Tadi petang, aku melihat ke luar jendela kantorku. Jauh di ufuk, langit terlihat hitam. Aku jadi termenung sebentar. Gimana kalau hujan, sedangkan aku hanya penguna kenderaan dua roda. Baju hujan pun ngak termampu di beli. Aku cuba hilangkan kusut di hati aku dengan menyanyi lagu popular sekarang. 'kenangan terindah'. Aku merasa waktu itu, suara aku cukup enak. Mungkin kerna hari udah petang atau kerna aku terlalu lama di kantor yang berhawa dingin ini. Tapi yang pasti hujan tetap rintik. Mulai rintik ringan, hingga ia beransur-ansur menjadi rintik yang berat. Aku terkaku, dan terus bertanya pada hati aku. Apa suara nyanyian aku ini udah memanggil hujan?
Aku kembali duduk di kerusi lantas mengalamun. Sesekali tempias hujan jelas di cermin jendela. Aku suka dengan keadaan ini. Ia membuat aku merasa dua rasa. Rasa sayu juga rasa tenang. Tapi rasa sayu lebih memberi bekas dalam jiwa aku. Hingga aku teringat beberapa perkara yang bisa membuat hati aku tersentuh dan sayu.
Aku sebetulnya cukup merasa sayu jika ada yang menitiskan airmata untuk aku. Untuk airmata yang tertumpah itu, aku letakkan hati aku di dalamnya. Setiap kali ia menitis jatuh berderai ke tanah, hati aku juga turut berderai. Aku tidak pasti dengan rasa ini. Rasa ini sebetulnya satu rasa yang paling tinggi. Rasa yang memberi aku harapan dan sinar. Bahawa masih ada orang yang peduli tentang hati dan diri aku. Biar pun aku ini bukan sesiapa pun, hanya lelaki biasa yang bermuka biasa. Ngak tampan. Juga berotak biasa. Ngak genius. Cakap Inggeris pun ngak ngerti.
Tapi biar serba kekurangan aku tetap di terima bukan secara biasa. Tapi cukup luar biasa. Ini jelas melalui airmata yang tertumpah untuk aku. Dan aku masih terbayang mereka yang menumpahkan airmata untuk aku. Pastinya yang utama ialah ibu aku. Dia dalam apa keadaan sekali pun, pasti yang penting bagi dia ialah aku. Bagaimana aku tahu? Kerna aku sering di ceritakan oleh saudara-saudaraku bagaimana dia sering menitis airmata untuk segala keingkaran aku terhadap arahannya, sewaktu aku kecil. Dia juga menitiskan airmata tatkala pertama kali aku ke asrama. Tapi untuk waktu itu, aku masih tidak meletak hati aku ke dalam setiap butir airmata yang jatuh itu.
Air mata ibu terlalu kerap jatuh hanya untuk aku. Masa aku pergi dia menangis, masa aku kembali, dia juga menangis. Aku sebetulnya bila terfikirkan hal itu, air mata aku juga turut bergenang. Ibu terlalu agung. Kasihnya tiada mampu untuk di tanding oleh mana-mana cinta di dunia ini. Sayang, cuma di usia aku begini, aku baru mengerti betapa bernilainya setiap airmata yang tercurah untuk aku. Andai aku punya peluang, aku mahu mengesat airmata ibuku dengan pipiku, dengan ciumku. Redakan hibanya dengan pelukku. Biar hati dia tersenyum. Tapi untuk waktu ini, seolahnya hukum karma, aku pula yang akan menitiskan airmata setiap kali teringatkan ibu. Mungkin kerna aku tidak punya peluang lagi untuk mengesat airmata ibuku.
Sama hal dengan ayah. Aku mungkin tidak pernah melihat dia menitis airmata untuk aku. Tapi melalui cerita saudara-saudaraku juga, dia pernah berbuat begitu. Ternyata, aku ini adalah anak yang di sayangi. Biar terkadang, dia cukup keras dengan aku. Tapi ada sekali dia menitis airmata di pipiku. Waktu itu aku merasa keliru. Aku harus di puncak atau merasa berada di dalam jurang. Hati aku jadi sayu. Betapa kasihnya ayah itu terlalu agung. Semuanya hanya terlihat dari airmata yang tertumpah.
Untuk waktu yang terdekat ini pula, ada yang memberitahu. Dia menangis untuk aku dan aku merasa bersalah. Kerna aku melihat diri aku jauh sekali dari apa yang dia harap. Aku ini berdiri di satu garis hitam. Yang mana aku bila-bila masa bisa menarik dia jatuh ke sisi hitam bersama aku. Tapi hanya untuk rasa hati yang ikhlas , dia menitiskan airmata untuk aku. Dia menangis hanya untuk mengenangkan pesan-pesan ringkas aku lewat HP. Menangis terkenang ucapan aku di telepon agar dia hati-hati dan jaga diri. Aku sebetulnya cukup tersentuh, cukup sayu. Dengan hanya perkara sekecil itu dia memberi aku rasa yang terlalu luar biasa. Aku dengan bisu, berazam dalam hati aku akan membahgiakan dia, biar aku harus gunakan darah aku. Tapi jika andai aku tidak mampu membahgiakan dia secara yang di impikan, aku akan tetap memberi ruang khusus di hati aku untuk segala keindahan yang dia tinggalkan.
Tempias hujan semakin kuat. Cermin jendela aku udah kabur dan aku tidak bisa lagi melihat gelapnya langit. Aku kembali melihat jam didinding, udah jam 5. Dengan berat aku meninggalkan perasaan aku dan segala kenangan aku di kerusi. Aku harus siap untuk menunggang dalam ribut. Aku akan basah juga dingin. Tapi aku fikir ia berbaloi, esoknya cuti. Sudahnya, aku masih merasa dingin sampai sekarang dan masih bernyanyi sendiri.
No comments:
Post a Comment