Friday, August 25, 2006

jika itu yang kamu mahu

jika terang yang kamu pinta,
akan aku berikan bulan,
kerna aku adalah malammu,

jika airmata yang kamu titis,
akan aku berikan peluk ,
kerna aku adalah temanmu,

jika pahit yang kamu rasa,
akan aku berikan madu ,
kerna aku adalah bungamu,

jika luka yang kamu peroleh,
akan aku berikan darah,
kerna aku adalah pelindungmu,

jika benci yang kamu cipta,
akan aku berikan hatiku,
kerna aku adalah kekasihmu...

tapi,

jika rindu yang kamu mahu,
akan aku berikan jiwaku,
kerna aku adalah cintamu

1 comment:

Anonymous said...

aku mahu...
tapi..
buat masa ini.. bukan itu yang aku perlu...
aku mahu...
tapi...
buat masa ini.. semuanya pergi menjauh..
aku mahu..
tapi...
buat masa ini.. hatiku keras... seperti batu...