Aku hari ini terfikir sesuatu tentang masa silam aku. Apa yang aku perbuat, apa yang aku tuturkan dan apa yang aku pendam. Segala-galanya hanya satu dua warana. Putih dan hitam. Ada masa lalu yang aku mahu ulang kembali pada hari ini, ada yang mahu aku lupa dan ada yang aku mahu letak di tengah-tengah.
Kenangan aku bersama ibu bapa aku sebetulnya adalah kenangan yang teratas bila bicara berkenaan kenangan manis. Aku masih mahu di dukung, mahu di cium juga mahu di manja. Terkadang aku seperti mahu berlari ketaman sambil di kejar oleh ayah aku, mahu di cuibt oleh ibu aku kerna aku dengan sengaja mencuri-curi hidangan di dapur. Sayang itu ngak akan lagi berlaku. Ada waktu aku rindu dengan hal-hal sebegitu tapi kebanyakan waktu aku redha yang aku udah terlalu berat untuk di dukung, terlalu dewasa untuk di kejar di taman. Juga aku udah terlalu lewat untuk mencuri-curi hidangan di dapur kerna ibu udah pergi dulu.
Kenangan di sekolah pula aku kira ada yang manis tapi untuk kebanyakkan waktu aku rasa kosong. Mungkin kerna di sekolah aku hanya banyak berdiam diri. Sesekali membuat cikgu marah, sesekali lagi membuat cikgu suka. Aku pernah bergaduh, menangis, terluka, ketawa dan tersenyum. Tapi semua kenangan itu kabur bagi aku. Untuk kengan sekolah aku hanya kesal untuk satu perkara, iaitu cinta. Aku tidak peroleh kenagan cinta di sekolah hanya sebab aku terlalu malu dengan perempuan yang aku cintai itu. Aku hanya memerhati dari jauh, tersenyum sendiri. Aku kira, jika aku mulai pasti cinta aku akan bersambut, sayang sekali, aku malu.
Kerna terlalu banyak kenangan aku kira aku mau coretkan aja kenangan tentang cinta (emang tema blog ini, mengenai cinta, ehehe). Bukan bicara kenangan tentang cinta aku, tapi aku cuba berbicara tentang kenangan cinta kita. Bicara berkenaan kenangan pula sebetulnya kita berbicara berkenaan masa lalu. Tidak kira apa pun kesudahannya pada hari ini, sama ada bahgia atau ngak, tapi kenangan cinta tetap akan mengalir dalam darah di otak kiri kita.
Kalau bahgia kita hari ini, pasti kita akan mengingati kenangan itu dengan cara yang indah, tapi jika pahit kita hari ini, pasti kita hanya mampu mengingati hitam cinta itu. Tapi kenapa harus ada kenangan? Kerna kita itu sebetulnya punyai memori di otak. lantas selagi kita hidup, selagi itu kita masih mampu punyai kenangan. Bezanya sama ada kenangan itu kuat atau kabur. Kenangan yang kuat pada hati kita biasanya kenangan dari kejadian yang memberi impak pada hidup. Mungkin itu cinta pertama, cinta kedua atau putus cinta. Apa-apa aja yang membuat hati kita manis atau terluka, pasti sukar untuk kita melupai. Biar kita terus mencuba.
Kenangan itu tidak hanya wujud di memori otak, malah ia juga wujud pada warkah-warkah cinta, patung-patung beruang, bunga-bunga mawar yang udah layu juga pada foto-foto di rak rumah. Benda itu bukan dosa bagi kita jika terus menyimpan (kecuali ada foto-foto porno). Tapi atas alasan apa kita harus menyimpan kenangan yang bentuknya fizik itu. Bagi aku, aku juga begitu dan alasan aku ialah aku ngak samapai hati untuk membuang . Biar ia hanya foto. Tapi ada juga yang berguna pada aku dan aku ngak mungkin membuangnya.Hehehe.
