Wednesday, August 01, 2007

cinta di bilik gelap

Barangkali atas kapasiti aku sebagai seorang suami ataupun

atas kapasiti aku sebagai suami yang kelihatan seperti lelaki bujang (hey, itu bukan pilihan, itu memang aku :-p)

maka aku ditanyakan soalan ini oleh seorang perempuan cantik,

"Bagaimana pandangan kamu berkenaan bercinta dengan suami orang?"

Buat pertama kali aku mendengar soalan itu, aku diam. Aku mahu bilang apa? Kerna aku tidak pernah bercinta dengan suami orang. :-p

Kemudian fikiran aku bertambah waras, aku mula memikir mahu jawab soalan ini daripada aspek yang bagaimana?

Agama? Aku tidak punya kapasiti itu. Ilmu agama aku kurang.
Cinta? Aku juga tidak punya kapasiti itu kerna apa, aku sendiri belum tahu sehingga entri ini ditulis mengapa aku tidak punya upaya.

Jadi, setelah beberapa kali aku senyum dan mengangkat kening, aku senyum kembali.

Aku kira mahu beri jawapan 'main-main' tapi terlihat perempuan cantik itu, serius menanti. Bagaimana neh.

"Udah nonton cerita filem 'cinta pertama' lakoanan Bunga Lestari?" tanyaku.

"Belum, Menagapa? Apa yang menarik?"

"Aku sendiri belum nonton," jawabku perlahan.

"Jadi mengapa bertanya? Saya ingatkan kamu mahu mengambil sesuatu daripada situ." Perempuan cantik itu kelihatan kecewa. Hihihi.

"Sebetulnya, bercinta dengan suami orang adalah umpama menonton wayang." Aku cuba serius. Tapi aku masih lagi senyum tidak serius. iskh

"Maksud kamu?"

"Ketika kita membeli tiket, kita sudah tahu kita akan menuju ke satu bilik gelap yang selesa. Berhawa dingin (eh nama aku). Duduk di situ tanpa berbuat apa-apa selain menonton dan menikmati perasaan yang terbit dan kita dalam dunia kita sendiri. Selepas selesai, kita keluar senyum dan kemudian bercerita tentang filem itu dengan kawan-kawan ataupun menyimpannya sendiri dihati." Aku berhenti sebentar menarik nafas.

"Jadi?" tanyanya lagi.

"Filem yang ditayangkan itu adalah suami orang. Dia menghiburkan kita dan membawa kita ke dunia kita. Dunia yang gelap tapi selesa kerana meraka tahu bagaimana untuk menghiburkan kita. Terkadang kita sedih, ketawa dan gembira. tetapi yang pasti akhirnya filem itu menggembirakan kita dan memberikan kita semnagat. Terkadang memberikan kita keinsafan.Namun itu hanya sebentar. Kita akan keluar dari bilik gelap itu, kerana filem it bukan milik ita. Tetapi kita tidak juga bisa menyalahkan filem itu kerana kita yang membeli tiket. Mungkin boleh disalahkan promosinya yang cukup menarik dan membuat kiat mahu menonton." Aku udah termengah.

"Jadi maksud kamu, bercinta dengan suami orang hanyalah bagi memnuhi impian yang kita tidak bisa gapai di dunia realiti. Kia menonton filem yang mahu kita tonton biarpun kita tahu, filem itu tidak akan bisa kita bawa ke luar panggung, namun setidak-tidaknya ia masih milik kita di bilik gelap itu." Dia menyimpulkan penerangan aku denga baik sekali.

"Betul." Aku hanya perlu berkata itu.

"Jadi bagaimana jika cinta itu bukan sekadar di panggung. Malah cinta yang mahu dibawa ke perkahwinan."

"Itu poligami dan poligami adalah valid," kataku senyum.

"Sebenarnya kamu tidak menjawab soalan aku, aku bertanyakan soal cinta suami orang ini dari sudut pandangan lelaki tetapi kamu bercerita daripada sudut pandangan umum," tegurnya.

Aku hanya tersenyum malu. Arh, tadi dengan penuh keyakinan dan emosi aku berkata, rupanya, aku salah jawab. ehehe

1 comment:

Arenis said...

Suka dengan penjelasan kamu... cinta di bilik gelap umpama menonton wayang. Izinkan saya menggunakan metafora yang sama bila ditanyakan soalan begini.
Walaupun tersilap jawab... tetapi mempunyai maksud yg tersirat. Mendalam!