Sunday, August 20, 2006

air mani di kain sharifah armani

Malam tadi aku melihat awan, awan yang bergerak perlahan kerna ia ngak perlu mengejar apa-apa. Ia terlihat tenang dan bergaya. Terkadang angin nakal menyebabkan awan itu bergerak laju tapi hanya untuk masa yang sekejap. Aku pula yang berada di bawah awan itu berfikir untuk hidup seperti awan, tenang tanpa perlu memikir apa-apa masalah. Seketika itu terdetik di hati aku, aku ini sebetulnya buat beberapa hari ini udah hidup seperti awan. Ini kerna otak kiri dan kanan aku bergerak perlahan seperti awan. Aku tidak punyai hal-hal berat untuk di fikir. Seketika itu juga aku merasa bosan, sesekali aku juga mahu ada angin-angin nakal untuk menggerakkan otak aku ini. Hehehe

Untuk pagi ini, aku kira mahu menggerakkan otak kiri dan kanan aku dengan suatu persoalan yang udah lama dalam hati. Tapi memandangkan aku ini seperti awan yang perlahan aku malas untuk menukilkannya di sini. Lagi juga ini blog cinta. Hehhe. Aku sebetulnya ingin bicara berkenaan Sharifah Armani atau SA.

SA hanya aku kenali melalui kakaknya, Sharifah Aleeya yang terlebih dulu popular dari dia. Tapi aku tidak menyimpan hati pada kakak dia atau pada dia (pastinya mereka juga tidak menyimpan hati pada aku.hahaha) Dia manis cantik. Sedikit rendah dari kakaknya tapi aku kira dia lebih cantik dari kakaknya. Untuk filem pula, aku hanya menonton lakonannnya di Gol dan Gincu (aku juga punyai perasaan..ehehe) serta iklannya bersama Mawi (world). Aku tidak pula menonton lakonanya di filem Gubra juga Sepet. Dua filem gah yang dia menjadi peran utama.

Aku dalam bahasa mudahnya, hanya biasa-biasa aja dengan dia. Tidak punyai perasaan fanatik atau benci yang ketara. Hanya biasa-biasa. Sehinggalah pada hari aku membaca sesuatu tentang ucapannya di Festival Filem Malaysia (aku ngak nonton FFM). I sound stupid when I speak in Malay (Saya rasa seperti orang bodoh kalau bercakap dalam bahasa Melayu). Ucapannya yang umpama memperlekehkan bahasa Melayu. Seketika aku membaca perkara itu, perkara pertama aku fikir, SA ini udah lupa daratan. Hanya tahu mengukur tingginya langit tapi tidak melihat pada tanah yang di pijak. Tapi perasaan itu hanya sekejapa kerna aku lebih berminat untuk membaca hal-hal sukan. hehehe.

Sehinggalah hari ini, aku merasakan SA itu sebetulnya wajar berkata demikian. Dia tidak harus di persalahkan. Dia benar. Dia benar bukan kerana sebab bodoh yang dia beri. (dia keturunan Cina, India , Arab etc) Tapi dia benar kerana dia adalah produk hasil akhir dari sistem yang memang wujud di negara ini. Sistem yang terhasil dari dasar kerajaan terhadap pendidikan dan pekerjaan.

SA hanya mengatakan secara jujur dia tidak boleh berucap dengan baik dalam bahasa Melayu. Mungkin pada waktu itu, dia berasa amat bangga. Bangga bukan kerna tidak pandai bahasa Melayu, tapi bangga kerna petah dalam bahasa English. Apa sebab dia merasa bangga? Aku kira di merasa bangga kerna dia udah did didik begitu oleh sistem yang aku bilang tadi.

Sistem yang memberitahu kepada para pelajar bahawa untuk berjaya dalam dunia penuh cabaran ini, harus menguasai bahasa English. Mengusai bahasa Melayu hanya untuk lulus periksa. Siatem ini wujud kerana secara tidak sedar, kerjaan udah mengInggeriskan industri pekerjaan di negara ini. Di mulai dengan surat-surat perjanjian bank-bank, iklan-iklan di koran, surat-suart rasmi juga ketika temuduga.

Aku tidak mengatakan bahasa English itu tidak penting, ia penting tapi tidak harus industri pekerjaan di negara ini, di Inggeriskan semua. Harus ada ruang untuk bahasa Melayu itu bernafas. Kerna secara terhormat, harus di akui bahasa Melayu itu tidak punyai apa-apa peranan lagi dalam sistem pekerjaan di negara ini. Sedangkan untuk menjadikan bangsa itu maju, harus dimulai dari bidang ekonomi atau pekerjaan. Tapi apa maknanya bangsa tanpa bahasa. Bahasa itu jiwa bangsa. Jika tidak mampu meletakkan bahasa Melayu pada industri pekerjaan , maka terus terang kita udah gagal untuk mendaulatkan bahasa Melayu ini.

