Monday, July 31, 2006

rasa ini mati

Aku bosan sebetulnya
bosan dengan rasa ini
rasa yang membuat aku memikir
bahawa sampai bila aku bisa menanggung rasa ini.
aku kira aku mampu menangung rasa ini
untuk selamanya tapi aku lupa, aku hanya manusia.
pasti aku punyai batasan
dan bila aku sampai batas aku
aku memohon maaf
jika aku melukakan kamu, semaunya aku
tapi sehingga detik itu aku sentiasa berdoa
aku mati dengan rasa ini tanpa perlu melukai kamu
kerna aku terlalu
sayang pada kamu

hati bisu

hidup aku indah
jika aku berteman sunyi
dan aku akan berjalan bersama sunyi
untuk ketemu sepi
di satu daerah yang senyap
dimana semua kami bisa diam
hanya untuk memikat hati kamu
yang bisu...

aku beri bintang aku

jika bintang yang aku beri
pasti aku berharapkan bulan dari kamu
biar aku tahu kamu udah ngak punyai bulan
kerna kamu udah melempar bulan itu
ke lohong hitam angkasa
tapi aku akan tetap memberi kamu bintang aku
untuk kamu rasa
bahwa bintang tidak sama seperti bulan
kerna bintang punyai sinar yang hidup sendiri
tidak seperti bulan
yang mengaharap sinar mentari
yang juga adalah bintang

aku ini tanah hitam

Aku ini tanah hitam
kamu bebas berbuat apa
kamu mahu injak-injak
kamu mahu cium
terserah kamu

...

aku ini tanah hitam
ngak cocok untuk laman rumah besar kamu
ngak enak untuk di baring
nanti kamu kotor ...jijik

....

aku ini tanah hitam
yang kamu bisa tanam apa aja
kalau kamu tanam delima merah
delima merah yang akan kamu kunyah
kalau kamu tanam lalang berduri
pasti duri yang akan mencucuk kaki lembut kamu
dan itu janji aku

...

aku ini tanah hitam
aku akan terus di sini untuk kamu
biar kamu udah tua bongkok
aku akan tetap setia disini
menunggu jasad kamu
yang akan berulat
untuk bersatu dengan aku
dan aku tidak akan jelek
kerna
aku ini tanah hitam

kebahgian itu bukan milik kita?

Malam tadi aku tersenyum sendiri. Kerna seorang teman aku berkata dia mahu menolong aku menulis blog ini. Dia bilang aku harus menulis begini,

'Malam tadi aku duduk dengan 2 orang perempuan cantik dalam sebuah kereta. Aku tersenyum mendengarkan mereka bicara masalah meraka...bla bla....'

..dan aku lupa seterusnya bagaimana. Tapi itu membuatkan aku terfikir, cara penulisan aku ini udah terlalu mudah di jangka. Tapi setidak-tidaknya aku mampu untuk tertawa malam tadi. Terima kasih pada kedua-dua teman cantik aku itu.

Bagaimana aku berada dalam sebuah kereta dengan 2 orang wanita cantik dan untuk apa aku berada di situ , rasa tak perlu aku jelaskan . Kerna sepeti yang Siti bilang, 'Biarlah rahsia'. Hehehe. Tapi aku tetap mahu menulis sesuatu tentang malam tadi. Menulis tentang apa yang membuat hati aku resah untuk beberapa ketika.

Seorang dari wanita cantik yang menjadi teman aku malam tadi begitu ghairah memberitahu bahawa kami bertiga pada malam tadi terperangkap dalam hidup kerna tidak tahu arah mana yang harus di tuju. Seolahnya kami terperangkap dalam kereta yang tidak pasti kemana mahu di pandu.

Aku kira, hala hidup ini sebetulnya mudah untuk di hala kemana aja kita mahu. Dan pastinya kita semua mahu menghalakan hidup ini kearah kebahgian. Bezanya, istilah kebahgian bagi setiap individu itu berbeda-beda. Mujur malam tadi, kami semua dalam kereta berpendapat kebahgian bagi kami adalah jika mampu memperolehi cinta yang kami ingin mahu. Maksudnya kami berharap kepada cinta yang kami gambarkan dalam fikiran kami yang pasti banyak di pengaruhi oleh pembacaan, pemerhatian juga melalui tontonan di filem-filem. Perkara itu membentuk satu jangkaan di kepala kami dan pastinya di kepala kalian juga. Jangkaan yang bermaksud harapan.

Kami malam tadi berbicara berkenaan harapan yang sederhana aja. Kami mahu pasangan yang mampu membuat kami melupakan masa sedih kami. Pasangan yang sederhana penampilannya juga punyai kesetian yang tinggi. Jika kami peroleh pasangan yang kaya, romantis atau kacak juga cantik, itu semua kami kira sebagai bonus. Tapi yang penting pasangan itu adalah yang kami pilih sendiri.

Rasanya dalam merangka pasangan yang kita mahu biasanya kita terlupa beberapa perkara yang pasti di luar kawalan kita. Kita mungkin ketemu pasangan yang kaya juga memahami serta membahgiakan kita, tapi dia punyai jarak umur yang jauh. Mungkin itu bukan masalah bagi kita dan pasangan tadi, tapi masalah itu timbul pula dari orang tua pasangan kita. Dia mahukan anaknya memilih pasangan yang umurnya begini dan begini. Atau kita udah ketemu pasangan yang terlalu menyayangi kita dan kita rasa begitu bahgia tapi kita terlupa bahawa pasangan kita itu sebetulnya udah menjadi milik orang lain, baik sebagai isteri atau suami.

Masalah yang timbul di sini ialah kita udah menanamkan kuat dalam hati untuk ciri-ciri pasangan yang kita mahu. Dan terus mengabaikan perkara-perkara lain yang kita anggap kecil kerna kita langsung tidak menjangka ia akan terjadi pada kita. Tetapi perkara-perkara itu sebetulnya umpama aisberg, kecil kelihatan tapi pada bahagian yang ngak nampak, ia cukup besar. Dan apabila ketemu perkara-perkara kecil itu, alasan kita biasanya ialah manusia punyai citarasa yang berbeda-beda dan itu benar. Tapi alasan itu kita hanya pakaikan untuk diri kita, tidak untuk orang lain. Kita mahu mereka memahami kita, memahami cinta kita, tapi kita biasanya ngak mahu memahami kenapa cinta kita , kenapa kasih kita di tentang oleh manusia-manusia lain. Lantas bila perkara yang kita anggap kecil ini di tentang oleh manusia lain kita mudah untuk kecewa tanpa memikir perkara yang kita anggap kecil itu sebetulnya cukup besar bagi manusia lain.

Kerna kita tidak menganggap halangan itu sebagai sesuatu yang wajar kecewa kita akan menjadi semakin kuat. Tapi aku sendiri begitu, aku tidak pernah berpendapat bahawa ekonomi adalah halangan yang wajar kerna itu bisa di usaha. Tapi untuk manusia lain ekonomi itu adalah halangan yang wajar dan mesti jadi orang yang betul-betul kukuh baru bisa bersatu. Aku hormati pendapat itu biar aku merasa itu masih tidak wajar . Begitu juga hal dengan halangan umur juga halangan lainnya.

Rasanya aku kira aku masih beruntung kerna lahir dalam Islam dan Islam punyai panduan untuk memlih pasangan tadi. Seperti asasnya yang 4. Cari pasangan kerna rupanya, kerna keturunannya, kerna sekufu, kerna hartanya dan yang paling utama kerna agamanya.

Aku tidak bisa memberitahu apa yang sepatutnya kita semua perbuat bila berhadapan dengan masalah mencari kebahgian ini. Kerna aku juga begitu. Tapi apa yang aku bisa bilang, kita semua hidup dalam dunia dan dunia itu bukannya surga, segala-galanya indah. Tapi jangan pula merasa dunia itu neraka, segala-galanya duka. Dunia itu tempat untuk kita ketemu segala macam perkara yang kita tidak pernah jangka. Sama ada ketemu hal yang buruk juga hal yang baik. Kita biasanya terlalu menumpu kepada hal yang buruk aja hingga terlupa betapa untungnya kita. Kerna masih punyai keluarga, teman-teman juga kerja yang membahgikan kita sebelum kita ketemu pasangan kita. Tapi segalanya itu berubah hanya kerna kita berpasangan dengan seseorang yang memenuhi harapan kita tapi hanya untuk perkara yang kita jangka, tidak perkara yang kita tidak jangka.

Jadi bagi aku, bahagia itu bukan sesuatu yang boleh kita jangka juga cipta. Kita hanya boleh merangka juga berusaha. Kerna hasil akhirnya bukan di tangan kita. Untuk apa kita melukai hati yang ramai jika hanya untuk menjaga hati yang satu. Aku rasa kita di sini bukan datang untuk mencari kebahgian tapi hanya untuk memberi kebahgian. Jika kita tidak mampu memberi kebahgian kepada diri kita sendiri, jangan pernah lupa di sekeliling kita ini masih ramai yang boleh kita berikan kebahgian, keluarga kita, teman-teman kita juga kepada manusia-manusia lain.

Cukup sampai disini aja dulu. Jadi pada teman aku yang cantik itu, kesat air mata itu jika kamu udah merasa puas menangis, jika kamu tidak mampu tersenyum untuk diri kamu sendiri, tersenum aja untuk aku. Kerna aku sentiasa bahgia dengan senyuman kamu itu. Dan pasti aku juga seperti kamu, akan cuba memberi kebahgian yang aku tidak peroleh tadi kepada kamu kembali.

Sunday, July 30, 2006

syaitan itu ada dalam hati aku

Aku jarang berada pada situasi ini. Aku pernah memberitahu seseorang bahawa jangan biar diri dia di perbuat begitu dan begini. Tapi sebaliknya aku tanpa rasa malu terus memperbuat perkara yang sama untuk dia. Aku keliru, ada saat aku mahu dia terus putih dan itulah yang niat aku yang paling dalam, tapi di saat lain aku mahu mengheret dia sama ke sisi gelap aku.

Dan perkara yang aku paling menyedihkan aku ialah tatkala dia dengan jujur bertanya pada aku kenapa aku membuat perkara itu ama dia. Aku dengan rasa sedih tidak mampu berkata-kata. Aku akui aku salah kerna udah memusnah kepercayaan dia pada aku. Tapi di sisi lain aku betul-betul mahu dia putih.

Aku memohon ampun. Aku silap dan aku sedih kerna silap itu aku perbuat untuk dia. Orang yang aku kira aku cukup sayang. Tapi untuk waktu ini, agar aku tidak terlalu di sslah erti, aku cuma mampu bilang, syaitan itu udah mengusai hati aku lebih dari diri aku sendiri. Dan aku rasa tidak mampu bicara panjang untuk ini. Jelas aku salah. Maaf.

Wednesday, July 26, 2006

untuk kesejahteraan dunia

Aku tidak pasti apa akan aku perbuat jika aku ini masih lagi budak-budak. Kemudian cikgu memberi aku tugasan untuk menjadikan dunia semakin sejahtera. Pusing berangkali aku. Aku tidak mampu memikir apa perkara yang aku bisa perbuat untuk menjadikan dunia ini semakin sejahtera. Sebetulnya, aku teringat berkenaan cakap-cakap teman aku kepada satu filem berkenaan seorang budak. Dimana dia berada pada situasi yang sama seperti aku di atas. Tapi bezanya dia jauh lagi bijak dari aku. hehehe

Dia, budak ini menerima tugasan tadi dengan penuh semangat. Dia berkira untuk menjadikan dunia ini sejahtera, harus dimulai dengan penduduk dunia itu sendiri. Bermula dari dirinya. Jadi atas itu, dia akan berbuat baik dengan 3 orang. Dia tidak mengharapkan balasan untuk dirinya. Tapi berharap 3 orang tadi akan berbuat baik pula kepada 3 orang yang lain. Dan begitulah selanjutnya. Sehingga seluruh dunia ini aman dengan perbuatan baik yang berantai itu.

