Sunday, July 15, 2007
bukan sekadar senyuman
"Jadi kamu sugul kerana itu?" tanyaku sambil buat-buat sugul.
"Bukan," jawab perlahan. Wajahnya kelihatan berubah, mungkin hairan melihat wajah sugul aku yang dibuat-buat tetapi tidak menjadi.
"Jadi?" tanyaku lagi. Aku rasa dia tahu aku sengaja buat-buat sugul. Jadi aku alihkan pandanganku daripada dia.
Dia diam. Aku kira dia akan diam 5 minit seperti drama korea. Tapi hanya untuk 30 saat.
"Aku sugul kerana dia melayan aku dengan baik." Temanku kembali sugul.
"Jadi?" tanyaku lagi buat kali ke-3.
"Mengapa dia perlu melayan aku dengan baik, hingga membuat aku merasakan hidup aku punyai warna-warna lain selain hitam dan putih jika dia tidak mencintai aku," katanya tanpa malu-malu lagi meluahkan rasa jiwangnya.
"Jadi kamu sugul kerna dia melayan kamu dengan baik, tetapi layanan dia itu tidak bermaksud dia cinta dan kerana itu kamu sugul." Aku kira semakin memburukan keadaan dengan persoalan yang berbelit-belit.
Dia mengerutkan dahi. Mungkin berfikir aku bilang apa tadi. hahaha.
"Hurm..ya, aku sugul kerana dia seperti cuba mempermain-mainkan aku. Mengapa perlu melayan aku seperti kekasih. Tidak bolehkah dia melayan aku seperti orang lain sahaja." Dia merenung aku, seolah meminta aku mengiyakan sahaja pendapat dia. Tetapi hari ini mood aku kurang elok. Hehehe.
"Dia tidak salah. Kamu yang salah. Kerna kamu berburuk sangka dengan dia. Aku tanya kamu, kamu pernah luahkan rasa hatimu pada dia?" tanyaku.
"Tidak." Dia menjawab perlahan.
"Jadi bagaimana dia tahu kamu mencintai dia. Kamu kata dia melayan kamu seperti kekasih. Layanan yang bagaimana?" Aku semakin menembak banyak persoalan.
"Dia menghantar sms, dia bertanya khabar. Dia meminta maaf sekiranya lambat balas sms. Dia beri emel. Dia YM. Dia berikan saya hadiah hari lahir. Dia buat saya tersenyum," katanya lagi sambil tersenyum menyebut perkataan tersenyum. Aneh.
"Aku rasa, bagi semua yang diperbuat itu perkara biasa. Cuma yang luar biasanya adalah perkara yang dia buat itu membuat kamu tersenyum dan kamu merasakan orang yang membuat kamu tersenyum itu adalah orang yang mencintai kamu." Aku berhenti sebentar. Menarik nafas sambil terignat akademi al -Quran. Berkenaan cikgu taranum yang mementingkan tempat berhenti bagi mengambil nafas. heh.
"Jangan menganggap seorang yang membuat kamu tersenyum itu seorang yang mencintai kamu. Tetapi yakinlah, dia menyayangi kamu. Dan paling utama, dia selesa dengan kamu. tetapi cinta itu berbeza," kataku menyudahi ayatku tepat pada nafas yang terakhir.
"Jika orang itu menyayangi aku, selesa dengan aku, bagaimana pula cinta boleh berbeza, sehingga dia tidak mencintai aku." Giliran dia pula yang bertanya.
"Dia adalah sahabat. Sahabat yang kamu perlu jaga kerana dengan dia kamu boleh berharap jika kamu tempuhi saat sukar nanti. Berkenaan cinta pula, cinta bukannya bermakna senyum sepanjang masa. Cinta adalah berkenaan cemburu, rajuk dan air mata. Tetapi kamu tadi tidak pernah sekali menyatakan dia membuat kamu rungsing dengan rajuknya, dengan cemburunya, dengan air matanya. Dia hanya membuat kamu tersenyum sepanjang waktu. Hanya diri kamu sendiri yang membuat kamu sugul. Jadi kamu jangan sia-siakan dia hanya kerana kamu ingin dia menicntai kamu. kamu perlu bersyukur, kamu masih punyai seorang sahabat yang masih mampu membuat kamu tersenyum."
AKu cuba tersenyum pada lafaz akhirku. Nyata aku gagal. Aku keputusan nafas.
Dia pula tersenyum apabila membaca meseg daripada hp nya.
Friday, July 13, 2007
pejam mata dulu
Aku hanya mengangguk.
"Bukan keliru tetapi saya take for granted," balasku.
Perempuan itu berpaling daripada kertas dihadapanku. Entah kemana pandangannya ,kerna aku hanya tunduk terus merenung kertas.
Aku menyambung lagi kata-kataku, "Maksud saya, selepas selesai, saya menganggap ia sudah sempurna. Bukan maksud saya membuat separuh hati. Tetapi saya terlebih yakin ia sudah bagus, jadi mengapa perlu ia disemak buat kali ke 4 jika ia sudah bagus."
Tanganku bermain-main dengan pen hitam. Terus fikiranku melayang. Mataku pejam sekejap.
Aku terfikir jika kerja yang semudah ini aku banyak buat kesilapan hanya kerana aku terlalu yakin dengan diriku, bagaimana pula dengan pekerjaan lain. Yang aku kira aku yakin aku betul. Yang aku yakin, aku ikhlas.
Wednesday, July 11, 2007
cinta yang tertangguh
Aku tarik kembali uang RM1 aku dan memasukkannya ke kocek celana.
"Tak apa lain kali sahaja," kataku perlahan. Aku kembali menghirup teh tarik yang sudah suam-suam kuku.
"Mengapa kamu tidak berikan sahaja RM1 itu tadi." Temanku yang duduk di kiri aku bertanya. Matanya memerhati sahaj budak itu berlalu ke meja lain pula.
"Kalender yang dia jual itu harganya RM10. Aku mana ada duit, lain kali sahaja," bilangku. Kaki aku lunjurkan. Terasa nyaman sedikit lutut aku.
"Budak itu jual kalender cerita lain, tetapi RM1 tadi itu pula mengapa kamu tidak sedekahkan sahaja," tegasnya. Kini giliran dia pula menghirup teh tarik dia.
Aku terdiam. Bodohnya aku. Terus aku teringat kata-kata seroang ustaz
"Kita sering ditipu oleh iblis. Bagaimana? Dengan berbisik di hati hati kita. Memujuk kita menangguhkan sesuatu kebaikkan yang disangka kecil bagi mengejar satu kebaikkan yang disangka besar. Misalnya solat sunat, biasa kita menangguhkan pelaksanaannya kerna alasan mahu memastikan solat fardhu kita sempurna. Ataupun dalam bersedekah, kita sering menangguhkan bersedekah dengan mengatakan mengatakan kita akan bersedekah jika Allah memberikan kita rezeki yang lebih. Kita lupa, RM0.10 itu juga sedekah."
Baru sebentar tadi aku ditipu oleh Iblis. Aku menangguhkan sedekah RM1 aku hanya kerana mahu memberi RM10 pada masa hadapan.
Jadi cuba kita memantau segala kenyataan daripada hati kita.
Jika hati kita berkata begini,
"Aku akan melakukan itu, jika hanya Allah memberikan itu ataupun ini"
ataupun
"Aku hanya akan berbuat begitu jika hanya aku sudah berjaya itu ataupun ini."
ataupun
"Aku hanya akan berbuat begitu jika hanya aku mempunyai itu ataupun ini..."
Jika ada kenyataan2 itu ujud dalam hati, maka kita sebenarnya sudah ditipu oleh Iblis.
Ditipu bagi menangguhkan sesuatu kebaikkan.
Mungkin dalam cinta juga begitu, sering bertangguh. Hanya kita sahaja yang tahu hati kita.
Saturday, July 07, 2007
jodoh
Namun itu semua sudah maklum. Cuma terkadang ada perkara yang berada di tengah-tengah. Diantara boleh dengan tidak. Jodoh misalnya. Ada yang beranggapan ia bisa dikawal. Tapi ada juga mengatakan ia tidak bisa di kawal.
Anggapan jodoh bisa di kawal maka ia perlu di cari itu betul. manakala anggapan jodoh itu tidak bisa dikawal dan ia akan datang sendiri juga betul. Jadi apa yang betul sebenarnya?
Jangan dicari titik perbezaannya. Cari titik persamaan antara hal itu.
Tuhan memberikan ganjaran yang besar atas proses. Bukan hasil.
Menunggu itu proses.
Mencari itu proses.
Proses yang hanya bisa di laksanakan dengan sifat sabar.
Jadi di sini sabar adalah titik persamaan bagi kedua-dua proses itu.
Jika kita bisa bersabar dengan menunggu. Teruskan.
Jika kita bisa bersabar dengan mencari. Teruskan.
Jangan kerana kita menunggu tetapi jodoh tidak juga hadir. Maka kita mulai hilang sabar juga dengan proses mencari.
Jangan pula kerana kita mencari ita tidak juga ketemu jodoh. Maka kita hilang sabar denagn proses menunggu.
Tetapi jika keduanya, tidak juga mampu membuat kita peroleh jodoh. Sabar.
Kerana yang utama, kita sudah menjalani proses itu dengan sabar. dan ganjaran jika tidak di dunia, di akhirat.
Tetapi jangan putus asa dengan sabar. Sabar yang bermakna kita tidak mempersoalkan tuhan dengan takdir yang terjadi. Sabar dari berburuk sangka dengan tuhan, manusia dan diri sendiri.
Yang pasti, jodoh itu akan datang juga. Jika proses itu berjaan. Jika tiada proses. jangan mengharapkan hasilnya.
Sunday, July 01, 2007
jangan pergi jauh.
Apabila kita resah, murung. Merasakan segala yang terjadi dalam hidup kita serba tidak berhasil. Tidak perlu pergi jauh.
Tidak perlu ke Bali bercuti. Tidak perlu ke kem motivasi.
Kembali kepada tuhan? Itu harus. Tapi jika sudah sejadah itu basah kerana air mata kita, tetapi hati masih lagi rungsing, bagaimana?
Tidak perlu pergi jauh.
Hanya toleh sahaja di belakang kita. Cari manusia yang bernama ibu. Ini kerana segala baik buruk hidup kita terletak pada redhanya. Redhanya itu diambil kira oleh tuhan bagi memberi redha Dia kepada kita.
Mungkin dahulu ada suatu hari kita membuat hati ibu terguris. Membuat hati ibu sedih. Hanya kerana kita berasa kita betul. Berasa ibu perlu difahamkan tentang itu dan ini agar dia mengerti hidup kita ini bagaimana coraknya. Ingat kembali apa yang pernah kita buat kepada ibu kita. Hitung satu-satu.
Berasa tidak tenang dan sering gagal dalam hidup hanya kesan langsung yang kecil. Kesan besarnya pula, mungkin di saat malaikat maut itu menjemput, kita tidak bisa lagi bersaksi bahawa Allah itu tuhan kita. Muhammad itu nabi kita. Tidak mampu lagi bersaksi.
Di saat nafas kita udah sampai di kerongkong ditarik rakus oleh malaikat maut. Disaat itu kita masih tidak mampu bersaksi hanya kerana kita tidak pernah ambil peduli hati seorang ibu.
Kita mengakui, zina itu dosa besar. Itu benar. Minum arak itu dosa besar. Itu benar. Tetapi kita hanya menyangka jelingan ibu yang terpukul dengan kata-kata kita itu perkara biasa. Itu tidak benar sama sekali. Itu dosa besar yang terselindung. Takutilah dosa besar yang terselindung itu dan sentiasa berjaga-jaga.
Jika masih punyai ibu, datang kepadanya. Cium dahinya, pipinya. Rangkul tubuhnya. Titiskan air mata kesal di dadanya. Biar dengan panas air mata kita itu bisa meleburkan dosa-dosa kita kepadanya. Jangan terlambat menitiskan air mata pada tubuh ibu yang sudah kaku. Semoga, saat malaikat maut menjemput kita, lidah kita masih bisa bersaksi.
Tuesday, June 26, 2007
Kerna kita kita cuba menafi rasa itu
"Kamu hendak aku buat apa?" tanyaku. Kurang senang sebenanya dengan persoalan begitu datang dari seorang suami di saat aku perlu khusyuk di depan tv.
"Aku bingung. Aku sepatutnya tidak jatuh cinta lagi, kerna aku udah punyai isteri yang punya segala." Teman ku mula menampakkan dirinya sebenarnya hanya pura2 khusyuk di depan tv dengan berpaling memandang aku.
"Jadi kamu menyalahkan siapa? Perempuan yang kamu cintai ataupun diri kamu?" tanyaku lagi. Aku juga ikut tidak khusyuk untuk terus menonton.
