Friday, September 01, 2006

cemburu itu suci

Aku percaya, kita tidak cemburu jika kita percaya tiada kaitan perasaan diantara pasangan kita dengan teman lain jantinanya. Cuma kita cemburu kerna kita tidak pasti apa perasaan pasangan kita dengan teman lain jantinanya tersebut. Kita bisa berandaian pasangan kita itu akan tertarik dengan teman lain jantinanya atau teman lain jantinanya itu tertarik dengan pasangan kita. Lantas wujud cemburu hasil dari andaian tadi.

Segalanya adalah andaian. Tapi jika hanya andaian juga tidak menjadi cemburu. Cemburu itu hadir dari rasa kasih yang mendalam kepada pasangan kita. Kita mahu hanya dia untuk kita dan dia hanya ada kita. Untuk berkongsi kasih dia dengan lain pasti bukan caranya. Lantas rasa ingin memiliki, rasa ingin melindungi itu mewujudkan rasa cemburu. Atas itu wujudnya layanan manja juga pujuk rayu.

Cemburu itu sifatnya di hati. Bukan pada fizik. Ia tidak wujud biar pasangan kita keluar sendiri-sendiri dengan teman lain jantinanya, jika kita yakin tidak wujud perasaan cinta. Tapi biar pasangan kita keluar ramai-ramai dengan pasangan lain jantinanya, kita tetap cemburu jika kita meyakini ada wujud kontak perasaan sesama mereka. Itu cemburu bagi aku.

Jika di perkirakan rasa cemburu itu suci. Kerna ia adalah rasa untuk memiliki, rasa untuk melindungi. Tapi bila rasa itu berlebihan maka, pasangan kita tadi secara tidak sedar udah berada dalm penjara yang kita ciptakan untuk dia. Dia udah ngak bebas dan tinggal dia sendirian kerna dia hanya untuk kita.

Lantas untuk memberi rasa suci pada cemburu, harus ia sederhana sifatnya. Jadi untuk mencipta suasana yang sederhana, andaian kita juga harus sederhana. Kita memberi andaian yang baik tapi harus sentiasa awas. Kerna jika tiada andaian maka tiada cemburu lantas tiada lagi kawalan juga tiada rasa untuk memiliki. Rasa itu yang menghasilkan layanan manja juga penambah rasa dalam cinta.

Cuma dalam hal-hal yang istimewa, misalnya kita mencintai seorang yang kita udah tahu masih belum mampu melupakan pacar lamanya. Atau dia masih punyai pacar, apa cemburu itu harus atau bagaimana? Mungkin ia harus jika kita udah di beri cinta. Tapi jika kita masih berangan-angan. Cemburu itu hanya percuma. Atas itu hati-hati dengan siapa yang anda cemburui . hehee

2 comments:

Anonymous said...

Dingin,

tapi macama ye, kalau pada satu² hubungan tu, hubungan cinta yg pastinya, langsung tak wujud rasa cemburu. I mean, lelaki tu tak langsung menunjukkan rasa cemburu. Atau sebenarnya si lelaki tu terlalu ego utk menunjukkan rasa cemburu beliau tu? Atau, sememangnya dia tak berapa punya hati dan perasaan yg begitu mendalam terhadap pasangannya, maka sebab itu dia langsung tak cemburu?

Oh, that is bad... :)

MDM FARAH FAIZURA said...

semuanya adalah andaian..

seperti yang aku bilang...

andaian+kasih yang mendalam

jika ada andaian yang was-was+kasih yang mendalam=cemburu..

itu aja

hehehe