Aku suka idea ini dan aku kira ia mengambil dari MLM barangkali. ehehe. Tapi untuk melaksanakan idea mudah tapi sebesar ini harus juga memilih orang yang betul-betul faham dan sanggup. Aku kira kerajaan Malaysia boleh membuat kempen ini. Kempen berbuat baik untuk 3 orang. Atau mungkin untuk lagi jelas, terapkan ia dalam kempen anti merokok atau anti dadah. Kerna apa yang aku perhati, kempen anti merokok ngak berjalan seperti adanya, membazir. Aku hanya memberi idea, tapi pelaksanaan biar mereka yang udah diberi upah oleh cukai-cukai rakyat aja yang memikir. Itu kerja mereka.

Tapi untuk aku sendiri, aku punyai rencana juga. Mengambil dari idea itu aku kira mahu memaafkan 3 orang yang udah berbuat salah atau melukakan hati aku, lebih juga bisa. Dengan syarat orang iu akan memaafkan 3 orang lagi. Hurm, aku kira ini lagi mudah untuk aku laksanakan. Untuk itu aku merasakan filem itu adalah diantara filem yang paling cemerlang dalam hidup aku. Ironinya, aku tidak pernah menuntun juga tidak tahu judul apa filem itu.

Al Fatihah

Aku kemarin terkejut, kerna seorang yang aku kenali biar dia tidak mengenali aku, udah pergi ke alam satu lagi. Pasti kalian juga tahu kalau aku bilang namanya 'Hani Muhsin'. Seorang pelakun juga pengacara yang aku kira udah punyai nama yang besar. Kerna jika dia kemana pun, pasti kita mudah ntuk mengenali beliau. Pasti mudah juga untuk kita berbangga dengan teman-teman lantas memberitahu, kita udah ketemu seorang yang mahsyur, yang dia juga kenali.

Aku kira aku bukan pengikut dia, tapi aku masih bisa menuntun segala lakunan dia. Tapi kejadian kemarin terasa memberi kesan yang berat untuk aku. Berat kerana, aku langsung tidak menyangka itu akan terjadi kepada dia. Di saat dia baru untuk mencapai umur kegemilangan bagi seorang laki-laki. Juga, kerna dia meninggal itu menakutkan aku sebetulnya. Dia terkena serangan jantung. Padahal, untuk sekian lamanya otak aku ini udah di set untuk menerima bahawa orang yang mati terken serangan jantung ialah orang yang udah 50 keatas juga orang yang punyai masalah obesiti. Tapi segala ciri itu ngak ada pada Hani Muhsin. Dia punyai tubuh yang molek, juga umur yang masih muda.

Kemudiannya aku melihat diri aku. Aku merasa aku perlu melakukan sesuatu tentang tubuh ini. Tubuh aku ini udah terlalu biasa duduk enak di hadapan monitor. Enak di perbaringan bersama lorongon angin sederhana dari kipas di syiling. Aduh. Terbiasa enak. Hingga aku rasa, aku udah lupa bila kali terakhir aku berpeluh. Aku akui aku ini ngak obesiti malah, aku ini kurus. tapi aku tidak merasa aku ini sihat. Sesuatu perlu aku buat untuk tubuh yang udah manja ini.

Aku kira aku perlu lagi tegas. Dulu ketika mahu tidur, aku bersenam dulu biar aku merasa letih sedikit, tidur pasti enak. Untuk beberapa waktu itu aku perbuat, tapi kerna aku ini kelupaan, aku udah tinggalkan amalan itu. Aku juga mahu melakukan sesuatu di padang. Bermain bola mungkin. Tapi aku lebih untuk aktiviti lasak, seperti bermain papan selaju. Dan ia betul-betul memberi rasa sensasi dan aku jadi sihat. Sekali lagi, semau itu hanya kenangan. Aku masih tidak punyai apa-apa lagi untuk sukan. Kerna padang udah jauh dari rumah. Kerna juga aku sibuk. Mungkin malam ini aku mulai kembali senaman sebelum tidur. Tekan tubi aja, bukan senaman apa-apa. Seperti seorang teman aku, dia skipping pada malam hari dan malangnya aku tidak bisa skipping. hehehe.

Itu satu hal, satu hal lagi mengenai semalam, aku juga teramat tersentuh dengan anaknya Hani Muhsni, Hani Karmilla. Kerna kejadian itu betul-betul di hadapan matanya. Sesaat sebelum kejadian itu, dia adalah anak perempuan yang paling gembira di dunia kerna bisa liburan bersama ayah tercinta di Langkawi. Sesaat kemudian pula, dia menjadi anak perempuan yang paling sedih. Sedih untuk melihat ayah rebah di depan mata. Dia menampar pipi ayahnya agar ayahnya merasa sakit kemudian terbangun, tapi tidak. Dia hanya mampu untuk menitis air mata yang aku pasti sampai sekarang masih lagi menitik.

Simpati aku sebetulnya bertambah bila dia terakam di TV ketika sedang menangis pada ibunya. Datang seseorang menepuk bahu dia menyuruh dia bersabar. Dengan tenang dia berpaling kemudian melempar satu senyuman kepada orang itu, hanya untuk dia kembali menangis pada ibunya. Ia sesuatu yang aku tidak bisa lakukan. Anak kecil semuda itu ternyata lagi tabah dari aku. Aku tidak pasti bagaimana dia akan menjalani hidupnya dengan kenangan seperti ini. Pasti masa akan mengubati tapi masa juga tidak akan menjamin apa-apa.

Untuk satu perkara lainnya, aku harus beringat bahawa kematian itu tiba di saat mana pun kita berada. Disaat kita paling tidak mengjangkakan, adalah saat yang paling mungkin. Untuk ahli keluarga Allahyarham terutama anak comelnya. Takziah. Untuk Allahyarham , Al fatihah.

Monday, July 24, 2006

tulisan ini bukan untuk aku?

Tadi, baru sebentar tadi. Aku membuka email aku. Dan aku terima sebanyak 21 email. Kira-kira suku dari email itu bercerita tentang porno, suku lagi mengenai MLM, dan hampir separuh bercerita tentang hal-hal umum. Tapi hanya 1 yang membuat hati aku terdetik untuk membaca email pada hari ini. Si penulis adalah seorang yang aku kenali. Dia cantik, punyai senyuman yang meluruhkan hati. Dia juga seorang yang mempunyai jiwa yang lembut dan seorang yang pintar menulis, kerna tajuk emailnya bisa menangkap hati aku. Dia memberi tajuk emailnya, 'tulisan ini bukan untuk kamu...'

Aku sedikit keliru sebetulnya. Jika tulisan itu bukan untuk aku tapi untuk siapa? Juga kenapa di hantar untuk aku. Apa perlunya aku. Juga kenapa tidak tersu di hantar kepada orang yang berhak untuk itu, jadi tajuknya ngak perlu terlalu pusing. Bisa aja terus kepada maksud jika dia menulis begini. 'tulisan ini untuk kamu...'

Tapi, selepas aku menghabisi membaca. Aku semakin keliru sebetulnya. Aku harus menangis atau harus apa. Kerna dia bercerita mengenai seseorang yang aku ngak tahu siapa jadi aku bilang aja ia 'orang misteri'. Dia bercerita berkenaan orang tersebut ngak memberi perhatian kepada dia berkenaan satu perkara. Perkara apa aku tidak tahu kerna dia tidak menukilkannya untuk aku. Perkara itu tidak penting tapi ia sebetulnya amat memberi erti pada si penulis. Lnatas dia merasa tersinggung. Dia cuba bertahan dengan bersikap seolah tenang tapi dia ngak bisa selamanya begitu. Jadi akhirnya, dia tetap aja bersedih biar dia tidak pernah mau mengakuai hakikat itu.

Dia juga bilang satu perkara, bahawa sejak kematian ibu, si penulis udah tidak punyai sesiapa untuk menjaga dia. Lantas dia merasa dia udah hidup sendiri dan dia tidak berharap kepada orang itu supaya menjaganya. Dia menganggap orang itu bukan sebahagian dari dia meski hakikatnya berbeda. Dia dengan setulus hatinya berkta dia membenci orang itu dan dia tidak mahu lagi orang itu menegur segala silap dia juga dia mahu lari dari hidup orang itu. Tapi meski begitu, dia tidak mahu lari jauh dari orang itu kerna dia takut jatuh lantas ttidak mampu bangun kembali. Jadi aku kira si penulis seorang yang masih berfikir rasional.

Aku sedikit tersentuh berkenaan email ini, pertama-tamanya, dia menyebut tentang ibu. Aku juga pernah punyai ibu dan aku juga kehilangan ibu di saat aku masih perlu. Aku mengerti apa itu hidu sendiri dan biar aku terus terang. Aku betul-betul hidup sendiri. Setidak-tidaknya dia masih punyai adik-beradik untuk memeluk dia di saat air mata udah tidak lagi jadi penawar. Juga adik-beradik untuk berkongsi segala cerita sedih, dia di saat aku pula hanya mampu berkhayal apa itu ertinya berkongsi kesedihan.

Aku tidak bilang aku tabah, atau aku tersenyum. Aku juga manusia biasa, punyai air mata dan hingga kini aku terus aja mudah untuk mengeluar air mata hanya untuk sebab yang kecil. Jadi untuk itu, aku kagumi si penulis kerna si penulis lagi tabah dari aku, kerna dia tidak mudah untuk mengalirkan air mata.

Orang yang dia maksudkan itu aku kira orang yang rapat dengan dia. Tapi dia tidak bilang siapa. Jadi tidak adil untuk aku untuk meneka biar saat ini byangan orang itu sering mncul dalam kepala aku. Aku juga tidak tahu kenapa dia begitu sedih dengan laku orang itu. juga kenapa orang itu bertindak begitu kepada dia. Persoalan ini aku tidak akan sentuh. Aku tidak mahu berandaian kerna berandaian hanya bisa membuat dia jadi tidak selsa lagi untuk menulis kepada aku. Jadi kamu si penulis jangan kamukhuatir, aku tidak akan memaksa kamu terus terang dengan aku, biar aku ini mudah sekali orangnya.

Aku cuma mahu mencoret perkara yang umum. yang tidak akan menambah lagi beban di hati sipenulis. Aku tidak mahu menghukum kamu begitu dan begini kerna ia tidak adil bagi kamu juga aku. Aku hanya mahu kamu hidup seadanya kamu. Kamu harus tersenyum untuk diri kamu sendiri dan jangan kamu menipu orang-orang di sekitar kamu dengan senyuman kamu. kerna aku yakin, biar senyuman kamu itu manis, ada di antara mereka yang tahu apa ertinya senyuman kamu itu. Juga tahu apa ada di dalam hati kamu, biar hanya suku dari apa yang kamu rasa. Jadi hargai orang-orang itu dengan memberi senyuman pada diri kamu sendiri.