"Aku tidak salahkan sesiapa, ini takdir." temanku berkata prlahan.
"Jadi kamu menyalahkan takdir?" tanyaku lagi.
"Tidak," nafi temanku.
"Tapi perkataan 'takdir' yang akhir sekali kamu ucap," bantahku. Aku sebenarnya sendiri tidak mengerti apa yang aku bilang. hahaha.
"Tapi..."
"Tapi bukan cinta atau apa2 yang perlu kamu khuatirkan. Kamu perlu khuatirkan berkenaan sikap kamu sekarang. Kamu seolahnya tidak mahu menerima hakikat kamu udah jatuh cinta. Kamu cuba menafi perasaan kamu. Dan hal itu lah sebenarnya yang merosakkan." Cuba menentang kewujudan cinta. Apa kata kamu akuia aj. Kamu jatuh cinta. Mengakaui jatuh cinta bukan bermakana kamu perlu melafaz atau bertanggungjawab dengan rasa itu." Aku berkata panjang.
"Maksudmu, aku bingung hanya kerna aku cuba menafikan aku jatuh cinta?"
"Iya , kamu menafi dengan menyalahkan waktu, kamu jatuh cinta pada waktu yang salah. Kamu menyalhkan keadaan. Kamu jatuh cinta pada keadaan yang kurang tepat atau pada orang yang slap.." Terima aja rasa itu. Cinta ujud tanpa mengira waktu dan keadaan. Cuma lagi kita manusia ini seolahnya mahu cinta itu ujud dalam keadaan yang dia mahu. Dan bila cinta ujud dalam waktu yan dia tidak mahu. Dia cuba menafi dan terus rusak dengan perasaan itu. Rusak bukan kerana keujudan cinta itu sendiri. tapi rusak kerana cuba menafikan cinta Itu."
Dia diam dan aku turut dia. Mungkin dia berambah bingung ataupun aku juga turut bersama bingung. hahaha.
Monday, June 18, 2007
bicara hati yang bisu.
Saturday, June 16, 2007
jalan buntu
Perjalanan selama 5 jam yang aku tempuhi dalam keadaan duduk yang tidak selesa membuatkan aku terdesak. Terdesak untuk mengimbangi ketidak selesaan itu. Jadi aku berharap perjalanan dari Kuching ke Beladin ini punyai pemandangan kiri kanan jalan yang indah.
1 jam pertama, aku melalaui serian dan pemandangan yang aku kira agak menarik ialah kandang khinzir. Menarik? Ya menarik kerna bukan selalu aku melihat khinzir apatah lagi jika khinzir itu berkawan-kawan.
Jam-jam berikutnya, hanya pokok2 hijau. Hanya pokok2 hijau dan ia membosankan. Tiada lurah dan gunung, tiada rumah2. Tiada manusia dan tiada jalur telefon. Mujur ada papan2 tanda jalan yang boleh dibaca.
Aku kira mahu berbual-bual dengan Bangau, tapi dia terlihat segan2 pula. Entah. Lalu aku terus aja membaca papan2 tanda jalan. Dan sehingga akirnya aku membaca satu papan tanda jalan yang berbunyi 'jalan buntu'. Huh. Rupanya 'jalan buntu' bukan sekadar simpulan bahasa tapi ia benar2 ujud. hurm.
Thursday, June 14, 2007
Lelaki itu Bangau
Bangau? Hati aku bertanya. Terus terhidang di otak aku fizikal lelaki yang bernama Bangau itu? Dia semestinya lelaki yang berambut panjang dan bertubuh kurus. Suka mengguna cermin mata gelap dan punyai poshbag yang diseli di pinggang ataupun diselit di lengan.
Aku duduk aja di belakang komplek membeli belah itu. Letih sambil mataku memerhati keliling. Mencari lelaki yang bernama Bangau mengikut tafsiran otakku.
Tiba-tiba telefonku berbunyi.
"Encik kat mana?"
"Saya kat belakang shopping komplek."
"Ok tunggu situ, saya tengah makan," kata si pemanggil tadi terus mematkan perbualan.
Mungkin dia Bangau. Mungkin.
20 minit kemudian
Aku masih berdiri dis itu. Mata memerhati lincah gelagat manusia yang pelbagai. Atas alasan untuk menghilang bosan. Namun jujurnya , aku hanya banyak peroleh dosa. :-p
Mataku segera berenti dari memerhati bila kedengaran hon. Segera aku menghampiri van yang memberi hon tadi.
"Bangau?" tanyaku sedikit curiga.
"Ya, masuklah" pelawa dia.
Ternyata segala tafsiran aku tadi meleset. Bangau merupakan seorang lelaki yang bertubuh gempal. Berambut pendek. Mengapa gelaran dia Bangau. Aku mahu bertanya tapi tiba-tba merasa gerun. Takut menyinggung hatinya. :-)
"Berapa lama hendak sampai ke Beladin?" tanyaku.
"5 jam. Terkadang 6 jam," jawabnya sambil tangan rakus memaut stereng van.
Aduh. 5 jam perjalanan dari Kuching ke Beladin. Dengan tempat duduknya yang punyai ruang kaki yang sempit. Kerana untuk memaksimakan penumpang. Aku kira jika penuh, van itu bisa mengangkut 15-18 penumpang. Mujur hari itu tidak penuh.
Hurm. Aku terus termenung mengenang kakiku yang terpaksa berposisi skima. Letih dan hatiku pun menyanyi.."bangau oh bangau ..."
Friday, May 25, 2007
2 minggu.
Cukup waktu untuk debu bertandang.
2 minggu?
Ya, 2 minggu.
Ini semua kerana cinta.
Jadi umur panjang.
Jumpa lagi.
Maafkan salah aku.
sengaja atauun tidak. Maaf.
Yang benar.
dingin (bukan ama sebenar :-p )
:-)
Thursday, May 24, 2007
cinta itu pemalu
"Aku harus berubah menjadi berani."
"Jadi?"
"Aku mesti berani menyatakan cinta aku biar apa pun akibatnya."
"Jadi?"
Lama aku menunggu tapi temanku masih tidak menjawab. AKu mengalih wajahku dari dada majalah motosikal ke arah dia yang duduk ditepiku. Dia hanya memerhati aku.
"Maaf ganggu kau membaca." Dia segera bingkas meninggalkan aku. Aduh. Bersalahnya aku. Apa aku mau bilang?. Aku harus bilang sesuatu biarpun palsu asal dia beranggapan aku ini teman yang peduli.
"Sebenarnya cinta itu memang pemalu. Tetapi itu bukan alasan," kataku perlahan. Wah, aku sudah berfalsafah. Aku senyum sendiri di hati. Habis la kau. Hehehe.
"Apa maksud mu. Aku tidak mengerti?" tanyanya. Dia kembali duduk di depan aku.
"Cinta itu fitrahnya pemalu. Kau bayangkan diri kau sedang jatuh cinta, apa rasanya. Kau mahu terus memberitahu gadis itu yang kau cintai dia?" tanyaku.
"Aku tidak akan memberitahu kerna aku pemalu."
"Di sini tiada istilah manusia pemalu. Kau pemalu kerna cinta itu sifatnya pemalu. Sesiapa pun di dunia ini akan jadi malu-malu bila awal kali jatuh cinta. Adakah kerna dia pemalu? Bukan, tetapi kerna cinta itu sifatnya pemalu lalu manusia pun turut jadi pemalu." Aku mengulas panjang.
"Tetapi bagaimana orang yang berani melafazkan cintanya?" Wah aku ditanya seolahnya penyelesaian ada pada aku.
"Hurm. Itu kau kena faham. Manusia itu berani mengatakan cintanya bukan kerna cinta itu sendiri, tetapi kerna 2 perkara. Tanggungjawab ataupun nafsu."
"Maksud mu?"
"Manusia berani menyatakan cintanya bila dia merasakan dia bertanggungjawab terhadap cintanya itu. Mungkin tanggungjawab dari segi agama ataupun dari segi kemasyarakatan. Manusia ini biasanya orang yang kukuh agamanya dan punyai pekerti yan baik. Manusia juga berani menyatakan cintanya kerana nafsu. Nafsu itu yang berani. Ini sering terjadi kepada para lelaki buaya dan playboy. Mereka berani kerana nafsu. Bukan kerana cinta."
"Hurm," dia mengeluh sambil mengaru-garu kepala.
"Jadi kau kena bezakan antara 2 perkara itu. Cinta sifatnya pemalu dan tanggungjawab ataupun nafsu itu berani. Kau takut meluahkan cinta kau kerana kau masih sangsi sama ada kau boleh melaksanakan tanggungjawab terhadap cinta. Tetapi kau juga tidak mengikut nafsumu. Jadi kau hanya mengikut rentak cinta yang pemalu. jadi kau pun pemalu untuk meluahkan cinta kau."
"Ok aku mengerti. Aku ini malu meluahkan cintaku bukan kerna aku pemalu, tetapi kerna cinta itu yang pemalu. Aku tidak berani lagi kerana aku tidak memikirkan tanggungjawab terhadap perempuan itu tetapi aku juga tidak berniat jahat. Begitu?" Tanya dia samabil jari telunjuknya mengarah kepadaku.
"Betul. Jadi sebab itu perempuan sering malu menyatakan cintanya pada lelaki. Bukan kerana sifat pemalu perempuan itu. Tetapi kerna perempuan itu merasakan dia tidak perlu bertanggungjawab pada permulaan cinta. Lelaki yang harus bertanggungjawab. Lelaki yang harus terlebih dahulu mendekati mereka. Itulah yang sebenarnya terjadi. Tetapi jika perempuan itu memikirkan tentang tanggungjawab ataupun nafsuna, mereka akan berani meluahkan cinta mereka." Aku tidak tahu teman aku itu faham ataupun tidak. Tetapi setidak-tidaknya dia faham, aku masih peduli sama dia. :-)
Wednesday, May 23, 2007
ruang dan peluang 2
Jadi aku mahu menjelaskan sekali lagi berkenaan hal itu. Aku mendengarkan al ini dari seorang ustaz. Dia seoang ustaz MLM. Hurm. Lantaran itu aku dipujuk menyertai rangkain MLM dia. Pujukan seorang ustaz dengan bukti cek dan kereta, aku tewas. Aku menyertai rangkain MLM ustaz itu.
Cuma apa yang diucapkan oleh ustaz itu tidak semunya menjadi bagi aku. Sebenarnya tidak ada pun yang menjadi. Lantaran itu satu hari, ustaz itu menjemput aku menaiki kereta hasil perniagaan MLM dia.
"Kamu mengerti bagaimana aku bisa berjaya?" tanya ustaz itu. Aku disebelah dia hanya menggeleng. Tangan ku teringin benar menyentuh kepala gear kereta ustaz itu, nampak cantik dan mengiurkan. Memang selasa sekali kereta dia.
"Melalui usaha. Usaha yang istiqamah," katanya sambil kepala diangguk keras apabila menyebut perkataan 'istiqamah'.
Aku? Hanya diam. Kemudian baru aku sedar diam aku itu menyebabkan ustaz itu asyik menjeling aku.
"Betul ustaz, saya setuju." Aku fikir itu yang terbaik, mengiyakan semua kata-katanya.
"Tetapi usaha istiqamah itu hanya menyediakan 2 keadaan sahaja," kaa ustaz itu sambil tersenum diakhir pengucapannya. Aku mengerutkan dahi. Kemudian hati berat aku bertanya juga untuk mengambil hati.
"Maksud ustaz?" tanyaku dengan nada yang mengharap, penuh kelemahan.
"Untuk berjaya kita perlukan ruang dan peluang. Jika kita berusaha kuat, kita mungkin membuka peluang ataupun ruang dalam jalan ke arah kejayaan. Tetapi kita perlukan kedua-dua perkara itu. Contohnya kamu, kamu sudah berusaha bagi memikit seorang gadis. Bunga sudah kamu hantar, surat sudah kamu kirim tapi si gadis masih tidak mempedulikan kamu. Usaha melalaui surat dan bunga yang kamu hantar itu sebenarnya ruang yang ada untuk kamu bergerak bagi mendapatkan cinta gadis itu. Tetapi kamu tidak memilik peluang kerana gadis itu sebenarnya sudah berpunya hatinya." Ustaz itu tersenyum lebih lebar. Mungkin kerana analoginya itu membabitkan aku dan gadis yang sudah berpunya. Persetan aku yang menjadi mangsa analogi sedih dia.
"Peluang pula bagaimana ustaz, jika gadis itu belum berpunya misalnya?" tanya untuk mendapatkan analogi yang lebih baik untuk diriku sendiri.
"Peluang pula ialah bila gadis itu tidak berpunya dan dia juga menyukai kamu. Tetapi, kamu tidak dapat mendekati dia kerana halangan ibu bapa dia ataupun halangan kewangan kamu. Kamu tidak punyai ruang untuk bergerak." Ustaz itu membelok laju di selekoh kanan. barangkali dia asyik bercerita hingga lupa ada selekoh dihadapan. Hingga bahu aku terdorong menyentuh pintu kereta. Ah, analogi yang langsung tidak membantu imaginasi aku untuk bercinta.
"Begitu juga dengan hal-hal lain alam hidup. Kekayaan mahupun pelajaran. Semuany perlu ruang dan peluang," kata ustaz itu menutup sesi motivasi perniagaan MLM pada petang itu. Aku sesduah 3 tahun masih begitu dalam MLM, tidak ada apa-apa dan aku nekad tidak mahu meneyrtai apa pun MLM yang cuba masuk dalam hidup aku. Dan ustaz rasanya sudah berpindah. Tapi aku banyak belajar dari dia, belajar bukan untuk kaya tapi belajar untk berfalsafah. hehee.
Tuesday, May 22, 2007
ruang dan peluang.
Lihat aja contoh mudah. Dalam cinta perlukan kedua-dua perkara ini. Perlukan ruang dan peluang. Ruang untuk kita bergerak dan peluang bagi kita mula bergerak. Jika hanya ada ruang kita akan sekadar menjadi perindu yang agung.
Jika kita punyai peluang untuk bergerak ke arah cinta tapi tidak punyai ruang untuk bergerak. Kita hanya akan kecewa sendiri. Ruang dan peluang perlu seiring dan perlu diusahakan. Usahkan dengan mencari ruang yang luas dan peluang yang tepat.
Itu pandangan aku berkenaan ruang dan peluang. Perkara yang aku sering tiada.
Monday, May 21, 2007
cinta yang bersyarat.
- Cinta tuhan pada hambaNya.
- Cinta rasul pada umatnya.
- Cinta ibu dan ayah pada anaknya.
Selain dari 3 itu semua cinta adalah bersyarat. Cinta suami pada isterinya, bersyarat. Cinta kumbang pada bunga, bersyarat. Cinta anak pada orang tuanya juga bersyarat. Malah cinta kita pada rasul dan tuhan juga terkadang diletakkan syarat.
Syarat itu adalah panduan seseorang dalam mencari pasangan hidup. Mungkin si perempuan memberi syarat kepada lelaki yang ingin di cintainya harus kacak, punyai harta, penyayang, memahami, beriman ataupun lelaki itu harus sama daratan dengan dia.
Anak-anak juga tidak terkecuali. Terkadang cintanya pada orang tuanya hanya apabila orang tuanya itu bisa memberikan sesuatu ganjaran pada dia. Harta ataupun kebanggaan.
Cinta kita pada rasul dan tuhan bagaimana? Mungkin pernah terniat dalam hati kita untuk melakukan sesuatu kebaikkan hanya setelah tuhan memberikan kebaikkan pada kita. Selawat pada rasul pula hanya disebut jika mahu rezki yang murah.
Cinta yang bersyarat itu hanya boleh ujud pada cinta sesama manusia. Tidak harus ia ujud bagi ibu bapa , rasul apatah lagi tuhan.
Pada manusia cinta bersyarat itu bukan sesuatu yang negatif. Tetapi sebagai panduan dan ukuran. Namun syarat-syarat dalam bercinta biasanya hanya dipatuhi bila belum memiliki. Sesudah memiliki syarat itu terhapus dan mula leka.
Jika syarat sang lelaki tadi ialah mahu isterinya cantik. Wanita yang ingin jadi isteri lelaki tadi berusaha terlihat cantik. Namun apabila wanita tadi udah memenuhi syarat dan memilik lelaki idaman. Kecantikkan tidak lagi di jaga. Hal lain juga serupa, dari segi ekonomi dan paling menakutkan jika ia berkaitan agama. Agama digunakan bagi memenuhi syarat cinta dan pasti perlaksanaannya juga bersyarat.
Itu wajah kita manusia. Mudah terleka dengan syarat yang di berikan oleh pasangan kita dan mudah terleka dengan syarat yang kita berikan. Kita tidak menguatkuasakan syarat itu pada pasangan kita dan pada diri kita. Sehingga satu waktu kita mulai renggang dengan cinta dan hairan. Mula bertanya mengapa? Jawabnya kita terlupa bahawa cinta kita itu bersyarat. Tidak perlu pergi jauh. Lihat aja syarat apa yang udah dilanggar. Mungkin syarat ekonomi. Syarat paras wajah. Syarat agama. Syarat sikap kasih ataupun sikap memahami.
Mungkin ramai tidak setuju jika dikatakan cintanya pada sang kekasih bersyarat. Tapi itu hakikat. baik terang ataupun kabur. Syarat itu ujud. Tidak akan dapat kita mempunyai cinta tanpa syarat jika cinta itu sesama manusia. Apa yang boleh kita lakukan hanya berdoa dan bersabar. Bersabar dalam menjaga cinta yang bersyarat itu. Aku sentiasa doakan itu untuk diriku dan untuk cintaku.
Sunday, May 20, 2007
tengah hari yang mengecewakan
Dia kemudian menggunakan tangan kirinya mengelap meja dihadapannya. Peluh terlihat terbit dari dahinya. Dia kemudain menambung bicaranya.
"Makanan anak-anak di kantin telur rebus di potong dua dan ayam sebesar biji dadu di jual rm1.00 sebungkus tapi tiada yang kisah. Sekarang roti canai naik rm.015 kita orang dewasa ini sudah bising." Temannya mash berselera menjamu makanannya. Kemudian datang tuan punya gerai.
"Makan apa encik. Minum?"
"Bagi saya nasi goreng ayam dan teh ais. Nasi goreng ayam jangan pedas sangat." Dia menjawab pertanyaan tuan punya gerai itu dengan lengkap.
Temannya tadi yang masih rakus menyuap makanan kemulutunya berhenti sebentar. Dia berkata, "Betul kata awak. Makanan orang dewasa hendak yang sedap-sedap dan berkhasiat sedangkan makanan bagi anak-anak ang akan jadi generasi pemimpin kita tidak pula sediakan yang terbaik. Jadi bagaimana aank-anak kecil tadi dapat memberikan yang terbaik pada masa hadapan jka sekang mereka hanya diberikan yang kurang."
"Ini semua rasuah, tender-tender kantin hanya diberi pada kroni," mukanya merah bila mengatakan hal itu. Selesai berkata makanan dia sampai.
Aku pula sedia pulang. Bos cakap di sini makannnya sedap tapi apa yang aku peroleh. Hanya nasi goreng ayam yang kurang ayamnya. Mungkin bos aku kroni tuan punya kedai ini ataupun aku ini terlihat seperti anak-anak. Hurm.
Saturday, May 19, 2007
suara misteri itu.
"Sayang, sayang..."
Suara itu sayup-sayup ditelinga aku. Aku segera tajamkan telinga cuba menangkap dari mana datangnya suara itu. Tiba-tiba... telefon ofisku berdering dan serentak itu suara itu hilang. Selesai aku berbual di telefon.
Tiba-tiba, telefon bimbit aku juga berbunyi.
"Sayang mama, awak tidak ada apa-apa?" tanya mak mertua ku. Suara nya kedengaran panik. Aku turt sama panik. Aku terus cuba menghubungkan misteri suara tadi dengan kepanikan mak mertua ku.
"Saya ok. Mengapa ma?" tanya aku kembali.
"Tadi ingat dingin (bukan nama sebenar aku) call mama. Mama angkat tapi dingin(bukan nama sebenar aku) tak menjawab mama panggil. Mungkin dingin terrtekan nombor hp mama kot," simpul ibu mertuaku.
Sekarang aku sudah dapat pastikan dari mana datangnya suara misteri tadi. Rupanya suara mak mertuaku juga yang ku kira suara jin tadi. Kerna aku menyimpan HP aku di poket seluar, mungkin dalam kalut aku tertekan sendiri nombor dia. Ampun mak kerna menyangka yang bukan-bukan.
Aku segera menggeleng kepala bila mengingakan ibu mertuaku menggunakan 012 sedangkan aku 019. Aduh, langsai rm3 kredit aku secara percuma.
Friday, May 18, 2007
Selamat hari ayah.
Aku tidak suka rasa itu, rasa itu tidak banyak tapi ia tidak sepatutnya ada. Rasa itu belum menjadi benci tetapi hampir. Mujur pada suatu petang rasa ini aku dapat hapuskan perlahan-lahan sebelum ia menjadi barah dosa yang lebih besar.
Petang itu ketika aku dan beberapa sepupu ku bercerita, berkenaan masa kecil kami. Dia memberitahu ketika aku masih bayi aku dhantar ke klinik bagi pemeriksaan biasa. Ketika di klnik itu jururawat yang menyuntik aku terlihat kasar dan ayah aku menjerit pada jururawat itu kerana tidak mahu aku dikasari. Ibu segara memenangkan ayah. Aku diam mendengar cerita itu.
Dia menyambung lagi, ketika aku udah pandai merangkak, ayah aku segera membawa aku merangkak di mana-mana termasuk di dalam semak dan dia turut sama merankak bersama aku. Dia kata, ayah aku terlalu gembira.
Kemudian aku diberitahu lagi akua adalah budak yang paling banyak alat maianannya di kampung. Sepupu aku yang sedikit tua itu bercerita setiap kali ayahku pulang dari pekan dia akan membawakan aku alat maianan. Biar waktu itu aku hanya tahu merusakkan mainan itu. Yang paling gembira tentu sepupu-sepupu aku kerna mereka yang akan mewakili aku untuk bermain.
Sepupu aku berhenti sebentar untuk tersenyum. Dia menyambung lagi bicaranya. Dia mengatakan ayah aku adalah bapa saudara yang paling mereka takuti. Ayah aku punyai suara yang garang dan jika buat silap pasti telinga dipulas. Tetapi sejak lahirnya aku, ayah aku lebih tenang orangnya dan kurang garangnya. Sepupu aku mengatakan aku beruntung kerna tidak menghadapi saat-saat menakutkan seperti mereka. :-)
Apabila sepupu diam, fikiran aku pula melayang. Aku masih ingat ketika ayah memikul sebuah kereta mainan di bahunya. Kereta warana merah yang bisa dikayuh. Aku waktu itu tidak langsung menegrti apa benda itu. Dan ketika pertama kali aku naik kereta maianan itu, ayah yang menolakknya kerna kaki aku masih lemah untuk mengayuh.
Ketika aku darjah 4, aku memberitahu ayah kawan-kawan aku semua sudah punyai basikal BMX. Ayah tersenyum. Dia memberitahu bahawa aku juga akan dibelikan basikal. Aku cukup gembira. Esoknya ayah membawa sebuah basikal merah untuk aku. Tapi ia bukan basikal BMX. Aku jadi marah. Ia basikal yang punyai bakul dihadapannya, ia basikal perempuan. Jenama singer. Tetapi aku tidak berani memberitahu. Aku menerima basikal itu dan esoknya aku membawa ke sekolah.
Sepanjang jalan aku tidak senyum. Aku benci dengan basikal ini. Aku salahkan ayah aku. Ketika aku melalaui sebuah lorong kecil aku terjatuh. Aku dengan marahnya mengeluarkan perkataan menyalahkan basikal itu dan ayah aku. Aku menendang basikal itu. Aku tidak sedar bahawa ayah ada dibelakang. Tersenyum memerhatikan aku. Rupa-rupanya dia mengekori aku, katanya khuatir dengan keselamatan aku.
Ketika aku di asrama pula, minggu pertama di asrama ayah setiap hari datang melawat aku. Aku jadi malu. Iskh. Setiap kali datang dia membawakan aku makanan. Iksh. Aku malu di lihat perempuan-perempuan dan kawan-kawan aku. Aku langsung tidak memikirkan susah payah ayah sanggup hari-hari jauh ke asrama aku hanya untuk melihat aku.
Dalam aku mengelamun, sepupu aku menyambung ceritanya. Dia mengatakan setelah aku melanjutkan pelajaran ke matrikulasi, dia melihat doa ayah aku selepas solat semakin panjang. Dan kadang kala ayah aku mengalirkan air mata. Arwah ibu pernah bertanya mengapa doanya semakin lama. Ayah dengan mata yang masih merah hanya menjawab, doa itu untuk aku.
Hati aku mengguman. Petang itu aku mengerti wajah yang ayah tidak zahirkan untuk aku. Aku akui ayah mungkin bukan ayah yang sempurna segala. Tapi kasih-sayangnya tetap sama dengan mana-mana ayah di dunia ini. Dia tetap yang terbaik bagi aku.
