kepada dia.

Senja udah hilang, malam makin ghairah. Aku hilang bersama hilangnya senja. Larut dalam perasaan gelap aku. Gelap untuk berfikir apa rasanya bila kita rasa selamat juga selesa, mungkin aku harus merendah diri untuk bertanya bagaiamana dia memberi cinta itu rasa selamat juga selesa biar dia dalam keadaan rendah diri. Untuk teman aku, maaf, aku tidak bisa beri pendapat untuk hubungan kamu lagi, kerna aku sendiri terpaksa mengkoreksi diri aku dulu.

2 comments:

Aqil Fithri said...

salaam~

saya terkejut bila abdolkarim soroush memetik dari al-asfar al-arba'ah bahawa kaum perempuan itu sebahagian daripada haiwan. sebab Allah telah memperelokkannya, maka lelaki berminat untuk berdampingan dengan wanita. namun saya kaget bila saya baca tulisan kamu ini. rasanya seperti terbalik pula. apapun, kenyataan Mulla Shadra ditolak oleh Soroush...

dan, saya bersama Soroush...

MDM FARAH FAIZURA said...

jangan khuatir,

aku kira kambing betina itu jelas bagaimana rupanya

ehehe