Sunday, September 17, 2006

Selamat hari lahir Malaysia

Semalam 16 September merupakan satu tarikh yang aku kira, tarikh keramat. Kerna pada waktu itu Malaysia tertubuh. Lantas menjadikan Sabah juga Sarawak termasuk dalam wilayah yang merdeka. Apa pun sering timbul persoalan kenapa tidak 16 September ini di jadikan hari kebangsaan. Kenapa 31 Ogos juga yang terpaksa di sambut oleh Sabah juga Sarawak.

Mudahnya, hujah pihak pemerintah ialah, Sabah juga Sarawak bukan lagi negara pada waktu itu. Hanya sebuah wilayah yang di jajah. Jadi atas kerna itu, Sabah dan Sarawak harus menuruti apa yang di perbuat oleh sebuah negara yang merdeka. Sabah juga Sarawak hanya sebahagian dari negara baru yang merdeka.

Bagi aku pula, sejarah akan ditulis oleh mereka yang menang. Ini terbukti, waktu itu UMNO yang menang dan memerintah .Tarikh 31 Ogos adalah hasil dari perjuangan UMNO. Tarikh 16 September pula adalsh hasil dari perjuangan parti perikatan. Lalu, UMNO harus mengambil sesuatu yang membuatkan mereka terpandang mulia lagi jargon. Lantas, tarikh keramat 31 Ogos yang mereka ciptakan itu terus di jadikan asas kerelevenan mereka.

Apa bezanya ketika tahun 70 an, sewaktu pertukaran ayat sambutan hari kemerdekaan dengan sambutan hari kebangsaan. Mereka-mereka ini sedar, Malaysia tidak pernah di jajah, malah belum lagi wujud sebelum 31 Ogos 1957. Tapi hanya wujud pada 1963. Atas itu, lohong kecelaruan itu terlalu besar hingga memaksa mereka-mereka ini menjadikan pertukaran ayat tadi sebagai satu remedi yang ampuh.

Jadi untuk ini, biar kita terus bergembira dengan 31 Ogos, kerna tarikh itu cukup enak bunyi. Biar kita terus tidur dan melupakan 16 September ini sebagai satu yang bersejarah, kerna ia tidak langsung memberi keuntungan pada keagungan masa silam parti pemerintah. Yang penting perut kita dan keluarga kita tidak kosong dan bahagia di negara ini yang makmur ini. Terima kasih Malaysia. (maaf aku tidak mampu menyambut hari kelahiran kamu dengan bunga api, tiada sponsor)

2 comments:

Anonymous said...

Atas sentimen tertentu, saya sangat setuju dengan entri ini.

Ijinkan saya memautkan entri ini ke dalam blog saya ya...

MDM FARAH FAIZURA said...

aku juga tidak tahu atas sentimen apa,

aku jadi ok aja

teruskan

hihihi