Wednesday, April 18, 2007

jangan cinta begini hadir.

Ada 2 perkara berkenaan cinta yang menakutkan. cinta yang hadir pada waktu yang tepat tapi pada orang yang salah atau cinta yang hadir pada waktu yang salah pada orang yang tepat.

Untuk hal yang pertama. Cinta yang hadir tatkala kita udah dalam keadaan stabil. Udah memenuhi impian diri dan keluarga tetapi kita jatuh hati pada manusia yang tidak sepatutnya kta cintai. Mungkin dia kekasih orang, mungkn dia itu buaya, mungkin dia itu hanya mengambil kesempatan.

Hal yang kedua pula. Cinta yang hadir pada manusia yang tepat untuk dicintai. Dia menyayangi kita dan mencintai kita sepenuh hatinya. tapi cinta itu hadir pada waku yang salah. Mungkin pada waktu kita masih sibuk mengejar cita-cita atau ketika hati masih luka dengan peristiwa cinta duka semalam.

Bagi kedua-dua hal itu, kesannya pada hati akan berbeda-beda. Jika kita mencintai orang yang salah pada wakt yang tepat. Kita akan terluka dan jatuh. Jika cinta itu hadir paa orang yang tepat tapi waktu yang salah. Maka kita akan menyesal kerna membiarkan cinta itu pergi.

Bagi aku, aku lebih rela untuk terluka dari menanggung rasa sesal itu. Kerana rasa sesal akan ujud dalam tempoh yang lama manakala luka pula masih bisa dirawat. :-)

Tuesday, April 17, 2007

Pagi yang beremosi....

"Kak, lama tak nampak," tegur teman aku kepada wanita itu. Ketika itu kami berada di sebuah kedai makan untuk sarapan. Wanita itu berdiri di depan kami menunggu kami memesan minuman.

"Akak balik kampung," jawab perempuan itu sambil tersenyum. Aku memerhati aja. Kemudian teman aku bertanya.

"Akak cuti bersalin kan?" Teman aku begitu ceria waktu dia bertanya. Wanita itu hanya tersenyum dan mengangguk.

"Anak lelaki ke perempuan?" tanya teman aku lagi. Mungkin dia mahu berkongsi berita gembira itu. Aku pula hanya memerhati dan diam. Hati aku ada juga soalan untuk wanita itu. mahu bertanya nama anaknya. Kemudian aku senyum dan terfikir mahu membuat lucu. Aku tidakmahubertanya tapi aku mahu meneka. "Nama anak akak siti nurhaliza ke, ke akak letak nama anak akak dekna." Begitu dialog yang aku rangka dalam hati aku. Aku masih tersenyum. Belum sempat aku menuturkan dialog itu. Wanita itu berkata.

"Tapi anak akak itu dah meninggal." Wanita itu masih tersenyum dan masih menunggu kami memesan minuman. Aku terus terdiam. Membatu.

"Inalillahwainailahirajiun..." Hanya itu tuturku. Perasaan aku bercampur-campur. Aku merasa aku bernasib baik atau aku malang. entah. Hasilnya perasaan yang bercampur-baur itu aku jelmakan dengan menghirup teh ais dengan perlahan-lahan....

Friday, April 13, 2007

andaian-andaian dari sisi gelap

Saat yang paling menyakitkan ialah saat di mana andai-andaian terhadap diri kita berkumpul di sisi yang gelap. Tambah menyakitkan bila andaian-andaian itu terjadi atas bukti yang berdasarkan andaian.

Dalam hal sebegini perkara yang biasanya aku perbuat ialah membiar andaian-andaian itu menikam hati aku dari depan dan belakang kiri dan kanan. Biar hati aku merah dengan darah yang sepatutnya tidak mengalir.

Ini kerana aku percaya saat berlakunya andaian-andaian gelap terhadap diri aku, adalah saatnya meninggalkan pembuat andaian itu sendiri menanggung andaiannya sendiri. Tanpa perlu aku turut serta bersorak meramaikannya.

