Saturday, October 07, 2006

untuk cinta itu.

Untuk yang belum pernah merasai apa itu cinta. Pasti sering bertanya cinta itu rasanya bagaimana? Cinta bagi golongan ini umpamanya seorang musafir yang haus di tengah padang pasir, ketika udah hilang semua harapan tiba-tiba dia terjumpa sebiji takar berisi air. Di saat titisan pertama air yang mengalir ke tekak haus musafir itu, itulah rasanya cinta. Melegakan juga enak.

...

Untuk yang udah merasai apa itu cinta. Pasti pula rasanya cinta udah berbeda. Air kosong sejuk bukan lagi cinta yang diingini. Pasti mereka ingin air yang punyai rasa, punyai warna. Segalanya mengikut citarasa mereka. Baru bisa mereka meneguk puas.

...

Untuk yang udah berusia, cinta itu umpamanya seorang tua yang meminum air kopi pekat tanpa gula. Biar ngak manis tapi rasa dari kopi itu adalah penyegar jiwa. Dihirup pelan-pelan. Di biar rasanya menyerap keserata lidah. Nikmatnya hingga ke kepala.

...

Untuk yang remaja, cinta itu umpamanya minuman segera. Bisa di dapati dengan mudah, dengan pelbagai perisa dan warna. Yang nyata minuman itu kurang khasiatnya. Hanya untuk pelepas dahaga tapi juga punyai kandungan gula yang melebehi normal.

...

Untuk cinta paksa, umpamanya seorang pesakit yang terpaksa meminum ubat. Biar ia pahit, tapi kerna keadaan udah memaksa, ubat yang pahit ditelan juga. Biasanya ubat it adalah penawar untuk masa panjang hidupnya.

...

Untuk cinta nafsu, umpamanya meneguk arak. Biar terlihat berseni cara menghirupnya, biar juga sedikit-sedikit yang masuk ke tubuh. Tapi akhirnya, mereka mabuk dan hilang juga pertimbangan akalnya. Mudah untuk membuat sirna, tanpa peduli apa itu dosa.

...

Untuk cinta suami isteri, umpamanya meminum susu yang manis. Ia enak tapi juga berkhasiat. Sentiasa menjadi pilihan untuk apa jua keadaan. Baik untuk sarapan juga untuk minuman malam. Tapi jangan sampai susu itu masam. Simpan ia selalu di tempat yang elok.

...

Untuk cinta sufi. Umpamanya, meminum air laut. Semakin banyak diminum semakin haus. Semakin ditemukan makna cinta itu, semakin rindu ia kepada rasa cinta kepada tuhan. Tidak pernah jemu untuk menyebut dan mengingati namaNYa. Namun tidak semua mampu
meminum air laut itu.

...

Untuk cinta Allah. Umpamanya meneguk madu. Berkhasiat dan terasa nikmat. Madu itu datangnya suci dari bunga yang harum. Warnanya keemasan , baunya memikat tidak juga bisa basi. Namun untuk mengambilnya penuh bahaya, terpaksa berdepan lebah berbisa.

16 comments:

Elhakim said...

tq very much coz leavng ur comment in my blog.though i couldnt understnd wat u mean.

--regrds

Nazhatulshima N said...

Salam,
Pandai sungguh saudara beranalogi. Teruskan,saya suka membaca penulisan sebegini.

Elhakim said...

just rceive ur cmt terbaru. wateverlah. i frget to say nice blog u have. superb. great work. hope ur gf will be pleased.

--regards.

kingbinjai said...

saudara, saya meminta ijin, meminjam tajuk entry ini "üntuk cinta ini" untuk sajak terabru saya. tq

Anonymous said...

Kenapa sik kamu suke banget bercerita mengenai cinta?

Emangnya kamu dalam cinta atau jauh dari cinta?

Unknown said...

saya suka tulisan anda :)

MDM FARAH FAIZURA said...

guna aja tajuknya,

biasa1 aja sih

..

topik cinta,
itu mudah,
ngak perlu buku2, ngak petikan politik,

hanya aja ia dari hati

hihihi

...

wah,

terima kasih,

NUR said...

wah pak dingin....kamu punyai ramai penyanjung :)

MDM FARAH FAIZURA said...

lupa,

ada komen bahasa English

mujur aku bukan

Pak Khalid.

Baca sini.

http://khalidjaafar.blogspot.com/2006/10/liberal-tetapi-malaysia.html

azeel said...

laugh, en dingin ini ngak ada cewek lagi. dia sebenarnya pemuja rahsia, hanya melepaskan rasa cinta dan rindu dalam blog ini saja. dia masih anak bujangan yg pemalu.
tapi yang pasti, teman-temannya mesti perempuan-perempuan yang harus cantik-cantik. dan kamu harus cantik untuk mendamping dia .... bukan gitu, dingin?

MDM FARAH FAIZURA said...

aku ini berkeris. (keris 9 lok)

harap maklum.

terima kasih.

hehe

Anonymous said...

Bekeris?

MDM FARAH FAIZURA said...

keris itu senjata lelaki

hihihi

Anonymous said...

Wahai Encik Dingin yang bujangan, yang gak ada cewek dan pemuja rahasia... sudah ramai dingin addict ya.

~~itu aku~~

azeel said...

'itu aku'....
kamu jgn cemburu pd dingin yg semakin menaiki carta bujangan terhebat...

Anonymous said...

gak cemburu ah, malah berbangga...
Mana tahu nnt dia bisa jadi 'bujangan yang berpunya' dan tidak 'pemalu' lagi.

~~itu aku~~