Saturday, September 02, 2006

kuda laut ku gagah berani

Ada waktu yang aku lupa bila, kerna udah terlalu lama aku kira. Aku pada waktu itu sendiri berlalu di tepi jalan yang ramai. Di satu sudut aku ternampak seorang tua yang terlihat kuno, menjual ubatan seks. Di antara barangan yang aku masih ingat, ialah kuda laut jantan yang udah di keringkan. Orang tua itu kata ia bagus untuk tenaga batin. Untuk tahan lama. Aku terus berlalu dan melupakan hal tersebut kerna aku masih yang terbaik, tidak perlu lagi pada ubatan tersebut. Hehehe.

Cuma, pada hari semalam, ketika aku melihat keluar jendela, menikmati indahnya awan di balik langit biru. Fikiran aku melayang mengenangkan peristiwa itu. Bukan kerna aku udah perlu ubatan seks, tapi aku terfikir kenapa kuda laut jantan yang di jual, bukan cula kuda sebenar. Yang ada hanya pil kuda jantan.

Aku kira cula kuda jantan sebenar, lagi ampuh kerna ia lagi besar dan juga lagi sukar di dapati. Mungkin stok dan harganya yang jadi persoalan pada orang tua penjual tersebut.

Tapi, seketika itu juga, aku rasanya baru mengerti persoalan aku tadi. Bahawa, kuda laut jantan itu sebetulnya lagi hebat dari kuda sebenar. Ini kerna kuda laut jantan bisa mengandung dan melahirkan anak-anaknya. Sedangkan kuda jantan hanya tahu mengawan. Atas perkiraan itu kuda laut jantan dilihat punyai lebih banyak khasiat juga lebih punyai sebab untuk di jadikan ubat tenaga batin. Kerna batin kuda laut jantan itu kuat. Ia menabur benih, tapi dia juga yang menanggung hasilnya. Pasti perlu batin yang kuat. Hehehe.

Tiba-tiba, aku terfikir pula orang tua yang kelihatan kuno tersebut. Jika benar andaian aku, dari mana orang tua si penjual ubatan seks itu tahu fakta ini. Mungkin dia dulu belajar zoomarine atau apa dia penggemar rancangan national geographic, atau pelanggan majalahnya. Mungkin juga dia memperolehinya dari warisan dia. Apapun puncanya, aku belajar sesuatu dari situ.

Pertama, kecil-kecil cili api (untuk kuda laut jantan). Keduanya, jangan menilai buku dari kulitnya (si tua penjual ubatan seks). Fikiran aku terus melayang lagi memikir, jika lelaki bisa mengandung, pasti perlu lagi banyak ubatan dari perempuan. Hehehe. Mujur tuhan menciptakan hanya perempuan yang bisa mengandung. Syukur.

4 comments:

Anonymous said...

"jika lelaki bisa mengandung, pasti perlu lagi banyak ubatan dari perempuan"

secara tak langsung, lelaki ni tak begitu kuat berbanding perempuan sebab kalaulah lelaki bisa mengandung, perlu makan lebih ubatan, walhal perempuan sekarang ini pun, tak perlu mengambil ubatan utk mengandung. Cuma sesudah mengandung, perlu ada rawatan rapi, tak gitu? :)

MDM FARAH FAIZURA said...

kenapa aku bilang begitu..

kerna untuk memberi mengandung...lelaki yang harus kerja keras..ehehe

perempuan hanya tahu enak aja..heheh

jadi..

harus lebih ubatan jika lelaki pula yang harus mengandung..

ehehehe

Anonymous said...

hehe, jgn berkata kalau tak tahu yg sebenar. siapa kata perempuan tahu yg enak sahaja? lelaki yg lebih kepada yg enak sebenarnya.

ingat la perempuan harus menanggung selama 9 bulan utk mengandung, di dalam pantang dan selepas bersalin. ini belum masuk kira bagaimana mahu mengembalikan bentuk badan kepada yg asal lagi dr segi dalaman dan juga luaran.

siapa yg lebih enak sekarang? dan siapa yg harus mendapatkan lebih ubatan lagi?

Anonymous said...

:D