Mungkin ini bukan yang terbaik, tapi setidak-tidaknya ia membuktikan aku bisa meneruskan hidup dengan andaian-andaian yang berada di sisi gelap. Hingga satu saat. Andaian itu sendiri akan berubah. Sama ada ia jadi putih atau ia mati terus.

Monday, April 02, 2007

cinta semut

Tadi untuk sekian lamanya hidup aku merasa tenteram dari rasa yang aneh, tadi aku udah termakan 2 ekor semut. Bukan aku sengaja atau mahu-mahu mencuba untuk memakan semut tetapi semut itu yang menyeludup masuk ke bungkusan nasi lemak aku.

Sehingga aku merasakan ada sesuatu yang berlainan rasanya dari rasa sambal nasi lemak itu, aku pun terus mikir. Rasa ini rasa yang uah belasan tahun aku tidak rasa, tapi aku masih bisa ingat rasa ini Rasa itu berpadu dengan hujung lidah, menyerap kemudian hilang kemudian datang lagi. Rasanya hanya punyai titik kecil tapi ia memberi penyudah yang cukup merimaskan kunyahan aku. Selepas beberapa kunyahan aku aku berhenti dan berkata di dalam hati, "ini semut."

Tapi aku terus aja mengunyah kerana aku malas untuk meluah kembali apa yang udah hancur. Rugi. Lagi pula aku bukan pelajar lagi, daya ingatan yang kukuh untuk peperiksaan udah ngak perlu. hehehe.

Namun, rasa semut itu memberi aku signal untuk melihat sebentar rasa cinta ketika aku anak-anak. Pada umur 6-7 tahun. Cinta yang sulit untuk diluah , kerana masing masih bersih dari sebarang bulu. hehehe. rasa cinta waktu itu kecil tapi cukup fokus. Rasa yang tidak pahit, tidak manis tapi rasa cuka yang cukup menjengkelkan, kerana waktu itu, anak-anak perempuan adalah musuh yang harus dikejar dan dibuli tetapi mengapa pula aku jatuh hati pada musuh. Jengkel sekali cinta itu, cinta yang umpamanya menelan semut.

Lupa memberitahu, aku menelan 2 ekor semut. Itu congak aja, kerna aku anya merasa, tidak melihat. Jadi esok aku fiir aku akan terlupa apa yang aku tulis ini...hehehe

Sunday, April 01, 2007

harga sebuah nasihat

Sahabat sejati adalah sahabat yang bersama bila waktu susah dan senang. Penyataan ini benar bagi kita untuk waktu yang lama. Namun jika dihalusi, ada ruang untuk untuk mengatakan penyataan itu tidak benar sepenuhnya.

Sahabat biasanya penuh dengan pesanan, penuh dengan nasihat. Lalu untuk apa keadaan pun pasti nasihat apaupun pesanan itu kita ambil berat. Kerana pesanan itu untuk kita. Biar ada waktunya kita tidak mampu untuk memenuhi segala matlamat nasihat itu, memenuhi tuntutan pesanan baik tadi, tetapi pasti ada niat juga ada ketikanya kita akan menurut juga.

Jika hati dan perbuatan kita itu terus menolak nasihat tadi, apa masih mampu kita mengaku sebagai sahabat sejati? Biar waktu susah dia kita tolong, senangnya kita sama2 tertawa tapi di sebalik itu, kita tidak langsung menghargai dia, menghargai pesanan. Aku kira itu belum mencapai taraf sahabat hana kawan-kawan yang bisa di temuai di jalanan. Seperti biasanya aku temuai manusia yang mahu menolong aku ketika motosikal aku kehabisan petrol. :-)

Friday, March 30, 2007

antara ninja dan samurai.

Menjadi samurai bukannya mudah. Benar samurai itu keturunan dan ia diwarisi. Tapi mereka terikat dengan peraturan yang digelar Bushido. Peraturan yang menjaga martabat samurai. martabat yang di julang sehingga mereka sanggup melakukan hara kiri (baca : upacara bunuh diri). ITu yang sudah termaktub dalam bushido.

Atas sebab itu para daimyo ketika zaman sengoku di Jepun tidak mengunakan samurai bagi misi-misi kotor mereka. Kerana samurai tidak akan membuat perkara yang melanggar hukum bushido.Alternatifnya, ninja di latih dan ditugaskan untuk misi-misi yang disekat oleh hukum Bushido. Seperti membunuh musuh yang tidak bersenjata. Skil para ninja juga dipertingkatkan malah kegiatan ninja ini cukup digeruni termasuklah para samurai.

Itu dulu, sekarang ketika semuanya hampir menjadi sejarah, perkara yang ama terjadi. Pihak polis dan tentera tidak boleh melakukan sesuatu dengan sewenang-wenangnya. Kerana merea terikat dengan peraturan. Mungkin atas sebab itu ditubuhkan Unit Khas yang oleh melakukan semua perkara yang dilarang. Dengan bertopeng seperti ninja.

Mereka punyai reputasi seperti ninja kerana kita tahu ia wujud tapi sukar untuk dibuktikan. Namun, malangnya ada dikalangan anggota polis dan tentera tidak pula memiliki reputasi samurai yang patuh dengan bushido, malah cuba pula menjadi ninja. Jadi berhati-hati bila ketemu samurai yang tidak terikat lagi dengan bushido. hehhe

Tuesday, March 27, 2007

cinta itu kecil

Dalam hidup, perkara yang penting sering hadir dalam bentuk yang kecil. Contohnya kunci rumah kita. Ia perkara yang penting, namun hadir dalam bentuk yang kecil. Oleh sebab ia kecil, kita sering terlupa di mana sudah kita letakkan. Segala nafas kita dihabiskan untuk mencari kunci itu.Jika hilang, ia akan menjadi kesalan untuk beberapa minggu mendatang.

Cinta juga begitu. Ia hadir dalam bentuk yang kecil tapi mempunyai makna yang besar. pi kerana ia kecil, kita sering mencicirkan cinta itu. Dan apabila ia sudah hilang, kita akan kesal untuk tempoh waktu yang lama. :-)

Thursday, March 22, 2007

lidah

Enaknya sesuatu masakan itu tiak bergantung pada siapa yang memasak. Tidak juga bergantung pada bahan masakannya. Tap enak makanan itu terletak pada lidah kita. Lidah Melayu pasti berbeda dengan lidah India dan lidah Cina jika ukurannya ialah selera. Namun jika ukurannya, rupa lidah itu sendiri. Pasti semuanya sama.

Wednesday, March 07, 2007

cerita cinta (bab 2 : cinta perempuan)

Tasha masih tersenyum sendiri. Sambil berdiri rapat dengan rak kad-kad dihadapannya. Tangan kanannya lembut mengambil kad berwarna merah yang berada di sebelah kiri. Dengan perlahan dia membuka dan dia tersenyum lagi ketika membaca kad itu.

"aku bisa menakluki dunia dengan sebelah tanganku , asalkan tanganku yang satu lagi, kamu tidak lepaskan"

Tasha meletakkan kembali kad itu ketempatnya. Sudah setengah jam dia begitu. Tersenyum di celah-celah rak kad dan buku. Dala waktu itu juga seorang pembantu kedai buku sering menjeling ke arah Tasha. Mungkin dia sudah bosan menunggu pembelian dari Tasha atau juga sekadar ingin menikmati keayuan wajah Tasha., kemanisan senyumannya.

Dalam tersenyum Tasha teringat perbualannya kelmarin dengan Ayu, teman karibnya.

"Boleh minta tolong dari awak?" rayu Tasha manja.

"Tolong yang bagaimana boleh saya beri". Tanya Ayu sambil menyentap selimutnya naik keatas tubunya yang berbaring selesa di atas katil. Tasha yang berada di meja tulis di hadapan katil Ayu segera berpaling ke arahnya. Sambil tersenyum menampakkan giginya yang seperti mutiara, dia berkata,

"Esok saya sebenarnya ada temujanji dengan Adi di komplek Indera. Adi meminta saya membantu dia memilihkan hadiah harijadi untuk kembar perempuannya."