Untuk mereka yang membiar kamu sendiri, membiar kamu sunyi, jangan pernah lupa bahawa pada suatu saat di saat kelahiran kamu, mereka adalah orang-oarang yang paling gembira. Di saat kecil ketika kamu masih tidak mampu berdiri, mereka yang mengangkat kamu, di saat kamu jatuh lalu menangis, merekalah yang membangunkan kamu lantas memujuk kamu. Jadi, untuk apa yang terjadi pada hari ini pada kamu, kamu haus punyai maaf kerna kamu masih berhutang masa silam kamu pada mereka. Jika tidak maaf setidak-tidaknya kamu masih punyai harapan untuk mereka.

Untuk diri kamu seterusnya, aku ingin meminta maaf kerna aku tidak punyai apa-apa sebagai tukaran bagi email tu. Tapi aku udah cukup berpuas hati kamu bisa memberitahu aku sesuatu tentang rasa hati kamu. Aku juga mahu kamu tahu, aku sentiasa ingin kamu keluar dari rasa gelap janagn terlalu berlembt hati untuk semua kegelapan yang tiba. Seperti yang kamu pernah bilang..'takdir itu di tangan kita...'

Friday, July 21, 2006

Kejam yang di nanti

Aku suka melihat orang yang bersikap kejam, tapi aku sendiri sukar untuk menjadi kejam.


Ayat ini bukan dari aku, tapi dari seseorang. Dan ia memperdengarkannya kepada aku. Aku seperti biasa, berpura-pura tenang, memberi sikit senyuman tapi hati aku sedikit bungkam. Kerna sebetulnya aku juga begitu. Aku suka melihat kekejaman tapi aku tidak pernah mudah untuk menjadi kejam. Aku suka menuntun filem-filem yang memapar segala jenis bentuk kekejaman. Dari kejam nya seekor singa terhadap mangsanya, kejamnya seorang ayah yang menampar anaknya hingga kepada kejamnnya musuh terhadap hero filem. Tapi aku sebetulnya lebih suka kepada kekejaman yang bisa aku dapati dalam hidup seharian aku. Kekejaman diri kita pada persekitaran kita. Pada teman-teman, pada orang tua juga pada kekasih.

Jika di telusuri kejam itu dari segi makna. Ia kira-kira bermaksud melakukan sesuatu yang tidak adil. Adil pula bermakna, meletakkan sesuatu bukan pada tempatanya. Jadi secara mudah kejam boleh di bilang sebagai melakuakan sesuatu yang bukan pada tempatanya. Contoh mudah, ketika kita membuang sampah yang bukan pada tempatnya. Kita membuang samaph terus ke jalan-jalan di luar rumah tidak ke dalam tong. Lantas, ia bisa di gelar sebagai satu kekejaman, kekejaman kepada alam sekitar. Hehehe. (Contoh ini rasanya sesuai untuk aktivis greenpeace. )

Tapi biar di bilang kejam, kejam itu sebenarnya perlu. Perlu yang bagaimana. Kejam itu perlu dalam memberi bentuk ketegasan dalam diri kita. Kejam untuk melukakan hati orang lain dengan mengatakan tidak. Ia sangat perlu jika anda ingin jadi pemimpin agung. tapi biar dalam dos yang sederhana. Kerna jika kejam itu terlalu banyak maka pemimpin itu akan kelihatan seperti Adolf Hitler yang mencetus perang dunai, atau seperti Pol pot ketua gerila Khmer Rouge yang membunuh ribuan penduduk Kemboja. Tapi tanpanya siaft kejam, pemimpin akan kelihatan mudah untuk di sanggah, seperti Dr. Burhanuddin Al Helmy, seorang pejuang kemerdekaan. Kerna sifatnya yang terlalu mudah untk mempercayai dan sukar untuk berkata tidak, musuh-musuhnya mudah untuk mengambil peluang memburukan parti pimpinannya PKMM. Atau seprti contoh terkini Perdana Menteri Malaysia yang Kelima. Terlalu senyap, tidak mahu berdepan konflik, lantas musuh melihatnya sebagai 'punching bag'.

Jadi kejam dalam diri pemimpin harus sederhana, seperti yang di tunjuk oleh Saidina Abu Bakar yang memerangi golonganyang ingkar arahan untuk membyar zakat. Atau mungkin kejam seperti perdana menteri Malaysia yang Keempat? hehehe.

Cukup dalam politik, sebab aku bukan mahu terlalu lebih ke arah itu. Aku rasa aku mahu lebih kepada diri kita sendiri. Aku sebetulnya cuba untuk tidak berlaku kejam. Kerna aku rasa aku ini seorang yang mudah untuk membenarkan. Sulit untuk menidakkan. Jadi kebabyakkan waktu aku, aku lebih mudah untuk di dampingi oleh teman-teman terutamnya jika ia berkaitan uang ringgit. Atau lebih mudah untuk di jadikan peneman kemana pun jika aja ongkosnya di bayar. Hehehe.

Dalam soal hati, aku pernah untuk menerima sesuatu yang bukan suara hati aku. Aku terima cinta hanya kerna aku ini tidak mampu berkata tidak kepada dia. Lantas aku terima dengan harap cinta itu bisa berada di sebelah aku juga. Namun setelah aku puas mencuba ternyata aku gagal. Kerna aku baru tahu sesutu perkara berkenaan cinta lelaki juga perempuan. Jika lelaki itu tidak mencintai maka sampai akhir dia tidak akan bisa mencintai, berbeza dengan cinta perempuan, ia mudah hadir biar pada mulanya ia tiada. Jadi atas itu aku baru tahu yang aku dah membuat satu kesilapan. Niat asal aku untuk tidak berlaku kejam akhirnya aku terpaksa kejam dengan hati aku, terus dengan perempuan ini tadi. Dan rasa kekejaman aku itu masih aku bisa rasakan di saat aku sunyi. Suara tangisan halus sering masuk dalam ruang fikir aku, sama seperti tangisan yang aku dapat ketika waktu aku memtuskan hubungan itu.

Hasil dari itu, aku udah menjadi lelaki kejam. Dan aku terima. Aku udah di benci oelh dia, rakan-rakan dia dan keluraga dia dan aku masih terima. Mungkin jika aku kejam pada waktu mula-mula dulu dengan berkata tidak, pasti aku hanya kejam pada dia seorang. Tidak pada hati aku, rakan-rakan da juga keluarag dia. tapi hanya kerna aku tidak mahu terlihat kejam, aku menjadi sebenarnya menghidupkan satu lagi kekejaman yang lagi berat, lagi besar. jadi, kalin harus awas dengan perasaan kalin. kalian harus tahu bila waktu untuk menjadi kejam.

Aku masih memikir perkara itu, aku kira aku udah menjadikan dia seorang yang kejam juga barangkali. Mungkn dia udah tidak mempercayai lelaki tersu menyimpan dendam. Pasti dia di saat terluka ini mencari ubat dengan car melukakan lelaki lain dan aku rasa dia bisa kerna dia punyai apa yang lelaki mahu. Dan aku sebetulnya udah menyebar virus kejam itu. Duh, aku harap dia tidak begitu. Kerna aku tahu dia gadis yang baik.

Aku juga pernah ketemu seorang teman perempuan yang cukup baik. Dia rela mengorban hati dia demi untuk menjaga hati seorang lelaki. Kerna dia bilang dia tidak mahu terlihat kejam. tapi rakan-rakan dia terlalu menderita melihat dia. Dia lupa barangkali bahawa dia memang tidak berlaku tidak kejam dengan teman lelaki tadi, tapi dia udah berlaku kejam dengan diri dia lantas dengan rakan-rakan dia. Jadi dia sebetulnya membuat kekejaman yang lagi berat. Jika dalam hal ini mungkin kita boleh pergunakan kaedah lama ini yang menyatakan

'jika terkumpul dua kekejaman pilih lah kekejaman yang paling kecil'

Namun untuk keakhir , dia membuat keputusan yang tepat dan perkara ini menjadi pengajaran bagi dia juga bagi aku juga bagi kita semua. Untuk itu, sehingga kini dia menjadi seorang yang cukup tabah dan aku kagumi itu.

Pada diri aku, aku sebetulnya masih lagi punyai rasa kejam itu. Aku masih bisa memusnah sesuatu yang sedia cantik hanya kerna hati aku berkata ia lebih baik begini. Mungkin hati aku udah beku lantas menjadi dingin dan gelap. Tapi aku sentiasa beringat bahawa apa yang ita perbuat akan balik kepada kita. lantas untuk waktu ini, aku masih menunggu kekejaman yang akan aku peroleh. Aku tidak tahu dari siapa, tapi mungkin dari seseorang dan untuk itu aku masih menunggu kekejaman itu. Hehehe

Wednesday, July 19, 2006

sindrom anak-anak kecil si penangkap rama-rama

Rama-rama punyai warna yang cantik. Ia memang di cipta untuk kita tenang bila memandang dan bukan di cipta untuk di musnah. Itu yang aku belajar ketika aku masih anak-anak. Aku sering memburu rama-rama di halaman rumah aku. Aku mengejar dan cuba menangkapnya. Hanya kerna ia cantik dan lagi penting, rama-rama terbang rendah. Aku berkeyakinan bisa menangkap kerna ia kelihatan mudah. Tapi dari 100 cubaan aku hanya 1 yang berjaya. Aku betul-betul kecewa. JAdi aku pelajari sesuatu di sini, rama-rama tidak mudah di tangkap dengan tangan kosong. Tapi aku tidak putus asa.

Ketika aku bernasib baik, aku berjaya menangkap rama-rama, aku tidak pasti apa yang aku harus perbuat dengan rama-rama itu. Aku belum lagi tahu apa itu hobi mengumpul rama-rama, juga belum lagi tahu untuk mengkaji rama-rama itu. Sudahnya, aku keroyok rama-rama itu. Musnah semua keindahan juga menyumbang untuk ketidastabilan untuk ekosistem alam. Anehnya, aku tidak puas. Esoknya aku cuba untuk mengejar dan menangkap lagi rama-rama dengan tangan kosong. Aku tidak pernah belajar apa-apa rupanya. Akugelar ini sindrom anak kecil si penangkap rama-rama.

Dalam hidup, kita juga sering menemukan sindrom anak kecil si penangkap rama-rama. Untuk mendapat sesuatu mereka sering aja berbekal dengan keyakinan mereka tanpa berbekal alatan yang secukupnya. Baik dari segi ilmu, emosi, fizik juga ekonomi. Dan jika mereka bernasib baik memperoleh apa yang mereka mahu, mereka sering kaku. Tidak tahu apa yang mereka mahu perbuat dengan perkara itu, kerna tujuan kita mahukan perkara itu hanyalah ia kelihatan mudah.

Lihat aja dalam percintaan. Ramai yang cuba mendapatkan cinta dengan hanya membawa diri yang kosong. Tanpa apa-apa bekalan untuk membuatkan si gadis meyakini cinta si jejaka tadi, baik dari segi amal atau ekonomi. Tapi di saat si gadis mulai menerima diri jejaka tadi dengan seadanya, si jejaka tadi pula tidak pasti mahu di buat apa dengan cinta si gadis. Lantas si jejaka itu akan memusnahkan si gadis.

Esoknya tanpa rasa bersalah, si jejaka ini akan terus pula mencari cinta yang lain dan terusan memusnah. Di sini, sering persoalkan siapa yang harus di persalah. Si jejaka atau si gadis. Jika untuk kelihatan adil, pasti si jejak jelas salah. Tapi jika si gadis menolak cinta si jejaka, pasti perkara ini tidak juga berlaku. Kuasa di tangan si gadis sebetulnya. Jadi kelihatan, secara halus, si gadis itu juga bersalah.

