Selamat merdeka kepada datuk K dan Siti. Selamat pengantin baru kepada Malaysia. Apa sih yang sama? Caranya yang sama. Ia memberi rasa yang sama, rasa merdeka, rasa meriah. Pasti Datuk K udah merdeka untuk bermanja-manja dengan Siti dan ia di raikan dengan meriah. Negara kita pula akan di raikan dengan penuh meriah, akan di angkat sebagai raja sehari pada 31 Ogos ini. Semua akan di jemput hadir. Malaysia akan di puji sepanjang hari, lambang Malaysia akan di kibarkan. Semua akan memberi ucap selamat pada Malaysia, mendoakan kebahgian Malaysia.
Selepas majlis perarakan dan konsert-konsert, suasana akan kembali tenang. Akan kelihatan para pekerja membersihkan padang-padang atau jalanan dari sampah-sampah. Dan esoknya akan terpapar di muka depan koran berkenaan majlis itu.Itu aja. Hidup akan berlangsung seperti biasa, tapi hanya untuk majli sambutan 31 Ogos ini. Tapi untuk majlis Datuk K dan siti, ia membuatkan hidup mereka tersu berubah. Meraka akan terus menikmati dan menghargai erti merdeka mereka. Sedangkan kemerdekaan Malaysia akan kita terus nikmati tapi kurang hargai atau langsung tidak di hargai.
Mungkin hanya di sini bezanya antara selamat hari merdeka Siti dan Datuk K dan selamat pengantin baru Malaysia. Beza dari segi penghargaan atas kenikmatan. Hehehe.
No comments:
Post a Comment