Tuesday, August 28, 2007

akan hadir rasa itu

Saya akui satu perkara,

hidup dengan sepi itu umpama hidup tanpa rasa peduli.

Dan di situ sebenarnya titik indahnya hidup yang sepi ini.

Hidp tanpa peduli apa2 yang terjadi, hanya memkir tentang diri sendiri.

Sehingga suatu saat, kita bisa merasakan dunia ini, kita yang punya. Kita tidak punyai lagi rasa peduli.

Namun, akan datang harinya, kita tidak lagi hidup dengan sepi itu. Sepi akan pergi meninggalkan kita. Akan datang cinta, akan datang rindu, kasih, teman-teman dan kekasih.

Hadir dalam hidup kita, menolak sepi ketepi.

Di saat itu, kita akan terperangkapa dalam diri sendiri. Kerana kita sudah biasa hidup dengan sepi, hidup dengan rasa tidak peduli, maka kita akan bersikap tidak peduli dengan cinta, rindu, kasih, teman-teman dan kekasih.

Sehingga, cinta itu layu, kasih itu jauh, rindu itu hilang dan teman-teman membuang kita. Hanya kerana kita masih terus dengan rasa tidak peduli.

Rasa tidak peduli itu perlu hilang bersama hilannya sepi. Perlu. Kerana apa yang hadir dalam hidup kita adalah kerana pedulinya tuhan kepada kita. Dia memberikan kita cinta, rindu, kasih, dan segalanya. Hanya kerna rasa peduli.

Mungkin perkara pertama bagi menzahirkan rasa syukur kita atas rasa peduli atas diri kita adalah dengan tersenyum. Tersenyum pada cinta yang hadir, pada teman-teman ataupun pada hari esok yang tiba.

Semoga kita akan bahagia dengan seala perkara baru yang hadir dalam hidup kita. Semoga kita sudah siap bagi memberi kembali rasa peduli itu dengan rasa peduli kita. Ya. Semoga semuanya baik2 aja.

Monday, August 06, 2007

Pika, terima kasih.




Aku tidak mengenalinya. Tidak juga pernah berjumpa dengan dia. Aku hanya 'menemui' dia di blog saudara Kassim Selamat yang merupakan bapa saudara Pika.

"Pika nak jadi polis bila besar nanti, nak tolong mama."

Aku berhenti sejenak di situ. Ucapannya cukup ikhlas. Aku melihat diri aku ketika sebaya dia. Aku juga punyai keikhlasa sebegitu, namun ketika aku sudah dewasa sebegini, keikhlasan itu aku kira sudah terjemahkannya dengan sikap yang ala kadar. Besarnya salah aku.

Aku juga diberitahu, menjadi kebiasaan Pika, setiap kali pulang dari sekolah,Pika akan memberi salam dengan suara yang nyaring. Dia ceria. Sentiasa menghiburkan.

"Pika nak air zam-zam."




Itu perkara pertama yang dipesannya kepada ibu saudaranya ketika ibu saudara dan bapa saudaranya (Kassim Selamat) berangkat mengerjakan umrah. Aku senyum. Aku kembali melihat diri aku, aku kira air zam-zam adalah perkara terakhir yang akan aku pesan. Aku akan lebihkan dahulu perkara-perkara dunia. Hurm.

Pika sempat menunggu air zam-zamnya tiba. Bonus, ibu saduaranya membelikan Pika jubah Arab dan gelang Mekah.




Tetapi Pika tidak menyambut ibu dan bapa saudarana di lapangan terbang kerana dia berada di wad prediatrik. Rupanya disebalik keceriannya, dia sebenarnya menghidap penyakit leukimia. Doktor memberitahu otaknya sudah dijangkiti kuman. Hasilnya Pika terpaksa menanggung sakit kepala yang amat. Pika yang dulu ceria, kini terbaring di katil. Pucat. Segala macam wayar disambung ke tubuhnya yang kecil. Dia terpaksa menanggung kesakitan apabila air tulang sum-sumnya diambil. Aku memejam mata, cuba membayangkan apa yang aku perbuat apabila aku begitu.

"Bila Pika mati kebumikan Pika di sebelah kubur abah."

Aku baca berkali-kali ayat itu. Di saat memanggung kesakitan yang amat, Pika masih mampu mengingatinya ayahnya yang meninggal dunia ketika umurnya setahun. Aku yang masih punyai ayah langsung tidak terfikir untuk berkata begitu. Mungkin selepas ini aku akan lebih kerap memeluk tubuh tua ayahku.

"Hari selasa nanti, Pika hendak pakai jubah Arab ini."




Itu pesan Pika yang tidak sempat ditunaikan.Pika sempat meminum air zam-zam, sempat memakai gelang Mekah tetapi pada subuh 26 Jun 2007, Pika pergi untuk selamanya dalam pelukan ibunya. Meninggalkan derita dunia. Meninggalkan kita yang masih tenggelam dalam nikmat dunia. Mungkin 'disana' dia sedang bergembira, memakai jubah Arab yang cantik. Mungkin juga bertemu ayahnya yang lama dirindu.

Walaupun tidak sempat berjumpa dan hanya mengenal lewat internet, aku ingin sekali memberitahu dia bahawa, dia memberi aku isnpirasi. Inpirasi untuk kembali menguatkan syukur aku pada-Nya. Terima kasih pika.

Al fatihah untuk Yussyafiqah.

*Terima kasih juga kepada saudara Kassim Selamat kerana mengizinkan saya menuliskan sesuatu tentang Pika.

Wednesday, August 01, 2007

cinta di bilik gelap

Barangkali atas kapasiti aku sebagai seorang suami ataupun

atas kapasiti aku sebagai suami yang kelihatan seperti lelaki bujang (hey, itu bukan pilihan, itu memang aku :-p)

maka aku ditanyakan soalan ini oleh seorang perempuan cantik,

"Bagaimana pandangan kamu berkenaan bercinta dengan suami orang?"

Buat pertama kali aku mendengar soalan itu, aku diam. Aku mahu bilang apa? Kerna aku tidak pernah bercinta dengan suami orang. :-p

Kemudian fikiran aku bertambah waras, aku mula memikir mahu jawab soalan ini daripada aspek yang bagaimana?

Agama? Aku tidak punya kapasiti itu. Ilmu agama aku kurang.
Cinta? Aku juga tidak punya kapasiti itu kerna apa, aku sendiri belum tahu sehingga entri ini ditulis mengapa aku tidak punya upaya.

Jadi, setelah beberapa kali aku senyum dan mengangkat kening, aku senyum kembali.

Aku kira mahu beri jawapan 'main-main' tapi terlihat perempuan cantik itu, serius menanti. Bagaimana neh.

"Udah nonton cerita filem 'cinta pertama' lakoanan Bunga Lestari?" tanyaku.

"Belum, Menagapa? Apa yang menarik?"

"Aku sendiri belum nonton," jawabku perlahan.

"Jadi mengapa bertanya? Saya ingatkan kamu mahu mengambil sesuatu daripada situ." Perempuan cantik itu kelihatan kecewa. Hihihi.

"Sebetulnya, bercinta dengan suami orang adalah umpama menonton wayang." Aku cuba serius. Tapi aku masih lagi senyum tidak serius. iskh

"Maksud kamu?"

"Ketika kita membeli tiket, kita sudah tahu kita akan menuju ke satu bilik gelap yang selesa. Berhawa dingin (eh nama aku). Duduk di situ tanpa berbuat apa-apa selain menonton dan menikmati perasaan yang terbit dan kita dalam dunia kita sendiri. Selepas selesai, kita keluar senyum dan kemudian bercerita tentang filem itu dengan kawan-kawan ataupun menyimpannya sendiri dihati." Aku berhenti sebentar menarik nafas.

"Jadi?" tanyanya lagi.

"Filem yang ditayangkan itu adalah suami orang. Dia menghiburkan kita dan membawa kita ke dunia kita. Dunia yang gelap tapi selesa kerana meraka tahu bagaimana untuk menghiburkan kita. Terkadang kita sedih, ketawa dan gembira. tetapi yang pasti akhirnya filem itu menggembirakan kita dan memberikan kita semnagat. Terkadang memberikan kita keinsafan.Namun itu hanya sebentar. Kita akan keluar dari bilik gelap itu, kerana filem it bukan milik ita. Tetapi kita tidak juga bisa menyalahkan filem itu kerana kita yang membeli tiket. Mungkin boleh disalahkan promosinya yang cukup menarik dan membuat kiat mahu menonton." Aku udah termengah.

"Jadi maksud kamu, bercinta dengan suami orang hanyalah bagi memnuhi impian yang kita tidak bisa gapai di dunia realiti. Kia menonton filem yang mahu kita tonton biarpun kita tahu, filem itu tidak akan bisa kita bawa ke luar panggung, namun setidak-tidaknya ia masih milik kita di bilik gelap itu." Dia menyimpulkan penerangan aku denga baik sekali.

"Betul." Aku hanya perlu berkata itu.

"Jadi bagaimana jika cinta itu bukan sekadar di panggung. Malah cinta yang mahu dibawa ke perkahwinan."

"Itu poligami dan poligami adalah valid," kataku senyum.

"Sebenarnya kamu tidak menjawab soalan aku, aku bertanyakan soal cinta suami orang ini dari sudut pandangan lelaki tetapi kamu bercerita daripada sudut pandangan umum," tegurnya.

Aku hanya tersenyum malu. Arh, tadi dengan penuh keyakinan dan emosi aku berkata, rupanya, aku salah jawab. ehehe