Aku tidak mahu berhujah lanjut dengan perkara tersebut. Bagi aku si jejak tadi tetap salah. Kerna si gadis umpama rama-rama cantik tadi. Pasti mereka juga lelah di kejar atau mereka silap dalam perhitungan dalam hati mereka yang suci lantas berjaya di tangkap oleh si jejaka tadi.

Si jejaka yang menghidap sindrom ini sebetulnya bisa di kesan. Mereka biasanya punyai personaliti yang bermulut manis. Mereka tidak punyai kerjaya tetap, hidup di tanggung orang tua. Seperti anak-anak. Dan jika di tanya berkenaan masa depan. Meraka hanya senyum dan tidak tahu untuk mengulas. Hanya bisa memberi janji-janji yang jelas sukar. Meraka tidak tahu erti putus asa. Sering mencuba biar udah sering di tolak. Lantas untuk itu, para gadis cuba hindari si jejaka yang menghidapi sindrom ini. Kerna kamu bisa di musnah.

Jadi, untuk rama-rama cantik sekalin, cuba kalian jangan bermain di taman yang banyak anak-anak kecil. Juga pastikan kalian terbang tinggi juga waspada atas bunga mana yang anda singgah, agar tidak mudah tertangkap. Kerna aku sering berada di taman-taman bunga untuk menangkap rama-rama. hehehe. Waspada kalian

Monday, July 17, 2006

aku ingin rasa di rumah kakek

Malam ini, aku sendiri di rumah. Aku kira jika tiada bunyi kipas, pasti aku hanya mendengar detik-detik jantung aku sendiri. Aku suka sendiri kerna ia bisa membuat aku melayang jauh dari tubuh aku. Jauh ke masa kanak-kanak aku yang sunyi. Tapi penuh sekali dengan senyuman. Penuh dengan ketawa. Tapi aku tetap aja sunyi.

Aku rasa-rasa, kesunyian ini bisa aku terus nikmati sehingga seorang teman aku memberitahu aku tentang pameran hantu di Shah Alam. Dimana ia cukup hangat untuk dikunjungi. Tapi ia sebetulnya belum di rasmikan, juga menantikan patung-patung mumia untuk menambah erti pada pameran itu. Aku kira itu bagus, bagus untuk meraka yang mahu melihat hantu tanpa rasa khuatir hantu itu tersenyum kepada mereka. Tapi aku mahu sesuatu yang tersenyum kepada aku. Setidak-tidaknya sewaktu aku sunyi begini. Jika tidak manusia, mahluk lain juga bisa. Aku tidak memilih senyuman. hehehe.

Bicara berkenaan mahkluk lain selain manusia, aku boleh katakan untuk waktu ini aku belum lagi pernah ada pengalaman. Tapi ini bukan bermakan aku mengharap. Aku syukur sebenarnya kerna aku ini bukan seseorang yang suka sesuatu yang terlalu istimewa. Aku suka biasa-biasa aja. Pengalaman dengan mahkluk lain itu aku kira istimewa. Bukan biasa-biasa.

Tapi, aku rasa ketika aku masih kecil, aku juga punyai cerita berkenaan ini. Ketika itu, aku sering ke rumah kakek. Rumah dia cukup besar. Punyai 5 bilik. Tapi terletak jauh dari kawasan kejiranan. Ia terletak di tengah-tengah kebun kelapa yang cukup luas. Jadi suasana nya cukup sunyi. Biar waktu itu udah tengahari. Yang aku masih ingat, suasana sunyi itu sering berada dalam hati aku ketika sendiri. Suasana itu terlalu indah bagi aku. Hanya ada bunyi angin mengerak-gerak daun pohon kelapa.

Jika malam pula suasana sunyi itu pula memberi aku rasa yang cukup dalam. Ia menakutkan. Bunyi angin itu ada, tapi ia lebih dari sekadar bunyi angin. Ia seolahnya bisikan halus. Ditambah dengan bunyi cengkerik, terkadang selang-seli bunyi punggok juga anjing yang menyalak. Aku ngeri dengan rasa itu. Biar ianya tetap rasa sunyi tapi sunyinya terlalu gelap bagi aku. Aku masih merasakan suasana tersebut pada waktu-waktu tertentu dalam hidup aku. Dan aku tidak suka. Tapi aku rindu.


Berkenaan rumah kakek, aku suka sesuatu tentangnya, ia luas dan aku boleh berlari, bermain bola juga badminton dengan bapa aku di dalamnya. Tapi luas itu juga semakin merisaukan aku bila tibanya waktu malam. Apa yang aku nampak hanyalah hitam. Waktu itu masih guna pelita. Yang nampak dinding yang kabur bersama bayang-bayang aku. Juga cicak-cicak yang galak di syiling mencari makan.

Aku takut dengan suasana itu, di tambah dengan rasa sunyi malam yang aku terangkan tadi. Aku merasakan malam di rumah kakek adalah malam yang penuh debaran . Hingga, aku sering aja memaksa ibu untuk tidur awal dengan aku. Kerna aku tidak mahu sendiri di kelambu. Pelukan ibu cukup membuatkan aku rasa selamat.

Pada satu malam, ketika aku mahu tidur, aku terdengar bunyi anjing yang mendayu-dayu. Ayah aku memberitahu aku bahawa anjing itu ternampak iblis. Aku merasa cukup takut tapi rasa selamat juga kerna aku di apit oleh kedua ibu bapa aku. Aku merasa mereka akan melindungi aku dari apa pun yang datang. Jadi aku biar begitu dan terus tidur.

Untuk hari-hari lainnya aku masih begitu, aku cukup gembira pada siang harinya tapi untuk waktu malam aku merasa cukup khuatir. Tapi aku masih belum berjumpa apa-apa yang menakutkan. Cuma aku sentiasa aja merasa takut.

Takut aku semakin bertambah bila ada saudra aku bilang rumah kakek aku ini sebenarnya di huni oleh seorang penjaga. Wanita yang berambut panjang. Maknanya ia menjaga keselamatan rumah itu dari mara bahaya. Dan ia akan sering kelihatan di tiang seri rumah atau, di dalam kelambu. Aduh.

Anehnya, sampai rumah itu udah di runtuhkan aku masih belum kesempatan ketemu makhluk itu. Aku kira, aku ini cucu kesayangan kakek lantas aku ini turut di jaga. Jadi tidak perlu mahluk itu memperlihatkan diri dia kepada aku.

Jadi perkara yang menakutkan aku hanyalah suasana rumah kakek, sekitarnya dan itu aja pada waktu malam. Bukan kerna gangguan atau apa-apa yang aneh. JAdi aku fikir aku ini, tidak di perlihatkan keanehan itu sebab aku ini lemah semangat barangkali. Aku membayangkan jika aku ketemu wanita itu, pasti aku demam berat. hehehe.

Untuk itu, aku rasa aku ingin kepameran hantu itu, bukan untuk melihat hantu tapi untuk aku merasai kembali suasana malam di rumah kakek aku. Aku mahu rasa sepi yang gelap itu. Rasa yang cukup menggetarkan hati. Untuk itu, jiak punya pilihan, aku mahu sendiri di pameran itu ketika lampu pameran udah di tutup. Berdiri bersama-sama bahan pameran itu. Hanya untuk rasa di rumah kakek aku.

berharap untuk cinta

Aku sering memerhati burung-burung yang terbang. Aku lihat kadang meraka berpasangan, kadang juga mereka sendiri. Timbul satu pertanyaan dalam hati aku, adakah burung-burung ini tahu ertinya cinta. Dan aku bersyukur, aku membayangkan bahawa Allah mungkin hanya memberi mereka naluri untuk mengawan tapi tidak untuk cinta. Kerna jika burung-burung ini di beri rasa cinta pasti kita akan melihat banyaknya burung-burung gagak tidak akan lagi galak untuk berkicau kerna cintanya di tolak oleh burung merak. (aku ambil contoh gagak dengan merak)

Gagak umpama burung jalanan yang hanya mencari makan di tong-tong sampah . Manakala merak adalah burung yang terpilih hidup selesa di sangkar-sangkar besar di rumah-rumah orang kaya. Di beri makan-makan yang mewah. Jadi untuk gagak mencintai merak adalah tidak mungkin, jadi gagak hanya mampu untuk memerhati merak dan akhirnya gagak akan mencintai untuk dikecewa. Hurm.

Aku bersyukur itu tidak terjadi pada burung-burung. Dan aku sekali-sekala merasa cemburu dengan burung-burung kerna mereka tidak perlu untuk rasa cinta. Biar meraka tidak merasa manisnya cinta, tapi mereka tidak juga merasa betapa sakitnya cinta. Kurang satu lagi masalah.

AKu tidak berhasrat untuk menceritakan apa itu rasa sakit dalam cinta. Apa itu rasa kecewa dalam cinta. Kerna aku yakin pasti ada diantara kalian yang lagi tahu dari aku. Aku sebetulnya kurang terdedah untuk rasa-rasa sebegini. Aku pernah mengalami tapi tidak pada tingkat yang tinggi. Hanya untuk merasa tersentak kemudian hati aku kaku untuk sesaat. Bangun pagi esoknya aku kembali seperti kemarin. Tersenyum melihat nasi goreng yang udah terhidang di atas meja makan. Aku lupa apa yang aku rasa semalam.

Jadi aku kira kecewa aku itu tidak pada tingkat tinggi kerna aku masih punyai selera makan juga masih mau mandi. Tidak seperti sesetangah yang aku jumpa, mereka langsung tiada motivasi untuk meneruskan setiap saat hidup mereka. Langsung terus berubah. Sama ada terus jadi kurus atau, terus jadi gemuk. Aku tidak pasti kenapa hal seperti itu terjadi tapi ia memang terjadi. Beri aku hujah jika aku silap. ehehe.

Tapi aku fikir luka bagaimana yang paling memberi impak dalam cinta. Apa luka kerna di tinggalkan, atau luka kerna di duakan. Juga luka di bohongi kekasih luka kerna halangan orang tua atau luka yang bagaimana. Kalau di tanya pada aku, aku biasanya luka kerna aku mudah untuk jatuh cinta. tapi amat-amat sukar untuk memberitahu cinta aku kepada orang itu. Dan aku terluka kerna aku membiar dia jatuh ke kepada cinta orang lain, hanya kerna aku yakin orang lain itu lebih bagus dari aku dan lebih layak untuk membahgiakan dia. Tapi itu dulu, aku ulang, itu dulu. Hehehe.

Aku fikir lagi, bukan bagaimana kita terluka yang menentukan tingkat luka yang akan kita hadapi. Tapi bagimana kita meletakkan harapan kita. Harapan ini sebenarnya yang menyebabkan kita terluka dalam atau terluka yang hanya gores. Secara hukum, semakin lama kita bercinta, semakin tinggi juga harapan yang kita tumbuhkan dalam hati. Dan apabila cinta itu tumbang, maka harapan tinggi turut sama tumbang lantas memberi impak yang cukup besar pada luka di hati. Kelukaan yang ngak kan bisa sembuh untuk satua atau dua hari.

