Monday, September 18, 2006

hidup kita seperti laut.

Laut terlihat tenang, tapi jika laut selamanya tenang, laut tidak akan menjadi sesuatu yang unik lagi. Kerna laut akan bisa di lalui oleh apa sahaja jenis kapal, baik besar mahupun kecil. Tidak akan ada usaha untuk membina kapal yang teguh . Juga , mungkin tidak akan ada kapal yang karam. Tidak ada harta karun di dasarnya. Manusia tidak akan mencampakkan bunga tanda penghormatan kepada mangsa yang terkorban di dasr laut. Ini semua kerna laut itu tenang, tidak bahaya.

Manusia juga begitu, jika selamanya tenang, pasti dia hilang keunikannya sebagai manusia. Mungkin dia di lihat sebagai malaikat, tiada nafsu. Atas dasar itu, marah di benarkan, airmata juga dibenarkan. Begitu juga ketawa dan senyuman. Kita harus tahu bila masa kita harus bisa marah juga bila masa kita harus ketawa. Jangn membohongi nafsu kita, kerna pasti orang sekitar kita akan menganggap kita ini enteng.

JAdi, jadilah laut. Yang tahu bila masa harus berombak, bila masa harus tenang. Ombak itu adalah nafsu laut. Bezanya, ombak itu kecil atau besar. Kerna jika tiada ombak, pasti pantai tidak akan ada. Begitu juga manusia, jika tidak menunjukkan nafsu sebenarnya, tidak akan ada namanya hidup. Hidup adalah ujian dan ujian itu adalah hidup.

3 comments:

Puteri said...

laut punya seribu makna dlm kehidupan manusia.. sekalipun yg buta @ tuli..

MDM FARAH FAIZURA said...

saya setuju

(saya senang untuk bersetuju dengan wanita..ehehe)

.:mUnies:. said...

sure ke ? laut tu tenang? ade kale nye bergelora jugak..kadang² bole bawak kemusnahan!