Saturday, August 26, 2006

aku benci lelaki yang sempurna.

Tadi baru sebentar tadi, seseorang memberi aku pesanan ringkas. Memberitahu aku ini lelaki sempurna. Aku diam sebentar sebelum bertanya dimana sempurnanya aku. Aku ini serba kurang. Baik fizik, emosi juga ekonomi. Paling tinggi, aku ini hanya sederhana. Itupun hanya untuk kebetulan.

Dia menjawab ringkas, aku ini seorang lelaki yang bermulut manis. Lantas untuk alasan itu aku terus di golongkan sebagai lelaki sempurna. Jauh di fikiran aku, lelaki sempurna (atau paling tepat, hampir sempurna) ialah lelaki yang punyai paras tampan, punyai otak yang pitar, kaya, bijak bergaul dan paling penting dia bukan gay tetapi juga harus tulin. Tapi apa itu mulut manis?

Mulut manis bagi pengertian wanita ialah mulut yang bisa membicarakan hal-hal yang di ingankan oleh fikiran wanita. Bisa melembutkan jiwa wanita juga bisa memberi harapan pada hati wanita. Mulut manis juga sentiasa aja benar biar untuk perkara yang salah. Itu harus.

Bagi aku pula, mulut manis itu hanya sesuatu yang jujur dari hati. Untuk tidak melukai hati rapuh seorang wanita. Bagi aku juga, hati wanita itu harus di jaga seperti mana pucuk melindungi kelopak. Itu yang aku perbuat tanpa sebarang niat untuk berlaku hitam. Aku tidak menyalahkan atas gelaran itu dan aku akui perkara itu dan lagi aku ucapkan terima kasih atas itu.

Aku kira semua lelaki miliki ciri-ciri itu kecuali lelaki bisu. Kalau ada yang mengaku mereka tidak bermulut manis, ayuh berikan bukti. Bezanya hanya peluang atau kesempatan.

Untuk pandangan lelaki lain. Terserah kalian. Aku yakin pasti ada hitam putihnya. Dan untuk itu juga pasti banyak hati wanita yang terluka.

Mungkin selepas ini lelaki jangan merasa lagi rendah diri. Kerna kita semua ini adalah lelaki yang sempurna. Aku masih terfikir, bagaimana aku harus gunakan 'kesempurnaan' aku ini. Maksud aku dari sisi yang aku berada sekarang. Dari sisi yang gelap ini. Alang-alang aku kira. Biar aku paling benci untuk di gelar juga untuk menjadi begitu. Menjadi lelaki yang sempurna.

4 comments:

WarnaSari said...

lelaki sempurna itu tidak wujud...mulut manis itu adakalanya membawa padah...

azim said...

aku setuju dengan kata warnasari... bermulut manis dengan semua wanita sebenarnya akan menjerumus seorang lelaki kepada hal yang bukan-bukan. fitnah tentu sekali akan berlaku dan lelaki itu pula barangkali akan menjadi seorang yg tidak jujur akhirnya.

Anonymous said...

Sememangnya bermulut manis itu membawa padah tapi bagi aku (seorang perempuan), seorang lelaki memang memiliki satu sifat yang tak mungkin dapat dipisahkan dengan dirinya... iaitu bermulut manis. Walau dia menidakkan, walau dia menafikan, sifat itu memang ada dalam diri seorang lelaki. Cuma... ada masa sifat itu tidak diserlahkan.

Dan apabila sifat itu diserlahkan lebih2 lagi buat seorang perempuan, dia telah menjadi lelaki sempurna dengan menjelmakan dirinya yang tidak pura2...

Memang lelaki takkan lepas bermulut manis!!!! Itu fitrahnya.

Pewaris Reformasi said...

Lelaki bila mulut manis hanya kerana dua:

1) Menjaga hati (berlapik)
2) Memancing..

Tapi Din mungkin kategori nombor 1.

Mulut manis bisa lahir dari mereka yg tak merasa kemanisan hidup dan takut-takut org lain tidak setabah mereka menghadapinya.

Mulut manis memang adakalanya boleh jadi celaka.

Ah, jika benar itu takrif sempurna di mata wanita, adakah ia sekadar menunjukkan wanita suka lelaki 'please' mereka?

Aku mulut tak manis, sebab itu perempuan payah nak lekat. Mereka mahu aku please apa yang tak patut aku please...haih!