Sunday, November 26, 2006

lelaki dan meja

Sebagai lelaki aku sering meletak Hp aku, wallet aku dan kunci aku dia atas satu meja. Dan meja itu bukan kepunyaan aku, tapi kepunyaan teman sebilik aku. Namun, dia tidak kisah dan hidup aku berlangsung begitu harmoni. Hingga pada satu hari teman sebilik aku terpaksa berpindah kerna ada tawaran kerja yang lebih elok. Meja itu dibawanya bersama. Di situ, hidup aku bermulanya menjadi kacau.

Aku udah terbiasa meletak segala barang keprluan aku dia atas meja itu, lalu dengan tiadanya meja, aku terpkasa meletak segala keperluan aku itu merata-rata. Aku kira ia proses normal atas nama kesetian terhadpa tempat meletak, sehingga satu hari aku terlupa di aman aku meletakkan kunci motorsikal aku. AKu mencarinya di meja, sayang meja itu udah tiada. Aduh. Lalu aku berada di dalam situasi membingungkan hingga aku terus tidak ke kantor. Makanya report prestasi aku akan menurun. Malah ia berlaku berulang kali untuk semua hal keperluan aku yang biasanya aku letak di atas meja, mujur kali ini aku hanya terlewat.

Untuk hal ini, aku mencari tempat baru untuk meletak segala gadget aku. Dan itu adalah atas katil aku sendiri. Biar kali ini tidak nampak cool tapi setidaknya aku tidak lagi terlupa. Aku akui aku lambat untuk melihat ketiadaan meja itu sebagai satu akibat buruk. Dan aku akui aku lambat untuk mencari penyelesaian.

Hati aku sebagai seorang lelaki juga sebetulnya begitu. Aku udah terlalu biasa meletak sesuatu kepada perkara yang bukan milik aku (semuanya milik Allah). Jika ia pergi aku akan lambat untuk merasakan ia satu hal yang besar kerana aku berkira-kira bisa setia, sehinggalah hidup aku terganggu. Malah aku lambat untuk mencari penyelesaiannya.

Hati aku sering meletak rindu dan harapan pada mereka yang bukan milik aku. Lalu bila ia udah pergi aku masih tidak merasa apa-apa sehingga pada suatu hari aku merasa mahu rindu , baru aku merasakan suatu kehilngan. Di sini, bermula kerusakkan jiwa aku. Lalu untuk kembali sihat, harus cepat2 cari pengganti untuk tidak merusakkan lagi hati yang sering kehilangan. Hehehe.

Atas itu, jangan terlalu cepat menunding jari kepada lelaki yang cepat mendapatkan pengganti untuk cinta nya yang udah pergi. Menuduh dia tidak setia atau apa2 aja. Lelaki bukan begitu, cuma lelaki itu umpamnaya kes meja tadi. Jika tiada pengganti akan merusak jiwanya, khuatir akan diletakkan cintany dan rindunya di mana-mana aja. hehee

Friday, November 24, 2006

di sebalik tembok

Di Amerika rumah mereka tidak dipagar, ditembok. Kerna ada kepercayaan bahawa semakin dipagar, semakin ditembok, maka semakin ngak selamat. Jika ada pun hanya dipagari pepohonan bunga indah yang renek. Diyakini kebiasaanya, pencuri akan bersembunyi di sebalik pagar atau tembok yang dibina. lalu aku berkira-kira yang manusia di Amerika itu mengamalkani maksud peribahasa melayu 'harapkan pagar, pagar makan padi'.

Berbeda dengan kita di malaysia, makin indah rumahnya, makin tinggi dan kukuh temboknya. maka secara tidak langsung ia sebetulnya memberi signal kepada para perampok bahawa di balik tembok tinggi itu ada banyak benda berharga yang mahu dilindungi. Andrenalin perampok melonjak-lonjak. malah bisa pula main sembunyi-sembunyi.

Namun bukan itu yang aku mahu cerita, cuma aku mahu cerita berkenaan keinginan yang lahir dari kewujudan tembok. Keinginan dari yang membina tembok dan keinginan orang yang berada di luar tembok. Keinginan orang yang membina tembok itu biasanya atas tujuan keselamatan, untuk merasa terjamin. manakal orang yang berada di luar tembok pula punyai keinginan untuk melihat apa yang berada di balik tembok. Sentiasa bertanya-tanya dan malah pernah mahu cuba meminta ijin untuk memasuki tembok itu.

Dalam hidup, tembok itu adalah ego kita. Kita menggunakan ego yang keras untuk melindungi hati kita yang lembut. Ego keras tadi adalah tembok bagi hati lembut kita. Terkadang tembok yang kita bina itu terlalu tinggi hingga tidak memberi langsung pelaung kepada orang lain untuk melihat hati kita yang tulus. lalu orang lain itu akan berkira-kira jika bisa meroboh tembok itu atau setidak-tidaknya bisa menceroboh lolos kedalam tembok.