Janji-janji yang banyak juga perlu kita awasi. Kerna secara tidak sadar, sebenarnya janji-janji yang diberi kepada kita akan menerbitkan harapan yang tinggi. Lagi sekali, harapan yang tinggi itu akan membunuh jika ia jatuh. Janji-janji ini biasanya lahir dari bicara-bicara yang manis dan kita mudah digula-gulakan dengan bicara-bicara seperti ini. Jadi awas dengan bicara-bicara manis. hehehe

Jika harapan yang tinggi itu membunuh jadi apa lagi yang perlu kita tumbuhkan dari rasa cinta? Aku tidak pernah bilang harapan tinggi itu tidak bagus, tapi harapan setinggi mana pun harus ia punyai sandaran. Sandaran yang memastikan harapan itu tidak jatuh. tapi biar pun ia jatuh, harus secara perlahan juga lambat-lambat. Kerna lukanya pasti tidak akan dalam. Bagi pengalaman aku yang cukup kurang ini, biasanya sandaran harapan tinggi aku lebih kepada takdir. Aku menyerahkan segala keputusan akhir kepada takdir. Jadi jika cinta aku gagal, aku memberitahu diri aku, ini udah takdir aku. Tapi terkadang ia membuat aku malas untuk berusaha dalam cinta . hehehe.

Ada juga yang menyandarkan pada cinta yang lain. Bila harapan untuk cinta ini runtuh maka dia masih punyai cinta lain untuk mendukung harapan cinta dia. lantas tidak perlu terluka. Masalahnya ialah, bila kedua-dua cinta tadi terus subur dan harapan semakin kukuh. Jadi bagaimana untuk membahagikan dua harapan yang tinggi dengan kemampuan yang terhad. Atas rasional itu aku tidak pernah untuk memiliki dua cinta. Dan aku bilang lagi, itu dulu. hehehe.

Tapi sebagus-bagus sandaran ialah iman. Bila iman kita bagus maka kita punyai sandran yang bagus. Iman bukan sekadar berpegang kepada takdir. Iman turut meliputi perbuatan , pengucapan juga niat. Jadi, atas itu cinta yang tumbuh akan terjaga, juga harapan yang terbit dari itu juga adalah harapan yang sederhana juga terkawal. Ini adalah sebaik-baik harapan dalam cinta. Sederhana tapi terkawal.

Berkenaan harapan juga, aku pernah ketemu seorang teman, dan bagusnya dia teman perempuan yang cantik. Dia mengajarkan aku untuk memilih cara yang paling kejam. Untuk semua cinta yang dia pilih, dia langsung tidak memberi harapan. Bagi dia harapan yang tumbuh adalah harapan yang palsu. Harapan itu tidak pernah tumbuh dalam cinta. Ia hanya tumbuh jika dia betul-betul udah di miliki secara yang sah. Aku akui itu cara yang bagus. Biar terlalu menyakitkan. Dia sentiasa memberi yang terbaik untuk semua cinta dia tapi dia tidak pernah merasai manisnya cinta itu kerna dia sentiasa aja mencantas harapan yang tumbuh. Bagi dia, cinta itu mungkin hanya bisa di temukan selepas mati. Aduh, aku bungkam dan aku sentiasa berdoa dia bisa ketemukan harapan. Biar bukan dengan aku (aku sentiasa memperingati para gadis aku bukan pilihan yang wajar..eheheh)

Untuk diri aku. Sentiasa peringatkan hati supaya memberi harapan yang jujur juga sentisa melahirkan harapan yang bisa di capai. Jangan pernah terlalu berharap atas sesuatu yang datang dari manusia. Aku juga manusia jadi, jangan berharap dengan aku. ehehehe

Saturday, July 15, 2006

Suralaya

Pagi tadi ketika aku minum-minum dengan seorang perempuan [dia cantik :-)]. Dia memberitahu aku sesuatu tentang Suralaya. Dia bercerita ingin tentang Suralaya dan aku hanya membisu. Aku tidak tahu apa itu Suralaya. Dia bercerita lagi, Suralaya adalah tajuk bagi sebuah lagu Amy mantan vokalis group lagenda Search . Aku diam lagi. Aku melihat diri aku dan aku tersenyum, aku ini kurang pengetahuan mengenai musik dan aku akui itu. Tapi aku tidak sekali menyesal.

Kemudian aku pula yang bertanya kepada dia. Suralaya itu apa? Nama wanita yang di puja dalam lagu mungkin?. Dia senyum dan berkata dia sendiri belum pernah mendengar lagu itu tapi udah pernah jejak di situ. Dia senyum dan terus menyambung, Suralaya itu sebenarnya adalah satu kawasan di Indonesia. Dia bilang, ia cantik dan cukup enak di jadi tempat untuk berbulan madu. Hehehe.

Selain dari itu dia juga bilang, Suralaya adalah kawasan di mana para pencandu narkoba di asingkan untuk di baik pulih. Di baik pulih ahklak juga mengubah kegemaran mereka terhadap narkoba. Jadi secara tidak langsung, apabila menyebut Suralaya, meraka yang tahu pasti akan terus terfikir berkenaan narkoba. Berkenaan sesuatu yang hitam.

Dalam pada itu, satu yang menonjol mengenai Suralaya ialah projek pembinaan janakuasa elektrik. Dimana di jangkakan projek itu akan mampu menampung Kekurangan kuasa yang menjadi masalah bagi kawasan Jawa Tengah.

Selain dari perkara itu, Suralaya seperti biasanya kawasan Indonesia yang lain, boleh kita gambarkan kehidupan penduduknya. Tapi kerna namanya Suralaya, ia tenggelam dengan nama Surabaya. Aku kirakan Surabaya itu jauh popular dari Suralaya. Jika bertanya berkenaan Suralaya pasti orang hanya ingat kita tersalah sebut nama Surabaya. Surabaya yang aku kenal, peroleh namanya dari kisah yang cukup hebat.

Ia di beri nama hasil dari pertarungan maut dia antara seekor YU dengan seekor Buaya di muara sungai yang belum bernama. Pertarungan hebat itu akhirnya mengorbankan kedua binatang yang menjadi raja bagi perairan masing-masing. Hasil dari kejadian itu para penduduk menggabungkan nama Yu dengan Buaya lantas menjadi Surabaya. Jika di lihat pada perlambangan kota Surabaya, jelas memperlihatkan seekor yu dan seekor buaya. Monumen berkenaan pertarungan itu juga ada di dirikan di kota tersebut.

Cukup berkenaan Surabaya. Kerna sebetulnya aku mahu cerita mengenai Suralaya. Jadi jelas di sini, Suralaya punyai banyak wajah. Di samping di puji kerna kecantikkannya, ia juga dikenali kerna kegiatan mulia berkenaan pembaikkan manusia dari gejala narkoba. Mengelirukan sesiapa pun yang mahu berbicara berkenaan Suralaya. Selain itu, kita juga tahu, ia sentiasa di bayangi oleh nama Surabaya. Jika diumpamakan Suralaya ini manusia perempuan dan dinamai begitu, pasti ia adalah manusia yang kasihan kerna punyai kecantikkan tapi juga di kenali kerna kebaikkannya memulihkan titik hitam manusia. Juga kasihan kerna dia seolahnya ngak wujud , di bayangi oleh kakaknya yang lagi makmur. Tapi Suralaya tetap tabah. Itu aku pasti.

Mungkin selepas ini aku harus lebih rajin untuk mendengarkan radio, untuk memahami.Suralaya di dalam lagu Amy. Atu juga pergi terus ke Suralaya dan mencari kenapa namanya ada di dalam lagu orang Malaysia.

Wednesday, July 12, 2006

Kemarin, hari yang kosong

Kemarin, ketika subuh baru tiba bersama embun-embun yang suci, aku bangun untuk satu kewajiban. Setelah kewajiban itu usai aku termenung kerna aku kira banyak yang aku mahu perbuat hari ini. Aku senyum lantas aku kembali baring. Senyum sendiri memikir rindu yang banyak ketika itu. Salah aku mungkin, secara tidak sengaja aku tertidur dan membuat malaikat rezki hanya memandang kecewa ke arah aku. Tidur selepas subuh.

Aku bangun ketika matahari udah merasa suam-suam. Embun juga udah di sejat. Aku bingung lantas kembali senyum, kerna aku masih punyai rindu yang banyak dan aku rasa ia tak pernah mau habis. Sehingga aku teringat sesuatu, aku punyai pakaian yang harus di basuh. Segera aku bangun dan meninggalkan rindu aku tadi tenggelam terus ke dalam hati.

Aku membasuh pakaian aku dengan tekun, kerna aku hanya menggunakan tangan. Ada mesin tapi aku bukan penggemar mesin. Ia hanya aku kira untuk orang-orang perlu. aku belum perlu lagi. Aku tidak mahu baju aku luntur warna, rusak struktur kainnnya juga aku mahu basuhan aku suci. Dengan dua kali bilasan. Ironinya, aku tidak suka membasuh baju.

Selesai itu, aku terima satu panggilan ke HP aku dan aku tersenyum. Rindu aku kembali timbul, kerna yang menelepon aku itu ada teras kepada rindu aku. Aku senyum dan cuba semesra mungkin dalam bicara. Tidak sukar kerna ia terjadi spontan jika ia adalah orang yang aku cintai dengan sesungguh hati. Bicara itu tidak lama kerna dia masih punyai pekerjaan dan aku masih punyai baju untuk di jemur kepada terik mentari.

Selesai itu aku kembali duduk dan cuba membaca sebuah buku. Tapi aku kembali senyum sendiri dan merasa rindu. Sesaat itu aku terus bertanya pada diri aku, rindu itu apa? Rindu yang aku rasa ini sebetulnya bagaimana. Sehinggakan aku sering aja senyum-senyum sendiri juga merasa ceria di hati. Apa rindu ini dadah yang ngak nampak. Halus mencucuk di hati aku. Hingga aku merasa terbius dari segala duka dunia.

Rindu bagi aku hanyalah satu tingkat tinggi dari perasaan mengingati. Tidak kira siapa yang kita ingat, keluarga kita, sekolah kita atau kucing kita. Buat mulanya kita mungkin akan mengingati sesuatu itu secara jarang. Kerna tidak ada perasaan lain yang serta. Tapi proses mengingat itu akan semakin kerap hingga mencapai tahap rindu jika ia di dorong oleh perasaan lain. Seperti perasaan sedih, perasaan suka dan lagi berat, perasaan cinta.

Namun, secara tidak sedar mungkin, perasaan -perasaan lain juga bisa menyumbang kepada rindu. Perasaan benci, menyampah juga perasaan jelik. Iya benar pada mulanya, kita tidak suka. tapi atas kerna perasaan itu membuat kita sering mengingat kepada sesuatu perkara itu, lantas kita jadi rindu. Rindu ini sebenarnya lebih rapat kepada suka+cinta. Jadi ini mungkin menerangkan mengapa ada di kalangan kita jatuh hati kepada orang yang dahulunya dia cukup benci. Hanya mula dari kerana perbuatan mengingat yang keterlaluan lantas berubah kepada tingkat rindu.

Rindu boleh lagi naik kepada satu tingkat yang lagi tinggi bila rindu itu di iringi perbuatan. Jika kita rindu masakan ibu, mungkin kita akan pulang ke rumah atau kita cari saja kedai makan yang punyai masakan seperti masakan ibu kita. Atau jika kita rindukan seseorang, bisa aja kita terus pergi ketemu dia di taman atau terus di hadapan rumahnya.Perbuatan yang berdasarkan rasa rindu itu cukup manis sekali. Dan ia boleh jadi ukuran kepada rasa suka dan cinta kita kepada sesuatu perkara juga kepada mahluk.