Dan sekarang ayah masih di kampung . Ototnya sudah kendur. Suara garangnya sudah lembut. Rambutnya sudah putih. Dulu ototnya yang kendur itu yang memeluk dan membawa aku. Suara garangnya itu yang mendisiplinkan aku. Dan rambut putihnya itu yang aku selalu tarik ketika kecil. Ayah sendiri. Aku merasa bersalah tidak menemankan dia pada waktu ini. Maafkan aku. AYAH, aku sayang kamu.
Thursday, May 17, 2007
akhir sang bunga
Wednesday, May 16, 2007
Selamat hari guru 2
"Hadiah sempena hari guru?" tanya suaminya.
Cikgu perempuan itu tidak menjawab terus, dia hanya tersenyum. Kemudain dia berkata, "Saya dapat hadiah beras dan syampu dari anak murid saya."
"Awak dapat beras dan syampu?" ujar suaminya menggaru kepala.
"Ya, dan semuanya di bungkus rapi cuma saya boleh merasa dengan tangan."
"Merasa dengan tangan? Awak tidak buka lagi hadiah itu?"
"Tidak, saya tunggu abang datang ke sini. Saya hendak tunjukkan hadiah anak-anak murid saya pada abang."
Si suami tersenyum dan dia berkata lagi, "Mesti sambutan hari guru di sekolah awak meriah."
"Sekolah kami tidak menyambut hari guru. Hari ini seperti hari-hari biasa persekolahan," ujar isterinya.
"Mengapa?" Suaminya bertanya, dahinya terlihat berkerut.
"Sekolah ini tidak ada dewan."
"Mengapa tidak buat di padang?"
"Sekolah ini di dirikan di tebin sungai dan jalan-jalannya hanya menggunakan pelantar. Abang lupa barangkali saya mengajar di sekolah pedalaman. Di perkampungan nelayan. Tapi itu tidak penting kerana anak-anak murid saya walaupun hanya anak-anak nelayan dan buruh, mereka masih mengerti apa itu Hari Guru. Hari untuk meraikan guru mereka. Cuma mungkin tidak seperti anak-anak dibandar, tapi itu memberikan saya semangat untuk berada di sini dan semangat di saat abang tiada di sisi," jawab isterinya. Senyuman masih di bibir.
Tuesday, May 15, 2007
selamat hari guru (ini trend para blogger untuk hari ini)
"Gayu guru gerai nyamai."
Sebenarnya itu bukan ucapan sempena hari guru tetapi ucapan sempena hari gawai dalam bahasa Iban. Ia bermaksud kesejahteraan, kesihatan dan nasib yang baik.
Aku sebenarnya ingin bercerita berkenaan hari guru yang jatuh esok. 16 Mei. Setiap tahun, guru akan pulang daripada sekolah dengan membimbit hadiah yang banyak. Terus-terang aku tidak menghadiahkan guru aku apa-apa pun. Tidak ada kad apatah lagi hadiah mahal. Aku tidak ada duit untuk semua itu.
Aku sebetulnya tidak punyai kisah-kisah yang menarik berkenaan guru kerna sifat aku dikelas yang biasa-biasa. Tidak terlalu pandai dan tidak terlalu dungu. Tidak terlalu baik dan tidak pula terlalu nakal. Jadi aku kurang komunikasi dengan guru dan aku kurang bersama dengan guru.
Itu satu hal, hal yang lainnya, aku terlalu takut dengan guru. Entah. Aku sentiasa mengelak dari bertembung dengan guru-guru aku. Aku mengelak untuk bertanya, aku mengelak untuk dilihat terlalu menarik perhatian. AKu sentiasa 'bersembunyi' di kelas. Bersembunyi dikalangan pelajar. Hal ini berlanjutan hingga ke universiti. Aku takut untuk bertanya, aku tidak mahu langsung bertanya. Malah aku tidak mahu berjumpa guru (pensyarah) bagi meraih markah simpati atas keputusan periksa yang sikit. Aku kira ini penyakit. Penyakit guru phobia. sigh.
Mungkin ini kerna waktu di darjah 1 aku punyai guru kelas lelaki yang bersuara jantan. Suara itu terdengar garang dan aku takut. Tapi sehingga kini, guru darjah 1 aku itu masih lagi bertanyakan perihal aku daripada ayah aku. Dia masih mengingati aku. Hati aku benar-benar terusik. Betul. Bukan paksa-paksa.
Namun satu hal yang menghairankan aku, aku sentiasa aja sayu bila mengenagkan guru-guru aku. Mungkin sayu kerna aku tidak cuba rapat dengan mereka. Mungkin juga sayu kerna biar aku tidak punyai banyak kenangan manis dengan mereka tapi guru-guru aku mengajar aku erti menghargai dan ikhlas. Mereka sentiasa menghargai aku yang tidak pandai ini. Sentiasa ada senyuman ihklas untuk aku biar aku kurang mereka kenal. Aku cukup sayu dengan hal-hal itu.
Namun, entah bagaimana perkiraan tuhan untuk aku, DIA menjodohkan aku dengan seorang guru, dia seoarang guru KPLI :-) (nota: ini tidak bermakna aku takutkan isteri..ekeke). Mungkin aku harus belajar untuk tidak lagi mempunyai perasaan takut yang kosong. Aku berazam akan cuba untuk berani berbual-bual kembali dengan guru-guru aku seperti mana aku berbual-bual dengan cintaku :-).
Selamat hari guru. Aku sayang semua guru. Serius.
Monday, May 14, 2007
ampuni aku
yang bisa merasa
biar
banyak noda yang terpalit
aku masih diberi jiwa
yang mampu bersyukur
biar
banyak sungutan yang terluah
aku masih diberi akal
yang mampu berfikir
biar
banyak kebodohan yang terpamir
aku masih diberi iman
yang mampu mengingatiMU
biar
banyak kali aku melupakanMU
aku masih diberi simpatiMU
biar banyak kali aku mencuaikanMU
Ampuni aku.
Sunday, May 13, 2007
temanku yang berbicara tentang kosong
"Kekosongan?" soal aku sambil mengusik rambut aku yang masih basah.
"Kekosongan kerna merasakan tidak ada sesiapa di dunia ini memerlukan aku. Ayah dan ibu sepertinya tidak menyayangi aku seperti mereka menyayangi adik-adik aku yang lain. Perempuan yang aku cinta hanya memandang aku sebelah mata," tutur teman aku kembali. Perlahan dia melemparkan pandangannya pada awan hitam yang mula berarak.
Aku pula hanya mendengar, tidak tahu apa mau di bilang. Kerna jalan hidup masing-masing berbeda. Sehingga aku bertanya lagi pada dia.
"Sebenarnya, apa yang kamu rasa dalam kekosongan itu?"
Temanku berpaling, kepalanya di dongakkan sedikit tinggi dari tadi. Terlihat betul-betul mahu meluahkan apa yang terbuka dihati.
"Aku merasakan kekosongan seperti berada di sebuah banglo yang besar. Mewah tapi di dalamnya hanya aku seorang. Itu kekosongan yang aku rasa. Terkadang aku juga merasa seperti berada di sebuah jalan raya, berjalan sendiri tetapi di tepi jalan raya itu kosong tanpa ada apa-apa untuk dilihat."
"Tapi kamu punyai teman, kamu punyai keluarga," kata aku memprovokasi. Mahu melihat apa kali ini dia akan lancar menjawab.
"Teman aku tadi itu tadi umpama banglo, keluarga aku umpama jalan raya. Teman hanya melindungi aku dari panas dan hujan tapi tidak menyediakan keperluan aku di dalam banglo tadi, membiarkan aku sunyi. Keluarga hanya menciptakan aku jalan untuk berjaya tapi aku dibiar sendiri di jalan-jalan itu."
"Tapi bagaimana dengan tuhan, kamu dan aku punyai tuhan," soal aku lagi. Tangan aku masih lagi bermain-main dirambutku yang basah.
Temanku terdiam. Dia tidak lagi mendongak tapi menunduk. Namun dikala aku menyangka semuanya sudah berakhir dia pun berkata,
"Aku umpama banglo yang mewah yang kosong itu dan aku juga umpama jalan yang sepi itu. Kerana aku tidak cuba menemani tuhan di dalam banglo tadi, aku tidak berjalan-jalan bersama tuhan dijalan sepi. Sedangkan tuhan sentiasa ada di banglo kosong, sentiasa ada di jalanan sunyi. Iya, mengapa aku menyalahkan orang lain atas kekosongan ini, sedangkan jelas kekosongan itu berpunca dari aku," katanya sambil tersenyum mungkin senyum tersedar dari silapnya ataupun senyum dipaksa.
"Bagi aku, kita merasa kekosongan kerna kurangnya keihlasan kita pada apa yang diperbuat. Kerna tanpa keikhlasan, setan akan mudah menciptakan ruang-ruang kosong dihati kita. Hanya keikhlasan kepada tuhan atas segala perbuaatan kita itu yang menjadikan hati kita padat, hati kita mudah ntuk tersenyum. Biar pun berada di banglo kosong ataupun dijalanan sunyi." Aku berharap kesimpulan aku tadi bisa diterjemah dalam perbuatan oleh dia dan oleh diri aku dan aku berharap aku ikhlas dengan pengucapan tadi.
Saturday, May 05, 2007
Selamat hari ibu...(ini entri lama, cuma aku post kembali kerna aku tidak lagi punyai kata-kata selain ini)
Pagi ini, seperti pagi kemarin. Fikiran aku kosong lantas pelbagai hal duduk dalam fikir aku. Ada perkara yang aku kira bagus, selebihnya aku kira agak lucah. Aku sebetulnya ngak punyai apa2 untuk di fikir kerna segalanya tentang jiwa aku ngak jelas. Sekarang juga ngak jelas.
Bezanya untuk pagi ini, aku merasakan sesuatu yang aku hilang untuk beberapa tahun lalu. Jika dulu, tidur aku akan di kejutkan. Subuh aku, pasti ada tangan lembut yang menarik2 selimut aku, mengingatkan aku tentang fardhu subuh. Dengan rasa yg malas aku bangun, udah selesai aja ,aku baring kembali dan seketika itu aku akan di tegur. Kerna aku hanya akan menutup pintu rezki aku sendiri. Aku akur dengan pesan itu , anehnya, diam2 aku lantas aja terus kembali lelap. Biar pun aku ngak melihat tapi aku tahu, yang ibu tahu aku kembali lelap dan pasti dia hanya mengeleng2 kepala, atau sekali sekala ibu menghampiri aku dan menyela rambut aku, dengan penuh kasih. atau jika dia merasa gagah, bahu aku akan di goncang2, di suruh bangun. Namun kebanyakkan waktunya, ibu hanya akan menatap wajah aku yg udah jauh dibawa mimpi.
Mengingatkan perkara itu, aku semakin rusuh dengan perasaan aku. Apa sebenarnya yang harus aku rasa. Senyum sendiri atau terus aja mengalir air mata. Aku kira dua duanya perlu.
Salah aku mungkin, kerna mengingati mengenai pagi yang aku hilang. Lantas umpama jatuhan domino, aku terusan aja mengingati apa lagi yang aku telah hilang.
Satu perkara yang aku paling senang mengenai pagi ialah, pagi untuk kesekolah ketika umur aku masih di lingkungan 5 ke 8 tahun. Pada waktu ini, aku umpama raja. Pakai ku di siapkan, sarapanku di suap dan yang paling aku asyik ialah waktu aku di pakaikan seragam sekolah. Dengan keadaan bogel, tubuh aku di pakaikan seluar, terus di sarungkan baju putih yang kemas digosok. Puncak pula ialah ketika aku duduk di pangkuan ibu aku untuk disikat. Aku rasa cukup kemas, sehinggakan cikgu wanita di sekolah sentiasa aja punyai senyum yang berbeza untuk aku, senyum yang lahir dari naluri wanita mereka. Sayang, aku ngak pernah ngerti mengapa meraka perlu memberi aku senyum yang begitu. :-)
Mungkin juga sudah menjadi fitrah , anak-anak kecil akan menjadi degil. Apa yang di suruh akan di buat sebaliknya. Aku juga ngak terkecuali. Seringkali aku dipesan supaya jangan mengotorkan baju putih aku. Tapi aku senang untuk berguling di padang sekolah dengan baju putih itu. Atau aku memanjat pokok jambu di depan rumah juga dengan baju putih aku. Apa yang aku pelajari dari itu ialah kepandaian aku untuk mencipta alasan dengan ibu aku. Namun, dia lebih tau mengenai aku dari diri aku sendiri. Lantas mudah aja peha putih aku menjadi merah kerna cubitannya. Dan aku akan menangis selama 5 minit kemudian diam kembali kerna ibu aku akan datang membawa nasi untuk disuapkan kepada aku. Hanya sekarang aku sedar bahawa ibu aku seperti juga ibu2 kalian amat sabar. Kerna pada esok harinya kejadian sama akan berlaku dan terus aja berlaku. Namun ibu aku tetap ngak pernah jemu untuk menyediakan pakaian yang tetap bersih untuk aku. :-)
Satu perkara yang aku tidak gemar ketika aku masih anak-anak ialah ibu aku pergi kepekan dan meningalkan aku sendiri di rumah. Ketika itu aku akan terus-terusan menangis sehingalah dia kembali atau sehinggalah aku tidur. Nenek aku pasti sudah maklum dengan perkara ini. Dan ibu aku punyai strategi untuk itu. Aku akan di janjikan dengan coklat atau barang mainan. Aku akan dengan rela duduk sendiri di rumah dan melihat dia pergi ke pekan. Aku fikir dia punyai alasan yang baik . Kerna jika aku mengikuti dia ke pekan pasti perbelanjaan akan bertambah kerna aku ngak pernah puas dengan hanya 1 barang mainan.