"Jadi, apa yang boleh saya bantu?" potong Ayu.

"Awak tolong temankan dia, kerana saya juga hendak pergi membelikan hadiah dan kad untuk dia, saya mahu dia terperanjat besar". Kata Tasha sambil meneruskan kerjanaya di atas meja.

"Saya, temankan Adi untuk memilih hadiah untuk kembar perempuannya?, kenapa tidak awaka sahaja". Ayu sambil mengereng ke arah Tasha, sambil dia membantah.

"Saya terlupa untuk membelikan Adi hadiah, kerena sibuk dengan aktiviti persatuan dan kertas projek, harap awak dapat membantu saya. saya terlalu cintakan dia dan mahu membuat dia merasa istimewa di hari lahirnya". Tasha masih merayu sambil berjalan kearah ayu. Dengan cepat tapi perlahan dia melabuhkan punggungnya di katil Ayu sambil merenung Ayu.

"Baiklah saya tolong tapi tolong jangan pandang saya begitu, saya serba salah". Giliran Ayu pula yang merayu.

"Maaf , tumpang lalu". kata seorang gadis kepada Tasha ketika melalui celah-celah sempit rak-rak kada dan buku tersebut. Permintaan yang sopan itu menyedarkan Tasha bahawa dia sudah lama membelek-belek kad tanpa hasil.

Segera dia mengambil kad berwarna biru yang lama di belek-beleknya tadi dan dia kembali mengulang baca kad pilihannya. Jelas terlihat senyuman Ayu yang bertambah seri bila hatinya membaca kad itu yang tertulis kata-kata:

"jangan biarkan kata-kata ini hanya menyentuh pandangamu, tapi gerakkan ia ke dadamu, tanamkan ia dihatimu, sepertimana aku menanamkan namamu di hatiku, aku cinta kamu".

Cuma perlu ditambah ucapan selamat hari lahir sahaja lagi untuk menjadikan ia sempurna. Segera Ayu ke kaunter pembayaran membawa kad yang mentafsirkan hatinya, hatinya yang penuh cinta.






Tuesday, March 06, 2007

wajah ini terasa berbahang

Pelangi sudah lama tidak aku nampak. Akhir sekali aku melihat pelangi, mungkin 2 bulan lalu. ketika hari masih suka untuk hujan di waktu petang.

Namun keadaan sekarang hanya panas, tiada hujan. Hujan yang menjadi faktor untuk pelangi terbentuk.

Panas yang menyebabkan aku sentiasa aja mengeluarkan RM2 untuk membeli kelapa segar di tepi jalan. Aku kira El nino udah bermula, itu alasan saintifik yang tidak menyinggung hati aku. Mungkin aku harus melihat panas ini sebagai ujian tuhan kepada hambanya. Itu alasan yang bisa menghilangkan bahang dimuka aku.

Mungkin juga panas ini adalah untuk kifarah dosa-dosa aku, alasan yang bisa memutar kembali kenangan dosa-dosa lalu. Pedih. Atau kerna bumi ini udah terlalu banyak dosa-dosa yang tercipat. Bisa juga panas ini adalah rahmat kepada dunia.

Apa pun alasan, pasti setiap alasan itu benar kepada setiap manusia , aku tidak terkecuali. Cuma aku harus detail, atas alasan apa aku merasakan panas kali ini terlalu perit. rahmat? ujian? penebusan dosa? el nino? yang pasti ini semua dari tuhan. Aku harus ingat itu aja dulu.

Monday, March 05, 2007

cerita cinta (bab 1 : cinta lelaki)

"Kenapa?" tanya Ayu sambil membetulkan tudungnya.

Adi diam.

"Aku tanya kenapa kamu tidak teruskan?" tekan Ayu lagi dan masih membetulkan tudungnya.

Adi masih diam, namun kali ini tersenyum pahit. Sepahit kopi tidak bergula yang dihirupanya semalam kerana terlupa memberikan gula. Dengan perlahan, Adi mengangkat mukanya memandang kearah jalan raya, tangannya diletakkan di atas meja.

"Aku merasa sudah tidak mampu lagi". Ayat terakhir dari mulut Adi berserta dengan satu keluhan.

"Apa yang kamu tidak mampu?" tanya Ayu sedikit terkejut hingga kedua-dua tangannya kaku di kepalanya berhenti dari membetulkan tudungnya. tapi hanya seketika, selepas itu tangannnya kembali ligat membetulkan tudungnya.

Adi menjeling Ayu sambil menegrutkan dahinya, Ayu membalas jelingan itu. Seolahnya Ayu mengerti betapa hairannya Adi melihat dia masih membetulkan tudungnya.

"Aku tidak mampu untuk mencintainya lagi." Kali ini Adi tidak lagi hanya menjeling, dia duduk soapan di hadapan Ayu sambil merenung Ayu. Sekali sekala, pakcik di sebelah meja mencuri pandang kepada mereka. Mungkin bertanya, apa hubungan mereka berdua. Atau juga bertanya kenapa memilih kedai makan ditepi jalan yang sempit ini untuk berbicara.

Ayu berhenti dari membetulkan tudungnya. Tangan kanannya meramas tangan kirinya. Seolah menyuruh tangannnya itu bersabar dulu dari membetulkan tudung, kerana harus fokus dengan perkara yang terlalu berat di dengarinya tadi.

"Tapi kenapa? Kamu sudah ketemu orang tuanya, kamu sudah menjanjikannya bahagia dan yang paling penting, dia sahabat baik aku", kata Ayu laju. Kemudian setelah meneguk air liurnya, Ayu menyambung "Apa masalah kamu? Setiap masalah ada peneyelesaiannya dan perpisahan bukan penyelesaiannya". Mata Ayu kelihatan bulat, mungkin terlalu bersemangat untuk mempertahankan cinta temannya.

"Aku hanya memikirkan bahawa aku tidak akan mampu berlaku adil dengan dia...," kata Adi sambil merapatkan kedua-dua tapak tangannya kemuka.

"Adil?" Ayu mengeraskan suaranya.

"Kerana, aku sudah sudah jatuh cinta lagi". Jawab adi dengan perlahan.

"Dengan siapa?" tanya Ayu, dadanya semakin berombak kecewa. Kecewa memikirkan betapa lukanya hati temannya nanti.

"Kamu...."

Ayu bungkam.

..lembut..

lembut angin itu,
menyapa kebibir,
memaksa aku tersenyum,

lembut hati itu,
menyapa kejiwa,
memaksa aku jatuh hati.

Friday, March 02, 2007

besarnya kuasa tuhan

Ketika laut itu tenang, aku senang untuk memikirkan bagaimana jika ia bergelora. Jika langit itu putih, aku senang untuk memikirkan bagaimana jika ia gelap. Kerna aku merasakan saat bergeloranya laut, saat hitamnya langit adalah saat yang bisa memberikan aku rasa gentar akan besarnya kuasa tuhan.

Sedangkan pada setiap waktu itu adalah lambang besarnya kuasa tuhan. Tidak memilih ketika tenangnya pantai, atau ketika tibanya tsunami. Kuasa tuhan itu tetap disitu. Lalu kenapa aku dan kita semua ini sering ternganga mulut lantas spontan berkata "..besarnya kuasa tuhan..." bila melihat sesuatu yang malang. Contohnya ketika waktu tsunami, ketika waktu banjir.

Apa waktu yang tenang kuasa tuhan ngak kita lihat? Misalnya waktu ini, angin bertiup lembut, malam terlihat cerah biar tanpa bulan. tenang dan menyenangkan. Kenapa sering terlupa untuk kita berkata "... besarnya kuasa tuhan..."

Apa kita ngak bersyukur? ngak berilmu? terlupa? terleka? terlalu yakin dengan amal kita? atau hati kita udah terlalu hitam dengan nikamtnya dunia?

