Monday, January 28, 2008

buat teman yang cantik

Katanya dia mahu sesuatu yang berbeda dalam hidup. Dia mahu menjadi seorang yang bisa membina garisan yang jelas antara masalah hidup dengan tekanan kerja. Lalu aku sebagai orang yang bukan orang ada-ada, mengerut dahi. Kerna selama ini aku sendiri menyangkakan tekanan kerja itu adalah masalah hidup. Dan masalah hidup itu adalah tekanan kerja. Jadi bagaimana pula, teman yang cantik ini berkata dia mahu membina garis yang jelas antara kedua-duanya. Oh. Sukar.


Lalu aku bertanya, mengapa dia mahu garisan itu? Jawabnya supaya kerjanya bisa lancar dan hidupnya lebih tenang. Aku bertambah bingung. Mujur dia cantik, jadi bingung aku itu bisa ditukarkan menjadi senyuman dalam bentuk icon di YM (Yahoo Massenger kalau ngak tahu :-P)


Lalu tanpa perancangan, aku lalu memikirkan diri aku. Aku kira aku juga perlu seperti dia, cuba membina garisan yang jelas antara masalah hidup dengan tekanan kerja. Cuma bagi membina garisan yang jelas itu, perlu dijelaskan dahulu secara terang, apa itu masalah hidup dan apa itu tekanan kerja.


Rasanya untuk hidup aku yang biasa-biasa ini, masalah hidup adalah ngak punyai uang. Jika dahulu ketika masih belum bernikah dengan isteri cantik yang lagi dicintai, aku kerap memikirkan cinta itu juga satu masalah. Memikir siapa yang mahukan diri ini yang serba serbi kurangnya. Mungkin juga hubungan dengan teman-teman itu bisa jadi masalah hidup. Ibu bapa juga bisa menjadi masalah hidup. Jika aku ini adalah adiwira, alien yang mahu menakluki dunia itu adalah masalah hidup. Perlu menentang alien-alien yang datang dari galaksi yang jauhnya jutaan tahun cahaya. Mujur, aku ini manusia biasa. Tidak perlu menentang alien kerna aku yang akan mati dulu ditembak leser alien, paling tidak pun, aku yang akan jadi orang yang berlari sambil menjerit-jerit meminta tolong.


Tekanan kerja pula bisa aku fikirkan adalah masalah yang timbul apabila kerja yang banyak. Datelinenya, Masya-Allah. Rapat-rapat. Tekanan kerna hasil kerja direject oleh bos-bos yang hebat. Tekanan kerna apa yang dimahukan dalam kerja tidak menjadi. Dan sekali lagi mujur, aku ini bukan adiwira dan hanya manusia biasa. Jika tidak pasti tekanan kerja aku aneh-aneh. Seperti tekanan bagaimana mahu menghapuskan alien yang ditembak-tembak, tidak lagi mahu mati. Bagaimana mahu menyelamatkan manusia yang berlari-lari sambil menjerit meminta tolong, sedangkan manusia itu sendiri yang sedang berlari ke arah alien. Argh, tekanan.


Jadi aku kira semua itu tekanan kerja dan masalah hidup. Kiranya ia cukup jelas. Masalah hidup hanya perlu difikirkan selepas pulang kerja dan perlu berhenti berfikir berkenaannya apabila masuk kerja. Ia perlu ditukar pula dengan tekanan kerja. Namun ia bukan semudah itu. Siapalah aku dan siapalah kita mahu membuat begitu. Bagaimana jika masalah hidup itu berlaku di tempat kerja dan seterusnya menjadi tekanan kerja. Gabungan. Misalnya jika bercinta dengan bos. Hurm, contoh yang klise. Mungkin contoh originalnya, misalnya mencium bau kaki rakan sepejabat yang baunya bisa membunuh kucing yang menghidunya sedangkan kita alah pada bau kaki. Ia jadi masalah hidup dan sekaligus tekanan kerja. Jika adiwira pula, masalah dan tekanan kerjanya, dia jatuh cinta dengan alien yang sedang mengejar manusia yang berlari sambil menjerit-jerit meminta tolong. Dan sekali lagi mujur, aku ini manusia biasa.


Jadi aku mahu jawab bagaimana dengan teman cantik aku ini berkenaan garisan yang mahu dibinanya. Mungkin aku boleh beritahu, kamu orang yang beruntung kerna mampu memikirkan mewujudkan garisan pembahagi itu, sedangkan orang lain masih bergelut mahu menyelesaikan masalah hidup dan tekanan kerja pada waktu yang serentak. Hurm. Mungkin aku bisa memberitahu, hidup seadanya kamu. Usah terlalu mahu memikirkan garis yang mahu dibina, kerna dengan mahu membina garis itu, kamu sebenarnya sudah mencipta masalah baru. Erk.


Tetapi dalam kuliah ekonomi, ada disebut, jika kamu menghadapi masalah dengan pelanggan ataupun penjual, berterus terang dengan masalah itu. Jangan terlalu mahu menjaga hati hingga akhirnya diri sendiri rugi. Terus terang aja, yang harga yang mahu dibeli orang itu terlalu rendah ataupun harga yang cuba dijual itu terlalu tinggi.


Tetapi itu dalam bisnes. Bagaimana dalam hidup? Apa mungkin kita bisa berterus terang? Jadi jika segala-galanya terlihat sukar, jalan akhirnya, kembali kepada Tuhan. Eh! Mengapa pula aku selalu menyebut ini sebagai jalan akhir? Bukan sepatutnya awal-awal lagi menyebut berkenaan kembali kepada Tuhan. Hurm. Entah. Mungkin ia pengaruh ultraman yang hanya pada ketika dia hampir tewas, mentol pada dadanya berkelip-kelip dan berbunyi, baru dia menggunakan kekuatan ajaibnya. Mungkin.


Tetapi jika kita memohon kepada Dia dengan sungguh-sungguh, dengan linangan air mata, apa yang perlu kita pohon? Adakah supaya apa sahaja masalah itu bisa beres. Apa sahaja tekanan itu bisa reda. Rasanya, jika sekadar begitu, pasti tidak ke mana. Kerna masalah itu lambat ataupun cepat memang akan beres dan tekanan itu lambat ataupun cepat memang akan reda. Yang kita kurang adalah sabar bagi menghadapi semua itu. Memohon supaya kita bisa bersabar dengan segala masalah. Dengan segala tekanan. Sabar. Sabar. Arwah ibu pernah berpesan, tidak akan ada apa-apa pun di dunia ini yang bisa mengalahkan sabar. Ibu terima kasih atas pesanan itu. Satu lagi al-Fatihah untuk ibu.


Jadi buat teman cantik aku tadi. Maaf kerna aku menceritakan berkenaan alien, menceritakan berkenaan macam-macam. Jika ia tidak juga mampu membuat kamu tersenyum. Ketahuilah satu hal, aku sudah berusaha yang terbaik untuk kamu. Selebihnya terserah kamu sendiri dan jaga diri.



Monday, January 21, 2008

untuk esok

Lama tidak berkata apa-apa. Entah. Mungkin kerna kesibukan waktu. Mungkin juga kerna rasa malas yang menggigit ataupun kerna tidak ada apa yang perlu dibicarakan. Namun, setelah dipejamkan mata bagi memikir sebentar sebab yang tepat, ternyata semua itu adalah sebab yang tepat.


Aku ingat lagi, aku mulai menulis di sini September 2005. Aku gembira buat pertama kalinya aku punyai sesuatu bagi meluahkan apa yang selama ini padam apabila aku masuk tidur. Namun aku berhenti untuk waktu yang lama dan Jun 2006 baru aku kembali. Sebab aku berhenti kerna, entah. Aku sendiri udah lupa. :-P


Sebetulnya, akan ada waktu kita akan berhenti lama di situ. Bukan berhenti kerana udah putus asa, jemu, marah, sedih ataupun apa-apa sahaja. Tetapi berhenti bagi melihat ke belakang, melihat apa yang sudah diperbuat. Kemudian terpulang, sama ada mahu tersenyum ataupun mahu mengerut dahi. Yang pasti, apa keputusan kita pada waktu itu, adalah keputusan yang terbaik pada waktunya. Mungkin kita berfikir, jika aku berbuat begini dahulu, mungkin aku tidak begini kemudian. Ya, betul. Itu cara fikiran yang wajar, namun yang lebih wajar adalah berfikir, apa yang akan terjadi esok jika aku berbuat begini hari ini.


Kerna aku tidak pasti apa yang mahu terjadi esok, biasanya aku hanya membiar esok terus datang tanpa apa-apa ucap selamat pada hari itu dan pada diri sendiri. Akhirnya, hidup jadi serba tidak keruan. Jadi aku mahu tetapkan esok adalah hari ini. Maka apa yang aku perbuat hari ini adalah untuk esok hari. Bunyi terlalu idealistik. Tetapi jika kita berusaha, bisa aja ia jadi realistik.


Perlu cuba. :-)

Wednesday, January 02, 2008

pemulung

Rasanya kita dahulu pernah begini. Bekerja sebagai pemulung. Jika tidak pun sekarang, pasti sewaktu kecil kita. Pemulung itu bagus. Bagus untuk kita, bagus untuk alam.


Lupa, pemulung adalah gelaran pekerjaan manusia yang mengutip sampah dan kemudian menjualnya kembali. Pasti kita pernah berbuat begitu. Mengutip botol-botol kosong, besi dan paling tidak pun menjual semula kertas-kertas di rumah.


Pemulung ini gelaran yang digunakan di Indonesia. Mungkin ia wujud bagi membezakan antara pengemis dengan pemulung. Barangkali kata 'pemulung' itu sendiri lahir dari akar kata 'fulung' iaitu dalam bahasa Bugis bermakna pungut, akhir diangkat menjadi satu kata ganti nama bagi pekerjaan.


Tidak terhad dengan itu, pemulung sebetulnya sudah melangkau jauh, sehingga wujudnya istilah 'ekonomi pemulung' yang digunakan bagi menggambarkan keadaan sesebuah negara. Negara yang menerima sisa-sisa industri dari negara lain dan menjualnya kembali.


Yang pasti, apabila sesuatu itu dijadikan serius, pasti ada istilah untuk kerja itu. Cuma di negara ini, istilah belum ada kepada mereka yang bekerja begini kerna ia bukan kerja yang serius. Paling tidak pun dipanggil pemungut sampah. Dan ini membuktikan dua perkara. Rakyat negara ini masih mampu hingga tidak ramai rakyatnya yang membuat pekerjaan pemulung dan dua, rakyat negara ini mungkin kurang menitikberatkan soal alam sekitar. Ini aja dulu.


Ya, aku ngantuk... taa :-)

Wednesday, December 19, 2007

Rakan yang bisa terbang



http://silapmata.blogspot.com/

Saya ingat lagi dahulu. Betapa kagumnya saya melihat adiwira barat terbang di kaca televisyen. Dengan pelbagai gelaran. Superman, Captain Amerika dan pelbagai lagi. Mujur saya tidak merasakan saya mampu terbang seperti mereka. Jika tidak, pasti saya sudah cuba 'terbang' dari bumbung rumah.

Atas kesedaran itu saya sering 'mengarahkan' ayah saya 'menerbangkan' saya. Tinggi hingga mahu sampai ke siling rumah. Saya gembira. Ayah saya juga gembira.

Sejak itu juga saya mengerti sesuatu, terbang bukan berkenaan dengan kehebatan, tetapi ia lebih dekat kepada kegembiraan. Perasaan kegembiraan itu saya alami lagi apabila pertama kali menaiki kapal terbang. Saya tersenyum sepanjang penerbangan. Melihat awan putih bergumpal cuba melindungi awan biru. Saya gembira. :-)

Namun, ada suatu masa, saya 'terbang' di jalan raya. Saya kemalangan motorsikal. Saya luka. Kulit lengan saya tersiat. Daging putih jelas terlihat. Tetapi ia cuma sesaat sebelum warana merah darah mengambil alih. Darah merah menitis. Dan yang lebih memedihkan apabila sang jururawat memberus luka saya. Katanya, bagi membuang pasir. Aduh. Tidak cukup dengan itu, sang jururawat menyapunya dengan iodin kuning. Disental biar rata. Saya hanya mampu melagakan geraham sambil memejamkan mata. Gelap.

Saya tidak menyalahkan 'terbang'. Terbang tetap mengembirakan. Cuma yang tidak mengembirakan adalah pendaratan.

Saya merasai lagi kenikmatan 'terbang' saat pertama kali pandai rasa rindu dengan mahluk berlawanan jantina. :-P Saya sekali lagi 'terbang' terawang-awang. Terbang kali ini lebih indah. Saya suka. Saya gembira. Cuma seperti yang saya katakan tadi. Terbang tidak pernah salah. Yang salah adalah pendaratan yang tidak betul. Saya jatuh lagi. Ternyata terbang saya, terbang yang sendiri. Mujur terbang saya tidak terlalu tinggi. Jatuh pun, sakitnya tidak menjadi. Paginya saya sudah bisa tersenyum sendiri.

Kemudian, saya sudah melupakan berkenaan terbang sehingga saya menemui seorang sahabat saya. Katanya, "Saya percaya, saya mampu terbang."

"Bagaimana?"

Dia tidak menjawab. Cuma tersenyum.

Sehinggalah semalam, dia berkata.

"Lihat...."

Saya melihat terus ke monitor komputernya. Novel terbaru dia. Ya, ternyata dia mampu terbang. Jika tidak pun terbang secara hakiki, setidak-tidaknya dia bisa terbang dengan royalti yang dia bisa peroleh nanti.

Lebih penting, dia tidak 'terbang' sendiri. Dia membawa sesiapa sahaja yang membaca novelnya, 'terbang' bersama-sama dia.

Dan seperti yang saya katakan. Terbang itu mengembirakan.

:-)

Monday, December 17, 2007

aku mau cintai kekuranganmu

Beberapa hari lalu. Aku melalui perkara yang aku kurang setuju. Duduk di dalam kereta yang tersedu-sedu geraknya. Bukan kerna enjinnya udah uzur tetapi kerna keadaan jalan raya yang langsung tidak bisa diajak tersenyum. Jem.


Mujur aku merasakan waktu tidak berlalu perlahan. Mungkin kerna aku ikut menyanyi bersama nyanyian lagu daripada radio kereta. Menyanyi sepenuh hati. Seolahnya aku bersatu dengan baris liriknya.


Sehingga pada satu saat aku mendengarkan lagu dari negara tetangga. Indonesia. 'Aku Mau'. Ada baris liriknya yang membuat aku menegangkan dahi. Bukan kerna ia terlalu berat bagi diertikan. Cuma ia kedengaran terlalu lembut dan benar.


'Aku mau cintai kekurangan mu'


Biasanya, aku sering mendengarkan:


'Aku akan menerima dirimu seadanya.' ataupun yang seerti dengannya.


Aku memikir sambil memerhati kereta merah di hadapan aku. Biasanya, manusia yang bercinta itu mencintai kelebihan pasangannya. Mungkin pasangannya punyai gigi yang cantik, hidung yang mancung ataupun kulit yang putih. Manakala jika pasangannya itu punyai kekurangan kerna tubuhnya yang terlalu gebu, kulitnya yang berwarna kopi kurang susu dan seumpamanya, sang pencinta hanya akan berkata, dia menerima segala kekurangan itu dengan seadanya. Hanya menerima seadanya. Bukan mencinta.


Betul, ia bukannya hal yang berat. Malah tidak pula menjadi hal yang serius. Cuma jika dilihat ke belakang, sebenarnya ada manusia yang udah melaksanakan lirik lagu itu. Mencintai kekurangan kita. Ibu dan bapa. Mereka bukan sekadar menerima seadanya kekurangan diri kita, tetapi sebenarnya mencinta. Jika sekadar menerima seadanya, pasti kita tidak berada pada tahap kita sekarang.


