Tuesday, October 10, 2006

'ghost game' , bukan sekadar cerita di seloluid putih.

Untuk pertama kalinya duduk di kerusi panggung. Hal pertama yang masuk dalam fikiran aku, kenapa filem Heart terlalu sikit tayangannya. Hingga aku terpaksa pula duduk di panggung ini untuk menonton filem yang bukan dalam rencana asal aku. Itu aku boleh terima kemudian kerna filem Heart udah melepasi klimaks tayangan. Setelah beberapa lama ia di panggung.

Apabila memilih untuk menonton filem pengganti Heart ini, pertimbangan pertama aku ialah pada posternya. Terlihat posternya suram juga gelap. Gambar manusia yang udah mati, tengkorak-tengkorak yang berselerak, serta renungan manusia yang dalam ketakutan. Aku suka tema ini. Tema angker dan pastinya aku lebih yakin kerna filem ini adalah filem angker Thai. Aku mahu sesuatu yang menakutkan jiwa aku. Dimana ketakutan tersebut terpancar dari cara duduk aku yang ngak nyaman, mata aku yang terkelip-kelip serta sesekali terdengar keluhan terkejut-kejut dari lidah aku.

Filem Thai yang aku maksudkan ialah 'Ghost Game'. Filem berkenaan, sebuah rancangan realiti. Di mana rancangan ini disertai 11 orang peserta yang mahu memperoleh wang kemenangan sebanyak 5 juta Baht. Rancangan realiti ini merupakan rancangan yang menguji keberanian para peserta ntuk tinggal di kawasan yang misteri, penuh dengan hantu kononnya. Para peserta akan tinggal dkawasan tersebut dan akan mengalami gangguan dari nahluk halus. Bagi peserta yang ngak mampu menanggung gangguan itu, akan terkeluar dari permaianana. Peserta terakhir yang tinggal dalam kawasan tersebut dan meneruskan permaianan akan dikira sebagai pemenang.

Rancangan realiti ini mudah difahami konsepnya. Tetapi, untuk dijadikan cerita, kawasan pilihan untuk menjalankan rakaman rancangan realiti ini adalah sebuah Muzium di Kemboja.Muzium tersebut asalnya merupakan sel tahanan yang menempatkan para tebusan yang diseksa kemudain semuanya dibunuh secara kejam. Awal filem ini menunjukkan seoarang dukun Kemboja menjalankan upacara 'tolak bala' tapi akhirnya dukun tersebut pula yang kerasukkan. Kerasukkan seoarang roh perempuan yang meminta para peserta meninggakan aja lokasi itu. Apabila hal tersebut tidak diendahkan , maka ceritanya bermula disitu.

Aku tidak mahu mengulas lanjut filem tersebut kerna nanti hanya akan menghilangkan mood untuk menonton. Tapi apa yang aku mahu perjelaskan ialah hasil dari filem tersebut telah menyebabkan bantahan di Kemboja. Bantahan yang terbit dari sensetiviti rakyat Kemboja. Mereka menyatakan bahawa filem tersebut biar hanya rekaan tapi ia seolahnya mengingatkan mereka kembali kepada kekejaman tentera Khemar Rouge. Kekejaman yang diingati dengan kod S21. Dalam filem ini pula, kekejaman pembunuhan beramai-ramai tersebut diubah menjadi Kes 17. Biar lokasi, cerita dan nama kes itu diubah. Namun isinya tetap sama, iaitu pembunuhan beramai-ramai. Kejadian yang menyebabkan trauma kepada negara Kemboja. Kerana mereka menjalankan filem tersebut di Kemboja dan berlatar belakangkan Kemboja. Kenapa tidak aja dibuat di Thailand dan berlatar belakangkan sendiri negara Thailand?.

Rakyat Kemboja mengutuk filem tersebut dengan alasan tersebut. Alasan tidak menghormati luka lama mereka. Malah seorang pemimpin Kemboja mengatakan, "Pembunuhan ini telah lama berakhir. Namun kami tidak melupakan sejarah kami, tapi ia tidak pula harus diulang biar dalam apa bentuk sekalipun". Mungkin ini terlihat tidak bagus, namun hakikatnya filem tersebut menyebabkan Kemboja seolahnya kembali bersatu dan melupakan segala masalah yang ada dalam negera mereka. Juga bisa mencetuskan lagi gelombang perbalahan diplomasi antara kedua negara.

