Friday, September 08, 2006

buah dada yang tertolak

Jadi untuk menjadi seorang yang baik kategori A+ adalah sukar pada hari ini. Itu kesimpulan yang berasaskan pertanyaan dari hati aku. Baik kategori A+ dari pengertian aku adalah seseorang yang bisa menjaga dirinya dari membuat sesuatu yang boleh memberi dosa. Menjaga tangannya dari meramas, lidahnya dari menjilat, jarinya dari menggentel, bibirnya dari menghisap juga matanya dari melihat penuh bernafsu. Untuk anggota tubuh yang lain maaf, aku tidak senaraikan kerna nanti entry (aku baru belajar memelayukan perkataan ini) terlalu panjang.

Siapa yang tidak pernah meramas vcd-vcd bajakan (cetak rompak). Siapa yang tidak pernah menjilat kata-kata nista, mengentel-gentel salah orang lain. Siapa pula tidak pernah bibirnya menghisap kata-kata pujian yang mengenyangkan riak.Apa kita juga mampu menahan mata dari bernafsu melihat dunia.

Mungkin kita hanya belum dari meramas tetek, menjilat ke****it, mengentel-gentel dan menghisap puting juga memerhati dengan bernafsu buah dada wanita yang menolak bajunya kehadapan. Jika hanya itu yang belum kita perbuat, kita masih dalam baik, cuma dalam ketegori C+ aja. Hurm. jadi fikir, kita sebetulnya dalam kategori mana.

Aku kategori f...hehehe

5 comments:

azeel said...

lain saja tulisan kau kali ini..hehehehe

buat dingin..

baca nota terakhir ghaz di sini.

http://hikaru.blogdrive.com/archive/cm-9_cy-2006_m-9_d-8_y-2006_o-10.html

di bawah tajuk : Semoga allahyarham tenang di sana ...

MDM FARAH FAIZURA said...

aku bosan sebetulnya

MDM FARAH FAIZURA said...

lupa terima kasih

Anonymous said...

Saya suka entri ini. Satu muhasabah untuk diri.

PS: Kalau mau cari perempuan bogel yang suka makan cendol, senang saja. Cari perempuan, bogelkan dan bagi dia makan cendol. :)

Anonymous said...

betul ke ko kategori F? macam tak percaya sahaja.