Rindu di sini juga boleh menjadi ukuran iman kita sebenarnya. Tapi aku sering membayangkan kenapa aku tidak rindu kepada tuhan. Maaf aku terlalu terus terang barangkali. Betul, aku merasa biasa aja. Mungkin kerna aku jarang mengingati DIA. Lantas tidak timbul rindu itu. Aku sedar itu. Malah atas kerna itu, segala perbuatan aku atas suruhan DIA tidak terkesan manisnya. Hasil dari rindu yang kurang. Bermakna iman aku juga kurang.

Tapi untuk semalam rindu aku kepada seseorang itu cukup kuat. Untuk itu aku kira aku udah mengirim beratus pesanan ringkas sama dia hanya untuk dia sedar aku sentiasa ada di sini untuk mengingati dia. Pesanan ringkas tidak akan punya makna apa-apa sebetulnya kerna ia hanya bersifat memberi ingat. Perkara sewajarnya aku perbuat ialah usahakan sesuatu agar bisa ketemu dia atau aku bisa miliki dia. Tapi apa yang aku perbuat semalam aku hanya baring-baring kepanasan kerna black out. Semua kerja aku tergendala. Sudahnya aku duduk-duduk di kedai minum kerna kipas angin yang ngak berfungsi membuat tekak aku haus.

Jadi semalam aku merasa rindu tapi tiada apa-apa yang aku perbuat untuk rindu itu. Biar aku punya alasan untuk memulai hari aku dengan penuh makna tapi aku akhirinya dengan sesuatu yang kosong, kerna rindu tanpa susulan adalah sesuatu yang kosong. Jadi semalam hari aku tetap kosong. Aku harap hari ini lebih bagus. Ayuh.

Tuesday, July 11, 2006

dendam itu indah?

Aku seperti hari biasa lebih menyukai perasaan yang biasa-biasa. Tanpa perlu hadir rasa cinta, suka atau benci. Aku kira jika hari itu aku lalui tanpa perlu memikir sesuatu tentang rasa hati aku, aku udah berjaya. Tapi ia sekali gak mungkin. Kerna manusia biasa tidak perlu kepada perasaan yang biasa-biasa juga. Malah ia harus ada suka juga duka untuk hari itu. Malang aku kira, aku ini tidak pandai mengurus hati aku hingga aku hanya mampu ketemu duka. Kadang, aku lagi jauh untuk rasa yang lagi serius, iaitu aku merasa dendam dan ia rasa yang paling aku tidak gemar diantara barisan rasa yang aku punya (aku tidak punya rasa cinta..ehehe)

Dendam seperti yang aku bisa rasakan ialah satu rasa dari hati. Ia kecil, tapi punyai sifat yang besar. Hingga boleh mendesak tubuh untuk sama-sama bertindak atasa rasa itu. Aku kira dendam bagi diri kecil aku ini, adalah rasa yang lahir dari ketidak puasan aku kepada kejadian yang menimpa aku. Aku kira, jika aku mahu ketemu seseorang dan aku ketemu, tapi ketika aku ketemu aku di cemuh juga di cela atas sesuatu yang aku tidak perbuat. maka aku tidak akan puas hati jadi aku merasa sakit hati . jika waktu itu aku mampu untuk membalas peri lakunya, aku kira dendam itu tidak perlu.

Jadi dendam itu sebenarnya adalah penanguhan terhadap rasa sakit hati kita yang tidak mampu kita luahkan secara terus. Kita membiar sakit hati itu tidak reda lantas untuk meredakannya, kita ubah ia menjadi dendam. Dendam itu pati dari rasa sakit hati tadi, Ia gelap dan sukar putih. Dan ini yang aku tidak suka tentang dendam, ia sukar di putihkan. tapi masih bisa.

Dendam aja bagi aku tidak ada apa-apa kerna ia hanya akan terpendam di dalam hati hingga kita mati jika kita tetap mau dengan dendam itu. Tapi masalah bagi aku, jika ada penambahan perkataan di hadapan dendam itu. Iaitu penambahan perkataan BALAS. Lantas menjadi satu ayat yang aku kira cukup menggerunkan BALAS DENDAM. Tapi ia juga sebetulnya ayat motivasi sekiranya kita membalas dendam untuk sesuatu yang baik.

Di sini akan berlaku banyak perbicaraan moral. Ada yang mengatakan balas dendam itu wajar tapi ada juga yang menegaskan bahawa ia adalah sesuatu yang tidak perlu. Secara logik, meraka yang menyokong balas dendam ini mengatakan bahawa ' dua kesalahan akan menjadikan perkara itu betul'. Dua kesalahan di sini bermaksud si pelaku jenyah tadi di hukum untuk kesalahan dia. Dimana hukuman itu di sifatkan sebagai satu lagi kesalahan, tapi ia menjadikan perkara itu betul.

Malah di sesuatu tempat balas dendam itu udah menjadi satu budaya. Misalnya di Jepun. Mereka punya budaya yang berakar umbi dari zaman samurai. Meraka menggelarkan pembalasan dendam secara membunuh itu sebagai 'katakiuchi'. Meraka ketika udah di jatuhkan air muka, hanya ada 2 perkara harus di buat. harakiri (membunuh diri) atau yang tadi, balas dendam. Dalam masyarakat barat pula, wujud istilah vendetta. Iaitu perbuatan balas dendam bagi menuntut keadilan dan ia di tuntut dengan darah.

Topik balas dendam ini sebetulnya adalah sesuatu yang cukup popular. Hingga banyak karya ulung bertemakan balas dendam. Lihat aja novel 'count of Monte Cristo' juga filem Star Wars Episode III: Revenge of the Sith. Semua berkisar mengenai balas dendam. Itu hanya secebis.

Dalam kehidupan seharian pula, balas dendam berjaya menerbitkan falsafah-falsafah yang menerangkan apa itu balas dendam dengan cara yang indah. Vanesa Williams pernah bilang bahawa 'kejayaan adalah balas dendam yang paling manis' Aku kira dia mahu balas dendam pada kehidupan masa lalunya yang kelam.

Juga bila di lihat pada filem James Bond, For Your Eyes Only, ada dialog seorang lelaki Cina mengatakan bahawa, 'jika kamu ingin membalas dendam, gali dulu dua lubang kubur'. Hurm, aku kira ia satu sindiran untuk pelaku. kerna menang akan jadi arang, kalah jadi abu. Juga bererti dua-dua kalah. Kerja sia-sia aja.

Aku kira untuk membicarakan mengenai dendam ini secara terbuka aku masih belum ahli. Biar ahlinya aja yang bicara. Aku cuma ahli dengan perasaan aku sendiri. Dengan dendam aku. Aku pernah berdendam dan aku pernah membalas dendam itu dengan cara yang aku kira kejam tapi ngak pernah sempurna mengikut rancangan aku. Sepertinya dulu di sekolah, aku mahu membalas dendam dengan rakan aku yang mengejek aku, aku mengejek dia kembali tapi dia ngak sakit hati seperti yang aku rasa. Malah dia kembali tersenyum dan menambahkan lagi sakit hati aku. Di sini aku belajar bahawa dendam tidak semestinya memuaskan hati.

Untuk dendam yang lagi besar, aku biasanya mudah untuk melupakan, kerna aku tidak mampu untuk membalas. Sepertinya kehilangan uang aku yang di curi. Tapi aku tidak tahu dengan siapa aku harus balas dendam, lantas aku membiar aja rasa itu dan aku padam dengan maaf.

Dalam soal yang lagi popular, iaitu cinta. Aku belum pernah merasa dendam. tapi aku kira, aku ini mungkin udah menimbulkan dendam kerna laku aku yang ngak sepatutnya daalm cinta. hehehe. Tapi aku pernah ketemu seorang perempuan cantik. Meski cantik tapi sering aja gagal dalam cinta. Aku kira dia pasti akan membalas dendam dengan lelaki seperti yana biasa aku baca di novel cinta juga di sinetron.

Tapi dengan tenang dia memberitahu aku bahawa, dia tidak pernah berdendam malah dia memaafkan. Kerna bagi dia, meski dia di sakiti oleh pasangan dia, tapi untuk sedikit waktu pasangan dia pernah juga membahgiakan dia. Aku terkaku dengan rasa aku sendiri. Aku melihat jauh dalam mata dia. Dia terlalu cantik dalam soal ini, seiring dengan cantik wajah yang dia punya.

Apa pun, kita harus melihat dari segi agama. Islam mensyaratkan bahawa dendam itu juga adalah sebahgian dari hasad dengki. Dimana hasad dengki akan memakan amalan kita umpamanya api memakan daun yang kering. Jadi kita harus sentiasa berlapang dada agar segala amalan kita tidak sia-sia aja kerna dendam yang kita perbuat. Sentiasa ingati Allah, kerna sesungguhnya DIA tahu apa yang terbaik untuk hambanya.

Aku tidak pasti sama ada mahu meneruskan lagi penulisan ini atau titik aja disini. Kerna topik ini terlalu luas, tapi aku punyai pengetahuan yang terbatas. Aku mohon ampun dengan itu, juga jangan dendam dengan aku.

cinta putih kamu dan tangan hitam aku

jika aku ingin merasa sendiri
aku akan pergi berlari di lorong-lorong kosong
di dalam hati kamu yang sunyi

aku akan terus berlari kedepan
namun..
sesekali aku tetap berpaling untuk melihat masa lalu kamu
yang merah, putih juga hitam

aku terhenti di satu sudut dilorong di hati kamu
kerna aku ketemukan cinta kamu yang udah lama sembunyi
dan aku akan tersenyum
melihat cinta kamu itu masih putih
biar aku masih bisa merasa hangat luka semalam

seketika aku berhenti tersenyum
kerna cinta putih kamu sejujurnya sudah mahu mati
kerna luka nya tersusuk dalam
biar aku dapat melihat ada senyuman di situ
tapi senyuman itu hanya untuk memberitahu aku yang
aku tidak perlu kasihan kamu

aku sengaja atau tidak,
akan memeluk cinta kamu lalu
terus menyapu luka cinta itu dengan tangan hitam aku
membersih luka itu dan menekap tangan aku di lubang luka

aku tahu cinta putih kamu pasti..
akan tergores dengan noda hitam tangan aku

dan
maafkan aku kerna terpaksa menghitamkan cinta kamu
asal saja ia tidak mati
bersama matinya senyuman ikhlas kamu

aku merasa aku sudah mahu berhenti dari merasa sendiri
aku mahu keluar dari lorong sunyi di hati kamu
dengan membimbing cinta putih guna tangan hitam aku
biar cinta itu sudah di noda hitam
aku tetap akan terima ia kerna aku tahu
ia masih hidup untuk aku
dan ia telah dihitamkan oleh tangan hitam aku...

Monday, July 10, 2006

mati untuk sesuatu yang dia percaya

Aku lupa, aku melihat movie apa sehingga aku masih ingat lagi dialog ini. Biar tidak tepat tapi ia tetap juga bermaksud begini.

"serigala adalah bintang yang kental. Serigala lebih rela mati dari memakan umpan yang udah tidak lagi suci. Jadi untuk mengumpan serigala harus umpannya dari daging yang cukup segar tanpa noda. Juga harus dikendalikan dengan cermat, supaya tidak ada sikit pun bau manusia yang tertinggal pada umpan itu"

Aku cukup kagum dengan itu. Serigala sanggup mati kelaparan dari mati memakan umpan yang menjerumuskannya kepada satu kematian yang lagi mudah tapi cara yang moden. Mati di di terobos peluru atau dengan kaki tergantung. Dan aku berfikir bagaimana kalau buruan dia itu udah berbau manusia biar bukan umpan. Hurm, aku kira serigala tetap tidak akan mengambil risiko.

