Aku tidak sedar, sejak bila aku berfikir begini :hari ini adalah untuk hidup hari ini, untuk hidup pada hari esok, cerita saja pada esoknya. Ngak usah merancang. Terima aja apa yang terjadi. Aku kira ini satu cara yang salah untuk merancang hidup, tapi buat waktu ini aku ketemukan cara ini sebagai yang terbaik bagi aku. Kerna aku ini punyai masalah dalam merancang hidup aku, kerap keputusan akhir yang aku ambil menjadi satu keputusan yang akan aku kesali juga menjadi keputusan yang hitam bagi aku.
Aku tidak mahu memberi contoh keputusan hitam yang aku perbuat, cukup aku bilang ia banyak sekali dalam soal hati juga dalam soal uang. Aku juga tidak mahu bilang kesan yang aku dapat dari keputusan silap aku itu, cukup juga aku bilang ia membuatkan aku hilang segalanya, uang juga rasa kemanusian aku.
Aku sendiri hairan gimana aku bisa silap dalam merencana. Kerna setiap perkara yang datang kepada aku, aku suka untuk berfikir kemudian setiap persoalan hidup yang datang pada aku, juga aku sentiasa aja jawab. Ngak pernah sekali pun aku meninggalkan ia kosong tanpa jawaban.
Jika itu semua aku telah perbuat, jadi silap aku dimana? Rasanya aku silap ketika aku merencana juga ketika aku cuba menjawab persoalan yang tiba. Aku merasa aku tidak merencana dengan betul. Tidak menjawab dengan tepat persoalan yang tiba. Bukan kerna aku tidak punyai akal yang tajam atau firasat yang halus. Tapi aku kira aku tidak menggunakan langsung akal juga firasat aku. Kebanyakkan rencana aku di buat oleh nafsu. Segala persoalan hidup aku pula di jawab oleh ego aku.
Bila nafsu aku merencana untuk diri aku, biasanya ia hanya merencana sesuatu yang besar. Merencana sesuatu yang sempurna. Aku tidak mampu melihat sesuatu yang biasa. Aku hanya tahu untuk mendapatkan sesuatu yang tinggi tanpa mengira upaya diri aku. Dan biasanya, aku akan jatuh kerna aku tidak mampu menggapai cita-cita itu.
Terkadang bila ada persoalan hidup yang menghampiri aku tidak menjawab ia dengan akal. Tapi dengan ego aku. Aku tidak mahu terlihat rendah dengan persoalan yang mendatang. Aku mahu membuktikan bahawa aku masih mampu hidup dengan upaya aku sendiri. Mampu hidup tanpa bantuan sesiapa juga mampu mengotakan segala kata-kata aku. Ego aku cukup autokratik dalam soal-soal ini. Aku kira ego aku ni terlalu tebal, mahu di kikis udah ngak mudah.
Mahu terus di persalahkan kepada nafsu juga ego juga aku kira tidak adil. Aku percaya jika aku mampu punyai hati yang tenang pasti aku bisa untuk mempergunakan akal aku. Aku juga punyai ilmu juga iman sebagi sandaran. Tapi kerna iman aku ngak kuat, lantas segala perkara yang mendatangkan kepada aku menjadi sesuatu yang merusuh hati aku. Hati aku sentiasa aja berkocak dengan pelbagai persoalan kehidupan yang perlukan jawaban segera. Juga masalah yang perlukan kepada penyelesaian yang pantas.
Dalam keadaan begitu aku jadi buntu, aku hilang pertimbangan akal. Tatkala itu aku lagi suka menggunakan nafsu aku juga ego aku. Iman juga akal aku letak ketepi. Aku tidak sadar pada waktu itu keputusan yang aku buat hanya untuk memberi ketenangan sementara dalam hati aku. Ketenangan yang terjadi bila nafsu di penuhi. Juga memenuhi tuntutan ego aku.
Dalam waktu berduka juga waktu aku merasa kosong, jangan sesekali kamu hampir dan memberi simpati atau apa-apa aja berkenaan perasaan. Aku dengan mudah akan memberi cinta yang akhirnya aku tahu itu sebetulnya bukan cinta. Tapi kasihan atau aku merasa waktu itu, hanya cinta yang di dasari nafsu adalah ubat yang paling ampuh. Biar kesannya sekejap dan lukanya pula lama.
Dalam ketika aku mulai sedar akan segala kesilapan aku, maka segala-galanya akan bermula. Bermula malam yang penuh dengan fikiran juga malam yang penuh dengan kesalan. Esoknya aku bangun lantas terus merubah segala keputusan aku yang terdahulu. Aku akan kelihatan seperti pria yang ngak punya ketetapan hati, mudah mengalah serta manja terhadap masalah. Aku kelihatan seorang yang coba berlari dari ufuk masalah. Biar hakikatnya aku ingin membetul sesuatu yang aku kira tidak memberi kepentingan dalam jangka masa depan aku.
Jadi untuk hari ini, apa harus aku perbuat untuk membetulkan hidup aku?. Buat permulaan aku harus menilai di mana letak nilai segala keputusan yang aku perbuat. Aku juga harus mula mengira-ngira berapa hati yang akan terluka jika aku memilih keputusan demi keputusan. Juga harus mula menghitung uang yang aku akan peroleh juga yang bisa hilang dalam setiap pelaburan bisnes aku.
Mudahnya kembali kepada agama. Agama punyai aturan yang di disiplinkan oleh iman. Iman kuat, disiplin mantap. Jangan lagi aku merencana menggunakan nafsu dan menjawab dengan ego aku. Tapi untuk itu beri diri aku masa kerna sekarang aku masih merasai manisnya dari hasil keputusan yang di buat oleh nafsu dan egoku.hehehe
No comments:
Post a Comment