Pada suatu petang. Aku duduk-duduk di suatu kawasan di Putrajaya (adeh, aku ngak bisa bercerita begini). Ada suatu petang, aku sendiri, menunggu teman aku. Aku sendiri di Putrajaya. Dalam aku duduk-duduk, aku terpandang, dua orang perempuan Cina juga seprti aku. Duduk-duduk. Mungkin seperti aku baru udah urusan di suatu pejabat di Putrajaya.
Perempuan itu pertengahan umur, tidak cantik (maaf, hihihi). Tapi aku masih tertarik untuk memerhati dia berbanding perempuan-perempuan Melayu lain yang lebih cantik dan lagi ramai waktu itu. Mulanya aku memrhati kerna pandangn aku kontras. Tapi secara nagk sedar aku mula merasa malu.
Aku melihat Perempuan Cina itu berbicara sesama mereka. Sambil jari telunjuk menunjuk-nunjuk kerah bangunan yang indah-indah di sekitar mereka. Aku pasti perempuan Cina itu sedang memuji keindahan bangunan. Dalam masa sama aku pasti dalam hati mereka, ada sedikit terkilan kerna semua pekerja kerajaan di Putrajaya itu 95% adalah Melayu (statistik aku sendiri). Tapi pasti perempuan Cina itu juga berfikir dalam hati, begini hasil duit cukai yang aku bayar. Aku jadi malu bila membayangkan apa yang didalam hati perempuan Cina itu. Malu kerna, seolahnya bangsa aku ini hanya untuk bekerja dengan kerajaan, dan malu kerna kebanyakkan pembayar cukai adalah dari kaum Cina, yang mana uang dari cukai itulah yang membina Putrajaya.
Seketika itu, aku mencubit hatiku dengan ingatan bahawa, cuba aku berjalan-jalan pula di KLCC, pasti 95% peniaga di situ adalah kaum Cina. Jadi apa harus aku malukan, malah mereka tidak akan bersimpati pada aku yang jalan-jalan sendiri, sepreti mana aku bersimpati pada perempuan Cina itu. Jadi, di sini jelas, bahawa, jika aku ini mewakili kaum Bumiputra, kesimpulan yang bisa di buat, golongan Bumiputra ini cepat bersimpati atas sesuatu sebab yang ngak perlu. Lantas atas itu, segala yang dimiliki mudah untuk di kongsi, biar mereka sendiri tidak pernah meminta ntuk berkongsi apa yang di peroleh oleh kaum Cina.
Untuk petang itu, aku masih buntu, tidak bisa membuat kesimpulan dari apa yang terjadi dalam fikiran aku. Aku kira, Melayu itu tidak malas, tidak juga bodoh. tapi terlalu baik, hingga mudah jatuh simpati. Atas itu mereka belum mampu kehadapan. Hurm, ini keseimpulan separuh masak aku kira. Kerna aku lagi mudah untuk memberi kesimpulan dalam perbincangan mengenai cinta. Tidak untuk perbincangan ini.
Kemudai, datang sebuah kereta merc mengambil dua orang perempuan Cina itu. Sedang aku masih menati temanku mengambilku dengan motorsikal 4 lejang buatan Jepun yang uzur.
No comments:
Post a Comment