Jika pun ada kekurangan kita yang mereka tidak mampu terima,mungkin ia kekurangan daripada segi sifat nakal kita yang berlebihan. Tidak menurut dan kuat berkata tidak bagi suruhan mereka. Itu normal.


Persoalannya, apa mungkin kita mencintai kekurangan pasangan sendiri. Diakui pada awal bercinta, pasangan kita adalah segalanya. Tidak langsung terlihat cacat celanya. Jika pun mereka memberitahu kita yang kekurangan diri mereka, kita hanya tersenyum dan berbisik kepada mereka, 'aku menerima seadanya kamu.'


Aku kira itu adalah batasan cinta manusia. Manusia hanya bisa mencintai apa yang indah tetapi jika ia tidak indah, mereka hanya akan membuang ke tepi. Jika pun tidak di buang, kekurangan itu hanya diterima seadanya. Diterima tanpa pelukan erat. Hanya umpama salaman tangan yang longgar dan ringan.


Namun, tidak salah kita mencuba mencintai kekurangan pasangan kita. Mungkin dengan mencintai kekurangan itu, kita akan lebih mengerti makna cinta itu sendiri. Iya, segalanya mungkin. Tinggal lagi, kita mahu ataupun tidak.


Mungkin juga aku boleh mencuba sekarang. Menghantar sms begini kepada isteri aku di rumah,

“Maaf, kerna aku baru mahu mulai cuba mencintai kekurangan mu”


Mungkin dibalasnya begini.


“:-) Kamu tahu, mengapa aku dan kamu bersatu? Kerna tuhan mahu kita berdua saling melengkapkan kekurangan masing-masing.”


Pasti aku tersenyum sepanjang hari. Namun itu hanya mainan fikiran. Aku tidak fikir aku mampu menghantar sms sebegitu. Jika pun aku menghantar paling tidak jawapannya begini


“Maaf, kamu salah nombor.”


:-P






Friday, December 07, 2007

intuasi itu indah

"Aku yakin, dia tercipta untuk aku."

Itu dialog yang aku sering dengar di filem. Untuk dialog itu, aku masih bisa serius. Namun bagi dialog selanjutnya aku akan mudah tersenyum.

"Bagaimana kamu tahu?"

"Kerna suara hati aku mengatakan begitu."

Wah, dengan hanya menggunakan intuitif, pelakon utama bisa mengetahui calon ranjangnya. Tetapi itu bisa di maafkan , kerna biasanya yang berkata begitu adalah hero. Cuma dalam kehidupan sejati, apa kita bisa nyatakan kita ini hero? Jika ngak, maknanya intuatif itu tidak bisa diguna bagi menjadi solusi utama permasalah hidup. Lebih-lebih lagi jika ia berkait soal hati.

Aku memahami hal itu daripada seorang teman. Teman yang aku kira punyai intuasi yang kuat dan aku bertanya, berkenaan intuasi dia.

"Intuitif itu bisa diguna bagi empat perkara. Pertama, apabila kita perlu membuat keputusan, biar kita tidak ada maklumat berkenaan hal itu. Namun ia akan memberi keputusan yang lemah. Kedua, intuatif itu digunakan apabila kita punyai banyak maklumat, namun maklumat itu langsung ngak relevan dengan kata putus yang mahu dibuat. Ketiga, kita punyai banyak keputusan yang sama-sama baik ataupun sama-sama buruk dan kita perlu memilih antaranya. Keempat, apabila kita udah terdesak dan kita langsung tidak punyai maklumat. Namun, semua hasil dari keputusan itu lemah."

"Jadi bila intuatif itu bisa jadi keputusan yang tepat?"

"Apabila kamu semakin banyak maklumat, maka semakin tinggi daya intuasi kamu," katanya tersenyum.

Aku diam.Memerhati dia. Memberitahu, aku pening dengan jawapannya. Mujur dia mengerti.

"Itulah intuatif. Ia adalah suara hati. Namun ironinya, suara hati yang tepat tetap perlukan maklumat. Jadi jika kamu mahu jadi seorang pemikir intuatif yang tepat, pastikan kamu punyai banyak maklumat. Dan, dengan itu hasil dari intuasi kamu akan menjadi indah."

Thursday, December 06, 2007

Sewaktu aku kecil, aku punyai banyak rencana. Misalnya, tidur di rumah kawan. :-P Namun setiap kali mahu melaksanakan rencana itu, aku sering kali sembunyi daripada ayah. Kerna ayah akan bertanya, "Mengapa?" "Kenapa?" dan pelbagai soalan yang aku fikirkan langsung tidak membantu hasrat aku.

Aku melebelkan ayah sebagai seorang yang negatif. Biarpun aku sedar dia berbuat begiru kerana sayang. Namun aku masih tidak mampu

Wednesday, December 05, 2007

Sapardi Djoko Damono

Itu nama pencipta puisi indah ini

aku ingin

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana

dengan kata yang tak sempat diucpakan kayu

kepada api yg menjdikannya abu

aku ingin mencintaimu dengan sederhana

dengan isyrat yg tak smepat disampaikan awan

kepada hujan yg menjadikannya tiada


Wednesday, November 21, 2007

cinta pragmatik

Aku diberitahu oleh seorang teman katanya, jangan sesekali cinta kamu itu bersifat pragmatik. Kerna cinta pragmatik itu cinta sifatnya sementara , tidak kekal.

Kemudian dia meminta aku membenarkan kata-katanya itu. Wah, makna pragmatik itu pun aku masih kabur, bagaimana harus aku membenarkan berkenaannya.

Lalu aku bertanya, cinta pragmatik itu cinta yang bagaimana, sehingga ia bisa tidak kekal?


Teman aku diam sebentar. Ah... mengapa semua teman aku perlu diam sebentar seolah-olah sedang berfikir bagi menjawab persoalan aku. Mungkin mereka mahu terlihat hebat. Hihihi


“Cinta pragmatik itu begini, jika kamu bertanyakan soalan sebegini, 'apa yang akan terjadi sekiranya...'. Ia bermaksud kamu memikirkan apa yang perlu dilakukan apabila cinta kamu berhadapan masalah. Lalu ia cinta pragmatik.” katanya tersenyum.


Kemudian dia menyambung. Seperti tahu-tahu aku mahu bertanya lagi.


“Cinta pragmatik itu juga apabila kamu berfikir apakah cinta itu senang dilakukan dan senang didapat. Jika pun ada cinta lain yang lebih cantik dan elok tetapi jika ia sukar didapatkan, dan kamu beralih kepada cinta yang lebih mudah didapatkan biarpun ia tidak secantik cinta pertama tadi, maka ia juga cinta pragmatik. Bukan itu sahaja, jika cinta itu biarpun tidak sempurna tetapi kena pada situasi, misalnya, kamu udah tiada pilihan lain selain cinta itu kerana situasi ekonomi ngak kukuh, maka ia juga cinta pragmatik.”


“Owh begitu...” kataku. Ringkas. Tidak tahu mahu menyambung apa.


“Yang utama dari cinta pragmatik adalah, apakah keuntungan segera yang bisa diperoleh dari hasil cinta itu. Jika kamu bercinta tetapi kamu tidak mahu lambat dalam memperoleh untungnya, maka kamu itu sebenarnya manusia yang punyai cinta pragmatik.”


“Lalu lawan cinta pragmatik itu apa?” tanyaku lagi.


“Ia tiada lawan. Cuma jangan biarkan cinta pragmatik itu sendiri-sendiri kerana bisa ditumpangi setan dan nafsu. Pastikan ia terisi iman. Itu aja”


Aku mengangguk lama-lama. :-P

Tuesday, November 20, 2007

bowling dan pink

Aku tidak tahu apa akhirnya cerita ini. Aku juga tidak diberitahu adakah ia sebuah filem ataupun drama. Cuma aku diberitahu oleh seorang teman berkenaannya. Teman aku itu berkata dia suka kisah ini. Kisah yang menyebabkannya teringat kata-kata hikmah Hamka.


