Maafkan aku kerna menikmati keindahan itu tanpa mahu mengerti bagaimana ia tercipta untuk aku. Tanpa mahu memahami kenapa ia harus ada disisi aku, menemani aku biar hanya untuk sesetengah waktu.
Beri aku masa untuk menghargai keindahan, kerna keindahan sentiasa memberi aku waktu untuk menanti, memberi aku masa untuk bicara. Aku hanya ingin keindahan tahu, aku juga punyai hati. Biar aku tidak tahu untuk apa keindahan itu untuk aku, aku masih bisa mengerti apa makna senyuman keindahan itu.
Untuk keindahan, aku memohon ampun untuk segala rasa hitam yang aku punya terhadap keindahan. Jika keindahan tidak mampu untuk memaafkan aku, aku tetap akan berdoa untuk keindahan sehingga hati aku ini luluh di makan tanah.
No comments:
Post a Comment