Sunday, September 24, 2006

ibu, katamu Ramadhan sudah hadir

ibu,
bila katamu Ramadhan hadir esok,
sahur ku akan bangun liat,
berbuka pula ku mahu cepat.

ibu,
bila katamu terawih dimasjid,
aku akan sudah dirakaat lapan,
bertahan hanya untuk dua minggu awal.

ibu,
bila katamu seluruh tubuh harus berpuasa,
aku akan hanya berpuasa di perut,
tidak mataku juga lidahku.

ibu,
itu aku untuk Ramadhan sudah,
kali ini aku ingin berubah,
biar tanpa kata-katamu,
aku ingin ibu tenang sana,
kerna Ramadhan ku sudah berharga,

ibu,
al fatihah untukmu,
dari ku sepanjang waktu,
yang merindukan kata-katamu,
yang tidak kedengaran lagi Ramadhan ini.

2 comments:

azeel said...

ramadhan sering buat kita rasa kerinduan pada yang tiada. pada insan, pada cinta yang meninggalkan kita..

Aqil Fithri said...

salaam azim~
begitu juga shaban...