Sunday, August 20, 2006

pagi ini aku ringan-ringan dulu

Aku pernah terbaca mengenai sesuatu tentang ringan-ringan di majalah. Ia memberitahu aku bahawa, kita semua suka ringan-ringan. Ringan-ringan itu sedap. Ringan-ringan juga murah. Di mana-mana kita boleh ringan-ringan. Di tangga, di lift, di dalam kereta juga di balik pintu. Asal kita mahu.

Tapi seperkara yang tidak enak berkenaan ringan-ringan ini. Kita ngak berapa puas. Maksud aku, kita puas tapi tidak mendapat kepuasan yang total. Tapi dengan masa dan kesempatan yang kita ada, hanya itu yang mampu kita peroleh. Mau minta apa lagi?

Tapi untuk mereka yang pernah merasai berat-berat, pasti ringan-ringan itu hanya untuk pembuka. Mesti mereka mau mengakhiri dengan yang berat-berat kerana berat-berat itu lagi puas, lagi nikmat. Berbanding mereka yang hanya merasai ringan-ringan, mereka pastinya hanya mahu ringan-ringan terus tanpa mahu berat-berat. Bahaya kata mereka. Kerna mereka tidak tahu betapa nikmatnya berat-berat itu.

Bagi aku, aku jujur aku bilang, aku pernah merasai kedua-duanya. Kedua-duanya enak tapi berat-berat jauh lagi enak. Tapi untuk kebanyakkan waktu aku hanya mampu untuk ringan-ringan. Kerna ia mudah. Di kereta juga di atas meja kerja. Lagi satu, untuk berat-berat, harus ada ongkos lebih.

Namun, jika di perhati pada keadaan masyarakat kita hari ini, mereka lebih cenderung untuk ringan-ringan dari berat-berat. Jelas terlihat pada anak-anak sekolah juga terlihat pada orang tua mereka. Ini sebetulnya berbahaya. Berbahaya pada negara kita juga pada sistem masyarkat kita.


Kenapa aku bilang bahaya? Kerna jika kita hanya biasa ringan-ringan, kita selalu tidak puas dengan apa yang kita peroleh. Tidak puas dengan pembacaan buku ringan-ringan, tidak puas dengan makanan ringan-ringan. Seperti komik juga majalah juga hanya ayam goreng. Tapi kerna ia murah serta mudah, itu aja yang kita termampu. Untuk membeli bacaan berat-berat atau makanan mahal-mahal, kita tidak punyai uang juga masa.

Jadi, bila semuanya hanya ringan-ringan. Kita tidak akan serius untuk berfikir secara berat-berat. Kita akan jadi masyarakat yang malas untuk berusaha. Tahap pemikiran kita hanya di tahap yang biasa. Jadi sesekali harus kita cuba membaca bacaan yang berat-berat atau kurangkan makan makanan ringan-ringan, atau apa aja yang ringan-ringan. Segala hasil kita juga akan jadi ringan-ringan. Hasil dalam kerja, politik, periksa, agama dan pelabagai lagi. Harus kita mengubahnya menjadi kenikmatan yang lebih jika hasil itu berjaya menjadi berat-berat. Pasti lebih untung untuk kita.

Dalam bidang pembacaan, aku merasakan kepuasan total hanya wujud melalui pembacaan yang berat-berat. Nikmatnya berbeza sekali jika di banding dengan pembacaan buku yang ringan-ringan (biar sekarang aku udah malas untuk membaca yang berat-berat). Malah tulisan aku ini pun ringan-ringan aja.Aku tidak pasti kalian setuju, tapi aku yakin kalian setuju jika aku hanya cakap. Berat-berat itu lebih sedap dari ringan-ringan. hehhe.

7 comments:

Anonymous said...

Saya suka meringankan segala yg berat². Paling², hati akan tenang, walaupun utk seketika cuma :).

MDM FARAH FAIZURA said...

eheheh..

kamu lagi suka ringan2

begitu?

hehe

abdullahjones said...

Minat menulis? Pergi ke www.esastera.com dan mula menulis.Mungkin kamu juga akan popular. Seperti saya.

MDM FARAH FAIZURA said...

aku mmg mau popular + uang yg banyak..

tapi aku kira masih boleh di runding..

aku x perlu popular tapi aku perlu uang yang banyak..

itu aja dan tidak ada tawar-menawar lagi

ehehe

Anonymous said...

jangan salah anggap ye... :D

azeel said...

wah.. nampaknya kau sudah hampir terkenal seperti abdullahjones...

bangga sungguh aku dgn kau sekarang.. dingin.

Anonymous said...

ringan2 dulu kemudian baru yang berat2. Kalau tidak nanti akan jadi kejutan budaya dong....

:P