Aku kira lagi, serigala itu harus di jadikan lambang kejantanan untuk menggantikan harimau atau singa. Bagi aku serigala lagi punyai rasa berani dari kedua binatang itu.

Kenapa? Kerna binatang itu emangnya punyai susuk yang gagah tapi sering aja termakan umpan manusia. Juga bila berburu, meraka biasanya ngak punyai strategi khusus. Hanya mengharap pada kesabaran menghendap mansga juga pada serangan mengejut yang di dukung dengan kepantasan juga kuku yang tajam.

Berbanding dengan harimau juga singa, serigala biasanya berkumpulan. Seekor akan mengejar buruan, sementara yang lain udah siap menunggu di hadapan. Ketika binatang buruan udah rasa selamat, ketika tu gerombolan lainnya akan menerpa lantas membaham rakus dagng yang manis. Aduh, indah sekali pemandangan itu. Gabungan strategi bijak dengan kekejaman rimba yang tiada batasan. Hasilnya pasti darah yang menyimbah di tanah juga di daun-daun muda pokok. Ini baru pemandangan yang indah bagi aku.

Tapi bagi aku ada yang lagi penting di sini. Serigala sanggup mati atas sesuatu yang dia percaya. Dimana kebanyakkan manusia langsung tidak mampu untuk itu. Manusia separti aku juga, lagi mahu mati untuk sesuatu yang bisa memberi ganjaran lumayan, biar dia tidak percaya kepada perkara itu.

Lihat aja di kota-kota. Ketika para rakyat merasa aman dengan pemerintah, ada di kalangan pemerintah dengan teganya membuat korupsi. Biar dia tahu, itu tidak bagus dan dia percaya itu, tapi dia lagi rela mati untuk uang. Uang itu umpan syaitan yang terlalu ampuh. Dan ia terbukti.

Jadi aku kira tidak salah untuk aku mengjadikan serigala itu ikon bagi diri aku. Serigala itu rakus, ganas juga kejam. Aku kira ia bagus untuk aku kerna aku ini terlalu beralah barangakali. Serigala juga cerdik berbanding dengan aku yang biasa-biasa aja otaknya.

Namun, serigala tetap serigala. Tidak akan mampu menyayingi manusia..atas itu aku bersyukur aku ini manusia biar serigal lagi untung kerna akan tetap mati dengan cara yang terhormat. Mati atas sesuatu yang dia percaya.

erti sebuah maaf

Ada seseorang memberi tahu aku bahawa, dulu jika untuk memberi maaf atas sesuatu yang betul melukakan, dia tidak pernah bisa. Dia lagi rela untuk berlalu dari situ meninggalkan si peminta maaf terkaku tanpa apa-apa bicara. Sehingga pada satu hari, tiba saat dia melukakan dan terus dia sadar juga rasa bersalah. Lantas tanpa ada apa-apa ucapan, orang yg terluka tersebut, cepat memberi maaf kepada dia. Sesaat itu dia tersentak lalu dia mengerti bahawa kemaafan itu sebenarnya cukup indah.

Kemudian ketika bicara, dia memberitahu aku supaya jika menyanyangi seseorang, jangan berikan seluruh rasa sayang itu kerna jika dia melukakan kita pasti sulit untuk memaafkan. Begitu juga rasa benci, jangan berikan seluruh rasa benci itu, kerna jika kita merasa kembali senang dengan dia maka tidak sulit untuk memaafkan dia kembali.

Semuanya berkisar berkenaan maaf. Tapi apa sebenarnya maaf itu. Aku perkirakan maaf itu sebenarnya adalah sesuatu yang hanya bisa di berikan setelah kita terluka di hati. Jika kita tidak terluka samada merasa marah atau benci, maka kemaafan itu tidak timbul sama sekali. Tapi yang ada hanyalah perasaan yang kosong. Jadi jika kamu tidak pernah merasa terluka, jgan pernah bicara mengenai kemaafan.

Maaf juga aku ertikan adalah satu perasaan yang timbul dari satu sudut hati. Dimana perasaan iu dengan rela juga pasrah menerima segala kesalahan yang di perbuat oleh manusia lain dengan rasa tenang lagi terbuka tanpa mengharap apa-apa balasan juga hasarat untuk membalas. Ia juga adalah sesuatu yang sukar untuk di dapati di dalam hati kecuali kita rajin untuk meneroka hati kita dengan iman juga amal.

Kita juga tidak akan merasa manisnya maaf itu jika kita tidak pernah melukakan. Hanya orang yang pernah melukakan seseorang lantas di beri maaf yang tahu betapa nikmatnya kemaafan itu. Pasti kemaafan itu seolahnya setitis air di tengah gurun. Cuma air apa aku tidak pasti. Terpulang.

Itu aku kira kemaafan sesama manusia. Tapi kemaafan yang paling agung lagi suci adalah kemaafan dari Allah kepada kita. Kita perolehnya hari-hari. Kerna hari-hari kita perbuat dosa, hari-hari kita memohon ampun kepadnya, juga hari-hari kita di maafin. Tapi, jangan terlalu pasti dengan rasa itu, takut kita terlalu leka hingga merasakan maaf itu adalah milik kita. Kita tidak pernah memiliki rasa maaf itu. Itu milik Allah dan Dia memberi kepada sesiap yang Dia kehendaki, jadi jaga amal kita. Dan aku berpesan keras kepada diri aku kerna aku ini adalah pendosa yang besar.

Kemaafan itu juga bersifat sementara. Hari ini kita bisa di maafkan, tapi pada masa hadapan ia belum pasti lagi milik kita. Ia adalah sesuatu yang sentiasa harus kita dapatkan. Sama ada melalui permohonan atau juga pemberian. Ia bisa hilang dari hati kita juga bisa muncul pada ketika kita merasa tidak perlu untuk itu.

Ia turut bersifat bersandar . Maknanya, jika kita berbuat salah, kita mungkin perlu meminta maaf kepada seseorang kemudian baru kita di maafkan oleh masyarkat atau lagi utama, Allah. Atau juga kita haru memberi maaf dahulu baru maaf itu bisa di berikan secar total kepada si peminta maaf.

Jika aku bercerita tentang maaf dalam hidup aku, sebenrnya aku pernah merasakan kesemuanya. Aku selalu memberi maaf juga selalu tidak. Aku selalu di beri maaf juga tidak. Ini kerna aku adalah seorang yang sukar untuk terluka tapi mudah untuk melukakan. Dan sampai saat ini aku merasakan yang aku ini masih lagi di bebani oleh kemaafan yang tidak di beri kepada aku. Aku merasa cukup terbeban. Aku tidak pasti bagaimana lagi aku harus meminta maaf. Dan aku masih merasa diri aku ini ialah si peminta maaf yang fakir.

Untuk itu, aku sekali lagi meminta maaf...

Wednesday, July 05, 2006

buah cinta itu

Ketika aku masih kecil, aku paling tidak suka untuk mengupas buah untuk diri aku sendiri. Tidak peduli buah apa, baik mangga atau kedongdong, sama aja. Dengan jari-jari aku yang comel, aku terpaksa memegang buah yang bulat, kemudian harus pula fokus dengan pisau di tangan. Sering buah aku jatuh dan hirisan aku tidak sekata, terkadang aku membazir isi buah itu. Lagi hiba, terkadang buah itu keluar ulat.

Tapi bukan rasa itu yang aku tidak suka, aku sebetulnya merasa amat tidak nyaman bila aja mata pisau yang berkilat itu harus berada dengan dengan jari-jari aku. Pisau itu harus berjalan perlahan tapi kuat dan di sini masalah aku. Aku tidak mampu memberi kawalan terhadap pisau itu kerna buah yang licin lagi besar itu. Jadi, seringkali jari-jari aku terhiris sama. Aku sempat melihat pisau itu perlahan mengoyak kulit aku dan terdedah isinya yang putih. Kemudian ia bertukar merah terus merah tadi keluar menitik. Warna merah itu cukup segar lagi manis. Aku dengan segera mengambil kain-kain perca ibu aku untuk membalut luka itu. Aku tidak suka itu dan akhirnya, ibu aku yang akan mengambil alih kerja aku tadi. hehehe.

Ketika itu, ketika aku udah semakin biasa dengan pisau juga buah, aku kira aku udah hilang rasa tidak nyaman itu, namun ia tetap masih ada di hati aku. Aku masih lagi takut-takut untuk mengupas buah biar aku udah punyai genggaman yang pasti juga fokus yang lagi tertumpu. Aku kira rasa ketika aku masih kecil, tetap sama ketika ini dan ini adalah sesuatu yang asli. Tidak langsung berubah. Mungkin sebab itu aku jarang untuk membeli buah-buah yang harus di kupas.

Sebetulnya aku tidak pasti dengan perasaan aku. Sama ada aku tidak nyaman dengan luka yang aku terima , atau aku sebenarnya tidak nyaman dengan rasa semasa aku cuba mengupas buah itu. Ia aku kira dua hal yang berbeda. Tapi aku sering aja salah mengertikan keduanya. Aku lebih senang untuk mengakui bahwa kita takut dengan rasa sakit yang akan kita peroleh dari tangan yang udah terhiris. Kerna ia perkara nampak. Kita nampak darah itu.

Tapi jika aku mahu lebih untuk melihat jauh dalam perasan aku, aku sebetulnya rasa tidak nyaman dengan rasa takut semasa mengupas buah itu. Kerna aku coba untuk menahan diri kita dari melukai diri sendiri. Rasa tidak nyaman kerna tidak punyai kuasa kawalan yang penuh tapi masih mahu mencoba untuk itu. Walau pun aku menitis kan darah, akhirnya aku masih bisa mengupa buah itu dan terus melahapnya, ia cukup nkmat...sehinggalah isi manis itu habis dan aku harus mengupas sebiji lagi. Rasa itu kembali hadir dan aku teragak-agak.

Namun, ketika aku tetap merasa ketika aku udah lebih lagi dewasa, aku perkirakan rasa itu tidak akan aku alami lagi. Sehinggalah pada satu hari aku bertemu dengan seorang gadis dan aku jatuh cinta dengan dia. Rasa itu kembali hadir. Aku kembali merasakan rasa tidak nyaman itu. Biar cinta yang aku akan peroleh, lagi aku genggam ini manis isinya.

Tapi untuk merasa isi manis itu harus aku kupas-kupas dulu kulit kasar buah cinta itu. Seumpama waktu kecil aku dulu, rasa itu kembali hadir. Aku bingung sebetulnya. Bagaimana aku bisa membandingkan cinta wanita itu seperti buah yang aku kupas ketika aku kecil. Aku perkirakan ia tidak sama dari segi zahir. Tapi dari segi corak dan rasa, ia memberi sesuatu yang terliat sama. Cinta itu juga seperti buah, harus di petik dengan lembut, kemudian di kupas dengan lancar hanya untuk mendapat isinya yang manis. Cuma cinta lagi jauh, kerna setelah isi manis itu habis, biji yang tertinggal kita harus tanam demi untuk melahirkan sebuah pohon cinta yang agung dan menerbitkan lebih banyak buah yang manis, jangan berulat.

