Thursday, August 31, 2006

untuk keindahan 1

Untuk keindahan, aku tidak pernah mengerti rasa hati aku. Aku tidak mempercayai keindahan itu. Aku tidak merasakan jujurnya keindahan itu terhadap aku. Kerna, bagi keindahan, aku hanya untuk mengisi ruang-ruang di sudut kosong keindahan itu.

Kerna untuk apa sahaja upacara kelas pertama, pasti aku tidak bisa memperoleh keindahan. Jika aku memperoleh keindahan, itu hanya kerna keindahan merasakan hanya aku sahaja yang tertinggal untuk melengkapkan keindahan itu. Aku hanya diberi keindahan jika ia untuk perkara-perkara yang biasa. Perkara-perkara yang keindahan tidak mampu peroleh dari indahnya malam.

Aku tidak merasa keindahan itu wajar bagi aku. Keindahan memuja aku seperti dia memuja indahnya malam, seperti memuja indahnya bintang. Tapi aku masih tetap berkata pada hati aku supaya mengejar keindahan itu. Aku masih memujuk jiwa aku untuk memberi segala-galanya pada keindahan.

Aku tidak mengerti perkara itu. Aku masih mengharapkan keindahan, supaya akan memandang aku. Akan nanti memeluk aku sebagai yang satu. Aku kira aku masih perlukan keindahan itu lebih dari dia memerlukan aku.

Cuma hanya satu sebab untuk aku terus memberi senyuman kepada keindahan. Bukan kerna kasih yang diberikan keindahan kepada aku, bukan kerana rindu yang di hembuskan oleh keindahan, kerna aku tidak mempercayai segalanya tentang keindahan. Tapi, kerna aku terlalu mencintai keindahan itu. Terlalu merindukan keindahan itu. Hanya untuk sebab itu aku masih memberi hati aku untuk di toreh dengan belati keindahan.

Tapi, seperti yang aku percaya, aku juga punyai batasan aku. Untuk keindahan, maafkan aku kerna tidak mempercayai keindahan itu, tapi dalam waktu itu juga, aku mencintai keindahan, Aku hanya percaya cinta aku pada keindahan. Itu aja.

No comments: