Tuesday, August 08, 2006

mencari lelaki romantis I

Aku sekali lagi mahu menulis berkenaan mencari lelaki romantis. Kenapa? Kerna aku juga sebetulnya masih belum ketemu dengan apa yang dinamakan lelaki romantis. Jika filem romantis mudah di cari di panggung-panggung. Muzik romantik cari aja di toko-toko musik.

Tapi lelaki romantis itu bukan semudah menemukan di jalanan atau semudah menemukan di hentian bas. Lelaki romantis seperti yang aku pernah bilang, ialah lelaki yang bisa menimbulkan satu perasaan bergelora dari dalam jiwa wanita. Bergelora yang hangat. Gelora yang lebih menghampiri nafsu.

Sekadar mengatakan diri lelaki romantis sebetulnya tidak cukup. Perlu kepada alatan-alatan tersendiri. Seprtinya panglima besar di medang tempur, perlu kepada zirah besi yang tebal juga kepada pedang yang tajam. Penting juga kuda yang gagah. Begitu juga seharusnya kepada lelaki-lelaki yang ingin jadi romantis. Perlu kepada alatan sepertinya bunga, coklat, kada-kad. Paling penting di zaman modenisai ini pastinya HP. Aku nagk perlu terangkan kegunaan alat-alat itu pasti ia udah jelas jawabannnya

Alat-alat itu hanya sebagai pembantu atau asaba. tapa alatan itu lelaki masih mampu berseorangan untuk menjadi romantis. Asal dia sang lelaki boleh mempastikan suara dia, bicara dia itu bisa menumbuhkan gelora di hati si gadis. Tapi untuk lagi ampuh alatan tadi hatus di guna. Kerna wanita itu kompleks tapi penyelesaiannya hanya perlu 3 prinsip.

Memuji, memujuk juga memuja.

Jika lelaki itu mampu memuji dengan ikhlas pasti terasa sekali romantiknya. Jika ia memjuk untuk cinta juga memuja wanita itu setingga langit. Aku hanya boleh katakan, hanya masa yang jadi penentu, cepat atau lambat. Pasti romantik itu bisa tersemai.

Bicara berkenaan lelaki pula, lelaki yang bagimana bisa secara semulajadi menjadi romantik. Cari lelaki yang berjiwa halus. Yang mana kerjanya banyak terarah kepada sesuatu yang bersifat halus juga seni. Mengharapkan romantik dari seoarang askar bukan ngak bisa, tapi ia harus di pupuk secara pelan-pelan.

Persoalan yang menghantui aku sebenarnya, apa perlunya lelaki romantik itu jika kalian para wanita itu udah bahagia. Atau bahagia itu sebetulnya hanya sempurna jika adanya romantis. Hurm. Aku sendiri pusing.

2 comments:

Anonymous said...

gaya kau dlm photo yg ini... ehmm bisa bikin cewek mengeluh geram..

lebih baik dari wajah poyo kau dlm photo yg terdahulu...

bukankah kau skg lelaki puitis yg romantik.. jadi wajah yg baru ini mmgnya serasi.

sayang sekali, wajah cantik yg sering kau katakan itu, bukannya kepunyaan kau ... lagi.

MDM FARAH FAIZURA said...

aku sebetulnya ingin menguji apa itu 'branding'

ini harus dalam dunia pemasaran

ehehehe