Aku paling tidak senang bila tiba waktu malam. Kerna pada waktu itu , dengan segala kuasa yang ada pada ibu, ibu akan menutup telivisi dan mengarahkan aku mengadap dia. Dia akan mengajarkan aku bagaimana mengeja hurur-huruf al-quran dan bagaiman membacanya dengan betul. Ibu cukup tegas dengan hal itu dan akhirnya aku sering aja menangis. :-)
Setelah aku kira udah sedikit dewasa, ibu aku tetap seprti dulu, cukup menyayangi aku, tapi aku kira aku ngak pernah tahu perkara itu. Kerna aku senang sekali untuk melanggar apa arahannya. Aku tidak pernah mampu untuk membaca fikiran ibu aku, kerna dia lebih banyak bertindak dari berkata-kata. Aku tidak pernah tahu apa yang di fikirkan oleh belaiau kerna waktu itu akau hanya memikirkan diri aku. Ego seorang remaja lelaki. Aku rasa aku amat kesal dengan perkara tersebut.
Namun ibu tetap sabar dengan segala kelakuan aku. Dia tetap suka memperlakukan aku seperti dulu. Suka memeluk dan mencium aku dan aku rasa aku cukup tidak senang dengan itu kerna ia berlaku di hadapan rakan-rakan aku. Aku malu. Ibu aku juga tetap seperti biasa, memasakan makan kegemaran aku dan perkara itu aku membuat aku sentiasa aja mau pulang kerumah :-)
Namun itu hanya secebis dari kisah aku bersama ibu aku. Aku sebetulnya ngak pernah mampu untuk mengingati segalanya tentang kisah aku dengan ibu aku. Kerna pasti aku akan sebak. Menjadi satu kelemahan jika aku sebagai seorang laki-laki mengalirkan air mata. Tapi aku kira, jika air mata itu untuk ibu, pasti ada pengecualian.
Aku sebetulnya agak kesal kerna aku belum mampu membalas biarpun setitik darah ibu aku. Aku kira jika aku sudah habis pengajian, aku akan memperolehi pekerjaan yang bagus. Punyai pendapatan yang bagus. Segala-galanya sempurna. Setidak-tidaknya dalam perencanaan aku. Namun tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Dan Dia pasti lagi tahu apa yang terbaik untuk ibu aku. Ibu aku aku di jemput lebih awal untuk pulang keasalnya. Itupun setelah beberapa tahun dia terpaksa menahan derita kerna penyakit barah yang di tanggung. Sesungguhnya dalam rancangan aku, setelah aku memperolehi pekerjaan yang bagus, aku akan menghantar ibu aku ke mana-mana saja yang tempat yang punyai upaya untuk menyembuhkan barahnya. Tapi itu hanya perancangan.
Dan perkara pertama yang aku rasa bila aku mengetahui perkara itu, ialah aku bingung. Aku hanya diam dan sentiasa aja berharap ia adalah sesuatu yang silap. Namun setelah beberapa waktu, aku kembali stabil dan pada waktu itu, aku terus-terusan meluahkan perasaan aku dengan mengalirkan air mata.
Untuk perkara yang terjadi, aku merasa satu perubahan besar dalam hidup aku. Perkara pertama yang aku rasa ialah, ngak ada lagi yang akan berdiri di depan pintu untuk menunggu kepulangan aku. Ngak ada lagi yang akan bersusah payah menyediakan masakan kesukaan aku. Juga aku ngak akan lagi menerima doa-doa dari seorang ibu. Yang selama ini aku kira itulah senjata utama aku dalam peperiksaan dan segala macam hal dalam hidup.
Aku juga pasti tidak akan mendengarkan lagi nasihat juga segala macam teguran dia. Yang aku kira semuanya menjurus kepada kebaikan aku, cuman aku aja yang ngak mau ambil pusing. Tidak akan ada juga wanita lagi, yang akan memeluk dan mencium aku selain dari ibu aku ,sekurang-kurangya untuk waktu ini kerna aku belum bernikah. (nota: sekarang aku udah bernikah :-) dan hal itu terjadi lagi :-p- sedihnya ibu tidak berpeluang melihat menantu dia. :-( )
Aku merasa cemburu jika aku mendengar topik mengenai ibu. Sama ada aku membacanya di koran, atau mendengarkannya di telivisi atau mendengarkannya melalaui perbualan rakan-rakan. Aku kira aku ngak mampu untuk turut serta dalam persoalan itu.
hurm..pagi ini aku rasa aku udah menulis sebahagian dari kesedihan hidup aku, sebahagian dari kekesalan aku. Apa yang aku ingin tegaskan, untuk mereka yang masih mempunyai ibu, kalian adalah manusia yang paling beruntung di dunia. Redha Allah terletak kepada redha ibu. Lantas, apa saja yang kalian perbuat, pastikan ianya berkaitan langsung atau secara ngak langsung dengan ibu kalian. Jangan pernah sekali-kali cuba untuk membelakangi ibu kalian biar untuk apa pun alasan Jangan lukai hati mereka. Jangan.
rasanya aku sampai sini aja dulu. Kerna aku mau menangis. Sampai ketemu lagi.
Thursday, May 03, 2007
Pelaburan Hitam
SINOPSIS
Novel thriller bisnes ini mengisahkan Andre Ilhan, seorang akauntan yang berpengalaman dalam bidang pengurusan kewangan dan pelaburan. Dia ingin membuktikan kepakarannya kepada ketua pegawai eksekutifnya, Dato’ Kadir Abdul Karim yang dianggap sebagai mentornya.Meskipun begitu, semakin lama dia bertugas sebagai ketua pegawai pelaburan di HA Invest Berhad iaitu sebuah firma pembrokeran saham, semakin banyak dia terdedah kepada tipu helah syarikatnya. Perlukah dia sembunyikan perkara ini ataupun wajarkah dia laporkan sahaja kepada pihak berkuasa? Ketahui kisah selanjutnya dalam... Pelaburan Hitam.
ULASAN SAYA (NOTA: ULASAN YANG DINGIN :-p)
Perasaan itu jugalah yang timbul apabila saya membaca novel 'Pelaburan Hitam' ini. Jiwa dan otak saya sentiasa 'mengejar' plot-plotnya yang bijak menipu emosi saya.
Namun biar pun emosi saya 'ditipu' dengan plot yang penuh muslihat tetapi otak saya dihidangkan dengan fakta-fakta benar yang terjadi dalam dunia kewangan.
Bagi saya novel ini novel yang bijak dari segi pengisian fakta-faktanya. Tetapi kita perlu bersabar bagi mendapatkan fakta-fakta tersebut kerana novel ini bergerak agak perlahan.
Mungkin ulasan pendak saya ini terlalu teknikal dan kurang sasteranya. Maaf, kerana saya agak terikut-ikut dengan cara novel ini dipersembahkan.
Bagi mengalami dan memahami perasan saya. Saya syorkan novel ini sebagai hadiah untuk otak anda. Pasti berbaloi. (nota: dapatkan di kedai buku terpilih atau di sini PTS)
Wednesday, May 02, 2007
aku serahkan pada MU
kerna aku tidak mampu menguruskannya...
dan
jangan serahkan diriku aku kepada orang lain,
kerna mereka akan mencuaikannya."
Monday, April 30, 2007
tidak berarti bodoh
Para penghidap disleksia akan menghadapi masalah untuk membaca dan mengenal huruf. Ia menggangu kemampuan otak kiri dan belakang untuk mengenal objek. Di antar ciri popular penghidap disleksia ialah kesukaran membedakan hurug 'b' dan huruf 'd' atau huruf 'p' dan huruf 'q'.
Akibat disleksia juga menyebabkan gangguan kemampuan mendengar, membaca angka, kemampuan mengingati ilmu hisab. Tapi harus diingat disleksia bukan penyakit mental. Kerana para penghidapnya masih punyai kepintaran yang normal. Malah terkadang kepintaran tahap genius seperti sir isaac newton dan albert einsten.
Cuma masalah kebanyakkan kita ini mudah untuk melebelkan mereka yang menghidap disleksia ini bodoh, dungu dan pelbagai gelaran. Mereka tidak bodoh cuma aja, mereka dipilih oleh tuhan untuk menerima ujian ini.
Disleksia ini bisa disembuh tapi seperti penyakit lain, perlu kesabaran dan kekuatan dari keluarga dan penghidapnya. Aku kira aku juga penghidap disleksia..sigh
Saturday, April 28, 2007
tidak duduk di sebelah perempuan cantik.
Mimik mukanya juga seperti Nordian Ahmad dalam Laila Majnum. Seolahnya menyimpan satu tanggungan yang berat. Mungkin memikir duit yang ngak cukup untuk dikirim pada keluarga. Mungkin juga mikir tentang laparnya, tentang gajinya yang nagk dibayar atau juga mikir kenapa aku merenung dia.
Atau dia juga mikir seperti aku, mungkin mikir rupa aku mirip dengan seorang pelakon veteran pujaan dia dan mikir kenapa wajah aku nampak berat. Mikir mungkin aku punyai masalah uang, masalah keluarga dan apa-apa aja.
Konklusinya, aku dan lelaki itu sama aja, mengisi masa terluang di LRT untuk berfikir setelah terpaksa berdiri kerna tidak mempunyai tempat duduk. Lalu, akhir dari cerita ini, kita mansuia ini akan membuang masa untuk berfikir masalah orang lain sedang masalah sendiri ngak setel. Hehehe.
Thursday, April 26, 2007
pilihan itu indah :-)
Itu untungnya hidup zaman sekaang punyai banyak ilihan. Hatta waktu lapar sekalaipun. Itu belum lagi pilihan waktu mau membeli makanan. Aduh, laparku menjadi-jadi. (ternyata aku udah membuat pilihan aku. hehhee.)
Biar apa pun pilihan aku pasti ia akan menyelesaikan masalah lapar aku. Cuma terkadang biarpun pilihan kita banyak tapi pilihan itu tidak akan menyelesaikan masalah. Contohnya pilihanraya. Siapa pun yang akan kita undi, pasti ia bukan penyelesaian total bagi masalah 'lapar' rakyat. Namun setidak-tidaknya kita masih punyai pilihan untuk mengurangkan rasa 'lapar' itu. Jadi pilih yang tepat. :-)
Wednesday, April 25, 2007
Tuesday, April 24, 2007
malam ini aku terkenang.
Aku juga ingin ketemu dia kerna aku pula yang mahu mengigit belakang tubuhnya. (sekali lagi jangan percaya, aku tipu.) Aku mahu ketemu bukan mahu bertanyakan apa yang ada di Madinah, apa yang dia akan perbuat. Mengapa dia tidak bernikah aja dengan gadis Arab. Aku tidak mahu bertanyakan itu.
Aku hanya mahu bertanya, dia bagaimana sekarang. Itu yang aku ingin tahu dan itu tidak terhad pada dia sahaja. malah kepada semua teman-teman aku ketika sekolah. Entah kenapa. malam ini aku jadi rindu pada teman-teman aku.
Mungkin kerana sibuknya aku dengan dunia ini membuat aku terlupa bahawa masa lalu aku mencipta kenangan yang indah bersama teman-teman aku. Biar siapa mereka sekarang. Aku ingin ucapkan terima kasih atas kenangan yang tercipta itu dan maaf atas segala kenakalan aku. Aku benar-benar rindu. :-)
Monday, April 23, 2007
cinta itu terlalu mudah dimengertikan.
Cinta juga mudah dimengertikan kepergiannya. Ia memberi rasa pahit dijiwa. Mencipta tangis dimata merah. Itu juga cinta.
Namun, cinta itu tidak akan bisa dimengertikan apabila ianya tidak hadir. Kita leka untuk mencari cinta. Mengkaji bentuknya, bertanya rasanya dan mengintai manisnya.
Apabila cinta itu sudah didapat pula, ia juga tidak akan dimengertikan keujudannya. Kita leka untuk membiar cinta itu membentuk hidup kita. Padahal cinta adalah jasad baru di dalam hati kita. Tidak tahu apa pun tentang cita-cita dan sikap kita. Kita membiar cinta itu hanyut dan kita mengikutnya sama hanyut hanya kerana kita tidak mengerti kenapa cinta itu harus wujud.
Untuk itu, apabila cinta itu pergi, baru kita bisa mengerti apa itu cinta, sama ketika apabila ia hadir. Cinta hanya untuk dimengerti pada dua waktu itu. Apabila ia hadir dan apabila ia pergi. Itu cinta. Ia terlalu mudah dimengertikan. :-)
Sunday, April 22, 2007
mencari sabar di dalam doa.
Sabar juga bisa hidup di dalam cinta, benci, dendam dan marah. Itu kita akur bahawa semua perkara dalam dunia ini bisa diletakkan sabar di dalamnya. Cuma aku sering terlupa untuk meletakkan sabar di dalam doa-doa aku.
Berdoa semoga sabar dalam ujian-Nya, sabar dalam mencari redha-Nya, sabar dalam mengerjakan suruhan-Nya, sabar dalam menghindari larangan-Nya. Sabar dalam mengerjakan urusan harian ku. Itu adalah tentang tidak sabarnya aku dalam berdoa.
Aku kira, meletakkan sabar dalam doa aku pasti menjadikan aku lebih sabar dan tidak akan lagi mempersoalkan kepada tuhan "mengapa?" "kenapa?" "bagaimana?". Persoalan yang cukup halus di hati sehingga terkadang aku tidak sedar bertanyakan itu lantaran tiada kesabaran tadi. Itu membuatkan jalan hidup ini lebih sukar. hurm. Semoga aku semakin sabar.
Saturday, April 21, 2007
catatan untuk perempuan 11
"Apa benar si lelaki itu memaksudkan aku ini benar2 cantik?"
Firman (bukan nama sebenar) menjawab, "Itu terpulang kepada si lelaki kerna kecantikkan itu umpama melihat awan. Terkadang awan yang kita lihat itu cantik bentuknya tapi ada yang tidak berfikir begitu dan terkadang awan itu jelek coraknya tapi lagi ada juga teman kita mikir itu adalah bentuk awan yang terindah."
"Jika begitu, si lelaki yang memuji aku itu benar2 maksudkan aku cantik?" tanya Aisya tidak puas hati.
Firman berpaling melihat Aisya dan menjawab "Apa pun pujian lelaki padamu, bersangka baik aja dulu. Itu semua kurnia tuhan."
"Tetapi bagaimana saya tahu jika pujian itu benar atau tidak?" Aisya terlihat terlalu rungsing dengan hal itu.
"Pujian lelaki kepada perempuan tidak ada siapa yang tahu benarnya. Itu antara mereka dengan tuhan. Cuma jika si lelaki memuji kamu secara 'nakal', mengatakan kamu seksi, itu seksi dan segala macam seksi. Itu adalah pujian yang benar dan harus kamu hati-hati," jawab Firman tenang sambil tersenyum.
"Maksud kamu lelaki hanya akan benar2 jujur memuji apabila menyentuh tentang keghairahan mereka pada tubuh wanita?"
Firman tidak menjawab soalan itu dan hanya merenung tajam pada tubuh Aisya yang berpakaian melekat ditubuh.
Jadi perempuan, hati2 bila pujian lelaki itu menyentuh tenatang 'keseksian' kalian . Mereka tidak pernah menipu tentang itu. :-)
Friday, April 20, 2007
proses-proses mendapatkan cinta.
Jika ibu bapa Yin itu mengambil jalan mudah untuk menanti dan tidak mencari, pasti Yin udah pandai berbahasa Myanmar (barangkali).
Cinta juga begitu. Ramai memikirkan mencari itu lebih sukar. Jadi baik menanti. Serahkan urusan itu kepada tuhan. Tidak terfikir barangkali, senarai menunggu itu cukup panjang. Tetapi jika tuhan bermurah hati dan bersimpati kepada kita, mungkin kita akan diberi laluan express.
Akan ada yang berkata: Jika begitu, kita menanti aja giliran kita ataupun nasib baik boleh terus ke laluan express. Ia terserah kerana apa cara pun selagi ia masih dalam lingkungan yang benar untuk mencapai matlamat yang benar, ia harus.
Cuma lagi, aku masih berfikir berkenaan nikmat proses itu. Adakah nikmat ketika mencari itu lebih atau nikmat ketika menunggu itu yang lebih. Bagaimana pula dengan kata 'menghargai'. Dicari lebih rasa dihargai atau ditunggu itu lebih berasa dihargai. Entah. Terlihat sama. Tapi untuk diri aku, apapun prosesnya pastikan ia sesuai dengan jiwa kita. Yang penting dalam mencari dan menanti adalah sabar. Teruskan bersabar, tuhan akan lebih simpati. :-)
Thursday, April 19, 2007
Cinta si Daeng.
Daeng hanya diberi apabila umur sudah sampai ke satu peringkat dewasa lingkungan 30-40. Ketika masih remaja dan dewasa awal gelarannya ialah Bachok untuk lelaki dan Beshek untuk perempuan.
Daeng juga punyai syarat lain. Iaitu si ayah dan si ibu harus sama-sama punya gelaran Daeng. Maknanya mereka MESTI bangsa Bugis. Maka jika si ayah yang punya gelaran daeng bernikah dengan si ibu yang tidak punya gelaran Daeng. Si anak tidak bisa mewarisi gelaran itu.
Ini menjadi konflik untuk kebanyakkan Daeng di Malaysia ketika 60-an ingga akhir 80-an. Cinta mereka biasanya di penuhi ranjau. Sedangkan untuk menikahi bangsa Bugis yang tidak punyai gelaran daeng ditentang habis-habisan apatah lagi untuk menikahi bangsa lain. Dalam hal ini ada yang berjaya dengan cintanya ada yang kekal untuk ber daeng.
Namun pada waktu ini, gelaran Daeng biasa aja. Tidak lagi perlu Bachok atau Beshek kerana sukar menukar nama di dalam Mykad. Terusan aja daeng biar berbahasa Bugis itu langsung tidak tahu. Apatah lagi mahu membaca Lontaraknya (tulisan Bugis). Tapi setidak-tidaknya ia masih ujud dan paling penting bisa bercinta dengan semahunya.
Wednesday, April 18, 2007
jangan cinta begini hadir.
Untuk hal yang pertama. Cinta yang hadir tatkala kita udah dalam keadaan stabil. Udah memenuhi impian diri dan keluarga tetapi kita jatuh hati pada manusia yang tidak sepatutnya kta cintai. Mungkin dia kekasih orang, mungkn dia itu buaya, mungkin dia itu hanya mengambil kesempatan.
Hal yang kedua pula. Cinta yang hadir pada manusia yang tepat untuk dicintai. Dia menyayangi kita dan mencintai kita sepenuh hatinya. tapi cinta itu hadir pada waku yang salah. Mungkin pada waktu kita masih sibuk mengejar cita-cita atau ketika hati masih luka dengan peristiwa cinta duka semalam.
Bagi kedua-dua hal itu, kesannya pada hati akan berbeda-beda. Jika kita mencintai orang yang salah pada wakt yang tepat. Kita akan terluka dan jatuh. Jika cinta itu hadir paa orang yang tepat tapi waktu yang salah. Maka kita akan menyesal kerna membiarkan cinta itu pergi.
Bagi aku, aku lebih rela untuk terluka dari menanggung rasa sesal itu. Kerana rasa sesal akan ujud dalam tempoh yang lama manakala luka pula masih bisa dirawat. :-)
Tuesday, April 17, 2007
Pagi yang beremosi....
"Akak balik kampung," jawab perempuan itu sambil tersenyum. Aku memerhati aja. Kemudian teman aku bertanya.
"Akak cuti bersalin kan?" Teman aku begitu ceria waktu dia bertanya. Wanita itu hanya tersenyum dan mengangguk.
"Anak lelaki ke perempuan?" tanya teman aku lagi. Mungkin dia mahu berkongsi berita gembira itu. Aku pula hanya memerhati dan diam. Hati aku ada juga soalan untuk wanita itu. mahu bertanya nama anaknya. Kemudian aku senyum dan terfikir mahu membuat lucu. Aku tidakmahubertanya tapi aku mahu meneka. "Nama anak akak siti nurhaliza ke, ke akak letak nama anak akak dekna." Begitu dialog yang aku rangka dalam hati aku. Aku masih tersenyum. Belum sempat aku menuturkan dialog itu. Wanita itu berkata.
"Tapi anak akak itu dah meninggal." Wanita itu masih tersenyum dan masih menunggu kami memesan minuman. Aku terus terdiam. Membatu.
"Inalillahwainailahirajiun..." Hanya itu tuturku. Perasaan aku bercampur-campur. Aku merasa aku bernasib baik atau aku malang. entah. Hasilnya perasaan yang bercampur-baur itu aku jelmakan dengan menghirup teh ais dengan perlahan-lahan....
Friday, April 13, 2007
andaian-andaian dari sisi gelap
Dalam hal sebegini perkara yang biasanya aku perbuat ialah membiar andaian-andaian itu menikam hati aku dari depan dan belakang kiri dan kanan. Biar hati aku merah dengan darah yang sepatutnya tidak mengalir.
Ini kerana aku percaya saat berlakunya andaian-andaian gelap terhadap diri aku, adalah saatnya meninggalkan pembuat andaian itu sendiri menanggung andaiannya sendiri. Tanpa perlu aku turut serta bersorak meramaikannya.
Mungkin ini bukan yang terbaik, tapi setidak-tidaknya ia membuktikan aku bisa meneruskan hidup dengan andaian-andaian yang berada di sisi gelap. Hingga satu saat. Andaian itu sendiri akan berubah. Sama ada ia jadi putih atau ia mati terus.
Monday, April 02, 2007
cinta semut
Sehingga aku merasakan ada sesuatu yang berlainan rasanya dari rasa sambal nasi lemak itu, aku pun terus mikir. Rasa ini rasa yang uah belasan tahun aku tidak rasa, tapi aku masih bisa ingat rasa ini Rasa itu berpadu dengan hujung lidah, menyerap kemudian hilang kemudian datang lagi. Rasanya hanya punyai titik kecil tapi ia memberi penyudah yang cukup merimaskan kunyahan aku. Selepas beberapa kunyahan aku aku berhenti dan berkata di dalam hati, "ini semut."
Tapi aku terus aja mengunyah kerana aku malas untuk meluah kembali apa yang udah hancur. Rugi. Lagi pula aku bukan pelajar lagi, daya ingatan yang kukuh untuk peperiksaan udah ngak perlu. hehehe.
Namun, rasa semut itu memberi aku signal untuk melihat sebentar rasa cinta ketika aku anak-anak. Pada umur 6-7 tahun. Cinta yang sulit untuk diluah , kerana masing masih bersih dari sebarang bulu. hehehe. rasa cinta waktu itu kecil tapi cukup fokus. Rasa yang tidak pahit, tidak manis tapi rasa cuka yang cukup menjengkelkan, kerana waktu itu, anak-anak perempuan adalah musuh yang harus dikejar dan dibuli tetapi mengapa pula aku jatuh hati pada musuh. Jengkel sekali cinta itu, cinta yang umpamanya menelan semut.
Lupa memberitahu, aku menelan 2 ekor semut. Itu congak aja, kerna aku anya merasa, tidak melihat. Jadi esok aku fiir aku akan terlupa apa yang aku tulis ini...hehehe
Sunday, April 01, 2007
harga sebuah nasihat
Sahabat biasanya penuh dengan pesanan, penuh dengan nasihat. Lalu untuk apa keadaan pun pasti nasihat apaupun pesanan itu kita ambil berat. Kerana pesanan itu untuk kita. Biar ada waktunya kita tidak mampu untuk memenuhi segala matlamat nasihat itu, memenuhi tuntutan pesanan baik tadi, tetapi pasti ada niat juga ada ketikanya kita akan menurut juga.
Jika hati dan perbuatan kita itu terus menolak nasihat tadi, apa masih mampu kita mengaku sebagai sahabat sejati? Biar waktu susah dia kita tolong, senangnya kita sama2 tertawa tapi di sebalik itu, kita tidak langsung menghargai dia, menghargai pesanan. Aku kira itu belum mencapai taraf sahabat hana kawan-kawan yang bisa di temuai di jalanan. Seperti biasanya aku temuai manusia yang mahu menolong aku ketika motosikal aku kehabisan petrol. :-)
Friday, March 30, 2007
antara ninja dan samurai.
Atas sebab itu para daimyo ketika zaman sengoku di Jepun tidak mengunakan samurai bagi misi-misi kotor mereka. Kerana samurai tidak akan membuat perkara yang melanggar hukum bushido.Alternatifnya, ninja di latih dan ditugaskan untuk misi-misi yang disekat oleh hukum Bushido. Seperti membunuh musuh yang tidak bersenjata. Skil para ninja juga dipertingkatkan malah kegiatan ninja ini cukup digeruni termasuklah para samurai.
Itu dulu, sekarang ketika semuanya hampir menjadi sejarah, perkara yang ama terjadi. Pihak polis dan tentera tidak boleh melakukan sesuatu dengan sewenang-wenangnya. Kerana merea terikat dengan peraturan. Mungkin atas sebab itu ditubuhkan Unit Khas yang oleh melakukan semua perkara yang dilarang. Dengan bertopeng seperti ninja.
Mereka punyai reputasi seperti ninja kerana kita tahu ia wujud tapi sukar untuk dibuktikan. Namun, malangnya ada dikalangan anggota polis dan tentera tidak pula memiliki reputasi samurai yang patuh dengan bushido, malah cuba pula menjadi ninja. Jadi berhati-hati bila ketemu samurai yang tidak terikat lagi dengan bushido. hehhe
Tuesday, March 27, 2007
cinta itu kecil
Cinta juga begitu. Ia hadir dalam bentuk yang kecil tapi mempunyai makna yang besar. pi kerana ia kecil, kita sering mencicirkan cinta itu. Dan apabila ia sudah hilang, kita akan kesal untuk tempoh waktu yang lama. :-)
Thursday, March 22, 2007
lidah
Wednesday, March 07, 2007
cerita cinta (bab 2 : cinta perempuan)
"aku bisa menakluki dunia dengan sebelah tanganku , asalkan tanganku yang satu lagi, kamu tidak lepaskan"
Tasha meletakkan kembali kad itu ketempatnya. Sudah setengah jam dia begitu. Tersenyum di celah-celah rak kad dan buku. Dala waktu itu juga seorang pembantu kedai buku sering menjeling ke arah Tasha. Mungkin dia sudah bosan menunggu pembelian dari Tasha atau juga sekadar ingin menikmati keayuan wajah Tasha., kemanisan senyumannya.
Dalam tersenyum Tasha teringat perbualannya kelmarin dengan Ayu, teman karibnya.
"Boleh minta tolong dari awak?" rayu Tasha manja.
"Tolong yang bagaimana boleh saya beri". Tanya Ayu sambil menyentap selimutnya naik keatas tubunya yang berbaring selesa di atas katil. Tasha yang berada di meja tulis di hadapan katil Ayu segera berpaling ke arahnya. Sambil tersenyum menampakkan giginya yang seperti mutiara, dia berkata,
"Esok saya sebenarnya ada temujanji dengan Adi di komplek Indera. Adi meminta saya membantu dia memilihkan hadiah harijadi untuk kembar perempuannya."
"Jadi, apa yang boleh saya bantu?" potong Ayu.
"Awak tolong temankan dia, kerana saya juga hendak pergi membelikan hadiah dan kad untuk dia, saya mahu dia terperanjat besar". Kata Tasha sambil meneruskan kerjanaya di atas meja.
"Saya, temankan Adi untuk memilih hadiah untuk kembar perempuannya?, kenapa tidak awaka sahaja". Ayu sambil mengereng ke arah Tasha, sambil dia membantah.
"Saya terlupa untuk membelikan Adi hadiah, kerena sibuk dengan aktiviti persatuan dan kertas projek, harap awak dapat membantu saya. saya terlalu cintakan dia dan mahu membuat dia merasa istimewa di hari lahirnya". Tasha masih merayu sambil berjalan kearah ayu. Dengan cepat tapi perlahan dia melabuhkan punggungnya di katil Ayu sambil merenung Ayu.
"Baiklah saya tolong tapi tolong jangan pandang saya begitu, saya serba salah". Giliran Ayu pula yang merayu.
"Maaf , tumpang lalu". kata seorang gadis kepada Tasha ketika melalui celah-celah sempit rak-rak kada dan buku tersebut. Permintaan yang sopan itu menyedarkan Tasha bahawa dia sudah lama membelek-belek kad tanpa hasil.
Segera dia mengambil kad berwarna biru yang lama di belek-beleknya tadi dan dia kembali mengulang baca kad pilihannya. Jelas terlihat senyuman Ayu yang bertambah seri bila hatinya membaca kad itu yang tertulis kata-kata:
"jangan biarkan kata-kata ini hanya menyentuh pandangamu, tapi gerakkan ia ke dadamu, tanamkan ia dihatimu, sepertimana aku menanamkan namamu di hatiku, aku cinta kamu".
Cuma perlu ditambah ucapan selamat hari lahir sahaja lagi untuk menjadikan ia sempurna. Segera Ayu ke kaunter pembayaran membawa kad yang mentafsirkan hatinya, hatinya yang penuh cinta.
Tuesday, March 06, 2007
wajah ini terasa berbahang
Namun keadaan sekarang hanya panas, tiada hujan. Hujan yang menjadi faktor untuk pelangi terbentuk.
Panas yang menyebabkan aku sentiasa aja mengeluarkan RM2 untuk membeli kelapa segar di tepi jalan. Aku kira El nino udah bermula, itu alasan saintifik yang tidak menyinggung hati aku. Mungkin aku harus melihat panas ini sebagai ujian tuhan kepada hambanya. Itu alasan yang bisa menghilangkan bahang dimuka aku.
Mungkin juga panas ini adalah untuk kifarah dosa-dosa aku, alasan yang bisa memutar kembali kenangan dosa-dosa lalu. Pedih. Atau kerna bumi ini udah terlalu banyak dosa-dosa yang tercipat. Bisa juga panas ini adalah rahmat kepada dunia.
Apa pun alasan, pasti setiap alasan itu benar kepada setiap manusia , aku tidak terkecuali. Cuma aku harus detail, atas alasan apa aku merasakan panas kali ini terlalu perit. rahmat? ujian? penebusan dosa? el nino? yang pasti ini semua dari tuhan. Aku harus ingat itu aja dulu.
Monday, March 05, 2007
cerita cinta (bab 1 : cinta lelaki)
Adi diam.
"Aku tanya kenapa kamu tidak teruskan?" tekan Ayu lagi dan masih membetulkan tudungnya.
Adi masih diam, namun kali ini tersenyum pahit. Sepahit kopi tidak bergula yang dihirupanya semalam kerana terlupa memberikan gula. Dengan perlahan, Adi mengangkat mukanya memandang kearah jalan raya, tangannya diletakkan di atas meja.
"Aku merasa sudah tidak mampu lagi". Ayat terakhir dari mulut Adi berserta dengan satu keluhan.
"Apa yang kamu tidak mampu?" tanya Ayu sedikit terkejut hingga kedua-dua tangannya kaku di kepalanya berhenti dari membetulkan tudungnya. tapi hanya seketika, selepas itu tangannnya kembali ligat membetulkan tudungnya.
Adi menjeling Ayu sambil menegrutkan dahinya, Ayu membalas jelingan itu. Seolahnya Ayu mengerti betapa hairannya Adi melihat dia masih membetulkan tudungnya.
"Aku tidak mampu untuk mencintainya lagi." Kali ini Adi tidak lagi hanya menjeling, dia duduk soapan di hadapan Ayu sambil merenung Ayu. Sekali sekala, pakcik di sebelah meja mencuri pandang kepada mereka. Mungkin bertanya, apa hubungan mereka berdua. Atau juga bertanya kenapa memilih kedai makan ditepi jalan yang sempit ini untuk berbicara.
Ayu berhenti dari membetulkan tudungnya. Tangan kanannya meramas tangan kirinya. Seolah menyuruh tangannnya itu bersabar dulu dari membetulkan tudung, kerana harus fokus dengan perkara yang terlalu berat di dengarinya tadi.
"Tapi kenapa? Kamu sudah ketemu orang tuanya, kamu sudah menjanjikannya bahagia dan yang paling penting, dia sahabat baik aku", kata Ayu laju. Kemudian setelah meneguk air liurnya, Ayu menyambung "Apa masalah kamu? Setiap masalah ada peneyelesaiannya dan perpisahan bukan penyelesaiannya". Mata Ayu kelihatan bulat, mungkin terlalu bersemangat untuk mempertahankan cinta temannya.
"Aku hanya memikirkan bahawa aku tidak akan mampu berlaku adil dengan dia...," kata Adi sambil merapatkan kedua-dua tapak tangannya kemuka.
"Adil?" Ayu mengeraskan suaranya.
"Kerana, aku sudah sudah jatuh cinta lagi". Jawab adi dengan perlahan.
"Dengan siapa?" tanya Ayu, dadanya semakin berombak kecewa. Kecewa memikirkan betapa lukanya hati temannya nanti.
"Kamu...."
Ayu bungkam.
..lembut..
menyapa kebibir,
memaksa aku tersenyum,
lembut hati itu,
menyapa kejiwa,
memaksa aku jatuh hati.
Friday, March 02, 2007
besarnya kuasa tuhan
Sedangkan pada setiap waktu itu adalah lambang besarnya kuasa tuhan. Tidak memilih ketika tenangnya pantai, atau ketika tibanya tsunami. Kuasa tuhan itu tetap disitu. Lalu kenapa aku dan kita semua ini sering ternganga mulut lantas spontan berkata "..besarnya kuasa tuhan..." bila melihat sesuatu yang malang. Contohnya ketika waktu tsunami, ketika waktu banjir.
Apa waktu yang tenang kuasa tuhan ngak kita lihat? Misalnya waktu ini, angin bertiup lembut, malam terlihat cerah biar tanpa bulan. tenang dan menyenangkan. Kenapa sering terlupa untuk kita berkata "... besarnya kuasa tuhan..."
Apa kita ngak bersyukur? ngak berilmu? terlupa? terleka? terlalu yakin dengan amal kita? atau hati kita udah terlalu hitam dengan nikamtnya dunia?
Thursday, March 01, 2007
... jika sang permaisuri membaca bisikan syaitan
Aduh, aku kira itu kesilapan terbesar aku. Menuliskan sesuatu yang dibisikan oleh syaitan. Tulisan yang penuh berahi, penuh telangjang. Malah, aku juga silap kerna tidak pernah menukilkan sesuatu yang indah berkenaan sang permaisuri hatiku. Tiada cerita tentang dia. Silap.
Lalu, aku ingin memberitahu jujur, tulisan-tulisan aku yang terdahulu dipenuhi imaginasi yang diduduki syaitan. Tidak pernah memberitahu secara jujur tentang kehidupan dan keadaan yang sebetulnya. Hanya ingin bermain-main dengan emosi sepi, bermain-main dengan nafsu berahi.
Aku pohon maaf, jika sang permasuri membaca tulisan terdahulu hingga hilang tersentak hatinya. Usah sang permaisuri khuatir, kerna cintaku padamu itu teguh hingga aku tidak sanggup menukilkannya kedalam bloh nakal dan dingin ini, biarpun ia aku kira sesuatu yang indah.
Mujur blog ini tetap rahsia untuk sang permasuri. HEhehe....... ;-)
Saturday, February 03, 2007
cinta itu kebersamaan bisu
Ketika teh ais aku masih dalam bayangan kepala si tukang oder, datang seorang pakcik, duduk di meja sebelah. Bertentangan dengan aku. Mungkin dia seperi aku juga. tidak punyai apa-apa tujuan selain untuk menghilang haus.
Matanya meliar, sama seperti mata , tidak berbicara. tidak juga saling berbalas pandang. Tapi perbuatan yang seolahanya serupa iu menghasilkan rasa harmonis. Umpama harmonisnya kumpulan acapella.
lalu dalam keadaan harmonis itu, aku berkira-kira mahu melontar seyuman kepada pakcik itu. namun, senyuman iu berubah menjadi tegukan air teh ais yang rakus. Aku merasa senyuman hanya akan merosakkan keadaan harmonis yang aku rasa, mungkin juga yang pakcik itu rasa.
Kerna senyuman berfungsi untuk memberi perasaan tenang, juga untuk menjadi penyambung kepada 2 jiwa.
Tapi untuk waktu ini, aku dan pakcik itu udah merasa cukup tenang dan malah, aku merasakan jiwa aku cukup dekat dengan jiwa pakcik itu. Dengan senyuman akan melontarkan persoalan kepada jiwa kami berdua, kenapa aku perlu tersenyum ? dan pakcik itu pasti bertanya kenapa aku memberi senyum pada dia. Ini menimbulkan satu pertentangan dengan rasa harmonis yang mula-mula kami berdua nikmati.
Aku merasakan hal cukup dekat dengan perkara di atas ialah cinta. terkadang cinta itu hanyalah satu yang mudah. Tidak perlu banyak bicara, tidak perlu banyak ungkapan dan tidak perlu banyak pembuktian. Cukup ia memberikan rasa harmonis dan manis kepada pasangan masing-masing. Kerana cinta itu awalnya persamaan dan akhirnya juga harus berakhir dengan persamaan. jika cinta itu akhirnya perbedaan, itu adalah akhir sesuatu hubungan.
Perbedaan banyaknya lahir dari perbualan, banyaknya lahir dari ungkapan dan banyaknya lahir dari pembuktian-pembuktian yang tidak perlu. Cinta juga adalah persamaan yang melahirkan pelaksanaan. Cinta bukan mencari perbedaan yang melahirkan penantian untuk membetulkan perbedaan tersebut. Perkara itu hanya melahirkan kemusnahan perasaan dan kebahgian yang palsu.
Itu yang aku fikir. Dan usai aku berfikir, teh ais aku juga habis hilang dari gelas plastik. Pakcik sebelah juga selesai dengan teh tariknya. aku menuju ke motosikal aku, dan anehnya, pakcik itu juga memakir motosikalnya di sebelah motor aku. Ini memang persamaan yang cukup harmonis. Kerna bila untuk pertama kalinya kami berpadangan, tiada senyuman, tiada sapaan, hanya ucapan bisu, mungkin berbunyi, "terima kasih kerna menemankan minum petangku".
Itu hanya jangkaan aku. Seperti juga cinta, ia harus berakhir seperti itu. Berakhir dengan ucapan bisu yang penuh bermakna. Meninggalkan memori berkenaan kebersamaan yang harmonis dan penuh kemanisan.
Wednesday, January 31, 2007
Monday, January 29, 2007
kisah seorang teman
Aku merasa sedikit hairan bagaimana hidup dia terbentuk tanpa sikap pentingkan diri. Malah komputer yang aku guna menaip ini juga kepunyaan dia. hehehe.
Dia punyai adik beradik yang ramai dari keluaraga yang tidak kaya. Dan dia anak sulung. Mungkin atas itu dia udah terbiasa untuk berkorban , juga udah terbiasa untuk membuat sesuatu pekerjaan kebaikkan tanpa balasan. Kerna dia sering berbuat begitu untuk adik-adiknya.
Aku kagumi perkara itu. Dia tidak menuduh tapi bertanya. Dia tidak berandaian, tapi dia cuba memahami. Malah dia memahami diri aku dengan baik. Dia memahami aku ini seorang yang nakal , memahami aku ini pentingkan diri , memahami aku ini bersifat gelap.
Namun, dia tidak mencadangkan supaya aku mengubah kelakuan aku mengikut kelakuan dia. Dia hanya memberi cadangan. Yang utama, dia tidak MENJATUHKAN HUKUM. Dia tidak juga mengatakan apa yang dibuatnya itu adalah yang terbaik.
Dia sedar kelemahan dia, dia tidak kisah jika aku menegur juga tidak pernah menngatakan tidak untuk apa nasihat aku.
Aku aneh, apa yang dia perbuat itu sepertinya terlalu sukar bagi aku. Namun aku harus aku akui, dia mendapat kelakuan terpuji itu melalaui pengalaman juga usaha.Tidak melaluai ego juga tidak melalaui andaian..
ok, sampai di sini dulu kerna...
Aku harus berbual dengan dia
Tuesday, January 23, 2007
catatan untuk perempuan 10
Namun, harus diingat oleh si perempuan bahawa untuk kebanyakkan lelaki, perkara yang paling sukar, adalah untuk mengingati tarikh-tarkh ulang tahun. Hatta, untuk mengingati hari lahir dia sendiri ngak bisa. Terkadang juga kerna mereka itu (sang lelaki) bukan lupa, cuma faktor keadaan (kerja, sakit) yang membataskan mereka untuk menjadi yang pertama untuk mengucapkan selamat ulang tahun.
Jadi, perempuan yang punyai kekasih, yang tidak melafazkan ucap selamat atas tarikh ulang tahun (apapun). Jangan cepat menuduh bahawa sang lelaki itu tidak peduli sama kamu. Tidak sayang sama kamu. Hanya kerna kamu udah berbuat yang terbaik pada setiap ulang tahun kelahiran mereka. Berlapang dada dan beri peluang. Itu aja yang lelaki butuhkan.
Thursday, January 18, 2007
menunggu akhirat di belakang dunia
Dan ketika itu aku ketemukan jawabannya, aku punayi istrehat yang memmadai, zat yang mencukupi. Cuma aja, au letih kerna otak aku tidak pernah berhenti untuk berfikir. Berfikir bagaimana untuk mengejar dunia.
Mungkin aku harus berhenti dari berfikir dan membiar aja dunia yang mengejar aku. Cuma tinggal persoalan bagaimana aku harus mengajak apa yang aku kejar, berhenti, kemudian menoleh dan mengejar aku?
Ini bukan perkara mudah. Malah penjenayah yang sedang dikejar tidak akan berhenti dan kembali mengejar biar pun sang polisi itu menawar uang 10 milyar.
Lalu sebetulnya dunia itu hanya ntuk membuat kita letih. Dunia akan lari jauh dari kita. Tidak bisa dikejra juga tidak akan datang kepada kita. Hnaya yang pasi apa aja yang hadir pasti berpasangan. Jika dunia itu lari dari kita. Pasti ada pula yang mengejar kita dari belakang.
Kita tidak perlu terlalu bijak untuk mengtahuai hal yang mengejar kita itu. Itu adalah akhirat. Kita ini, apa jujur mengejar dunia, atau sebetulnya kita hanya mahu lari dari akhirat?
Apapun , kita punyai pilihan mahu letih mengejra dunia, atau mahu rehat menunggu akhirat tiba ?
Friday, January 12, 2007
berada di garis tengah
Ia hanya bisa dikesan melalui perlambangan bahasa percakapan juga bahasa perbuatan. Itu perlambangan yang biasa. dan udah menjadi satu kebiasaan untuk kita.
Namun kita terlupa bahawa sering kali perlambangan yang menjadi indikator perasaan itu juga bisa di bohongi. Contohnya, kita masih bisa tertawa biar perasaan kita bersedih. Masih bisa berbual mesra dengan musuh biar perasaan kita penuh benci.
Itu bukan masalah jika kita sedar bahawa perasaan kita yang sebetulnya. Tapi ia menjadi masalah bila kita mulai terkeliru dengan perasaan kita. Sama ada kita ini sebetulnya gembira atau bersedih? Kita berada di garis tengah dan apabila kita terlalu lama berada di garis tengah akhirnya kita mudah tertipu perasaan kita sendiri. Kerna yang ditengah-tengah itu adalah kawasannya nafsu.
Cinta sering begitu. Kita suka untuk berada di garis tengah atas alasan belum bersedia juga mahu cuba-cuba. lalu biar perbuatan kita seperti menunjukkan cinta kerna udah sampai 'bermain di ranjang' tapi sebenarnya kita tidak punyai cinta. Solusinya, kita bertanggungjawab dengan perbuatan kita dan menikah , biar itu bukan cinta.
Untuk itu, manusia seprti aku dan kalin harus jelas objektif. Berada di garis tengah itu sebtulnya elok. Tapi bila berlama-lama, maka ia kana bisa jadi sesuatu yang merosakkan. hati-hati bila berada di garsi tengah.
Saturday, December 30, 2006
coretan untuk awan
Terkadang ia hadir dengan seribu keindahan bentuk, namun terkadang ia hadir bersama petir dan guruh.
Aku akur, wanita biar pun dikatakan wajib di lindungi sang lelaki, terkadang sang wanita itu juga melindungi sang lelaki. Sepertinya awan yang memberi teduh kepada bumi tatkala mentari terik. terlihat juga seperti ibu yang melindungi anaknya, kakak kepada adik juga kekasih kepada kekasih.
Aku hanya ingin mengatakan, biar bagaimana pun bentuk awan yang hadir dan yang telah berlaludi atas langit aku. Aku ingin mengucapkan terima kasih atas kehadiran yang memberi aku keindahan, yang memberi aku ke nyamanan.
Aku juga ingin memohon maaf atas segala kekurangan aku, yang tidak mampu melukis awan menjadi indah, seindah lukisan pelangi di dada langit.
Jika kekurangan aku itu satu kelemahan. Aku juga akur. Jika kelemahan aku itu menyakitkan, maafkan aku sekali lagi. Hanya aku mahu pohon pengertian, yang tidak sedikit pun terbesit di hati ini untuk sengajanya pergi dari duduk di bawah awan. Kerna malam pasti tiba dan aku harus pulang.
Jika ada bulan, dan kamu masih mahu bermian di langit aku. Aku terima. Jika tidak, ketemu aja di mimpi atau hari esoknya. Selama aku masih hidup.
Friday, December 15, 2006
memanusiakan budaya
Budaya juga begitu, segala macam budaya di dunia ini berfungsi untuk melindungi kejelekan manusia. Cuma bagaimana manusia itu melaksanakan budaya itu berbeda. Untuk manusia Melayu, supaya terlihat sopan, maka budaya berkias-kias itu dijadikan sandaran. Bagi barat pula, suapay terlihat sopan santun, budaya berterus terang itu menjadi asas. Fungsinya tetap sama untuk melindungi kejelekan pada diri mereka yang masih punyai kesombongan dan kebongkakan. lalu budaya sopan santun itu di bina.
Persoalannya, untuk yang sering mengguna tandas cangkung, apabila samapai ke rumah yang mengguna tandas duduk, maka harus dia mengcangkung atau duduk? Jika dia mengcangkung pada tandas duduk itu, pasti di kata kurang ajar. Dan jika duduk di tandas cangkung pula, digelar bodoh.
Budaya juga begitu, jika Melayu ke barat dan masih terus berkias-kias, pasti Barat melihat itu ebagai satu kebodohan. Jika barat pula datan kedunia Melayu dengan budaya berterus terang mereka, dia nggap pula kurang ajar. Lalu fungsi budaya tadi berubah sebaliknya. Tidak lagi melindungi kejelekan, malah mempamirkan kejelakan itu sendiri.
Untuk itu, budaya hanyalah terhad untuk melindungi kejelakan sesuatu golongan kaum manusia itu. Tidak ada budaya yang sempurna. Lebih malang untuk mereka tidak menumpai budaya. Seperti mereka yang idak menmpai andas, lalu bisa aja membuang najis di semak juga di sungai. Kejelakan itu tersebar jelas dengan baunya , dengan hurungan langu hijau. Jelek.
Mujur, Islam itu hadir. Hadir bukan sebagai tandas yana bisa kita duduk, atau bisa kita mengcankung. Islam itu hadir sebagai panduan suapay kita bijak untuk menggunakan tandas. Jika duduk, harus duduk. jika mengcangkung, harus mengcangkung. Jika tidak ketemu andas, harus dilindungi najis yang wujud itu dengan tanah atau daunan.
Bermaksud juga Islam hadir supaya kita bisa menggunakan segala bentuk budaya itu dengan bijak tanpa perlu prejudis. Tanpa mengangkat mana-mana budaya sebagai yang paling bagus. Tapi mengangakat manusia itu lebh bagus dari budaya. Tanpa perlu terkongkong dengan segala macam budaya. Logiknya, Islam mengangkat kita manusia ini lebih bagus dari tandas tadi. Kerna manusia tidak harus terkongkong dengan budaya yang menjadikan mereka mundur. Seprti budaya malu-malu yang tidak bertempat yang menyababkan kita malas bertanya dan lebih kepada mengsyaki. Budaya mengintai pasangan berkhalwat juga di salah tafsir sebagai budaya yang bagus padahal ia adalah budaya membuka aib. Sedangkan Islam mewajibkan kita menjaga aib.
Jelas, Islam itu hadir bukan untuk membudayakan manusia, tapi Islam hadir untuk memanusiakan budaya. Kerna kita manusia ini, lebih elok dari budaya.
Monday, December 11, 2006
ini cinta 1
ia bersila di telinga aku,
ia berbaring di mata aku.
ini cinta,
yang bersila membacakan nama indahmu,
yang berbaring berselimutkan wajah cantikmu.
bersambung lagi ;-p
Monday, December 04, 2006
ini cinta
ia berlari di jemariku,
ia menari di bibirku,
ini cinta,
yang berlari menjadi madah puitis,
yang menari menjadi bicara romantis,
bersambung :-p