Thursday, August 17, 2006

andai aku

andai aku bermimpi,
goncang tubuhku,
sadarkan aku,
kerna aku mahu hidup di dunia nyata..

andai aku terjatuh,
bangunkan aku,
balut lukaku,
kerna aku udah letih untuk terluka...

andai aku jatuh cinta
genggam tanganku,
letak di hatimu,
kerna aku mahu tahu apa jawabmu..

6 comments:

Nyzra Azira said...

... & andai kita tahu jawabannya.. pasti kita akan terus menjejakinya..

dingin said...

aku ingin sekali membaca

apa yang tertulis di matamu

itu..

Anonymous said...

Ini lah Encik Ali ye rupanya.

dingin said...

hahaha

adakah aku terkantoi

di sini,

di laman percuma ini.

Anonymous said...

lebeh kurang terkantoi jugak aa wahai encik ali. hehehe.

mari lah membaca entry yg lain. hehehe.

Aina Emir said...

saudara dingin,

Indah puisi anda. Saya suka kepada maksud di sebalik kata-kata itu. Kali pertama datang kemari. Belum habis lagi baca entri-entri anda.