Saturday, August 12, 2006

untuk keindahan

Aku tidak tahu sampai bila aku harus bersabar dengan hati aku. Aku mahu sesuatu yang indah tanpa perlu ada sisi gelap. Tapi dalam hidup ini aku jarang menemukan hal sebegitu. Lantas aku terus aja bersabar kerna aku yakin pasti satu hari nanti aku peroleh apa yang aku impikan. Kerna aku sentiasa berusaha unbtuk memperolehnya.

Tapi timbul satu persoalan, sampai bila aku harus bersabar. Aku juga manusia pasti ada had. Biar aku mampu bersabar untuk hari ini, aku tiada jaminan untuk esok hari. Aku kira aku akan jauh dari kesabaran ini kerna hati aku udah ngak mampu untuk menanggung beban luka dari indah yang aku cari. Aku berusaha untuk memiliki keindahan tapi aku sadar keindahan itu perlu material untuk membinanya.

Aku berusaha untuk itu seseungguh hati ku. Aku kira aku mampu terus sabar jika keindahan yang aku kejar itu berkata bahawa dia hanya untuk aku. Tapi kerna keindahan itu bukan milik aku, aku hanya mampu memerhati dari jauh. Keindahan itu tidak mampu aku genggam dengan sepenuhnya kerna ia keindahan merasa bukan aku aja yang bisa menikmati keindahan ini. Sesiapa yang bernama manusia . Asal ia bernama manusia. Lantas aku sering merasa tersisih kerna keindahan hanya mampu aku miliki dalam mimpi. Aku akui aku hanya memikir tentang diri ku. Tidak seperti keindahan yang terus aja berkorban untuk yang lainnya biar keindahan itu sendiri rusuh .

Untuk keindahan itu, aku akan terus dingin kerna aku yakin kedinginan ini lagi indah. Salahkan lah aku jika aku tidak lagi mengejar kamu. Salahkanlah aku jika aku akan berkata, aku udah tidak mampu bersabar juga aku udah tidak mahu terus luka di tusuk dengan pisau aku sendiri.

Maafkan aku jika satu hari nanti keindahan yang aku kejar kini aku biar aja berlalu kerna aku tidak mampu lagi bersabar. Tapi sehingga hari itu tiba, aku akan terus di belakang atau di sisi untuk melindungi keindahan ini, menjaganya sepenuh hati aku dan aku terus berusaha untuk terus cuba memilikinya biar aku udah merah bersimbah darah kerna luka yang aku terima. Namun, seperkara yang harus aku ingat, aku ini tetap manusia dan aku punyai batasan aku. Itu aja.

1 comment:

azeel said...

mungkin disebabkan kau lelaki romantis, perkataan 'wanita pujaanku' kau gantikan dengan 'keindahan'.

benar, aku setuju kata-kata kau, wanita pujaan sememangnya sesuatu yg indah..