Jadi persoalannya, apa tembok itu wajar dibina? untuk persoaln ini kembali kita melihat bagaimana sikap manusia di amerika berkenaan tembok. Yang mana mengatakan tembok itu hanyalah membahayakan mereka. Mungkin juga harus melihat terus peribahasa lama 'harapkan pagar, pagar makan padi'.

Untuk itu, aku berpendapat (nota : aku ini berpendapat separuh masak) jika kita membina rumah di tengah hutan, tembok itu perlu untuk melindungi dari binatang buas. namun jika hidup berjiran sesama manusia, tembok langsung tidak wajar dibina. Jiak mahu tembok atau pagar, biar aja dipagar dengan pohonan bunga indah yang rendah. Ia telus, terjaga malah terlihat indah. Begitu seharusnya hati kita, tembok ego hanya untuk syaitan, untuk manusia buang tembok itu, dan jika bisa, pagari hati itu dengan santun budi yang tinggi. Agara hasilnya sama seprti rumah yang berpagar pephonan bunga itu tadi. Untuk itu, jangan terkeliru dengan maksud membina tembok itu.

Tuesday, November 21, 2006

Dunia aneh yang penuh ironi 2

Pada satu hari, aku pergi menderma darah dan hasilnya, darah aku berkarang 450ml. Yang lebih bagus, aku mengetahui jenis darah aku, aku jenis darah O yang bermaksud aku ini adalah penderma yang baik. Aku bisa mendermakan darah kepada semua jenis darah A, B, dan AB. Ironinya, aku hanya bisa menerima darah dari jenis aku sendiri, aku ini bukan penerima yang baik.

Berlainan dengan darah jenis AB, mereka adalah penerima yang baik. Beruntung sekali, namun mereka tidak bisa mendermakan darah untuk jenis-jenis lain kecuali pada jenis mereka sendiri.

Apa yang aku pelajari dari situ ialah 'Ini dunia'. Jadi jangan terlalu mengharap apa yang kita perbuat itu akan sama hasil balasannya. Seprtinya darah O tadi, bisa hadir dalam apa juga jenis rumah, ironinya tidak semua darah bisa hadir ke rumah darah O, hanya kerabat dia sendiri. Jadi untuk apa darah O kesal dengan dunia dia. Udah takdirnya dia itu begitu. Kita manusia tentu ada yang seperti darah O ini, bisa memberi cinta kepada semua manusia, namun tidak semua manusia bisa memberi cinta kepada kita.

Ada juga manusia seprti Ab, bisa menerima segala macam jenis cinta, tapi tidak bisa memberi cinta kepada semua manusia. Hanya bisa memberi kepada kerabat sekufunya. Jika dia kaya, dia hanya bisa mencinta yang kaya juga. Jika dia miskin, dia hanya memberi cnta kepada si miskin.

Aku tidak tahu, jenis yang bagaimana yang beruntung, kerna terlihat semuanya ironi. Namun pada satu titik meerka seolah bertemu. AB bisa menerima cinta O dan O bisa memberi cinta kepada AB. Di titik ini mereka bertemu, biar pada mulanya terliahat begitu berbeda. Kita manusia juga begitu pasti ada satu titik akan bertemu tidak kira betapa ironinya hidup kita. Yang jelas, Allah itu maha kuasa. Setiap apa yang diciptakannya pasti bisa bertemu. Cinta juga begitu, pasti bisa bertemu di satu titik.

Monday, November 20, 2006

Saat cinta menjauh

Ketika cinta (lelaki perempuan) itu semakin menjauh dari kita, kita sering memikir bahawa kebahgian juga semakin menjauh. Kita tidak punya lagi sebab untuk tersenyum sendiri, tidak punya lagi sebab untuk ceria di dalam lena malam.

Kenapa cinta yang pergi itu harus membawa bersama kebahgian, harus membawa bersama senyuman dan kecerian. Cinta itu pergi dan itu ketentuan. ketentuan yang menagtakan yang bermula pasti ada akhirnya. Lalu jika cinta itu berakhir di situ, kenapa soal ketentuan jadi persoalan.

Harus bagaimana? Menerima aja ketentuan itu dan berkata kepada cinta, pergi aja kamu, aku redha, tapi tolong jangan bawa bersama kebahgian aku, jangan curi senyuman dari bibirku. Apa ia semudah itu.?

Friday, November 17, 2006

Dunia aneh yang penuh ironi I

Separa sedar itu bagaimana? Aku tidak pasti, kerna ia bisa hanya wujud di dalam tidur atau dalam keadaan sedar, tapi emsoi yang mengawal tubuh. Bukan lagi otak. Yang pasti, kita manusia ini tidak bisa hidup dalam keadaan seperti itu. Apatah lagi hidup dalam keadaan tidak sedar. Emosi dan fikir tidak berfungsi, hanya oragn-oragn yang terus berdenyut.

Manusia seperti aku, hanya bisa hidup dalam satu situasi. Iaitu sedar. Sedar pula boleh di bahagi 2. Realti dan ilusi. Maknanya, dalam realti, kita sedar, dalam ilusi juga kita sebetulnya sedar. Biar keduanya adalah ironi sesama sendiri.

Mudahnya, aku membuat kesimpulan aku sedar bahawa, aku dalam keadaan sedar ketika aku hidup dalam realti dan sedar ketika aku memilih untuk hidup di alam ilusi. Secara tidak langsung, segala keputusan di dalam sedar aku ini adalah nilai yang udah di set kedalam otak dan jiwa aku. Nilai yang dibenuk dari persekitaran, pembacaan , pendidikan. (nota : ini adalah sesuatu yang klise, maaf..ehehe)

Kita prcaya ada nilai yang hanya bisa kita perbuat dalam alam realiti dan atas garis nilai itulah kita akan bersikap. Maka aku bersikap yang normal dan dengan sikap 'normal' itu aku berkenal-kenalan dengan Kawan seprti Amin dan Naimisa. NAmun, secara sedar aku juga punyai nilai lain yang di set oleh otak aku dan ia hanya bisa ujud dalam keadaan aku berilusi. Misalnya, set nilai untuk terlihat kejam. Kerna mungkin aku dibentuk dengan persekitaran yang banyak nonton filem 18SG. Maka otak aku ada mereka set nilai itu. namun aku hanya bisa tunjukkan ia dalam keadaan ilusi.

Apa pun, kita harus sedar, bahawa, segala apa yang kita perbuat di alam realti dan dialam ilusi ini adalah tindakan dalam sedar. Tindakan yang berasakan set nilai dalam fikiran dan jiwa kita. Malah, kerna ia tindakan sedar, sesuatu set nilai di alam ilusi itu bisa kita pindah ke alam realiti, dari alam realiti akn bisa pindah ke alam ilusi.

Maka kesimpulannya, baik realiti atau ilusi, sebetulnya itulah diri kita. Tidak dapat aku berkata, kerna aku tidak mampu berbuat begini di alam realiti maka aku perbuat begitu di alam ilusi. Padahal, apa yang kita bisa perbuat di alam ilusi ini adalah pelengkap diri kita di alam realiti. Maka ddari sini, bisa di tentukan kita ini sebtulnya bagaimana. hehehe

Wednesday, November 15, 2006

Dunia aneh yang penuh ironi

Aku sebtulnya merasa aneh untuk hari2 kebelakangan ini. Seprti aku merasa ada sesuatu yang terjadi pada aku. Aku berada di dunia blog ini dengan rasa yang cukup aneh.

Aku mengenali beberapa orang blogger dan seolah menjadi kawan kepada mereka. Seperti Azim , laugh , Warna, Nyzra, Puteh , el, yani, King, Delin, pawana, Hamka, Me, dan beberapa orang lagi yang aku tidak mampu untuk tuliskan di sini (aku letih untuk copy paste satu2 url blog nya..ehehe). Aku kenal mereka di dunia blog, ironinya aku tidak pernah ketemu mereka di dunia realiti.

Dalam masa itu, di dunia realiti aku menegnali Farryna
Amin, NAimisa dan Pak Khalid. Aku pernah bersua malah ada yang hari-hari bersua. Hehehe. Mereka juga punyai blog. Ironinya, aku seolahnya tidak berkawan dengan mereka di dunia blog. Aneh.

Ini menyedarkan aku bahawa aku ini sebetulnya lebih suka hidup di dunia ilusi. Realiti pula aku akan tetap mahu ia jadi realiti tanpa mahu membawanya kedunia ilusi. Kerna aku tidak mahu dunia ilusi aku terganggu.

Jadi, jelas di sini, aku masih merasa aneh dengan falsafah hidup aku yang tersembunyi di balik keanehan ini. Aku kira nanti aku cuba meliaht hal itu dengan lebih serius dan menjadikannnya 1 entri . Hik.

Tuesday, November 14, 2006

untuk keindahan 3

Untuk keindahan, kamu juga seperti aku, udah tahu waktu bila aku akan pergi dari kamu. Di saat kamu udah mengharapkan aku, disaat kamu udah sedia mengindahkan hdupku dengan keindahan, aku pula merasa itu udah terlalu lewat.

Aku memohon ampun , agar kepergian aku ini tidka terlalu melukakan kamu. Aku ingin riwayat aku di hati kamu itu biarlah umpama jejak-jeak kaki di pasir. Datang ombak ia hilang. jangan kamu dirikan istana dari rindu aku yang tersisa di hati kamu. Aku rungsing, jika istana itu akan usang, didiami debu dan merusak keindahan itu.

Untuk keindahan, terima kasih kerna memberi aku keindahan, terima kasih kerna mahu menriam aku akhirnya biar udah terlewat. untu keindahan, maafan aku kerna aku udah bicara sama kamu, aku udah kelaur dari lingkuangan cinta kamu, udah berlari dari sangkar rindu kamu. Untuk keindahan, aku akn mengenang kamu, sebagai keindahan yang agung.

Aku tidak tega mengatakan selamat tinggal, aku hanya bisa mengucapkan , selamat berpisah. Aku tidak meninggalkan kamu, tapi aku berpisah dengan kamu. Berpisah hanya jasad tidak hati, dan berpisah hanya di dunia ini, moga kita ketemu nanti, di sana.

Monday, November 13, 2006

catatan untuk perempuan 9

Majoritas perempuan itu merasa bahagia bila punyai sang kekasih yang romantis, pandai berkata-kata. Lebih manis jika sang kekaish itu terlihat jujur dalam bicara. Biasanya bicara jujur itu dinilai bila sang kekasih biar ngak ditanya, sering memberitahu sendiri apa yang mereka perbuat.

Namun, harus sang perempuan awas, kerna salah satu ciri ayat-ayat pendustaan ialah, memberi maklumta yang tidak dipinta. Misalnya jika sang kekasih secara tiba-tiba memberitahu kemana dia malam tadi, biar sang perempuan tidak bertanya. Atau, bila sang sang suami memberitahu sebab2 dia balik lewat, biar sang isteri langsung tidak bertanya. hehehe

Aku tidak mengatakan ini sesuatu yang mandatori, cuman aku hanya mahu bilang, hati-hati dengan kejujuran. Kerna kebiasaan, kesalahn yang paling besar diselindungkan dengan kejujuran. Hehehe

Friday, November 10, 2006

Antara optimistik dan pesimistik, yang mana realistik

Aku sering berada disini. maksud aku dalam keadaan terkeliru. Aku mahu jadi optimis atau mahu jadi pesimis, kerna keduanya mahukan aku jadi realistik. Misalnya, awal cinta. Aku terkadang optimis untuk berjaya dalam cinta yang aku idam, namun hati berbisik, bahawa aku harus realistik dengan diri aku, aku serba kekurangan lantas menjadikan aku pesimis dengan cinta.

Ada waktu juga, aku pesimis dalam cinta, hati pula berbisik, aku boleh lakukan, aku ada keupayaan, aku kembali optimis. Dan itulah yang terjadi berulang kali. Aku mahu realistik tapi untuk realistik aku harus memilih untuk jadi optimis atau pesimis.

Mujur aku sering diingatkan untuk mengenali kekuatan dan kelemahan diri. Masalahnya, bagaimana aku bisa mengenali kekuatan diri, jika aku tidak mencuba (optimis) dalam sesuatu hal. aku semalam diberitahu, apa yang kita ramalkan, itulah yang akan kita perbuat. Lalu, jika kita optimis, kita ramalkan kejayaan dan kejayaan lah yang bisa kita peroleh di hujung jalan nanti.

Untuk itu, aku langsung tidak mengerti kenapa hiudp ini terlalu bnayak ramalan pesimis. misalnya ramalan cinta, yang gadis berkata dia pesisimis cintanya dengan sang jejaka itu tidak akan berjaya kernana si jejaka itu belum stabil eknominya, kerna dia realistik. Atau, sang kerajaan pesimis dengan kemampuan bahasa Melayu untuk mahir dalam matematik dan sains lantas ia diajar dalam Inggeris. Alasannya sama, harus realistik.

Fitrah hidup adalah untuk maju, dan harus optimis, hanya bisa pesimis jika itu hal2 dosa. Jangan terlalu realisme, itu doktrin barat. Kita sepatutnya surealisme, yakni lebih realistik dari realiti. Perkara itu atas realiti. Misalnya, Al-quran itu bahasanya surrealisme, tidak realisme, sebab itu bahasanya masih indah hingga kehari ini dan bisa difahami. Bayangkan jika Al Quran itu bahasanya,bahasa realistik zaman jahiliyah, apa kita masih bisa faham?

Jadi dengan itu kita bisa optimistik dan bisa berjaya, baik cinta juga pekerjaan. Antara optimistik dan pesimistik, pesimistik itu lebih banyak realistik, namun, harus di ingat optimistik akan bisa jadi realistik jika kita bersikap surrealisme.

Thursday, November 09, 2006

Alatantuya, membawa cinta dari Mongolia

Altantuya,
cinta tidak membawamu ke awan putih,
duduk di pelangi bergoyang kaki,
melihat anakmu berlari,
di dataran rumput moyangmu.

Altantuya,
cinta tidak melamarmu ke pelamin,
duduk malu-malu dikerusi pengantin,
melihat tetamu terpegun menatap,
indahnya wajahmu di tabir bahagiamu,

Altantuya,
cinta membenam kamu,
di tanah hitam,
lebur bersama kenangan,
berkecai bersama harapan,

Altantuya,
cinta hanya memberimu peluang,
untuk mengerti sengsara dunia,
namun cinta itu adil,
cinta memberi mu peluang,
untuk mati bersama cinta,
mati meninggalkan sengsara dunia,
untuk Baginda.

Wednesday, November 08, 2006

Aku mencintai bahasa Melayu?

Cinta itu sebetulnya udah abstrak, tapi ia bisa lebih abstrak lagi, apa bila kita mencintai sesuatu yang juga abstrak. Misalnya mencintai bahasa. Kita selalu dilaungkan dengan ucapan, 'cintai bahasa kita', dan apa yang kita bisa peroleh dari ucapan itu. Rasa rindu pada bahasa? rasa ingin bermanja-manja dengan bahasa atau kita langsung tidak punyai rasa.

Jika kita tidak punyai rasa cinta pada bahasa (baca : bahasa Melayu), itu bisa dimaafkan kerna bahasa itu terlalu abstrak untuk dicintai, untuk dicumbu rayu. Walaubagaimana pun, kita harus berterima kasih kepada bahasa itu, kerna dengan bahasa Melayulah kita ( baca :orang Melayu) mengatakan sayang dan kasih kepada orang tua kita, dengan bhasa itulah kita bermian-main dengan rakan-rakan kita, dengan bahasa itu yang membuatkan kita faham maksud doa kita kepadaNya.

Lalu untuk berterima kasih, (biar tidak cinta) apa yang perlu kita perbuat? Tidak perlu berbuat apa-apa sebetulnya. Kerna bahasa Melayu itu udah terbukti mahsyurnya. Udah terbukti ampuhnya dalam memberi lmu dan dalam membuat kerja. Tapi, itu dulu. Dalam keadaan sekarang, bahasa Melayu udah hilang taringnya. Ia tidak lagi di anggap romantis, kerna 'i love u' itu lebih 'sweet'. Bahasa Melayu bukan lagi bahasa ilmu kerna matematik dan sains udah di ajar dalam bahasa English. Malah dalam kerja, jika tidak tahu berbahasa Melayu itu tidak apa, asal fasih berbahasa English.

Begitu rupanya kita mengucapkan terima kasih pada bahasa Melayu. Terlihat aku ini terlalu sentimental, itu perlu. Kerna jika kita cinta , emosi akan turut bicara. Wah, jadi apakah aku ini mencintai bahasa Melayu. Hurmm, hehehe.

Tuesday, November 07, 2006

Cerita petang

Tadi petang, ketika aku masih termenung melihat langit dari jendela kantor. Tiba-tiba seorang teman aku berkata,

"aku, jika hati aku disakiti, aku akan lari, kerna aku tidak mahu bermusuh sesama Islam"

Aku jadi pusing dan dalam hati bertanya, "kamu ni kenapa, tiba-tiba aja emosi." Namun aku hanya bersuara di hati kerna aku terlalu malas untuk bicara sama dia. Namun, aku tetap bertanya juga akhirnya,

"siapa yang menyakiti hati kamu," sambil aku membetulkan duduk ku di kerusi. Dia hanya diam dan terus diam. Ini yang membuat aku malas untuk bertanya berkenaan masalah hati. Kerna kebiasaannya, manusia hanya akan bicara berkenaan hasil dari pergolakkan hati dan berkata-kata falsafah. Jarang untuk memberitahu asas persoalan dan juga proses terjadinya konflik hati tadi.

Yang membuatkan aku lebih malas, kerna aku sendiri begitu, hehehe. Hanya suka bercerita tentang hasil dari konflik hati aku. Tidak pula aku mahu bercerita bagaimana ia terjadi. Sedangkan bercerita tentang hasil baik kecewa atau gembia tidak akan mampu mengubajh keadaan. Kita tidak bisa mengesan kesilapan kita melalui hasil yang diperoleh.

Mungkin kerna aku ini bukan teman akrab, lalu dia mengira bercerita sama aku hanya akan membuat dia terlihat lemah dan malu. Masih punyai ego disitu dan aku pun begitu. hehhe. Proses bercerita berkenaan urutan cerita dalam hati adalah proses yang perlu di lakukan pada seorang teman yang mengetahui diri kita, mengetahui kelemahan kita dan kekuatan kita. Dan itu hanya bisa diperolehi dari teman akrab. Kerna dengan teman akrab tadi, kita akan terus kehilangan ego dan mudah meluah rasa hati.

Apabila kita udah setuju berkenaan hal itu, tapi kenapa perbuatan kita menunjuk sebaliknya? Maksud aku Allah lebih tahu diri kita 100%, lebih mengenali diri kita dan tahu apa masalah kita lebih dari seorang teman akrab. Allah sebetulnya terlalu cukup akrab dengan kita. Tapi kenapa kita dan aku terutamanya tidak meluah dan bercerita tentang masalah hati tadi kepada Allah. Apa kita dan aku terutamanya masih punyai ego dengan Allah? (ya Allah ampunkan aku)

Mungkin selepas ini aku harus lama dalam sujudku untuk bercerita kepada Allah berkenaan masalahku dan memohon penyelesaian melaluai kesabaran. Aku juga harus lebih panjang dalam doaku, lebih khusyuk seolah berbicara dengan teman yang ada di hadapan aku.

Teman aku tadi, masih bisu dan bila aku melihat dia berdiri aku bertanya mau kemana. Ringkas di menjawab , "aku mahu ke surau." Aku berkira dia mahu bicara dengan Allah. Bicara berkenaan masalhanya dan memohon pertolongan. Kerna Allah adalah sebaik-baik pendengar kerana Dia Maha Mendengar dan Maha mengetahuai.