Thursday, March 01, 2007

... jika sang permaisuri membaca bisikan syaitan

Saat aku mengulang baca tulisan yang terdahulu aku jadi khuatir jika sang permaisuri ku membacanya. Kerna tulisan-tulisan terdahulu itu nyata punyai imaginasi yang hitam. Juga dipenuhi dengan noda.

Aduh, aku kira itu kesilapan terbesar aku. Menuliskan sesuatu yang dibisikan oleh syaitan. Tulisan yang penuh berahi, penuh telangjang. Malah, aku juga silap kerna tidak pernah menukilkan sesuatu yang indah berkenaan sang permaisuri hatiku. Tiada cerita tentang dia. Silap.

Lalu, aku ingin memberitahu jujur, tulisan-tulisan aku yang terdahulu dipenuhi imaginasi yang diduduki syaitan. Tidak pernah memberitahu secara jujur tentang kehidupan dan keadaan yang sebetulnya. Hanya ingin bermain-main dengan emosi sepi, bermain-main dengan nafsu berahi.

Aku pohon maaf, jika sang permasuri membaca tulisan terdahulu hingga hilang tersentak hatinya. Usah sang permaisuri khuatir, kerna cintaku padamu itu teguh hingga aku tidak sanggup menukilkannya kedalam bloh nakal dan dingin ini, biarpun ia aku kira sesuatu yang indah.

Mujur blog ini tetap rahsia untuk sang permasuri. HEhehe....... ;-)

Saturday, February 03, 2007

cinta itu kebersamaan bisu

Beberapa hari lalu, aku merasa haus yang amat. Aku dengan tubuh yan masih lemah, tangan yang kering tapi wajah yang berminyak menunggang malas motosikal aku ke warung. Aku duduk sendiri dan terus mengoder teh ais.

Ketika teh ais aku masih dalam bayangan kepala si tukang oder, datang seorang pakcik, duduk di meja sebelah. Bertentangan dengan aku. Mungkin dia seperi aku juga. tidak punyai apa-apa tujuan selain untuk menghilang haus.

Matanya meliar, sama seperti mata , tidak berbicara. tidak juga saling berbalas pandang. Tapi perbuatan yang seolahanya serupa iu menghasilkan rasa harmonis. Umpama harmonisnya kumpulan acapella.

lalu dalam keadaan harmonis itu, aku berkira-kira mahu melontar seyuman kepada pakcik itu. namun, senyuman iu berubah menjadi tegukan air teh ais yang rakus. Aku merasa senyuman hanya akan merosakkan keadaan harmonis yang aku rasa, mungkin juga yang pakcik itu rasa.
Kerna senyuman berfungsi untuk memberi perasaan tenang, juga untuk menjadi penyambung kepada 2 jiwa.

Tapi untuk waktu ini, aku dan pakcik itu udah merasa cukup tenang dan malah, aku merasakan jiwa aku cukup dekat dengan jiwa pakcik itu. Dengan senyuman akan melontarkan persoalan kepada jiwa kami berdua, kenapa aku perlu tersenyum ? dan pakcik itu pasti bertanya kenapa aku memberi senyum pada dia. Ini menimbulkan satu pertentangan dengan rasa harmonis yang mula-mula kami berdua nikmati.

Aku merasakan hal cukup dekat dengan perkara di atas ialah cinta. terkadang cinta itu hanyalah satu yang mudah. Tidak perlu banyak bicara, tidak perlu banyak ungkapan dan tidak perlu banyak pembuktian. Cukup ia memberikan rasa harmonis dan manis kepada pasangan masing-masing. Kerana cinta itu awalnya persamaan dan akhirnya juga harus berakhir dengan persamaan. jika cinta itu akhirnya perbedaan, itu adalah akhir sesuatu hubungan.