Aku hanya diam mendengarkan teman aku itu bercerita. Ia kisah pasukan bowling yang ditubuhkan bagi mewakili satu jabatan di sebuah syarikat. Tidak pasti jabatan apa. Cuma di ceritakan jabatan itu hanya mempunyai dua lelaki dan selebihnya wanita. Ketuanya juga wanita. Malah warna pasukannya juga pink. Ya. Pink. Mujur semua wanita itu cantik-cantik. :-p


Aku mencelah dan bertanya “Adakah ini mengisahkan dua orang lelaki itu akan menjadi hero?”


Teman aku itu tersenyum dan menggeleng kepala. Katanya salah seorang lelaki itu bisa dan seorang hanya tahu melempar bola. Seluruh kekuatan pasukan bowling di sandarkan pada ketua jabatan. Seorang wanita.


“Jadi ini cerita berkenaan wanita itu?”


Bukan. Ia bukan cerita berkenaan wanita itu dan lelaki itu. Ini cerita berkenaan pasukan itu. Dalam kisah ini, pasukan itu bukan watak hero. Tidak ada pula aksi yang luar biasa. Daripada zero to hero. Mereka hanya pelengkap bagi kisah ini.


“Jadi mengapa kamu suka?”


Kerana mereka mencuba. Mencuba dalam gembira. Mereka bukan pembowling handalan. Tetapi mereka kenal keindahan pertandingan bowling itu. Pertandingan itu indah kerna ia merapatkan ikatan antara warga syarikat dan itu yang mereka persembahkan. Atas kerna itu juga, pasukan Pink sanggup dan menyatakan kesanggupan mereka dengan bermain dengan penuh semangat. Itu yang mengingatkan aku pada kata-kata Hamka- Kenal pada keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia.


“Jadi apa akhirnya kisah ini.?


Teman ku itu tersenyum lagi. Dari diam, dia memberitahu, katanya, pasukan Pink itu biarpun sedar posisi mereka tidak sekuat mana, mereka tetap berkata, “Lawan tetap lawan.”


Hehehe.

Sunday, November 18, 2007

aku akan ke tepi

Moga tajuk kali ini cocok dengan postingnya :-p

Aku diberitahu oleh seorang teman. Katanya, "kamu tidak perlu memberitahu siapa diri kamu kepada dua jenis manusia. "

"Siapa?" tanyaku.

"Manusia yang menyayangi kamu dan manusia yang memusuhi kamu. Kerna manusia yang menyayangi kamu tidak perlukan sebab bagi menyayangi kamu. Manakala manusia yang memusuhi kamu pula tidak akan mempercayai apa yang kamu beritahu."

Aku akui kata-kata itu. Ternyata ia benar. Sehingga teman aku itu tadi pudar daripada pandangan aku. Aku masih terfikirkan kata-katanya. Aku teringatkan berkenaan seorang lagi teman aku. Katanya dia udah capek mahu meyakinkan pujaannya yang dia udah berubah. Udah menjadi yang baru. Bukan lagi yang dulu. Katanya lagi, pujaannya masih punyai perasaan bisu dan dingin (eh, nama aku naik ;-P) pada dia.

Teman aku itu terlihat udah bisa menerima hakikat yang pujaannya sudah tidak akan mungkin lagi berpaling. Biarpun aku yakin, teman aku itu tetap masih menaruh harapan pada pujaannya. Teman aku itu terlihat sebagai seorang yang bisa biarpun dia hanyalah seorang yang biasa. Tetapi aku masih ragu.

Rasanya jika teman aku itu ada di sebelah aku waktu ini, mahu aja aku berkata, "jangan penatkan diri kamu memberitahu siapa diri kamu sekarang kepada dia. Kerna jika betul hadirnya kamu di dunia ini bagi menjadi pasangannya, pasti ada satu saat nanti, dia datang kepada kamu. Jika tidak pun dia yang datang, pasti ada lagi manusia lain yang datang. Manusia yang bisa menjadi pujaanmu dan kemudian kamu jadi pujaannya. Pada saat itu kamu tidak perlu memberitahu siapa diri kamu, kerna dia tidak perlukan itu bagi menyayangi kamu. Dia hanya perlukan kamu diam duduk di pelamin bersama dia."

Tetapi mungkin teman ku itu akan berkata, "Tetapi pujaanku bukannya musuh aku dan dia tidak akan pernah mahu menjadikan aku sebagai musuh. Jadi aku fikir dia masih mahu mendengar apa yang aku beritahu berkenaan apa yang bisa aku perbuat untuk dia. Benar dia tidak lagi menyayangi aku, tetapi sekal lagi aku tegaskan, dia juga belum menjadi musuh aku. Sebab itu aku perlu terus memberitahu yang aku bisa jadi apa yang dia mahu."

Pada saat itu aku fikir, aku akan diam dan mengaku kata-kataanya itu benar. Persoalannya akan kembali kepada aku. Aku mahu terus menggalakkan dia ataupun terus berdiri di hadapan dan menghalang dia daripada terus melukai dirinya sendiri. Semoga dia memberitahu tuhan, supaya memelihara dia. Kerna tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Saturday, November 17, 2007

andai ku tahu


klik jika mahu dengar ;-)

Untuk waktu ini, aku suka dengan lagu ini. Lirik dan melodinya santai dan segar, di telinga dan di jiwa. Cuma dalam waktu yang sama aku berfikir, apa yang lagu ini bisa perbuat untuk aku selain sebagai halwa telinga.

Mungkin aku akan bertambah kuat beribadat bagi masuk surga.
Ataupun aku semakin takut dengan dosa.
Ataupun juga, aku semakin menggemari kumpulan Ungu. :-P

Ternyata, muzik bukan sumber keinsafan yang kuat bagi aku. Kerna aku masih bisa menggoyang kepala dan menghentak kaki setiap kali mendengarkan lagu ini. Jika aku mendapat keinsafan dari lagu ini, aku sepatutnya terus bangun dan mendirikan solat sunat taubat usai aja mendengarnya. :-) Yang ternyata itu tidak terjadi. Malah aku ulang dengar lagi berkali-kali. Kemudian aku terfikir lagi, lagu sebegini sebenarnya tercipta bagi memberi ingat dan selebihnya terserah pada kita mahu membuat apa atas ingatan itu. Cuma untungnya, aku boleh pastikan dengan mendengar lagu ini, aku boleh terlihat Islami. Dan lelaki dingin yang terlihat Islami itu automatik terlihat cool. :-P (Biarpun ngak cool langsung)

Okeh. Ini liriknya. Nikmati dan jika mampu, hayati. :-)

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…






Friday, November 16, 2007

gading mana yang tidak retak

Aku suka dengan kisah ini. Ia kisah klasik. Dikatakan ia kisah yang berasal dari India. Kemudian ia terdapat dalam pelbagai versi. Daripada versi Buddha hingga ke versi Sufi. Kemudian pada abad ke-19, John Godfrey Saxe (gambar) mempopularkannya melalui sajak "Blind Men and an Elephant". Ia kisah berkenaan lima orang buta dengan seekor gajah (sesetengah sumber mengatakan enam). Seorang memegang gading, seorang memegang kaki, seorang memegang belalai, seorang memegang badan, dan seorang memegang ekor.

Akhirnya kelima-lima buta tadi berkumpul dan bercerita berkenaan rupa gajah itu. Orang yang memegang gading, berkata, gajah itu licin dan keras. Yang memegang ekor berkata gajah itu halus dan lembut dan begitulah seterusnya. Mereka akhirnya berbalah atas sebab itu. Masing-masing menggambarkan gajah itu berdasarkan apa yang mereka sentuh. Ahli bijak pandai kemudiannya mentamsilkan kehidupan ini seperti kisah orang buta dengan gajah tadi.