Mungkin ini terjadi kerna ekonmi kita tidak di kusai oleh orang Melayu. Mungkin, tapi jika itu jadi alasan, apa perlunya kerajaan membuat dasar. Membuat undang-undang jika tidak mampu melaksanakan. Sistem pendidikan pula terlihat seperti satu perangkap. Ia menekankan bahasa Melayu. Hanya baru-baru ini bahasa English menjadi bahasa penghantar untuk beberapa subjek. Apabila pelajar hanya tahu berbahasa Melayu, mereka pasti terperangkap dengan dunia pekerjaan tadi yang telah di Inggeriskan. Aku tidak bilang semua, tapi aku bicara mengenai golongan majoritas.

Jadi jika di lihat secara kasar, di satu bahagian, bahasa Melayu itu menjadi teras, tapi di satu bahagian pula, bahasa English yang menjadi penentu akhir. Kuasa penentu sudah tidak ada pada bahasa Melayu atas alasan globalisasi.

Tapi untuk industri seperti hiburan, bahasa Melayu masih punyai kuasa penentu. Atas itu kita lihat ramai penyanyi bukan Melayu terpaksa membuat album dalam bahasa Melayu atau penerbit bukan Melayu membuat filem-filem Melayu. Mungkin udah takdir barangkali, bahasa Melayu ini hanya untuk bahasa hiburan hanya untuk suka-suka.

Aku tersenyum kerana SA telah silap di sini. SA mungkin fikir, industri hiburan ini juga sudah di Inggeriskan, tapi dia lupa industri hiburan ini adalah di antara sistem yang masih mengekalkan bahasa Melayu selain dari sistem pendidikan. Sebab itu dia di kritik secara besar-besaran seolahnya ada pesta. Biar dia sebenarnya hanya memberitahu dia adalah produk dari kepincangan sistem yang ada di Malaysia.

Tapi jika dia bicara begitu semasa di temuduga, mungkin jelas dia akan terus di terima masuk kerja. hehehe. Para pengkritik yang lain pula jelas hanya mahu mengkritik pada maksud yang tersurat tidak pula pada hal-hal yang tersirat. Aku melihat SA ini seperti udah terpalit air mani pada kain yang di bawanya solat. Kain itu jika di bawa solat, solat itu sah. Kerna air mani itu suci, bukan najis. Cuma yang menjadi persoalan, kenapa air mani itu ada di kain dan itulah yang menjadi perbahasan utama pengkritik, sedangkan pokohnya ialah, SA tetap sah solatnya dengan kain itu.

Begitu juga dengan soal bahasa SA dalam ucapan. Ucapan dia betul dan benar, tidak berdosa kepada bangsa. Tapi dia di hukum kerna kenapa dia berkata-kata begitu bukan pada tempatnya. Tetapi ucapan nya itu tetap sah. ehehe. Perbandingan yang melampau dan memeningkan barangkali. Maaf. (aku ini nakal..ehehe)

Jadi apa yang harus kita perbuat. Kalau terus berkokok pasti ngak ada apa-apa kesan. Seperti ayam. Kita tidak takut pada kokok ayam, tapi kita lebih khuatir dengan najisnya. Takut ayam masuk kerumah kita dan melepaskan najisnya. Juga takut jika kita terpijak najis tersebut. Jadi, berhenti berkokok. Kerna kokok itu tidak akan di dengar. ehhehe.

Dan mungkin ada yang berkata aku juga begitu, menulis tanpa aturan. Mencampur aduk bahasa Melayu juga Indonesia. Apa bezanya aku ini. Malah mungkin aku ini lebih bahaya. Tapi biar aku terangkan, aku ni berfikir Malaysia juga Indonesia itu serumpun, jadi kenapa harus membatasi perbendaharaan kata kita? Harus lebih terbuaka, namanya juga globalisasi. hehehe. sekian untuk pagi yang dingin ini

6 comments:

ZaKiN said...

SA dididik dari kecil begitu.. maka benarlah kata pujangga.. anak yang dilahirkan umpama kain putih.. terpulang pada kita untuk mencorakkannya.Jika cantik corakan.. maka cantik lah peribadinya.. jika silap corakan.. maka KURENG lah dia...ekekke..

MDM FARAH FAIZURA said...

SA haru menikah dengan jejaka kampung

setidaknya2 punyai imej jejeka kg,

seprti mawai atau faizal (biar pun aku benci af)

atau aku

ehehehe

Anonymous said...

Jikalau Malaysia dan Indonesia di katakan serumpun bak kata kamu, mengapa Brunei yg juga serumpun tidak di sebut sebut?

MDM FARAH FAIZURA said...

sebab aku tidak punyai kemudahan ke TV brunei..

tidak punyai cd lagu dari brunei

juga filem2 dia aku ngak nonton. (apa brunei punyai filem)

Apa lagi yang boleh di harapkan dari aku.

..

ehehe

..

Leyla Shuri said...

Saya setuju dengan huraian yang dingin catatkan perihal SA itu.
Salam kenalan.

MDM FARAH FAIZURA said...

Salam.

terima kasih kerna turut menggunakan singkatan SA.

hihihi