Perbedaan banyaknya lahir dari perbualan, banyaknya lahir dari ungkapan dan banyaknya lahir dari pembuktian-pembuktian yang tidak perlu. Cinta juga adalah persamaan yang melahirkan pelaksanaan. Cinta bukan mencari perbedaan yang melahirkan penantian untuk membetulkan perbedaan tersebut. Perkara itu hanya melahirkan kemusnahan perasaan dan kebahgian yang palsu.

Itu yang aku fikir. Dan usai aku berfikir, teh ais aku juga habis hilang dari gelas plastik. Pakcik sebelah juga selesai dengan teh tariknya. aku menuju ke motosikal aku, dan anehnya, pakcik itu juga memakir motosikalnya di sebelah motor aku. Ini memang persamaan yang cukup harmonis. Kerna bila untuk pertama kalinya kami berpadangan, tiada senyuman, tiada sapaan, hanya ucapan bisu, mungkin berbunyi, "terima kasih kerna menemankan minum petangku".

Itu hanya jangkaan aku. Seperti juga cinta, ia harus berakhir seperti itu. Berakhir dengan ucapan bisu yang penuh bermakna. Meninggalkan memori berkenaan kebersamaan yang harmonis dan penuh kemanisan.

Monday, January 29, 2007

kisah seorang teman

Aku punyai seorang teman yang aku kira manusia yang jauh berbeda dari aku. Dia sering menawar pertolongan. Sebaliknya, aku pula tidak. Dia tidak tahu untuk ambil kesempatan. Juga, apa aja perbuatan kebaikkan itu dibiarkan aja hilang tanpa dia menyimpannya untuk kembali diceritakan kepada aku.

Aku merasa sedikit hairan bagaimana hidup dia terbentuk tanpa sikap pentingkan diri. Malah komputer yang aku guna menaip ini juga kepunyaan dia. hehehe.

Dia punyai adik beradik yang ramai dari keluaraga yang tidak kaya. Dan dia anak sulung. Mungkin atas itu dia udah terbiasa untuk berkorban , juga udah terbiasa untuk membuat sesuatu pekerjaan kebaikkan tanpa balasan. Kerna dia sering berbuat begitu untuk adik-adiknya.

Aku kagumi perkara itu. Dia tidak menuduh tapi bertanya. Dia tidak berandaian, tapi dia cuba memahami. Malah dia memahami diri aku dengan baik. Dia memahami aku ini seorang yang nakal , memahami aku ini pentingkan diri , memahami aku ini bersifat gelap.

Namun, dia tidak mencadangkan supaya aku mengubah kelakuan aku mengikut kelakuan dia. Dia hanya memberi cadangan. Yang utama, dia tidak MENJATUHKAN HUKUM. Dia tidak juga mengatakan apa yang dibuatnya itu adalah yang terbaik.

Dia sedar kelemahan dia, dia tidak kisah jika aku menegur juga tidak pernah menngatakan tidak untuk apa nasihat aku.

Aku aneh, apa yang dia perbuat itu sepertinya terlalu sukar bagi aku. Namun aku harus aku akui, dia mendapat kelakuan terpuji itu melalaui pengalaman juga usaha.Tidak melaluai ego juga tidak melalaui andaian..
ok, sampai di sini dulu kerna...

Aku harus berbual dengan dia

Tuesday, January 23, 2007

catatan untuk perempuan 10

Perempuan akan merasakan dirinya dihargai, diingati dan dicintai bila segala tarikh yang penting berkenaan diri dia diingati dan dilafazkan oleh si lelaki. Tarikh penting itu adalah hari lahirnya, hari mula dating, hari mula cinta dan segala hari yang pertama berkenaan dia dan cinta.

Namun, harus diingat oleh si perempuan bahawa untuk kebanyakkan lelaki, perkara yang paling sukar, adalah untuk mengingati tarikh-tarkh ulang tahun. Hatta, untuk mengingati hari lahir dia sendiri ngak bisa. Terkadang juga kerna mereka itu (sang lelaki) bukan lupa, cuma faktor keadaan (kerja, sakit) yang membataskan mereka untuk menjadi yang pertama untuk mengucapkan selamat ulang tahun.