Sering kali manusia itu berfikir dirinya adalah betul sedangkan dia hanya melihat dan merasai sebahagian kecil sesuatu situasi, tanpa melihat keseluruhan situasi. Tanpa mereka sedari masih banyak ruang yang belum dirasai, belum dijelajahi. Seperti seseorang yang memberi nasihat kepada temannya yang baru gagal dalam sesuatu situasi. Menyalahkan temannya dengan mengatakan temannya itu silap kerana begitu begini sedangkan dia sendiri tidak pernah melalui situasi yang betul-betul serupa dengan temannya tadi. Jadilah dia seperti orang buta yang mengatakan gajah itu keras dan licin kerana hanya memegang gading.


Ini pernah berlaku pada aku. Ketika seorang temanku yang cantik mengadu betapa sulitnya situasi dia sekarang. Mahu mencinta tetapi sukar. Mudah sekali jawapan aku.


“Kamu cari yang lain. Banyak lagi yang menanti kamu. Kamu bukan tidak cantik.”


“Kamu tidak mengerti,” katanya sambil tersenyum lirih.


“Apa yang aku tidak mengerti?”


“Ini soal hati.”


“Pedulikan soal hati. Dahulukan agama,” hujahku. Wah, waktu itu aku gemar menggunakan agama bagi mematikan hujah :-P. Tetapi setidak-tidaknya hujah aku itu benar.


“Kerna aku dahulukan agamalah aku berbuat begitu.”


“Jangan kamu memutar belitkan agama,” bantahku lagi.


“Kamu tidak mengerti,” ulangnya lagi. Diulanginya juga senyumannya tadi. Biarpun aku menikmati indahnya senyuman itu tetapi aku tetap cuba menghindar dari membalasnya. Bahaya. :-P


“Cuba beritahu, apa yang aku tidak mengerti?”


Usai aja aku bertanya, teman cantikku tadi terus bercerita berkenaan gajah dan orang buta. Aku diam mendengar.


“Jadi kamu bilang aku ini seperti orang buta tadi?” kataku.


“Itu bukan soalnya. Aku sendiri juga buta. Tetapi soalnya adalah, mengapa tuhan membiarkan si buta-si buta tadi memegang bahagian tubuh yang berlainan. Mengapa tuhan tidak membiarkan sahaja di buta memegang tubuh gajah yang sama. Yang paling utama, mengapa ada si buta yang di takdirkan memegang gading dan ada pula yang memegang ekor. Kerna tuhan tahu, kita tidak akan mampu memahami makna kehidupan ini secara sendiri-sendiri. Kamu perlu bersyukur kerana kehidupan kamu sekarang biarpun buta tetapi kamu tetap memegang gading, tetapi jangan menidakkan apa yang aku pegang ini. Biarpun aku hanya memegang ekor yang busuk terkena najis, tetapi ekor tu juga benar ujudnya. Kamu tidak bisa membantu aku memahami berkenaan kehidupan ini jika kamu tidak mahu memahami aku. Tidak mahu memahami apa yang aku pegang ini. Aku tidak memegang gading, aku hanya memegang ekor. Bantu aku dengan tidak memaksakan kehidupan kamu terhadap aku. Jika aku bisa memahami betapa indah dan bertuahnya hidup kamu sekarang yang memegang gading, mengapa kamu tidak cuba memahami hidup aku ini, dengan memahami hidup aku barulah kamu mengerti apa itu kehidupan.”


Aku terdiam lama.


“Ya aku akui, aku masih lagi belum menyeluruhi makna kehidupan ini. Maaf.” kataku sambil tersenyum untuk pertama kalinya.





Thursday, November 08, 2007

menggosok baju

Antara pekerjaan yang paling sukar dalam hidup aku adalah, menggosok baju. Entah apa hikmahnya tuhan tidak memberikan aku bakat bagi menggosok baju. Seringkali aja baju yang aku saterika itu comot. Tidak licin seperti yang sepatutnya. Mujur, tuhan menjodohkan aku dengan wanita yang hobinya menggosok baju. Sehingga, kemana-mana pun dia berpergian, pasti sterika ada di dalam beg. Tukang bawanya aku. Owh, ini keadilan tuhan yang nyata. :-p

Pada suatu hari, aku mendatangi seorang teman dan lantas menuduhnya, "Kamu ini tidak punyai commn sense."

Teman itu terdiam sebentar dan terus bertanya kembali, "Bagaimana mahu mendapatkan common sense itu?"

Aku diam. Fikiran aku ligat mencari jawapan. Ternyata aku gagal memberi jawapan. Aku ini tidak punyi kapasiti bagi membahas berkenaan common sense, kerna sebetulnya, tuduhan tidak punyai common sense itu juga mengenai aku. Aku ini sendiri kurang common sense. Sering kali berbuat yang salah pada waktu yang salah. Owh.

Tapi aku tetap menjawab, "Kamu perlu baca buku2 karangan aristotle dan Ibnu Sina. Mereka itu punyai ilmu berkenaan common sense dan menjadikannya satu falsafah pemikiran."

Sebetulnya jawapan itu umumu. Fungsinya hanya bagi mengelak menjawab soalan dia kerna aku sendiri tidak tahu jawapannya. Hehehe.

"Bagaimana kamu aja yang memberitahu aku isi kandungan buku Ibnu Sina dan Aristotle itu?" tanya teman tadi. Aku terperangkap. Aku sendiri tidak pernah serius membaca tulisan-tulisan mereka. Bagaimana mahu terangkan. Hohoho.

"Sebenarnya aku berterima kasih pada kamu. Kerna pertanyaan2 kamu menyedarkan aku, aku sendiri tidak mengusai ilmu berkenaan common sense. Cuma aku fikir common sense itu seperti orang yang menggosok baju. Perlu tahu arah yang perlu di lalui sterika. Perlu memilih kepanasan yang wajar bagi setiap kain yang berbeza. Perlu sabar. Begitu juga common sense bagi seorang manusia. Perlu tahu arah yang betul bagi memasuki sesuatu kumpulan manusia. Perlu memilih perkataan yang wajar bagi mencairkan suasana persahabatan yang dingin. Kerna sahabta itu seperti baju. Ia bisa jadi perlambangan bagi sesiapa yang memakainya. ia bisa melindungi dan juga menjaga. Namun bagi mencantikkannya, ia perlu di gosok dan menggosok itu adalah common sense. Perlu sabar dan perlu sentiasa berlatih. Kamu mungkin tidak punyai kemahiran itu, tetapi tuhan akan mendatangkan seseorang yang akan menjadi pembantu kamu supaya bisa common sense pada sekitar," kata ku tersenyum

"Jawapan yang paling gila pernah aku dengar," kata teman ku itu. Heh, harus, aku perlu bilang apa. hehehe.

Thursday, November 01, 2007

ini cerita teman dan roda

Ada pun hidup ini umpama roda yang sering ke atas dan ke bawah namun aku tetap bersyukur. Kerna apabila aku di bawah, setidak-tidaknya aku ini roda yang berputar di jalan yang rata. Biar pun berdebu, setidak-tidaknya ia tidak berlumpur dan berduri. Mungkin akan ketemu duri dan lumpur itu, dan semoga pada saat ketemu itu aku udah di atas. :-P

Lupa juga memberitahu, untuk waktu ini dan seterusnya, aku punyai teman2 baru. Teman yang cantik2 dan kacak. Nanti ada waktu aku bercerita berkenaan teman2 cantik dan kacak aku itu. Sehingga waktu itu, aku doakan aja dulu kesejahteraan untuk mereka. Yang ternyata mereka itu bisa dibuat teman.

Iya. Itu aja dulu. :-)

Wednesday, October 31, 2007

bumi mana yang tidak ditimpa hujan.

Tajuk di atas langsung tidaka ada kena mengena. Cuma aku mikirin. Sekarang musim hujan. Itu aja. Hihihi

Owh. Aku terima soalan ini melalaui e-mel. Entah siapa menghantarnya. (Ini hanya imaginasi. Ngak ada orang menghantar e-mel bertanyakan soalan kepada aku. Hahaha)

Katanya, dia punyai masalah. Dulu dia punyai peluang dan sekarang kerna silapnya, peluang itu hilang. Masalahnya dia mahu tahu bagaiaman untuk meraih peluang itu kembali.

Aku sedikit pening kerna dia tidak menyatakan peluang apa. Sehingga aku membaca baris akhir e-mel itu, ada tertulis, 'sang pencinta duka'. Hahaha. Ok, makanya hal ini berkenaan cinta. Kiranya, dia mahu merebut kembali peluang bagi bercinta.

Sekarang aku bertambah pening, kerna aku tidak pernah melalui situasi begini. Biasanya aku hanya melalaui situasi, 'tidak pernah punyai peluang' :-P. Owh. jadi bagi menjawab soalan e-mel itu pasti sekali tidak mungkin.

Namun aku tetap menulis jawpaannya. :-P. Lihat kembali masa lalu. Tanya diri. Bagaimana peluang tu hadir? Apa mungkin keadaan itu bisa berulang? Bagaimana pula peluang itu bisa hilang. Apa mungkin keadaan itu bisa kembali. Jika semua jawapannya YA. Lupakan aja pelaung itu. Itu bukan peluang dan ngak usah direbut. Kerna akhirnya kamu tetap begitu, tetap berada pada situsi sekarang. Cari aja pencinta lain yang mahu mengerti dan mahu memberi waktu bagi memahami betapa unik dan indahnya perwatakkan kamu.



Ok. Cukup untuk imaginasi malam ini. :-)

Friday, October 26, 2007

salahkah jika aku mahu bermimpi?

'Tidak perlu mencari cinta, jika anda mempunyai kulit yang putih, kerna cinta akan mencari anda'. Itu antara kata-kata yang aku peroleh dari iklan produk pemutih kulit di siaran televisyen Indonesia. Iklan itu tidak lagi sembunyi-sembunyi dalam mesejnya. Ia begitu berterus terang. Memang perlu diakui manusia di Asia terutamanya wanita, kepingin kulit yang putih hanya kerna sebab itu. Mahu dicintai dan mahu mencintai. Aneh bunyinya. Tapi itu hakikat.

Selain menonton siaran televisiyen Indonesia, aku juga menonton siaran televisyen kerajaan Malaysia (yeah). RTM- TV1. Ada satu cerita yang menarik perhatian aku. Filem orang Inggeris. Cerita seorang ibu yang khuatir melihat anak perempuannya, seorang gadis cantik yang masih belum lagi punyai teman hidup. Lantas atas keprihatianan si ibu, dia memasuki laman web mencari jodoh dan mendaftarkan anaknya itu. Hasilnya, seorang lelaki budiman yang kacak menghantar mesej peribadi dan mereka mula berbalas-balas mesej peribadi. Sehingga pada suatu saat, si lelaki budiman itu mahu berjumpa dengan wanita itu. Masalahnya, yang berbalas-balas mesej dengan lelaki budiman itu bukan sang anak tetapi si ibu.

Sang anak membantah tindakan ibunya. Tetapi lelaki budiman sudah menunggu di depan pintu. Ternyata lelaki budiman itu terlalu kacak untuk di tolak. Lantas sang anak setuju. Malah teruja. Cuma konflik yang mula timbul, si lelaki budiman tadi merasakan dia lebih dekat kepada ibu sang gadis lebih daripada gadis itu sendiri. Terjadi cinta yang entah aku sendiri tidak bisa menafsir. Cinta tiga segi? Si gadis jatuh cinta pada si lelaki budiman, tetapi si lelaki budiman jatuh cinta pada ibu si gadis dan ibu si gadis hanya mahu melihat anaknya bahagia. Untuk pengetahuan semua, ibu si gadis itu adalah seorang janda yang cantik. :-p

Dalam hidup pula, aku mempunyai seorang teman yang cantik yang bertanya “Salahkah aku jika aku mahu bermimpi?”

Soalannya terlalu abstrak, rumit untuk otak tidak genius aku ini bagi mentafsirnya. Lantas aku bertanya lagi, “Mahu bermimpi yang bagaimana?”

“Bermimpi memiliki lelaki yang aku suka?” katanya lembut Dalam hati aku berkira-kira, semoga lelaki itu aku. Dalam pada masa yang sama muncul bayangan isteri aku di sebelah aku menyingsing lengan baju. Terus aku berishtifar dan menyebut nama isteriku tiga kali :-P

“Mengapa perlu bermimpi?” tanyaku lagi sambil tunduk. Kerna adalah elok tidak memandang sesuatu yang cantik buat masa itu. :-P

“Kerana aku sudah berbuat silap sehingga dia yang sudah di tangan, kembali menjauh. Lantas aku hanya bisa bermimpi,” jawabnya lagi. Seolah putus harapan. Seolah mengubat lukanya sendiri.

“Silap yang bagaimana?” tanyaku lagi. Aku hanya mampu bertanya kerna aku sudah bilang, otak aku ini tidak genius.

“Aku terlalu mendesak dia menerima dan memilih aku dalam hidupnya. Terlalu mendesak dia mengucapkan kata-kata itu. Sehingga dia merasa aku ini tidak memberi pilihan kepada dia untuk berfikir. Tidak memberi ruang untuk dia bernafas, aku terlalu mendesak,” jawabnya lagi. Tetapi aneh, wajahnya tetap ceria. Ternyata dia bisa menyembunyi luka.

Aku mahu bertanya lagi, tiba-tiba aku teringat iklan petronas, “burung apa bah?...burung murai nak,” Aku ini seperti budak kecil itu. Ekeke. Asyik bertanya. Lantas aku malu mahu bertanya.

Melihat aku diam dia kembali menyambung, “Berapa harga yang aku perlu bayar bagi mendapatkan cinta dia?”

Wah. Aku jadi takut. Kerna apabila wanita mula bertanya berkenaan harga cinta, sang lelaki bisa meletak berapa sahaja yang mereka mahu dan biasanya mereka akan meminta yang priceless. Kemudian aku bertanya hatiku, mengapa aku perlu takut dan kemudian menjadi seolah lelaki yang baik. Hatiku menjawab, kerna blog aku ini dibaca oleh isteriku, jadi jika mahu menulis cerita pastikan aku ini watak yang baik :-p (Lupa memberitahu, ini hanya cerita rekaan. Semua kisah teman-teman cantik yang aku tuliskan di blog ini hanya ada dalam imaginasi aku. Cuma cerita berkenaan isteri aku sahaja yang benar. Ampun semua :-P)

Ok kembali bercerita. Dalam keadaan yang sebegitu aku pun menceritakan berkenaan iklan Indonesia dan filem Inggeris yang aku tonton itu. Teman cantik aku ini, khusyuk mendengar. Kemudian dia bertanya pula,

“Apa kaitan dua kisah itu dengan kisah aku?”

Aku buat pertama kali berani mengangkat muka dan melihat wajahnya yang cantik. Kemudian berkata, “Kisah kamu semua sama. Kisah berkenaan manusia yang mahu bermimpi berkenaan cinta. Cuma cara ia dipersembahkan berbeda. Aku tidak dapat bayangkan jika kamu terpaksa membeli produk pemutih itu hanya untuk cinta dan sudahnya si pembeli hanya mampu bermimpi. Ini kerna kamu udah sedia cantik. Aku juga tidak dapat membayangkan kamu dalam situasi si anak gadis yang mencintai lelaki yang mencintai ibunya. Yang akhirnya si gadis hanya mampu bermimpi. Kamu tidak perlu melalui situasi begitu untuk bermimpi. Kamu hanya diabaikan buat sementara ini kerana kamu tidak memberi ruang kepada dia. Itu sahaja. Lelaki terutamanya yang suka memakai jeans, t shirt dan kasut kain adalah jenis lelaki yang bebas Jadi bagaimana jika kamu berkata 'Maaf' sahaja kepada dia. Dan kemudian kamu terus sahaja jalani hidup kamu ini. Jangan tanyakan harga cinta kamu kepada dia. Kerna cinta kamu itu tidak ternilai. Jangan berterusan menyalahkan diri kamu kerna kamu tetap perlu hidup. Biar hidup ini tidak indah di hati kamu, tetapi kehadiran kamu itu tetap indah di hati para keluarga dan teman-teman kamu termasuk aku. Jika pun mimpi kamu itu tidak menjadi nyata, percayalah tuhan itu maha adil. Percayalah. Percaya pada keadilanNya pasti membuat kamu mampu tersenyum, kerna dahulu pun aku seperti kamu, aku hanya mahu bermimpi...”

Friday, October 05, 2007

buat dia tersenyum

Aku sering menemukan teman aku ini tersenyum sendiri dalam dua situasi. Ketika membaca sms dan ketika membaca blog. Senyumannya luar biasa. Seolah-olah senyuman seorang bayi yang di acah-acah oleh ibunya. Melihat senyuman dia itu aku jadi tersentuh, biar pun dia tidak tersenyum untuk aku tetapi ikhlasnya tetap terasa.

Pada suatu hari, ketika matahari sudah mahu berselimut, aku datang kepadanya dan bertanya.

"Aku mahu tahu rahsia kamu, boleh?"

Dia yang ketika itu sedang santai bersama segelas nescafe segera mengerut dahi. Dia menyeluruhi wajahku. Mungkn mencari tanda2, aku ini demam ataupun tidak.

"Aku mahu tahu mengapa kamu sentiasa sahaja tersenyum pada dua perkara ini, ketika membaca sms dan ketika membaca blog."

"Aku fikirkan kamu tadi sakit. Tiba-tiba bertanya rahsia. Senyum pada perkara yang kita suka bukan rahsia."

Aku menggaru kepala, dalam hatiku mengiyakan kata-kata dia. Kemudian aku bertanya lagi.

"Maksud kamu, kamu suka membaca sms dan blog daripada orang yang sama, orang yang kamu suka?"

Dia tidak menjawab. Dia kembali mengerut dahi.

"Kamu suka baca sms dia dan kamu baca baca blog dia, apa kamu suka dia ataupun kamu hanya suka tulisan dia?" tanyaku semakin mendalam.

"Hurm... Sulit untuk aku memberitahu bagaimana, tetapi aku cuba. Sebenarnya aku suka membaca blog dan sms dia kerana... dia yang menulis. Aku jadi seperti ternanti-nanti pula sms dia , tertunggu-tunggu pula blog dia. Aku mahu tahu, apa yang dia fikir, apa yang dia buat dan apa yang dia mahu katakan kepada aku. Untuk memenuhi rasa tadi, maka aku jadi sangat suka menerima smsnya dan sangat suka membaca blognya."

Aku mengusap daguku sambil terenyum. "Maksud kamu, kamu suka dia ya?...ehehe"

"Aku suka dia? Itu bukan persoalannya, persoalannya adalah mengapa aku suka dia?"

"Jadi mengapa?" Pantas aku bertanya.

"Kerana dia seperti kepingan puzzle yang sudah lama hilang daripada hati aku. Aku rasa dia ikhlas dalam bertanya khabar, dia ikhlas mahu menghiburkan hati aku. Rasa itu yang aku hilang selama ini. Rasa itu yang menyebabkan aku sentiasa menanti smsnya, menunggu update blognya. Tetapi aku mahu tegaskan, ia tidak di sengajakan. Ia tetiba sahaja rasa begitu dan aku fikir itu takdir."

"Takdir?"

"Takdir itu adalah sesuatu yang berlaku bukan hasil daripada keputusan yang kita buat. Ia berlaku di luar keputusan kita. Tetapi jika aku memutuskan awal-awal mahu menyukai dia kerana fizikalnya, itu bukan takdir, itu akibat."

Aku terdiam. Sejak bila dia bisa berfilisofi sebegini. Ekeke. Dia kemudian ikut diam sambil menghirup nescafenya. Dia juga terlihat lega, lega kerana dapat membasahkan tekaknya ataupun lega kerana sudah mengakui sesuatu. Sesuatu yang baru ujud dalam hatinya.

Wednesday, October 03, 2007

Ini cerita kita

Ini bukan cerita kecil. Ini cerita agung. Ini cerita tentang pertemuan kita, tentang perjalanan hidup kita. Biar ceritanya tidak berombak gelora yang bisa menggoncang kapal dunia, tetapi perciknya tetap membasahi layar kehidupan.

Aku ingat lagi pertama kali kita bertemu. Di satu penjuru alam yang indah. Kamu bersama teman-temanmu, berjalan seiring , bergembira. Sedang aku duduk sendiri memerhati langit, merenung hari esokku. Saat kamu lintas di depanku, kamu malu-malu sambil tertunduk. Cuba menghindar daripada pandangan aku. Kamu tahu, waktu itu aku juga begitu. Tunduk malu dan cuba menghindar dari jelingan kamu.

Kamu tahu lagi, aku merasa aneh kerana buat pertama kalinya aku merasa malu berhadapan dengan lawan jantinaku. Jargon aku hilang. Ada rasa yang terbit dihati. Umpama terbitnya fajar pagi di ufuk sana. Perlahan, tapi pasti. Aneh, tapi itu yang berlaku.

Ini bukan cerita main-main. Kamu tahu, selepas itu, aku sentiasa duduk di situ, saban hari menanti kamu. Bukan sekadar menanti kosong, aku menanti dengan penuh harapan. Aku kirimkan warkah hatiku lewat teman-temanmu. Aku titipkan salamku pada warkah itu, berdakwat rindu, bermadah syahdu. Jika waktu itu, kamu bisa mengerti betapa tingginya bintang dilangit hitam, pasti kamu mengerti betapa tingginya harapan aku kepada kamu.

Ini cerita yang penuh warna. Aku kira kamu mengerti harapan aku. Di saat bintang dilangit itu semakin kelam dilindung awan penolakkan, kamu segera muncul menyapu awan itu. Bintangku kembali bersinar.

Kamu tahu? Betapa gembiranya aku apabila melihat kamu lintas di hadapanku seorang diri dan berhenti di situ sendiri. Sambil tunduk kamu tersenyum. Kamu hulurkan warkahku bersama sekuntum mawar putih tanda setuju, setuju jadi jejak-jejakku di pasir cinta. Setuju jadi bayangku dibawah lembayung setia.

Ini cerita rindu. Kamu tahu? Saat yang aku sungguh merasa bahagia, bukan saat ketika terlukisnya pelangi, bukan juga ketika berkembangnya kelopak mawar tetapi adalah ketika kamu di sisiku dan berbisik rindu. Hari-hari kita adalah hari-hari cinta. Aku berdoa agar kita terus begini, berjalan di tengah terik hari cinta, tidur pada dingin malam cinta dan bangun untuk sekali lagi menemui hari cinta.

Kamu tahu... apa yang aku fikir ketika ayahmu menjemput aku ke istana indahmu. Aku hanya fikir, hari penyatuan kita. Hari dimana langit dengan bumi tersenyum dan berpelukan melihat kita duduk dipelamin.

Ini cerita hitam kita. Cerita tentang sukarnya cinta kita. Kamu tahu, betapa gelapnya duniaku, di saat ayahmu memberitahu, kamu tidak akan mungkin bersama aku. Sekiranya kamu mengerti, betapa gelapnya dunia di saat mata terpejam, pasti kamu bisa mengerti itu. Aku kira, tidak cukup dengan gelapnya dunia aku, ayahmu terus meruntuhkannya dengan memberitahu, kamu sudah dicarikannya pasangan yang sekufu. Umpama keris yang bersarung perak dan emas hulunya.

Ini cerita duka. Aku bisa mengerti hasrat ayahmu. Siapalah aku untuk membahagiakan kamu yang umpama mawar di pasu emas. Aku ini ibarat ibarat tanah hitam yang terbuang, yang tidak mungkin menjadi tanah baja di pasu emas. Aku tidak bisa menumbuhkanmu dengan subur, malah mungkin menghilangkan seri kelopakmu, mungkin memudarkan warna indahmu. Aku mengerti itu.

Ini cerita pengorbanan. Cerita akhir cinta kita. Kamu tahu? Aku tidak bisa mengerti di saat air matamu jatuh membasahi dadaku. Kamu rela pergi bersamaku. Menjadi tanah hitam yang terbuang. Kamu beritahu, tuhan tidak pernah membeda-bedakan hambanya. Semuanya sama di sisi Dia. Hanya amalan sahaja jadi pengukur.

Kamu lupa, Itu Tuhan. Dia maha penyayang, Dia maha pengampun. Namun kamu lupa, keluargamu bukan tuhan, mereka sudah habiskan kasih sayang mereka kepada kamu. Sudah habiskan segalanya hanya untuk kamu. Tidak ada lagi kasih sayang yang tersisa untuk aku. Umpama pelita yang sudah kering minyaknya dan aku tidak mungkin dapat terang cahayanya.

Maaf, aku bukan pengecut untuk lari dari cabaran ini. Langit mana yang terus hitam bila ribut berlalu. Pasti ia biru kembali. Begitu juga aku. Aku tidak akan hitam hanya kerna arahan ayahmu, tetapi aku sedar, berlalunya aku, awan yang hitam ini, pasti menerbitkan pelangi di hari kamu. Kebahagian kamu itu lebih utama dari kebahgian aku. Aku tidak mahu kamu hilang saudara, hilang segala dan terbuang. Tidak mahu kamu hilang pelita. Tetap kamu di situ, di langit itu. Biarkan aku jatuh terhempas ke bumi sendiri, usah khuatir, luka ku akan sembuh kerna waktu akan merawatnya, atau aku biar malaikat maut yang mencabutnya . Selamat tinggal. Ini cerita agung. Ini cerita kita


Cerita monyet dengan kucing yang jiwang . :-P

Saturday, September 29, 2007

Bagaimana Bugis Menjadi Lanun




Ketika saya disekolah rendah, saya sering diberitahu oleh cikgu, Bugis itu Lanun. Kawan2 juga memberitahu begitu. Cuma cikgu mengalas kritikan itu dengan mengatakan Bugis bangsa pelyaran yang bijak.

Tiba di sekolah menengah itu juga yang saya dengar. Saya waktu itu sebetulnya cukup hairan, bagaimana label 'lanun' itu melekat pada bangsa Bugis. Saya cuba mencari faktanya dan terjumpa hanya satu ayat di dalam buku teks sejarah, satu ayat yang mengatakan lanun Bugis aktif di sekitar Johor. Lanun2 daripada bangsa lain juga aktif, tetapi mengapa Bugis juga yang terus di label lanun.

Keadaan keliru itu terus aja berlangsung lama. Saya keliru kerna saya ini Bugis. :-p. Pasti sesuatu yang berkaitan bangsa kita itu akan sedikit mencubit rasa ingin tahu, mengapa? Mujur saya menjumpai salasilah keturunan saya yang panjangnya satu setengah meter. Selepas mengkaji sehingga kelapisan 13, datuk saya. Tidak ada tanda-tanda yang mengarah kepada aktiviti perlanunan. Semuanya terlihat berkecuali. :-p. Saya merasa sedikit lega. hehehe

Namun persoalan tu tetap berlegar sehinga saya membaca novel 'Si Bongkok Tanjung Puteri'. Novel ini dilabel sebagai novel sejarah. Biarpun ada pertikaian berkenaan kewujudan si Bongkok. Saya difahmakan kubur si Bongkok ini benar2 wujud. Malah penulis buku ini sudah pergi menziarahinya.

Pada mula cerita, penulis bagi saya berjaya membawa saya kembali ke zaman si bongkok. Secara peribadi, saya cukup gemar dengan ayat 'pohon-pohon kelapa yang mencuar tinggi...." Mengapa? Saya sendiri tidak pasti. Tetapi ia memberi saya rasa mudah untuk menghayati dan menghidupkan suasana itu di minda saya. Mungkin sebab saya suka minum air kelapa :-P.

Selepas itu cerita mula bergerak dalam kadar yang saya selesa. Tidak terlalu laju dan tidak pula perlahan. Sederhana. Ayat-ayatnya mudah biarpun pada mulanya saya menjangkakan ia sebuah novel yang sarat dengan bahasa berbunga sastera. bunga sasteranya tetap ada, cuma tdak merimbun. Ini mungkin kerna, saya difahamkan penulis pernah diminta menulis skrip drama bagi kisah 'si bongkok tanjung Puteri' jadi saya fikir novel ini olahan terus daripada skrip itu. Dialog dalam novel ini merangkumi 70% keseluruhan novel. Namun itu yang membuat novel ini lebih hidup, bagi saya sekurang-kurangnya. :)

Kisahnya, kisah klasik, berkenaan seorang anak bangsa yang yang tidak mahu tanah airnya di jajah. Biarpun dia tidak sempurna kerana dia bongkok dan terus digelar Si Bongkok, tetapi Si Bongkok mempunyai ilmu persilatan yang tinggi. Si Bongkok bersama adiknya Puteh berusaha membantu Sultan Ali dalam menuntut tahktanya daripada Temenggung (Pemerintah yang di sokong Inggeris). Dalam usahanya itu, beliau perlu menghadapi dua rintangan utama iaitu penjajah Inggeris dan Temenggung sendiri. Temenggung membariskan pendekar-pendekar yang handal bagi membantunya mengekalkan kuasa di samping mendapat bantuan penjajah. Dalam pada masa yang sama dia bersama rakan-rakannya juga cuba menjejaki lawannya yang ketiga, iaitu lanun yang membunuh tok guru dan ibubapanya.

Bagi seorang pahlawan seperti si Bongkok, itu perkara enteng, sehingga pada satu hari, dia menghadapi lawannya yang keempat, lawan yang paling cuba dielakkan. Dan inilah sebenarnya lawan yang sulit untuk ditentang. Siapa lawan keempat Si Bongkok ini? Baca sendiri. :-p Bagaimana kesudahannya? Lagi sekali, Baca sendiri :-P. Baru enak. Hehehhe.

Apa yang saya tuliskan di atas hanya intipati utama yang ringkas, dalam novel ini juga ada di selitkan unsur-unsur telenovela seperti cinta yang tidak kalah romantikya, kekeluargaan yang menyentuh jiwa dan saspen yang timbul daripada kelicikan pihak musuh dalam merancana jerat.

Usai membaca buku ini, saya mengerti satu perkara berkenaan label lanun pada bangsa Bugis. Buku ini memberi saya satu pengalaman linguistik. Kerana, nama-nama seprti daeng Alik dan daeng patani terus berlegar-legar di otak. Ia terlalu 'menegas' dalam novel ini. Kontras kerana ia nama yang berbeza sekali daripada nama-nama yang pernah kita dengar. Sehingga personaliti mereka juga ujud dalam otak saya.

Jadi itu saya membuat kesimpulan, kerana nama itu kontras, maka ia mudah diingati. Bukan sahaja nama itu mudah diingati malah, peranan wataknya juga mudah dikenang2. Watak lanun, dan seterusnya bangsa Bugis itu terus dilabel lanun. Saya difahamkan, drama 'si bongkok tanjung Puteri' sudah di tayangkan di televsyen lama dahulu (Saya belum menonton dramanya dan ini agak malang) . Malah lagu 'Si Bongkok tanjung Puteri' juga amat terkenal. Melaluai hal itu, saya fikir imej lanun Bugis kemudian tertanam di minda kebnyakkan mereka yang menonton ataupun melalui cerita lisan. Kerana hanya sebab kecil tadi. Nama-nama itu memberi pengalaman linguistik yang sukar dilupakan. Ia menjawab persoalan saya bagaimana Bugis menjadi bangsa lanun. Tidak setuju dengan saya? Baca sendiri bagi merasainya . :-)

Ini blog penulisnya, beliau merupakan penulis yang tersohor. Siapa? Klik sendiri. Hehehe
BLOG