Monday, November 06, 2006

keselanjaran cinta itu bosan.

Untuk membuat novel, permasalahan utama ialah kehabisan idea untuk sesuatu bab. Lalu novel bisa tertangguh di bab itu. Atas alasan itu kebanyakkan penulis novel menggunakan 'KJ Method' iaitu singkatan bagi nama seorang Jepun 'Jiro Kawatika'. Di mana kaedah ini menyarankan kita untuk berfikir secara fitrah. Bermaksud berfikir secara tidak selanjar. Sebab itu barangkali Al quran tidak diturunkan secara ber bab-bab. Maksud aku, jika bab akidah, Allah mewahyukan bab akidah aja dulu. Tapi wahyu diturunkan secara tidak selanjar. Mengikut keadaan. Untuk menyuruh kita manusia ini berfikir secara fitrah.

Pada kebiasaanya para novelis baru akan cuba mengarang dari bab 1 hingga ke bab akhir secara urutan. Masalahnya, bagaimana jika udah sampai ke bab 3 tiba-tiba idea ghaib. Maka penulisan akan terhenti di bab 3 tadi. Sedangkan untuk bab-bab lain kita punyai idea yang segar. Di sini hukum KJ berfungsi. Karang dulu bab-bab lain, sehingga udah punyai idea untuk bab yang kita terhenti, barulah karangan disambung. Dengan kaedah ini, novelis tidak lagi membuang masa dan bisa menghasilkan lebih banyak buku.

KJ method juga bisa diamalkan dalam semua keadaan. Baik dalam kerja juga dalam kehidupan seharian. Seperti ketika membuat kertas kerja atau ketika menghias rumah. Dalam cinta, kaedah berfikir secara tidak selanjar juga bisa dipraktik.

Tujuan utama bercinta adalah untuk mencari pasangan hidup dan perkahwinan adalah pelengkap cinta. Namun, dalam membicarakan soal perkahwinan, kita sering berfikir secara selanjar dan tidak mengikut fitrah. Kita mengandaikan untuk berkahwin sang suami harus stabil dulu ekonomi, atau si isteri mahu berjaya dulu dalam kerjaya. Hingga perkahwinan itu terpaksa ditunda dan iblis pun bergembira. Seolahnya ada urutan yang harus dipatuhi. Ini kesan pemikiran selanjar. Sedangkan syarat-syarat untuk berkahwinan udah cukup. Ada hero dan heroinnya.

Cuba kita berfikir secara fitrah iaitu tidak selanjar tanpa urutan. Dengan kita melihat pernikahan itu sebagai novel. Pernikahan adalah bab yang akhir, sebelum sebuah novel baru harus diolah. Jika pasangan kita tidak punyai ekonomi yang stabil, belum punyai kereta juga rumah, kenapa harus berhenti dan menunggu di bab itu. Kenapa tidak terus ke bab akhir iaitu pernikahan. Usai bab akhir tersebut kita kembali pula ke bab awalan tadi, kembali bab ekonomi dan bab cinta.

Orang-orang zaman dahulu udah mempraktikkan cara ini. Berfkir secara tidak selanjar tanpa urutan. Anak-anak mereka dinikahkan biar mereka belum pernah lagi bersua muka apatah lagi bercinta. Ekonomi juga belum stabil. Tapi selepas perkahwinan barulah si anak tadi bersama pasangan bermula kepada bab-bab awal . Baru belajar bercinta, baru mengukuhkan ekonomi untuk sara diri keluarga. Si iteri pula selepas berkahwin baru belajar membuat gulai atau rendang. Nyata mereka tetap juga bahagia.

Atas itu, aku tidak bisa menerima cakap-cakap mengatakan mereka tidak bernikah kerna ekonomi belum stabil, belum pandai memasak, atau masih mahu enjoi. Itu bukan cara berfikir yang membina, kerna ia hanya membekukkan otak. Atas itu aku sokong perkahwinan misyar, dengan syarat si suami punyai usaha ntuk menanggung si isteri. Tapi jika niat suami tadi awal-awal lagi untuk menumpang kekayaan si isteri, aku tidak setuju. Itu menghampiri dayus.

Namun, harus diingat. Tidak ada sistem di dunia ini benar-benar sempurna. Bermaksud tidak ada sistem dibina untuk semua keadaan. KJ method juga begitu. Jangan kerna kita mahu berfikir secara tidak selanjar lalu mengandaikan sex sebelum nikah itu harus. Seks dulu baru nikah. Tidak juga sesuai dipraktikkan dalam mengambil wuduk. Kerna wuduk itu udah ada urutannya. jangan pula kita mahu membasuh kaki dahulu kerna alasan kaki yang lebih dekat dengan air. Selepas itu berkata aku hanya mengikut KJ method. Itu bukan mengikut, tapi itu menyalah guna.

Yang penting aku suka ingatkan diri aku, ialah meletakkan sesuatu benda itu mengikut keutamaan. Dalam cinta, pernikahan adalah keutamaan yang utama kerna dengan pernikahan baru kira betul-betul menikmati rasa cinta itu. Baru bisa melafazkan cinta dengan perhungungan fizik yang asyik.