Tapi kenapa aku harus mengupas buah cinta itu? Kerna untuk aku memastikan benih yang akan aku tanam itu bagus. Buahnya tidak rusak di dalam juga tidak berulat. Tapi buah yang rusak juga berulat tidak semestinya menumbuhkan pohon yang rusak. Malah ia bisa menumbuhkan pohon yang lagi subur, dengan syarat aku mahu membersih ulat yang ada dalam buah itu.

Jadi untuk proses itu, aku kira sama ja dengan mengupas buah yang sebenar. Kerna aku walau pun udah mengenggam buah itu tapi aku tidak punyai genggam yang kuat kerna buah itu terlalu besar. Tapi aku harus lagi mengupas kulit buah itu untuk merasa isinya. Samada ia manis, jujur atau ngak. Juga untuk mendapat benih yang bagus. Tapi aku juga perlu bermain risiko, bermain dengan pisau. Tajam.

Ketika itu aku perlu hati-hati menghiris, agar tidak ada yang terlebih sentuh. Juga supaya ia tetap cantik. Tapi ketika itu juga kau harus sedar aku akan bisa terluka kerna kawalan yang kurang dengan buah cinta itu. Aku kembali merasa tidak nyaman. tapi aku harus menghabisi apa yang udah aku mulai. Jangan pernah undur. Biar isi akan aku perolhe punyai ulat, tapi yang penting benih buah itu yang harus aku tanam demi menumbuhkan sesutu yang lagi cantik.

Aku tidak pasti mau mendapatkan kain dari mana untuk membalut luka yang akan aku tanggung. Dari ibu? tidak lagi. Namun seprti yang aku bilang, aku harus menghabisi apa yang aku mulai. Biar aku terluka juga aku peroleh buah yang isinya ngak manis, aku tetap akan menghabisi nya kerna aku yakin, biar bagaimana pun buah itu, biji buah yang akan jadi benih itu tetap suci juga biasa cemerlang.

Namun sehingga hari ini rasa tidak nyaman itu tetap aja berada di hati aku. Kerna aku harus berkira, sama ada aku perlu berani memperoleh satu lagi cinta yang perlu di kupas atau aku biar aja ia busuk atau aku biar sesiapa tolong kupaskan untuk aku kerna ibu udah tidak ada lgi untuk menolong aku.. dan saat ini aku kembali mengenang saat kecil aku

Tapi bukan rasa itu yang aku tidak suka, aku sebetulnya merasa amat tidak nyaman bila aja mata pisau yang berkilat itu harus berada dengan dengan jari-jari aku. Pisau itu harus berjalan perlahan tapi kuat dan di sini masalah aku. Aku tidak mampu memberi kawalan terhadap pisau itu kerna buah yang licin lagi besar itu. Jadi, seringkali jari-jari aku terhiris sama. Aku sempat melihat pisau itu perlahan mengoyak kulit aku dan terdedah isinya yang putih. Kemudian ia bertukar merah terus merah tadi keluar menitik. Warna merah itu cukup segar lagi manis. Aku dengan segera mengambil kain-kain perca ibu aku untuk membalut luka itu. Aku tidak suka itu dan akhirnya, ibu aku yang akan mengambil alih kerja aku tadi.

Sunday, July 02, 2006

tersenyum untuk aku...

Malam tadi ketika aku baring. Aku termenung sekejap kemudian bangkit lagi terus ketingkap. Aku ingin melihat bulan. Namun apa yang aku lihat hanya malam yang cukup pekat. Kalau bulan tiada mungkin aku boleh memerhati bintang. Juga begitu, aku hanya melihat malam yang pekat. Jika bintang juga tiada, mungkin aku bisa melihat satelit buatan. Namun tetap hampa.

Aku kembali duduk ke katil lantas termenung sendiri. Aku memikir kenapa malam ini aku susah mau lelap. Aku kira aku banyak membuang masa tanpa fokus pada apa yang aku mau fikir. Aku merasakan malam ini aku harus berbicara kembali kepada teman aku. Bicara mengenai hati aku dengan dia.

Teman aku ini, punyai banyak persamaan dengan aku sehingga aku merasa dia seolahnya tercipta untuk aku. Dan bila saja aku memikir itu aku senyum. Aku perkirakan juga dia seperti juga teman aku yang lainnya punyai kisah silam yang manis lagi putih. Kerna dia punyai wajah itu. Manis lagi putih.

Namun aku tahu juga sesuatu tentang dia. Dia juga seperti aku, punyai masa silam yang putih namun atas sebab manusia, dia mulai hilang percaya pada kehidupan ini. Senyum yang aku ingat tadi terus aja berubah menjadi hiba. Biar aku tidak sekalipun melihat hiba itu diwajah dia, tapi aku mampu untuk merasa apa di hatinya.

Dia pernah bilang, dia tidak mahu menangis biar hati dia menagis kerna itu perkara rugi. Menangis untuk dua kali. Dihati juga di wajah. Aku kagum dan aku setuju dengan kamu. Itu terlalu suci untuk aku. Dan kamu membuat aku pula menjadi hiba.

Biar aku terus terang sama dia, tulisan ini untuk dia. Biar bagaimana pun kamu, aku tetap ada disini.biar aku tidak mampu untuk menemani kamu untuk sepanajang hayat kamu. Tapi aku akan sentiasa aja mengingati kamu sebagai teman aku yang agung. Aku akan sentiasa memerhati kamu dari pekatnya malam. Kamu dengan senyum pernah bilang bulan tidak pernah menolong kamu. Tapi aku akan menolong kamu. Kamu juga pernah kata, manusia itu tidak mampu lagi untuk dipercaya. Aku sanggup menjadi burung atau pokok-pokok asal saja kamu mempercayai aku.

Aku mendoakan kamu. Menyayangi kamu. Ingin melindungi kamu semampu aku, biar aku tahu aku ini terlalu lemah. Aku juga mahu menceriakan kamu, biar aku tahu aku tidak punyai senyuman yang putih.

Tangan kamu juga aku akan genggam untuk kamu tahu, aku akan sentiasa ada untuk kamu untuk kamu hilangkan segala duka kamu. Aku segala daya aku juga mau merawat hati kamu dari segala luka. Aku mau kamu senyum di hati. Aku mau kamu seperti kamu yang dulu. Kerna sekarang kamu tetap yang dulu, dulu yang bersih lagi putih, tinggal aja kamu tidak pernah mengakuainya.

Aku dengan sepenuh hati aku memohon maaf sekiranya aku tidak mampu untuk semua itu tadi. Aku memohon ampun jika kehadiran aku ini hanya untuk meninggalkan cerita gembira kita di belakang menjadi kenangan. Tapi biar apa pun akhirnya...aku mahu kamu terus tersenyum untuk aku. Janji..

dari sisi gelap...

Ada satu masa aku sebenarnya mau hidup dalam khayal aku. Aku mau aku hilang dari realiti hidup. Aku rasa segala yang udah di ciptakan untuk aku tidak kena pada waktunya. Atau ia tidak kena pada aturannya. Aku mula hilang segala pertimbangan aku. Sehingga terkadang aku beroleh ke sisi gelap.

Aku tahu ia semua salah aku. Aku gagal sebetulnya. Gagal dalam ujianNya. Sehingga aku merasa ujianNya itu terlalu berat. Aku tidak mampu untuk menanggung. Terkadang juga aku melampau hingga bertanya, kenapa aku yang harus di beri ini semua.

Aku sepatutnya seiring dengan usia aku , seiring dengan ibadah aku, harus lebih mampu untuk segala ujianNya. Aku wajib memperingati diri aku bahawa,

ALLAH TIDAK AKAN SEKALI MEMBEBANKAN HAMBANYA DENGAN PERKARA YANG TIDAK MAMPU HAMBANYA TANGGUNG.

Ini bermaksud, Allah memberi aku ujian ini kerna Dia Maha Mengetahuai bahawa aku ini mampu untuk itu. Tinggal lagi aku hanya salah pilih keputusan. Atau juga aku cepat untuk berputus asa. Mudah sekali hilang pertimbangan.

Aku terlupa lagi dengan pesan , JANGAN PERNAH SEKALI PUTUS ASA DENGAN RAHMAT ALLAH. Rahmat Allah itu luas, tidak langsung terjangkau biar kamu terusan aja melihat ke arah ufuk untuk mencari sempadan rahmatNya. Ia sentiasa aja ada berlingkar di sekeliling kita. Cuma aku kira, aku ini bodoh kerna tidak menghirau rahmat itu lantas mencampak diri aku ke jurang dosa yang dalam.

Aku juga perlu berkira, mungkin hidup aku ini tidak di rahmati olehNya. Kenapa? Mungkin ada perbuatan aku yang silap. Aku mengaku aku taat padaNya tapi laku aku sebaliknya pula. Aku mengerjakan segala suruhanNya, tapi aku tidak melakukan dengan sempurna. Mungkin juga punyai silap dengan orang tua aku, guru-guru juga manusia lainnya. Atau juga aku terlalu mempercayai manusia iblis lantas memberi harap yang tinggi hingga aku mudah di perguna, lalu mudah untuk di kecewa.

Cuma dalam hal ini aku bingung, aku tidak di beri rahmatNya atau aku yang berputus asa dengan rahmatNya. Jika aku tidak di rahmati maka, aku ialah orang yang paling malang. Namun, jika aku berputus asa dengan rahmatNya, maka nya juga, aku ialah orang yang sama, orang yang malang tadi.

Ngak ada beza hasilnya. Mungkin aku harus berhenti dari terusan aja memikir hal itu. Aku harus lagi fokus dengan ibadah aku, hubungan aku sesama manusia juga segala amal aku yang lain. Kerna masalah aku ini aku kira sebab diri aku sendiri.,

Aku mudah untuk putus asa dengan rahmatnya, aku senang dengan dosa-dosa aku. Juga aku rasa aku udah tidak mampu lagi hidup untuk menanggung beban. Apa maknanya. Mungkin ia bermakana aku udah tewas. tewas kepada hasutan syaitan juga nafsu aku. Hasil dari iman yang lemah.

Aku mau sebenarnya menulis lagi untuk malam ini, tapi aku hilang tumpu. Dosa aku berada di belakang aku dan terus mau menelanku. Aku ingin mati, tapi jika mati dengan dosa aku pasti jahanam. Aku harus punyai akhiran yang baik dalam hidup aku. Aku harus berbuat sesuatu tentang diri aku.

Aku perlu lebih kerap untuk mengdampingi Allah. sentiasa memohon rahmatNya. Meminta ampun atas segala dosa. Tapi aku risau, kerna dengan diri aku yang sebegini,manusia siapa yang mahu menerima aku. jika ia terima pasti hanya punyai muslihat. Aku meminta maaf kepada semua kerna aku bukan sepertinya aku yang dulu. Sekarang aku hanya mampu tersenyum di sisi gelap. Setidak-tidaknya, kalian masih melihat aku tersenyum dan berlalu tanpa perlu kasihan kepada aku. Aku tidak perlu itu.

Namun atas itu aku harus peringat kembali hati aku, jagan pernah putus dengan rahmatNya. Allah itu maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun. Mungkin manusia lain udah tidak menrima aku, tapi Allah sentiasa ada untuk aku, jika aku mahu bertaubat. Juga pada teman aku, doakan aku. Aku sentiasa doakan kamu punyai akhiran yang baik, sentiasa sejahtera. Kerna aku sayang kamu. Harap kamu juga sayang aku, seadanya aku....