Tadi ketika aku minum bersama beberapa orang yang udah mencapai umur veteran (aku hanya tau menyebut tapi ngak pasti..ehehe). Aku termenung sendiri. Kerna aku tidak tahu untuk bicara apa sama mereka. Mereka banyak bicara pasal ubat. Ubat 'kuat'. Aku kira mahu melontar pandangan aku atasa ubat 'kuat' tapi aku merasakan mereka lagi senang jika aku diam sambil menghirup teh tarik yang masih hangat.
Dalam aku termenung, fikiran aku cepat melayang kepada satu hal. Hal yang pernah di beritahu oleh seorang teman kepada aku. Dia membritahu dia malas untuk mendirikan solat fardhu. Atas alasan di masih bergelumang dengan dosa. Dia berfikiran, jika dia mengerjakan suruhan, tetapi pada waktu sama dia masih melanggar larangan, dia seolahnya mempermainkan tuhan. Dia bilang, dia ngak mau mempermainkan tuhan.
Aku untuk pertama kalinya merasa setuju. Tapi setelah aku berfikir lagi untuk keberapa kalinya, aku merasa aku mahu menentang hujah itu. Bagi aku tuhan maha kuasa. Maha agung. mana mungkin kita mampu mempermainkan tuhan. Malah aku kira, jika menggunakan alasan itu untuk tidak mengerjakan perintahnya yang wajib pasti tetap berdosa. Tidak akan beroleh pahala malah mungkin dosa itu jadi lagi berat. Kerna kita seolahnya yakin kita ini mempermainkan tuhan. Hanya tuhan yang bisa mempermainkan kita jika Dia mahu. Kita sebetulnya udah di permainkan oleh iblis juga nafsu kita sendiri. Di permainkan supaya kita lagi jauh dari tuhan kita.
Harus di fahami di sini. Untuk amalan kejahatan kita, itu satu bahagian. Untuk amalan kebaikan pula satu bahagian. Jika ia berkait, itu semua hak tuhan. Bukan hak kita. Kita hanya hamba. Yang mana hamba ini sifatnya menurut, bukan mempersoal atau memberi taqlid atas perintah wajibNya juga laranganNya.
Cuma kita di jelaskan bahawa amalan yang sempurna itu akan menghindari amalan jahat. Jadi cermin diri kita. Apakah amalan kita sempurna. Jika ngak sempurna memang pasti kita akan terbuat dosa. Dosa jahat itu akan di beri, dosa meninggalkan suruhan juga akan di beri. Begitu juga dengan dosa melanggar perintah, pasti diberi. Dosa itu berada dalam kategori berbeza-beza. Jangan kerna alasan untuk tidak mempermainkan tuhan kita menyangka kita akan hanya perolehi satu jenis dosa.
Tapi jika terbuat dosa jangan pula meninggalkan amalan tadi hanya kerna takut mempermainkan tuhan. Lagi sekali, hamba tidak akan mampu mempermainkan tuannya. Dan harus di ingat kita ini hamba. Tapi jika ingin, cuba aja mempermainkan tuhan. Pasti lebur hidup kita di permainkan.
Aku sebetulnya memperingati diri aku. Kerna aku untuk kebanyakkan waktu juga merasa begitu. Biar aku tidak melafazakan ucapan 'mempermainkan tuhan', tapi aku kira perbuatan aku terlihat begitu. Tiba-tiba aku rungsing sendiri, biar aku di kelilingi cerita jenaka dari orang-orang veteran, hasil dari memakan ubat 'kuat' tadi. Aku hanya tersenyum untuk memberitahu aku menghormati jenaka mereka.
Maaf, aku tidak menyertakan dalil-dalil dari al-quran juga hadis . Aku kira itu tidak apa-apa, kerna ini bukan blog 'Assalamualaikum'. Ini blog cinta. Semuanya ringan dan sederhana. Mahu cerita lagi lanjut, cari aja blog 'Assalamualaikum"Hehehe.
1 comment:
ermmm...
Post a Comment