Tapi kerna kita udah berada dalam sistem yang bersifat selanjar sejak dari sekolah lagi, maka kita cenderung untuk berfikir begitu. Mujur kerajaan udah mahu melakasanankan sistem pendidikan yang liberal (tapi aku tidak tahu bila). Dimana kemahiran berfikiran secara fitrah bisa hidup subur tanpa kekangan urutan kelas juga urutan pelajaran.

Untuk itu, aku peringatkan diri aku. Cinta itu tidak selanjar, tapi masih berada dalam lingkungan agama. Asal masih dalam lingkungan agama, berfikir, bekerja, bercinta secara tidak selanjar itu adalah hikmah. Hikmah dalam menggunakan fitrah.

Friday, November 03, 2006

Ia istimewa, kerna ia cacat, buta.

Aku tidak ingat, bila kali terakhir aku memimpin orang buta (digelar juga orang istimewa) untuk melintas jalan. Apa aku sebetulnya tidak pernah. Hihihi. Biasanya apa yang aku lihat di tv (tv pendidikan, sekarang udah ngak ada) Orang buta akan berdiri ditepi jalan dan mengahrap belas sesiapa aja dan meminta bantu untuk melintas. Lalu akan hadir seoarang pengakap atau budak berpakaian seragam untuk membantu. Pengajarannya, bantu mereka yang buta untuk melintas, kerna si buta hanya punyai rasa sentuh, punyai pendengaran juga punyai rasa hati. Untuk melintas, itu tidak cukup. Jadi teman-teman, jangan lari bila ada orang buta meminta bantu. hehehe.

Kita sering dilagukan, dipuisikan juga dimadahkan bahawa cinta (nota :cinta sesama manusia) itu buta. Ada yang menyanggah mengatakan bahawa ia tidak buta, manusia yang buta. Tapi aku cenderung mengatakan ia buta. Cinta itu buta, terkadang ia menghampiri kita, terkadang kita pula yang mendekatinya. Cinta itu cacat, kerna itu ia istimewa. Namun, cinta Allah itu berlainan dari cinta manusia, cinta Allah itu sempurna tidak cacat, ia celik, jadi cinta Allah tahu siapa yang mahu di hampiri untuk dipimpin untuk ditunjukkan jalan yang betul. Jika mahu menghampiri pasyikan kita suci dengan taubat punya hati betul-betul ikhlas, kerna Ia bisa menghindar dari manusia yang gelap. Semoga aku bisa dipimpin dan dihampiri cinta itu. amin.

Sering kita silap, bila cinta itu udah kita genggam, kita pula yang membiar cinta itu memipin kita berjalan. Bukan kita yang memimpin. Akhirnya apa yang akan terjadi bila orang buta pula yang memimpin budak pengakap atau budak pakaian seragam sekolah tadi untuk melintas jalan? Pasti punyai peluang cerah untuk ditabrak oleh mat rempit. Hihihi.

Cinta juga begitu, kita biasanya terbuai dengan cinta. Membiar cinta yang buta , yang hanya bisa merasa dengan hati itu memimpin kita. Hasilnya, mudah kita terjatuh longkang yang busuk, lebih malang bisa terjatuh ke loji Indah Water, yang semuanya memberi hasil yang sama. Membusukan diri kita, menghilang maruah, menyakitkan hati dan bisa merusakkan jiwa dan tubuh. Tapi jangan salahkan cinta hingga tidak mahu lagi bercinta. Salahkan diri kita kerna tidak memimpin.

Jika memimpin, jangan pula membawa cinta ketempat yang terlarang. Jangan kerna ia buta, seenaknya kita memperlaku cinta. Nanti takut-takut hasilnya lebih sakit dari cinta itu yang memimpin. Jika bisa, pimpin cinta ke arah jalan yang terang yang tahu kemana tujuan, jangan bawa ke semak, atau lubuk tupah..ehehe (nanti kene candid). Jika udah tahu tujuan , mungkin kita boleh berjalan perlahan-lahan, mahu laju, naik LRT, mahu lebih enak, naik Ferrari. Terserah pada kemampuan kita. Lagi bagus, terus aja pimpin cinta itu kemasjid, biar dia buta, telinga masih mampu mendengar bacaan Al Quran , masih bisa mendengar nasihat. Malu duduk lama-lama di masjid, bina aja masjid kita bersama. Lebih indah. hehehe

Yang aku sentiasa pesan ama diri aku. Jangan sesekali memimpin cinta ke toko-toko jualan. kerna biar ia buta, ia masih bisa mendengar pekikan dari DJ shopping complex (mawi dulu adalah DJ Gaint)atau pelanggan lain "jualan murah, jualan murah'...eheheh. Bisa binasa.

Thursday, November 02, 2006

cinta itu kosong

Cinta (baca : cinta sesama manusia) itu sebetulnya kosong, tidak terisi. Ia hanya hadir seumpama sebuah kotak yang indah lagi cantik dihantar kehadapan rumah kita. Lalu kita mengambil kotak itu dan mengisikanannya dengan perkara-perkara yang kita suka.

