Jika aku berjalan , jalan sendiri-sendiri maksud aku. Apa sih yang aku jangka. Mungkin aku jangka keselamatan sepanjang perjalanan. Mungkin juga menjangka akan sampe ke tujuan tepat waktu atau mungkin aku tidak manjangka apa-apa yang buruk. Ini biasanya aku perbuat. Hanya menjangka yang baik aja, atas dasar berpegang ada prinsip 'bersangka baik'.
Namun aku terlupa bahawa aku tidak berlaku adil pada setiap jangkaan aku. Jangkaan itu sebetulnya harus seimbang bagi kedua-dua hujung prisma. Sedangkan aku hanya memberatkan hujung jangkaan yang baik. Jangkaan yang buruk di hujung prisma lain pula kosong. Tiada jangkaan di situ. Sepatutnya untuk terlihat adil aku harus mengimbangkan kedua-dua hujung prisma itu. Dalam membuat jangkaan yang baik, aku juga harus membuat jangkaan yang buruk. Begitu juga sebaliknya. BUkankan adil itu bermakna meletakkan yang sepatutnya pada tempatnya. Lalu, menyeimbangkan kedua-dua hujung yang berlawanan itu adalah wajar kerna meletakkan jangkaan baik dan buruk sama seimbang.
Dalam hidup, aku sering membuat silap kerna hanya obses dengan jangkaan yang baik aja. Baik dalam ibadat, akademik juga cinta. Dalam ibadah, aku hanya menyangka bahawa solat aku, doa aku akan diterima. Sangkaan yang baik. Tapi aku tidak meletak sangkaan buruk, sepatutnya aku meletak sangkaan buruk bahawa solat aku dan doa aku akan ditolak. Kerna siapa sih aku ini yang harus bersangka baik bahawa ibadat aku itu udah sempurna. Ibadat aku jauh dari sempurna, tapi jika aku masih bersangka baik ibadat aku ini diterima kerna kebagusannya, lalu aku akan bisa jadi lalai atau juga jadi celaka sedangkan sebetulnya ibadat aku ini harus diperbaiki banyak, juga harus lebih banyak takutnya.
Dalam cinta (baca : cinta berlawanan jenis), aku juga sering menjangka apa yang aku perbuat untuk cinta adalah yang terbaik. Aku menjangka cinta aku ini adalah yang terakhir juga kukuh dari sebarang godaan. Apabila jangkaan baik aku itu tidak tepat, kerna cinta mula merajuk, cinta mahu lari, ada cinta lain yang cuba masuk. Aku terdiam dan merasa kecewa. Kerna dengan tidak menjangka sesuatu yang buruk, bermakna aku tidak menyediakan plan B. Tanpa Plan B aku akan terus terkapai-kapai dalam gelora duka kerna tidak bersedia untuk hal-hal buruk seperti ini.
Begitu juga dalam hal hidup yang lain, akademik kerja juga bisnis. Harus jangkaan buruk itu disertakan sekali dengan jangkaan yang baik, agar secara automatik otak akan bersedia dengan hal -hal yang berlaku luar jangka dengan menyediakan plan B, plan C dan pelbagai plan lagi. Namun, terkadang juga sebaliknya berlaku. Kita terlebih jangka dalam hal-hal buruk hingga kita jadinya lemah dan ngak punya motivasi. Ini sering aja terjadi dalam akademik, dalam kerja yang kita ngak suka atau dalam cinta yang terpaksa.
Apabila hal-hal ini terjadi, aku kira diri aku seharusnya belajar bagaimana untuk meletak jangkaan aku itu dalam posisi yang seimbang. Meletak agar ia berada di tengah-tengah diantara jangkaan buruk dan jangkaan yang baik. Agar aku tidak terlalu mencipta harapan yang tinggi dengan keyakinan aku, juga tidak terlalu merasa rendah diri. Semuanya sederhana. Lalu apabila aku berjaya , aku akan mudah tersenyum dalam hidup syukur dan apabila aku gagal aku akan lebih mudah untuk tersenyum dalam redha.
esok raya. selamat hari raya dan maafkan segala kesalahan aku. jika aku ada menguris, ada menusuk, ada, ada menikam, ada membaling, ada meruntuh, ada mencampak, ada meludah juga jika ada melukai perasaan kalian dengan tulisan aku. Maaf. terima kasih
5 comments:
Selamat Hari Raya...maaf kiranya ada kata-kata ku mencalarkan perasaan mu...sesungguhnya kita ini hanya manusia yang penuh dengan kesilapan...maaf zahir dan batin...
nasibmu memang baik..
memang selalu kau gores hatiku dengan tulisan tajammu..hihihi
selamat hari raya, dingin!
salam aidilfitri dingin..
selamt hari raya. maaf zahir batin.
selamat hari raya.
azim..
owh,
kiranya kamu udah memaafkan aku
hihihi
Post a Comment