Thursday, September 21, 2006

bagaimana untuk bermotivasi

Untuk malam ini, aku baru mengerti bahawa Fatimah itu gadis Palembang. Kerna baru malam ini aku berkaraoke lagu 'oh Fatimah' . Tapi untuk itu hati aku melayang ke Palembang, pasti Fatimah itu punyai hubungan darah dengan Parameswara barangkali.

Atau, si penulis lirik itu sebetulnya terlalu teruja dengan sejarah Melaka. Aku tidak pasti. Tapi bukan itu yang aku ingin sampakan. Tapi aku mahu katakan bahawa, jika kita cintakan seseorang, apa kita cukup setakat menyebut namanya. Pasti, di belakang nama kekasih kita, kita akan cantumkan dengan nama daerah asal kelahirannya. Misalnya, 'Ayu awek kelantan, Munir Selangor, atau apa-apa aja. Pasti juga, tanpa ragu, kita juga udah belajar dialek daerah kekasih kita.

Tapi persoalannya, sejauh mana kita udah bersedia untuk berjauhan dari keluarga kita. Untuk hidup di satu daerah yang kita terlihat sepertinya mahluk asing. Mungkin cinta akan mengatasi segala-galanya. Dan ini terbukti. Jadi untuk ini aku bisa membuat satu kesimpulan, bagi mereka yang terpaksa bekerjaberkhidmat di satu kawasan yang dia ngak biasa, bosan juga tidak memberi motivasi, cuba cari cinta di situ. Contohnya cikgu-cikgu di pedalaman, para polis juga doktor. Dan inilah yang sering di perbuat oleh Surti dari Indonesia juga Halim dari Pakistan.

*aku pening2

1 comment:

Rebecca Ilham said...

Salam.

Saya kini di daerah asing.

Saban kali menyeberang lebuh raya dari rumah ke kampus, pemandu-pemandu kereta memusing kepala, pelik dengan kehadiran makhluk bertudung.