Cinta itu umpamanya kotak kosong yang cantik tadi. Dalam mengisi cinta, rasa rindu berasaskan nafsu sering mengambil ruang yang besar. Lantas kemahuan rindu itu yang terpaksa didahulukan. Rindu untuk mendengarkan suara, rindu untuk menatap wajah juga rindu untuk bergesel-geselan . Hehehe (nota : tak baik tau)

Selebihnya, ruang cinta diisi dengan sedikit rencana masa hadapan, diisi dengan sedikit awas, sedikit iman. Lalu, kerna perkara-perkara itu jadi minoritas, lantas, tidak banyak yang biasanya di perbuat untuk memenuhi tuntutan masa hadapan, rasa awas, iman juga lain-lain hal dalam hidup. Untuk itu, makan jadi ngak lalu, tidur jadi ngak lena, mandi ngak basah, pelajaran ngak terjaga, solat tertunda juga persentuhan ulit udah biasa, tiada lagi rasa awas. hehehe.

Masalahnya, rasa rindu nafsu tadi umpama sayur pelabagi macam yang terlihat flamboyan tapi hayatnya singkat. Ia akan membusuk dengan cepat. Lalu kotak indah tadi akan hanay terisi dengan lendir-lendir dari sayur yang membusuk dan bauan yang pasti busuk. Lalu, segala apa yang terisi dalam kotak itu ikut membusuk, pelajaran kita, iman kita, masa hadapan. Maruah juga membusuk. Untuk itu, cuba lihat jika dalam cinta itu kita penuhkan dengan iman. Iman itu umpamanya intan (nota : sebetulnya ia lebih berharga dari dunia seisinya). Apa kotak itu akan busuk? Malah ia kan jadi bersinar dan turut menerangi hal-hal lain dalam kotak itu malah kotak tu akan jadi lebih berharga. Begitu juga jadinya cinta. Ia akan lebih berharga jika di sisi dengan sedikit rasa rindu. Tapi lebih pada hal-hal yang kekal abadi.

Rasa cinta kepada Allah pula bukannya seperti kotak kosong tadi. Kotak itu lebih indah dan lebih berharga kerna udah lengkap terisi dengan rindu yang suci dan iman yang mantap. Cuma kotak itu tidak akan hadir di depan rumah kita. Kita pula yang perlu mencari kotak itu. Kotak yang umapanya cinta Allah tadi.

Aku suka melihat cinta dalam hati aku. Ternyata terlihat gelap dan aku suka bertanya, apa sih yang aku isi dalam cinta aku ini. Hehehe. Mungkin aku perlu cari intan untuk mengisinya dengan cahaya. Atau cari aja kotak yang udah lengkap tadi.

Wednesday, November 01, 2006

Cinta itu jangan terlalu dipilih

Dalam membuat pilihan, aku suka ntuk membuat pilihan yang udah jelas dalam fikiran aku bentuk zahirnya. Maknanya aku tidak perlu lagi berimaginasi secara berlebihan. Aku juga lebih suka memilih pilihan yang sedikit, kerna aku tidak suka menghabiskan masa membuat pilihan dari pilihan-pilihan yang banyak.

Namun, dalam soal cinta segala perkara yang aku sebutkan tadi ngak bisa aku perbuat. Pilihan cinta aku ngak jelas zahirnya, hingga aku terpaksa berimaginasi berlebihan untuk mendapat gambaran bagaimana cinta yang aku mahu. Malah, pilihan untuk cinta juga terlalu banyak dan aku banyak menghabis masa untuk memilih dari pilihan yang banyak tadi.

Aku beranggapan bahawa, cinta sememangnya tidak boleh di pilih jika kita terlalu memilih. Cinta hanya boleh dipilih jika kita ini jenis yang tidak terlalu memilih. Asal cinta itu cukup ilmu agamanya, selesa di pandang dimata juga di hati juga sikapanya masih dalam batasan normal (masih bisa di bentuk)

Apabila kita tidak terlalu memilih, pilihan kita akan jelas, kerna kita tahu, kita hanya mahu yang punyai ciri-ciri yang asas, tidak terlalu remeh. Pilihan kita juga akan menjadi sedikit, kerna biasanya cinta sebegitu tidak memerlukan kita melihat cinta-cinta yang banyak di luar . Malah cinta itu sebetulnya berada di sekeliling kita. Mungkin aja, kita tidak sadar perkara itu kerna kita terlalu memilih.

Mudahnya cinta itu unik, makin kita memilih, makin kita tidak punya pilihan. Kita hanya bisa memilih jika kita tidak terlalu memilih. Hihihi. Untuk itu, aku sadar, kenapa cinta kepada Allah it adalah sebenarnya cinta, kerna kita tidak perlu langsung memilih. Silapnya, biar tidak perlu memlih, aku tetap aja coba memilih dan hasilnya, aku memilih cinta dunia. Ya Allah, ampun kan aku.