Ada juga yang di simpan kerna ia memberi ingatan bahawa ia sesuatu yang indah pada masa lalu. Atau ia sebagai satu peringatan pada hati. Agar ia ngak akan berlaku lagi. Biar apa pun alasan ia bukan lagi satu dosa. Cuma kita harus berfikir , apa yang kita perolehi sekarang adalah lebih bernilai dari kenangan kita pada masa lalu. Jadi jangan sesekali menjadikan kenangan itu sebagai satu tanda aras untuk perhubungan cinta sekarang. Jika sekarang kamu tidak peroleh pacar yang cantik, biar pun pada masa lalu kamu punyai kenangan berpacar dengan perempuan cantik, jangan sesekali ia menguasai daya fikir dalam membuat pertimbangan dalam perhubungan sekarang. Maknanya di sini, harus jelas. masa lalu dan masa sekarang adalah berbeda. Jangan terkeliru.
Masalah kita, kita sering mengingati cinta lalu itu lebih dari menghargai cinta sekarang. Jadi mudah untuk kita kecewa juga cemburu, jika bekas pacar kita udah punyai pacar yang lain, atau berduka jika pacar kita udah di miliki. Kenapa harus wujud perasaan itu? Apa kita masih menaruh hati pada cinta yang udah tiada? Kita jangan sesekali bercinta dengan kenangan. Kenangan itu hanya mainan fikiran. Lantas kita hanya akan bercinta dengan sesuatu yang ngak wujud. Yang terluka siapa? Kita dan cinta kita yang sekarang.
Aku akui, menulis di blog lagi mudah dari menulisnya sendiri di hati. Kerna ini soal hati. Biar punyai pacar baru, pacar lama masih punyai pengaruh kuat, kerna kita tidak mampu memberi cinta kita pada pacar baru sebagaimana kita memberi cinta pada pacar lama. Lantas, kita sebetulnya hanya memberi sisa cinta pada pacar baru. Apa kata hati pacar baru kita jika dia mengetahui kita masih punyai perasaan pada pacar lama? Pasti dia rasa gagal juga kecewa. Punyai perasaan bukan bermakna kita masih bercinta, tapi kita masih punyai keinginan kuat untuk mengetahui hidup pacar lama kita yang menimbulkan rasa cemburu. Jika hanya mengetahui ngak apa-apa, jangan sampai hati kita merasa cemburu atau ngak puas hati jika pacar lama kita udah jatuh pada dakapan orang lain. Itu jelas, kita masih punyai rasa cinta pada pacar lama. Dan ini hasil dari kenangan yang kita simpan, rasa cinta yang tersembunyi di hati.
Lantas untuk itu bagaimana penyelesaiannya. Bagi aku, ngak usah membuang foto-foto pacar lama atau segala macam hadiah dia. Cuma, jangan letakkan foto-foto atau hadiah dia lebih istimewa dari pacar baru. Buang rasa cemburu dari pacar lama, lebihkan pada pacar baru. Sentiasa ingat, jangan persiakan masa kini hanya untuk masa lalu. Pastikan hidup kita punyai prinsip untuk tidak menjilat kembali lair liur yang udah kita ludahkan di rumput-rumput tepi jalan. Hidup untuk hari ini dan hari esok. Kerna kenangan cinta itu itu umpama delima merah, ia pernah manis dan enak, tapi kerna kita tidak menjamahnya, ia jadi busuk. Lantas untuk apa disimpan di hati. Biar hati kita bebas untu bercinta tanpa di rantai oleh kenangan cinta lalu.
2 comments:
yup....setuju.....!
Kalau dari segi perasaan, kadangkala aku rasa, yang berlalu biarkan berlalu... Tak perlu membenci pacar yang lama, tak perlu membuang segala apa tentang dia, kerna jangan letakkan sesiapa sebagai musuh kita.
Cuma seperti yang aku katakan padamu atau mungkin suatu hari nanti boleh kamu huraikan disini... kita tak tahu apa yang ada sebalik tembok, malah tak terniat mahu ke sebalik tembok kerna kita tak tahu apa istimewanya disebalik tembok itu. Cuma.... kita sering mahu tahu... ada apa disebalik tembok.
Errr.. aku pun tak tahu apa perlunya perasaan ingin tahu itu. Memang udah ada dalam diri setiap manusia mungkin,...
~~~ Itu Aku ~~~
Post a Comment