Friday, October 06, 2006

berlari di padang rumput yang kosong

aku capek, aku mau sesuatu yang berbeda pagi ini. Jika tidak berbeda pada hari ku, sekurang-kurangnya berbeda pada gaya penulisan aku. hehehe

Apabila berlari di padang rumput yang luas tapi kosong, mungkin perkara pertama yang ada dalam fikiran kita ialah, seluas mana padang ini. Atas fikiran itu kita akan terus berlari cuba mencari hujungnya. Apabila hujungnya tidak juga ketemu, aliran fikiran kedua akan lahir pula. Fikiran yang berkata pada hati, cukuplah berlari. Aku sudah penat. Aku sudah jemu. Aku mahu berhenti. Aku mahu padang yang lain pula.

Tapi cuba pula kita berlari di padang yang luas, tapi punyai bunga-bunga indah yang kembang di seluruh padang tersebut. Rama-rama indah terbang separas bahu kita. Sesekali ia singgah menyapa tubuh. Pokok-pokok pula tumbuh rendang berbunga indah. Fikiran pertama kita masih sama. Seluas mana padang ini. Apabila hujung padang ini tidak kita ketemu, aliran fikiran kedua juga masih sama. Fikiran yang akan berkata kepada hati, aku sudah penat, aku sudah jemu. Bezanya hati tidak akan mahu berhenti kerana padang rumput ini indah, tidak kosong. Masih ada niat untuk ketemu hujungnya.

Dalam percintaan, kita sebenarnya umpama berlari di padang rumput yang kosong. Kita akan cuba berlari untuk mencari hujungnya. Untuk permulaan, kita masih gembira berlari di padang rumput kosong tersebut. Tapi kerana cinta itu tiada penghujung, kita mula merasa jemu untuk berlari di atas padang yang sama. Lantas cuba berhenti. Inilah yang terjadi dalam percintaan yang tidak diikat dengan pernikahan yang sah. Percintaan itu umpama padang rumput yang luas dan indah tapi kosong.

Namun, apabila percintaan itu diikat dengan pernikahan yang sah. Ia umpama padang yang punyai segala-galanya. Ia punyai bunga-bunga yang harum, cukup dengan seri rama-ramanya dan kicauan burung-burung. Kita akan berlari di atas padang itu dan sampai masa kita akan tetap merasa jemu. Walau begitu, kerana ia lebih dari sekadar padang rumput yang kosong. Kita akan merasa sayang untuk berhenti sebelum sampai ke hujung. Kerana pemandangan indah padan itu tadi memberikan kita semangat untuk meneruskan larian.

INi bukan cerita padang rumput semata-mata, tapi yang lebih penting, apa yang sebenarnya terjadi di atas padang itu. Walau sekuat mana pun cinta kita, setinggi mana pun kasih kita, samapi satu tahap, kita tetap akan merasa jemu. INi bukan sesuatu yang salah. Ini adalah fitrah kita sebagai manusia yang lemah. Atas itu, kita sering terjumpa pasangan yang bercinta selama bertahun-tahun tapi diakhiri dengan perpisahan. Ini kerana rasa jemu itu sudah muncul dan tiada perasaan tanggungjawab terhadap perhubungan, kerana ia kosong. BUkan bermakna bila kita sudah bernikah, kita tidak akan jemu. PAsti tetap akan nerasa jemu, tapi oleh kerana jemu tu terjadi di dalam pernikahan, perhubungan masih boleh di selamatkan. Kerana kita sedar kita sudah punyai tanggungjawab terhadap perhubungan yang sah tersebut.

Apabila kita sedar padang rumput yang indah tempat kita berlari ini masih kosong, cuba kita jengah pula taman-taman yang punyai bunga-bungaan yang harum. Apa kata hati kita? Terpulang pada kita untuk menilai. Namun seperkara yang pasti, jemu itu umpama awan hitam. Ia tetap akan hadir di mana-mana padang sekalipun. Pastikan kita bersedia untuk itu. Sebelum ia hadir di padang rumput kita.

2 comments:

kingbinjai said...

aku setuju

ufukhati said...

sdr.dingin,

Prosa anda indah sekali. Di beberapa tempat macam puisi (prosa-lirik).

Pertama kali masuk dan agak terkejut dengan amaran di "muka pintu".

Ini gaya benar juga kata sdr. "sesuatu yang berbeda".

Terima kasih kerana menginggalkan "kata" di blog saya. Itulah juadah yang segar menjelang sahur!