Saturday, September 09, 2006

sesudah Asar

Hujan sesudah Asar tadi cukup mengkhayalkan aku. Ketika aku baring membaca majalah kisah artis-artis (bagus untuk menambah dosa) aku terleka dengan bunyi hujan, tanpa sedar aku terlelap. Mujur aku bangun ketika Maghrib belum merajuk mahu pulang. Terima kasih pada seorang teman cantik aku kerna memberikan aku SMS yang aku kira asbab untuk aku jaga dari lena tadi. Dalam SMS dia berpantun:

ada rindu yang terpendam,
ada rasa penuh dendam,
aku karang jadi gurindam,
kasih padamu yang tak pernah padam

Mungkin kerna aku tidak sempat untuk bermimpi membuka celana, cepat jemariku menari mengetik SMS balasan pantun untuk dia.

ada biji yang terpendam,
ada batang yang berdendam,
aku keraskan jadi gurindam,
pelepas rindu padamu tak kunjung padam

Seketika selepas itu aku baru beringat bahawa bisa aja aku di salah maksud. Ini semua gara-gara tidur selepas Asar. Biasanya, aku hanya tersalah masa, mengira Maghrib itu subuh. Juga terkadang terus menyarung baju sekolah siap untuk berkasut putih. Mujur ada ibu yang tolong tertawa melihat aku ingin kesekolah pada waktu Maghrib. Itu kenangan lalu. Untuk waktu ini, aku belajar perakara baru lagi. Tidur selepas Asar bisa mengaktifkan pemikiran otak gelapku. Hehehe.

Mujur teman cantik aku itu udah sedia maklum, bahawa aku ini seorang yang puitis, atas semua perkara. Hehehe . Dia hanya membalas SMS tadi dengan ringkas

amboi, melucah nampak

Aku terus tersenyum. Hehehe. Jadi jaga matamu dari terlena sesudah Asar.

No comments: