Friday, June 16, 2006

ku tak menjanjikan bulan dan bintang

Hari ini ada lagi perkara yang terjadi pada aku...
dan perkara tersebut menyedarkan aku bahawa kejayaan tidak mudah di capai..
betul...

perkara utama ialah usaha..
..kedua doa..
ketiga ..setelah semua itu..tawakal..
pasti kalain juga tahu hal itu..
cuma dalam membincangkan ketiga hal tersebut, kita lebih mudah untuk melakukan
doa ...dan yang paling mudah ialah tawakal sahaja...
berserah terus pada qada dan qadar...

kita biasanya...dan selalunya meninggalkan bahagian yang paling susah...iatu usaha..
jika tidak meninggalakn pun...pasti kita ambil endah tak endah..atau umpama
melapas batuk di tangga...
hurm..
sedangkan ketetapan qada dan qadar itu mensyarakan kita telah berusaha sehingga ke jalan mati...

selalgi perkara tersebut masih ada jalan penyelesaian atau jalan usaha...
jangan berhenti untuk berusaha...api doa juga jangan dilupa..
jika kita telah berusaha hingga ke jalan mati dan hasilnya tidak seperti yang di harapakan...maka saat inilah ketetapan qada dan qadar harus ada dalam fikiran kita...
jangan mengeluh atau mengeluarkan perkataan KALAU.
"kalau aku buat macam ni...pasti aku begini.."

perkataan itu hanya membuka jalan kepada syiatan untuk menghasukita supaya kesal dan membuat kita gelisah...
yang harus kita fikiran ialah
"Allah akan menggantikan aku dengan sesuatu yang lebih baik...atau Allah hanya menundakan sahaj kejayaan aku..kerana sesungguhnya Allah maha bijakasana...Dia maha mengetahuai apa yang tersembunyi...mengetahuai apa yang terbaik untuk kita dan agama kita..."
memang aku akui...mudah untuk menzahirkan segalanya di atas skrin....tapi
untuk melaksankan alam penzahiran sikap...memang sukar...namun itu yang aku sentiasa cuba dan usaha...

Insya Allah...kejayaan menanti kita semua...
aku tidak menjanjikan bulan dan bintang...
tapi aku yakin dengan Janji Allah...

No comments: