Wednesday, September 20, 2006

catatan untuk perempuan 6

Perempuan itu menyimpan cintanya di hati. Iya, hanya di hati. Perempuan tidak akan menyimpan cintanya di bibir. Kerna perempuan bilang, mereka malu jika si lelaki yang di cintainya itu tahu bahwa dia sedang mencintainya dari jauh.

Sambil itu berharap agar si lelaki itu memulakan dahulu. Kerna itu yang si perempuan fikir. Si lelaki itu hanya satu jenis. iaitu jenis yang akan memulakan sesuatu. Juga jenis yang tidak suka untuk di rayu cintanya.

Untuk itu, terus terang, sebetulnya, ada sejenis lagi lelaki yang lebih suka jika perempuan itu yang dulu memulakn bicara. Perempuan itu yang dulu punyai inasetif untuk mendapatkan dia. Bukan bermakna lelaki itu dayus, tapi bagi dia, si perempuan itu terlalu agung bagi dia. Lalu, jika dia menyatakan cinta, takut nanti si perempuan itu hanya akan lari atau merasa resah. Untuk itu, mungkin si lelaki itu lagi suka berkias-kias, harap si perempuan mengerti. Lelaki juga punyai rasa malu. malah untuk kebanyakkan waktu, ia lebih dari rasa malu perempuan itu sendiri.

Untuk si perempuan, tidak salah untuk agresif. tidak hilang keperawananan kalau coba jadik agresif dalam memburu cinta. tapi untuk semua hal itu, harus berada di tengah-tengah. Biar sederhana. Kerna sederhana itu yang sebetulnya manis. Bukan terlalu malu, tidak juga terlalu berani. Jadi, bagi si perempuan yang memendam rasa, ayuh, mulakan langkah. Mungkin mengirim surat barangkali.

Penolakkan mungkin terjadi, tapi jika ia terjadi lebih awal itu lagi baik dari ia terjadi saat kita udah tidak mampu melupakan dia. Tapi, peluang untuk penerimaan itu lagi besar sebetulnya. Pasti kalian akan bahgia. Percayalah.

2 comments:

Kaklong Syikin said...

Salam,

ya..tidak salah perempuan memulakan dahulu langkahnya.

tetapi, sebaiknya istikharah dahulu agar senang kerja kita kemudiannya. maknanya, jika istikharah itu positif, makanya terus aje langkah2 perkenalan ttp pastikan tidak melepasi batas tuntutan syara'kan..
dan jika istikharah itu negatif jawapannya, makanya tidak perlu dia bersusah payah memulakan langkah perkenalan.

ini pendapat saya seadanya.

p.s. maaf sbb lambat berkunjung balas.

Anonymous said...

hmm... saya suka entry yg ini. Bikin saya tersedar sikit. :)