Saturday, September 23, 2006

Bila cinta itu semakin agung

Ada waktu kita harus mundur dan berkata kepada diri kita. Bahawa kita udah tidak mampu ke depan. Sekurang-kurang buat waktu terdekat ini. Harus berada pada posisi mundue ini lebih lama barangkali. Kerna jika terus ke depan, pasti mati.

Ini yang sering di perbuat oleh tentera dalam medan tempur. Berudndur di saat kekuatan musuh lebih menjahanamkan. Namun ada juga ketikanya tentera berundur bukan kerna kekuatan musuh tapi, kerna mengerti apa yang hadir itu lebih elok dari apa yang mereka perjuangkan. Lihat aja semasa revolusi Islam di Iran. tentera dengan mudah membiarkan rakyat memasuki istana untuk memerintah. Kerna tentera itu tahu, bahawa yang datang itu juga saudara-saudara mereka. malah ia lebih baik dari yang mereka pertahankan. Jangan salah faham, aku tidak mahu jadi propaganda syiah dan aku bukan syiah. Aku sekadar memberi contoh.

Dalam cinta, hal sebegini juga terjadi. Harus tahu bila waktu kita bisa mundur. Bisanya, kita harus mengerti bahawa berundur bukan bermakna cinta kita itu udah berkurang. Tapi kerna cinta kita udah bertambah. Cinta yang udah samapi satu peringkat, tidak mengizinkan airmata pasangan kita itu jatuh ke bumi. Dan jika terus bersama dia mara ke depan hanya terus meninggalkan jejak air mata, kita harus membiar dai berlalu. Kita pula mundur. Bukan kerna kita tidak berjuang, bukan kita tidak mempertahankan cinta itu. Tidak kerna kita sedar kita bukan tercipta untuk cinta itu. Pasti apa pun yang kita perbuat hanya menyebabkan dia terluka, pasti kita juga terluka kerna itu. Cuman, kita sering salah, tidak pasti bila masa harus mengundur, bila masa harus terus bertempur.

Cinta, yang di perjuangkan, adalah cinta yang tahu kemana arahnya. Cinta yang di lepaskan adalah perjuangan yang sebenar, setelah bermatian berjuang kerananya. Aku kira, malam ini, aku belum bisa melihat bulan, tapi malam ini, bintang-bintang akan ada di atasku, menemani aku selamanya. Selamat datang Ramadhan. Malam ini, kita terawih,. Harap bisa melupakan cinta yang yang tertinggal.

4 comments:

azeel said...

benar sekali katamu itu... aku dalam posisi berundur, kerana jika aku maju ke depan, aku bakal bawa banyak kehancuran.

biarlah dia berfikiran dia bakal meraih apa yang dia mahu, kerana saat ini, yang tidak dia tidak sedari, dia bakal kehilangan egonya.

Aqil Fithri said...

salaam~

apa yang salahnya umat2 shiah, sehingga begitu awal2 lagi sudah dinafikan? adakah kita ini memeluk sunni kerana baka, atau kerana kebenaran?

jika kerana kebenaran, apakah kebenaran itu? melalui apa ditemukannya? buku? buku apa? bincang? bincang dengan siapa? mursyid? siapakah mursyid itu?

saya langsung tidak percaya kebenaran agama itu hanya ada dalam satu2 kelompok sahaja, baik sunni mahupun shiah!

maaf, jujur, saya bukan sunni, saya juga bukan shiah. saya hanya selesa bergelar sebagai seorang muslim...

Aqil Fithri said...

salaam~

maaf, lupa untuk meninggalkan catatan ini sebelum wujud kekeliruan. apa yang saya ungkapkan di atas bukannya suatu bentuk hukuman, sebaliknya merupakan sejumlah pertanyaan-pertanyaan untuk renungan bersama.

harap tidak terusik dengan ulasan tersebut :-)

MDM FARAH FAIZURA said...

erk,

saya menulis perkataan syiah begini.
ini udah jelas kita awal lagi berbeza.

saya hormati itu, mungkin kerna kamu banyak membaca juga pasti udah tinggi jangkauan ilmu.

jadi, untuk itu kamu punyai pandangan sebegitu.

maaf, aku masih belum mampu untuk seperti kamu, untuk berkongsi pandangan itu.
...

berkenaan salah umat syiah,
mungkin untuk Syi'ah Rafidhah ia terkecuali,jelas ada yang mengkafirkan para sahabat, dan mereka bermandikan darah meratapi kematian al-Hussain.

...

aku melihat itu,
jelas ada perdebatan yang lagi halus dari itu, dan aku bilang ilmu aku hanya ilmu kebanyakkan. Aku ini orang biasa. Tidak mampu lagi untuk berdabat dengan saudara.

*ehe, mudahnya aku melepaskan diri dari politik..hihihi