Wednesday, October 11, 2006

Bila angka menjadi lagenda

Ada yang mengatakan bahawa kekayaan orang Melayu itu udah sampe 45%. Ada pula mengatakan masih 18%. Sebetulnya pada angka mana pun kekayaan itu berada, untuk diri aku, aku masih tidak perolehi apa-apa hasil dari angka-angka itu. Kerna hidup aku tetap sama.

Pagi-pagi beli surat khabar di kedai bukan Melayu, beli baju di kedai bukan Melayu, beli gula di kedai bukan Melayu, beli kasut di kedai bukan Melayu, beli prepaid di kedai bukan Melayu. Hanya bila cerita berkenaan beli makanan, baru aku bisa pergi ke kedai orang Melayu.

Lalu terfikir aku bagaimana lagenda dan mitos boleh tercipta. Semuanya hasil dari kekaguman dan ketidakpuasan terhadap sesusatu perkara. Maka di ciptakan angka-angka agar bisa tampak hebat, atau tampak sepertinya mangsa keadaan. Seperti cerita Holocost, Yahudi bercerita tentang jutaan bangsanya yang dibunuh sedangkan hakikatnya itu sekadar angka-angka untuk dilihat sebagai mangsa kekejaman. Mangsa yang harus di beri simpati dengan di anugerahkan sebuah negara haram di tanah suci. Kerna waktu itu, dunia sudah simpati dengan angka-angka yang terbit.

Atau juga berkenaan lagenda Hang Tuah yang dikhabarkan bisa mengusai 12 bahasa. Nampak hebat, tapi malangnya anak cucunya pula tidak mampu mendapat kerja di bumi sendiri hanya kerna mengusai 1 bahasa, bahasa kebangsaan. Mungkin ada benarnya Hang Tuah itu ialah Hang Tu Ah kerna biasanya hanya bukan Melayu bisa mengusai banyak bahasa. Setidak-tidaknya 3. Melayu, English juga Mandarin. Lalu, mereka senang untuk mendapatkan kerja. Hehehe.

Jadi, logiknya, bila satu bangsa itu lebih banyak menganggur pasti angka-angka penguasaan ekonomi tidaklah se gah 45%. Mungkin ada benarnya 18%. Tapi untuk apa di khabarkan eknomi bangsa Melayu itu sehingga 45%. Mungkin belajar dari lagenda Holocost. Entah. yang pasti 80% belanaja aku tetap akan pergi ke kedai bukan Melayu.

3 comments:

kingbinjai said...

18% atau 45% atau 2% atau 99% apa usaha kita?

Elhakim said...

enjoy playing with those numbers.
not 45. not 18. i guess below than 10.
teh other 8 is cronies. LoL.

ufukhati said...

sdr dingin,

Molek benar ulasan sdr. itu. Maklumlah zaman sekarang zaman kemelut. Bila dah kemelut, kelam kabut pun datang.

Di hujung dunia : Sudah terang lagi bersuluh!