Ini menjelaskan kepada aku kenapa pada permulaan filem begitu jelas menyatakan bahawa, segala kisah dan adegan dalam filem ini tidak bermaksud untuk merujuk pada mana-mana kejadian tapi apabila adegan-adegan tersebut tetap menimbulkan rasa kurang enak, mereka memohon maaf.

Lantas apa iktibar yang aku peroleh dari filem ini? Satunya, filem angker bukanlah pengganti yang bagus untuk filem cinta. Kerna bila kita udah sedia menonton filem bertema cinta, kita sebetulnya udah menyediakan perasaan yang paling lembut agar kita bisa memahami filem tersebut. Tapi bila rencana tersebut ditukar kepada filem angker, kita akan menjadi panik serta takut berlebihan kerna perasaan lembut tadi ditujah dengan mesej-mesej ngeri juga angker. Ini yang aku rasa. terlau menyentuh perasaan takut aku. Ah, persetan.

Keduanya, filem ini biar bagaimana pun diolah, hakikatnya tetap sama. hakikat yang memberi rasa yang sengaja untu mengguris luka lama. Hakikat tersebut bisa mengguris perasaan orang Kemboja. Ini kerna filem sebetulnya, udah diktiraf sebagai satu bentuk media yang setaraf dengan koran. Di mana segala cerita adalah perkhabaran yang bisa jadi fakta yang bisa diargumen . Untuk ini, aku kira kita sebagai penonton harus seperti membaca koran, tekun mencari apa isinya juga menapis apa saja kesan yang diberikan oleh filem tersebut. jangan terlalu mudah untuk menyangjung adegan yang mengatakan ini filem yang mencerminkan budaya sebenar (seperti yang terjadi pada sebuah filem negara kita, yang terlalu disanjung begitu). Apa ada pada cerminan tersebut jika hanya membalik hanya pada satu daerah tertentu. Ia sepatutnya bukan sekadar satu cerminan, kerna cerminan itu terhad dan sempit , tapi sebagai satu perkhabaran yang bercerita benar juga penuh pengajaran. Jika pun mahu sensasi buat kajian dulu juga minta izin. Seperti kita membaca berita-berita di koran (harus pilih juga koran mana yang lebih bagus).

Ternyata, filem ini dari segi ekstetiknya bagus, bisa menakutkan aku. hehehe. namun dari segi perkhabarannya, ia tidak ubah tabloid. hanya mencetuskan sensasi dan apabila diargumen, mudah pula mereka menyatakan ia hanya fantasi, biar hakikatnya, mereka mahu filem ini dilihat kerna isinya yang dipenuhi dengan fakta-fakta lalu. Fakta-fakta yang mereka katakan istilahkan cerminan sejarah hitam Kemboja, sepatunya ia bisa jadi bagus sekiranya filem ini bercerita dan memberi perkhabaran yang jujur, tidak selindungselindung seperti tabloid gossip. Ia berjaya memberi imej tabloid tersebut, kerna itu ia dibantah. Jelas, ketakutan filem ini tidak hanya pada seluloid putih, tapi disambungkan pada realiti sebenar yang telah mengguris perasaan negara Kemboja.

7 comments:

kingbinjai said...

oooo ooo sangat menarik!

azeel said...

wah.. kamu sekarang jadi pengkritik filem!

dia_tidak_cantik_mak said...

satu lagi ya...

mana pergi 100%indonesiak kamu?

kamu kan ngomongnya indonesiak.
ayuh teruskan...dengan bahasa-bahasa puitismu itu.

MDM FARAH FAIZURA said...

jika kita memberi kacang,

kita akan mendapat monyet,

maaf,

kacang aku sudah habis.

..

harap ini udah cukup puitis

hehehe

...

hurm,
aku pengen tau,
komen apa yag udadh di delete itu

dia_tidak_cantik_mak said...

bagaimana kacang tidak habis, kalau diri sendiri makan lebih.

MDM FARAH FAIZURA said...

wah,

energi anak muda,,

iya-iya,

teruskan aja maumu,
hiihihi,

aku mundur.
lelah mau bermain-main,

hihi

apapun,

terima kasih .

hehehe

dia_tidak_cantik_mak said...

Bijak jika keputusan untuk mundur. Tidak perlu dibilang berulang kali.