Wednesday, August 23, 2006

cara menunjukkan cinta 1

salam untuk kamu,

Aku tahu ini bukan yang pertamanya buat kamu dan jelas ini bukan yang terakhir. Pasti kamu yang memiliki kecantikan bidadari ini udah jemu menerima surat sebegini. Maaf, hanya cara ini hati aku bisa punya peluang untuk bicara sama hati kamu.

Aku sejujurnya, sering memerhati kamu. Melihat kamu tersenyum . Melihat kamu ketawa. Di saat kamu murung, aku ikut murung. Maaf , aku tidak mampu menahan mataku dari terus memerhati kamu.

Aku tidak mahu terus membayangi hidup aku, dengan rasa di dalam hati aku terhadap kamu. Aku kira aku mahu berkongsi rasa itu dengan kamu. Biar kamu tahu, ada seseorang di sudut putih ini, ikhlas dan jujur untuk bercinta dengan mu. Maaf, aku terlalu terus terang. Tapi itu memang aku, aku memang mencintai kamu.

Dari aku.
Sang pencinta.

Ini mungkin satu lagi cara untuk menunjukkan cinta. melalaui kiriman surat cinta, atau email cinta. ehehe. Aku tidak pasti apa cara ini asih popular atau ngak. Aku pengen untuk mencuba. Hehehe

1 comment:

Anonymous said...

Kebanyakkan lelaki mengatakan dia sukakan lagu *** dan si perempuan mendengarkannya. Mungkin kerana mereka tak sebijak kamu mengatur kata. Begitu juga aku, sering bermasalah pabila ingin menyatakan sesuatu.

Aku tumpang tulis surat disini ya.. Moga orang yang aku cinta tak terbaca, aku malu.

Buat kamu yg aku cinta,
Aku mahukan sesuatu yang terbaik buat kamu, dalam hidup kamu. Biar kamu akan sentiasa bahagia dan mendapat yang indah. Untuk itu aku sering jadi takut berbuat apapun kerana aku tidak mahu kamu tidak memperoleh sepertimana yang aku mahu.

Biar apapun yang terjadi... sama ada kamu akan gembira dengan takdir yang kita peroleh, atau merasa terseksa dengan takdir yang kita peroleh... percayalah, pada masa yang pernah kita lalui bersama, aku amat mencintai kamu.

Jangan kamu pernah ragu tentang itu, aku cuma mahu kamu... mendapat yang terbaik dan terindah.