Jadi, perempuan yang punyai kekasih, yang tidak melafazkan ucap selamat atas tarikh ulang tahun (apapun). Jangan cepat menuduh bahawa sang lelaki itu tidak peduli sama kamu. Tidak sayang sama kamu. Hanya kerna kamu udah berbuat yang terbaik pada setiap ulang tahun kelahiran mereka. Berlapang dada dan beri peluang. Itu aja yang lelaki butuhkan.

Thursday, January 18, 2007

menunggu akhirat di belakang dunia

Ketika aku merasa amat letih hanya 1 perkara yang datang dalam fikir aku. Kenapa aku harus letih? Apa aku ngak punyai waktu untuk istirehat, atau memang tubuh aku ini kekurangan zat?

Dan ketika itu aku ketemukan jawabannya, aku punayi istrehat yang memmadai, zat yang mencukupi. Cuma aja, au letih kerna otak aku tidak pernah berhenti untuk berfikir. Berfikir bagaimana untuk mengejar dunia.

Mungkin aku harus berhenti dari berfikir dan membiar aja dunia yang mengejar aku. Cuma tinggal persoalan bagaimana aku harus mengajak apa yang aku kejar, berhenti, kemudian menoleh dan mengejar aku?

Ini bukan perkara mudah. Malah penjenayah yang sedang dikejar tidak akan berhenti dan kembali mengejar biar pun sang polisi itu menawar uang 10 milyar.

Lalu sebetulnya dunia itu hanya ntuk membuat kita letih. Dunia akan lari jauh dari kita. Tidak bisa dikejra juga tidak akan datang kepada kita. Hnaya yang pasi apa aja yang hadir pasti berpasangan. Jika dunia itu lari dari kita. Pasti ada pula yang mengejar kita dari belakang.

Kita tidak perlu terlalu bijak untuk mengtahuai hal yang mengejar kita itu. Itu adalah akhirat. Kita ini, apa jujur mengejar dunia, atau sebetulnya kita hanya mahu lari dari akhirat?

Apapun , kita punyai pilihan mahu letih mengejra dunia, atau mahu rehat menunggu akhirat tiba ?

Friday, January 12, 2007

berada di garis tengah

Memikirkan tentang di mana duduknya perasaan ini sebetulnya adalah hal tidak mungkin. Kerna perasaan itu sifatnya ghaib. Tidak bisa di lihat hadirnya. Cuma bisa dirasa dan dinikmati dan juga dideritai.

Ia hanya bisa dikesan melalui perlambangan bahasa percakapan juga bahasa perbuatan. Itu perlambangan yang biasa. dan udah menjadi satu kebiasaan untuk kita.

Namun kita terlupa bahawa sering kali perlambangan yang menjadi indikator perasaan itu juga bisa di bohongi. Contohnya, kita masih bisa tertawa biar perasaan kita bersedih. Masih bisa berbual mesra dengan musuh biar perasaan kita penuh benci.

Itu bukan masalah jika kita sedar bahawa perasaan kita yang sebetulnya. Tapi ia menjadi masalah bila kita mulai terkeliru dengan perasaan kita. Sama ada kita ini sebetulnya gembira atau bersedih? Kita berada di garis tengah dan apabila kita terlalu lama berada di garis tengah akhirnya kita mudah tertipu perasaan kita sendiri. Kerna yang ditengah-tengah itu adalah kawasannya nafsu.

Cinta sering begitu. Kita suka untuk berada di garis tengah atas alasan belum bersedia juga mahu cuba-cuba. lalu biar perbuatan kita seperti menunjukkan cinta kerna udah sampai 'bermain di ranjang' tapi sebenarnya kita tidak punyai cinta. Solusinya, kita bertanggungjawab dengan perbuatan kita dan menikah , biar itu bukan cinta.

Untuk itu, manusia seprti aku dan kalin harus jelas objektif. Berada di garis tengah itu sebtulnya elok. Tapi bila berlama-lama, maka ia kana bisa jadi sesuatu yang merosakkan. hati-hati bila berada di garsi tengah.