Tuesday, April 24, 2007

malam ini aku terkenang.

Ketika aku kecil aku masih ingat pergaduhan pertama aku. Belakang tubuh aku di gigit oleh seorang budak dan aku hampir pitam. Budak yang mengigit belakang aku itu udah habis belajar di Universiti Madinah. Udah jadi ustaz. Ayah selalu kata dia sering mencari aku kerna lama tidak ketemu. Mungkin mahu mengigit belakang aku lagi. Hehehe. (Jangan percaya andaian aku, itu tipu.)

Aku juga ingin ketemu dia kerna aku pula yang mahu mengigit belakang tubuhnya. (sekali lagi jangan percaya, aku tipu.) Aku mahu ketemu bukan mahu bertanyakan apa yang ada di Madinah, apa yang dia akan perbuat. Mengapa dia tidak bernikah aja dengan gadis Arab. Aku tidak mahu bertanyakan itu.

Aku hanya mahu bertanya, dia bagaimana sekarang. Itu yang aku ingin tahu dan itu tidak terhad pada dia sahaja. malah kepada semua teman-teman aku ketika sekolah. Entah kenapa. malam ini aku jadi rindu pada teman-teman aku.

Mungkin kerana sibuknya aku dengan dunia ini membuat aku terlupa bahawa masa lalu aku mencipta kenangan yang indah bersama teman-teman aku. Biar siapa mereka sekarang. Aku ingin ucapkan terima kasih atas kenangan yang tercipta itu dan maaf atas segala kenakalan aku. Aku benar-benar rindu. :-)

No comments: