Pada satu tengahari yang indah kerna ngak berawan. Yang terlihat hanya langit biru dan ia cukup hangat. Sesekali burung- burung akan melintas. Aku duduk di meja aku berbicara melalaui monitor dengan seseorang. Yang pastinya bukan lelaki tapi seorang lagi perempuan cantik yang bukan kepunyaan aku.Hehehe.
Dia bertanya. Dimana dia bisa mencari lelaki romantis. Aku dengan nakal terus menunjuk diri akau sendiri. Aku rasa, dia tersenyum ketika menaip jawaban dia. Dia dengan tenang memberitahu aku bahawa aku bukan romantis tapi aku ini puitis. Aku ketika itu terasa berada di antara dua perasaan. Mahu senyum juga mahu ketawa. Senyum kerna dia jujur dengan aku, ketawa kerna mahu mempersendakan diri akau sendiri atas keberanian aku menyatakan aku ini romantis. Hihihi.
Aku tidak mampu menjawab soalan itu dan aku terus membawa persoalan itu ke sini. Romantis itu subjektif. Dan aku tidak tahu apa itu romantis dan bagaimana rasanya romantis. Tapi mengikut perkiraan aku romantis itu berlwanan dengan perasaan tenang. Romantis itu adalah sesuatu yang membara di hati. Hangat. Biar suasana dan keadaan romatis itu tenang juga manis tetapi rasa di dalam sebetulnya bergelora sekali. Dan ini hanya bisa terjadi jika adanya cinta.
Untuk itu, mencari lelaki romatis adalah mencari lelaki yang bisa membuatkan hati kita jadi ngak keruan, usah di cari lelaki yang hanya tahu menenangkan kita. Tapi siapa? Sesiapa aja bisa jadi lelaki romantik asal aja, kamu perempuan membiar mereka mencintai kalian dengan sepenuh hati. Biar mereka juga selesa dengan diri mereka. Bantu mereka jadi lelaki romantis kerna tidak semuanya lelaki seperti aku. Hahahaha
2 comments:
Bagi aku yang mengenali kamu...
Kamu memang romantis dan puitis.
Terima kasih kerana membenarkan aku mengenali kamu.
~~~itu aku~~~
wah...kau kini sudah ada pemuja rahsia.
bukankah indah dipuja dalam diam..
aku ingin menjadi seperti kau...!!
Post a Comment