Monday, September 11, 2006

catatan untuk perempuan 5

Untuk catatan terdahulu, aku ada bilang lelaki itu berjenis-jenis. Untuk waktu ini aku mahu mengatakan bahawa perempuan sering bilang , lelaki itu hanya akan merindu, hanya memanja, hanya akan bersunguh-sungguh bila mahu mendapatkan cinta wanita. lelaki jenis ini tidak tahu putus asa, sanggup terluka, sanggup menunggu. Tapi bila cinta itu dalam gengaman, sang lelaki akan mula jadi biasa-biasa. Tidak ada lagi kata rindu, kata cinta, pujuk rayu juga belaian manja. Ini yang perempuan percaya, lelaki semua begini jenisnya.

Mahu aku peringatkan bahwa ini jenis yang sering di lihat. Ada lagi sejenis lelaki yang tidak pernah lelah untuk memburu cinta, sering memujuk rayu, sering berkata rindu bila lelaki ini peroleh cinta wanita. Dimana sikap sebelumnya tidak berkurang, malah bertambah lagi cinta juga manja. Tapi untuk lelaki jenis ini, biasanya dia tidak lama untuk bertahan dalam posisi merayu cinta. Bagi lelaki jenis ini, bila dia udah terluka, bila dia udah terlalu lama mengunggu, dia akan pergi bersama cintanya. Dia kira, itu yang terbaik bagi perempuan tersebut. Kelihatannya dia putus asa, tapi itu hanya terjadi setelah dia usaha sepenuh hatinya untuk meyakin perempuan bahawa cinta yang dibawanya itu ikhlas dari hati.

Di sini terkesan dua sikap yang berbeza, untuk lelaki jenis pada perenggan pertama, dia gigih, tapi tidak mencinta sampai ke akhir. Untuk lelaki kedua, mencinta sampai mati, tapi tidak gigih untuk mendapatkan cinta. Ini dunia, setiap kelebihan pasti dikurniai kekurangan. Dan untuk waktu ini, lihat aja pasangan kalian. Jangan hanya memikir lelaki hanya sejenis. Untuk waktu ini (udah Maghrib), aku undur dulu. nanti aku cerita lagi tentang jenis-jenis lelaki. Hehhee

*aku lelaki yang berhati hitam...hehehe

8 comments:

Anonymous said...

Saya setuju dgn perenggan yg pertama. Mostly lelaki jatuh pada kategori ni... :)

MDM FARAH FAIZURA said...

mungkin kamu tidak ketemu lagi lelaki perenggan kedua

hehehe

Ayu Mohamad said...

saya sabar menantikan lelaki kamu bercerita lagi tentang jenis-jenis lelaki.
kamu jenis yang berhati hitam ya? kalau berhati hijau bagaimana pula? kuning? ungu? merah? :) *jgn marah ya.. gurau2 aja..
yg di atas itu (Delinn) bestfren saya :)

azeel said...

aku kira dulu aku adalah adalah lelaki yg pertama. mengejar wanitaku bersungguh-sungguh kerana aku tahu sainganku bukan satu. akhirnya aku berjaya juga memikatnya. tetapi seperti yg kau nyatakan, dalam tahun2 berikutnya, aku jadi lelaki yang biasa-biasa. aku dalam keadaan 'comfort zone'. biarkan semuanya berjalan dengan masa...

kini, aku akui, aku jadi manusia yang terluka lantas sikap acuh tak acuh yang aku berikan padanya. dia jadi dingin, dia tidak lagi ingin memberi peluang untuk aku lagi. dan secara tiba-tiba, aku terus menjadi lelaki yg kau sebut di perenggan kedua itu. aku memujuk rayu dan cuba memenangi hatinya kembali. tetapi aku rasa aku tidak betah untuk menunggu lama atau punya kesabaran yg cukup tebal. mungkin satu hari nanti, bila aku rasa apa yg aku usahakan tidak akan membawa aku ke mana-mana, aku akan pergi juga. mgkn dia memandang sepi keikhlasan yg aku cuba curahkan skg, tapi jika itu masih tidak lagi dapat memperolehi kepercayaannya, aku kira aku perlu berlalu pergi saja.

bagiku, lelaki akan bertindak mengikut keadaan. seperti aku, aku dulu adalah lelaki dari perenggan yg pertama, tapi lihatlah kini, aku sedang berusaha untuk jadi lelaki yg kau maksudkan dalam perenggan kedua.

Anonymous said...

bleh tahan jiwang blog budak nih...ahahaha

MDM FARAH FAIZURA said...

bagi aku hati itu hanya ada 2 warna,,,puith juga hitam...jika merah aku kira iu hati kamu...bukan aku..ehehe

...

aku kira udah memberi amaran, ini blog cinta ...ehehhe

Anonymous said...

biasa2 aja dalam bercinta kadangkala lebih bagus kerna tak menyakitkan hati sendiri.

Kamu lelaki, buat catatan wakilkan aku juga ya....

NUR said...

buat lelaki perenggan pertama...jangan terlalu selesa nnt kami bisa terluka...sudah terlalu ramai jenis yang ini di luar sana

lelaki perenggan kedua...mengambil jalan selamat...agar luka tidak berterusan...mungkin ada lebih membahagiakan dirinya di hadapan sana...

*ternyata semua lelaki itu sama...namun selami la "hati" mereka...ternyata ada bezanya...maka itu lahirla lelaki perenggan pertama dan kedua..