Ketika aku masih sekolah, aku paling benci untuk mendapat temapt kedua dalam akademik. Aku lagi rela mendapat temapat ketiga atau keempat. Mujur aku tidak mendapat tempat kedua, kerna aku biasanya mendapat nombor belas-belas. (aku ngak pintar, hehehe)
Dalam hidup, aku juga benci untuk menjadi kedua. Samaada menjadi penolong ketua, timbalan atau apa saja nama jawatan yang menakrifkan , aku ialah orang kedua. Mujur aku biasanya hanya menjadi ahli biasa. hehe.
Aku benci untuk menjadi kedua bukan kerna aku benci angka dua. Tapi rasa yang diberi oleh angka itu. Ia memberi rasa bahawa aku ini hanya pilihan kedua. Bukan yang utama. Kedua juga menjadikan tekanan, kerna akan datang soalan dari dalam juga luar bertanya kenapa bukan kamu yang pertama. Sedangkan kamu lagi bagus dari yang pertama.
Kedua juga memberikan andaian yang pertama itu lagi punyai kuasa lebih juga hak yang lagi banyak. Biar yang kedua itu juga manusia. Bebanan kerja juga lebih banyak untuk yang kedua, kerna yang pertama biasanya adalah ketua.
Dalam soal cinta, aku paling benci untuk jadi yang kedua. Bagi aku menjadi pilihan kedua umpama gagal dalam cinta. Jika mahu bercinta dengan aku, pastikan aku ini adalah yang pertama. Mungkin bukan cinta pertama, setidak-tidaknya aku pertama buat waktu itu. Cinta untuk aku, tiada di tengah-tengah. Hanya ada hitam juga putih. Jika ia kelabu, ia bukan cinta.
Bagi aku, aku bisa menjadikan cinta itu pertama dalam semua hal. Biar hakikatnya cinta itu bukan pertama kalinya bersama aku. Aku bisa melupakan semuanya. Cuma terkadang mungkin aku memperingatkan cinta itu akan hal-hal yang lalu agar tidak lagi terjadi begitu.
Tapi dalam hidup bukan semua yang kita mahu akan peroleh. Aku kira menjadi kedua bukan pilihan aku, tapi cinta tetap cinta. Cinta tidak mengenal pertama atau kedua. Ia bisa aja wujud. Lantas, atas kerna itu maka ada isteri pertama juga isteri kedua. Kerna cinta membenarkan kita untuk melanggar prinsip kita.
Atas kerna itu, jika aku menjadi pilihan kedua cinta, aku bisa menerima biar aku benci asal aja aku mencintai juga cinta itu. Lalunya, untuk menjadi kedua, aku mungkin banyak untuk terluka juga terjatuh, tapi kerna cinta, apa aja aku bisa turuti.Biar aku harus menjamu cinta yang haus itu dengan darah aku.
Cuma terkadang aku memikir, aku rela untuk menjadi cinta kedua kerna aku juga sebetulnya mencipta cinta kedua dalam hati aku. Lantas, aku tidak boleh mempersalahkan cinta kerna memilih aku sebagai yang kedua. Kerna aku juga mencipta cinta yang kedua. Bunyi seperti pusing, tapi cinta memang begitu. Ia tidak mudah, tapi enak. Jadi, rehatkan kepala untuk memeikir perkara ini. Hehehe.
6 comments:
menjadi pilihan kedua bukan maknanya dunia sudah kiamat bagi aku. selalunya aku akan sedar, jadi orang kedua bermakna ada sesuatu yang perlukan pembetulan pada diriku. ada sesuatu yg perlu aku usahakan untuk menaikkan aku ke tempat pertama. mungkin saja aku tidak bermulut manis, jadi aku perlu melobi diriku dengan segala janji janji manis.
itu ceritanya jika aku dalam persaingan yg mana mungkin dlm lingkungan masyarakat atau politik. dan dalam cinta juga, aku perlu sedar mungkin aku jadi yang kedua kerana aku agaknya kurang beri kasih sayang pada si dia. mungkin dia mengharapkan aku agar lebih mengambil berat segala-galanya tentang dia, bermula dari terbitnya matahari hinggalah ketikanya bulan itu sudah hilang dilitupi awan.
wanita.. sebenarnya mereka ingin dimergertikan... itu saja boleh buat mereka jatuh cinta berkali-kali kepada lelaki. bukankah begitu, warnasari?
menjadi yang kedua is not that bad. ok apa. dari takde langsung. hehe.
menjadi yang kedua is not that bad. ok apa. dari takde langsung. hehe.
Sumpah.. tulisan diatas bukan dari aku
~~~ Itu Aku ~~~
alah kalau tak nak jadik no.2 ... jadik la no.3, 4 or 5. ko ni macam tak pernah ada girl pulak. ni mesti awek ko ada jantan lain kan? sian nye. susah2 jek ko sms dia tiap2 hari...kesudahannya jadi no 2 jugak.heheh!!
p/s kalau nak bercinta jgn lembap2 nanti kena tinggal.
~ tisdale ~
hihihi..
aku setuju atas semua itu..
mungkin atas itu aku jadi terlalu jantan hingga cuba merebut kasihnya orang
biar aku tahu aku jadi yang kedua..ehehe
setuju, jadi no. 2 ok dari takde nombor langsung, tak gitu? hehehehe.
Post a Comment