Thursday, October 05, 2006

sunyi ini perlukan kata-kata.

Sunyi itu tidak perlukan kata-kata untuk di rasa. Cukup berada sendiri di dalam bilik berteleku. Sunyi itu tidak juga perlukan peneman yang bisa bicara. Cukup bertemankan bulan dan malam. Aku katakan ini, hanyalah kesunyian pancaindera. Kesunyian yang terkadang kita fahami sebagai sesuatu yang menyeksakan, tetapi untuk waktu tertentu, ia bisa menjadi indah.

Tapi ada waktu sunyi itu perlukan kata-kata untuk di rasa. Perlukan peneman yang bisa bicara untuk kita mengerti apa itu kesunyian. Tidak hanya cukup sekadar berteman bulan dan malam. Sunyi seperti itu akan terjadi didalam hati . Hati yang sunyi dari iman.

Terkadang sunyi di hati itu tidak bisa di rasa jika tidak di beritahu dengan kata-kata. Mungkin kita bisa aja ketawa sepanjangan waktu. tapi tidak pula tahu bahawa dalam hati, kita sebetulnya sunyi dari iman. Perlukan kata-kata dari bacaan atau kuliah agama untuk mengerti bahawa, hati ini udah lama tidak di kelilingi bicara-bicara agama yang membentuk iman. Hanya bicara-bicara dunia.

Sunyi didalam hati perlukan peneman yan bisa bicara untuk lebih kita mengerti rasa sunyi itu. Perlukan peneman yang bisa memberi nasihat. Mengatakan bahawa kita lebih baik begini atau begitu. Peneman yang mengingatkan bahawa, apa yang kita usaha sekarang tidak cukup lagi untuk bekal di sana. Hanya pada waktu itu, baru kita akan mengerti rasa sunyi itu.

Untuk yang dah mengerti rasa sunyi dalam hati, pasti akan cuba membawa hati itu bersiar-siar di majlis ilmu. Memperdengarkan hati itu dengan halus bacaan Al-quran atau nyaring bacaan hadis. Saat udah merasai kesunyian hati itu udah memuncak, barulah kita akan bisa mengerti, kesunyian di dalam sujud ditengah malam itu sebetulnya cukup indah.

Untuk diri ini, aku masih belum merasa kesunyian hati ini kerna terlalu leka mengisi kesunyian pancaindera aku yang ngak pernah puas. Hehehe.

9 comments:

Puan Ainon Mohd. said...

Sdr,

Cuba gantikan 'jika', 'kalau' dan 'jikalau' dengan 'apabila', cuba lohat bedanya.

Puan Ainon Mohd. said...

lihat bukan 'lohat'.

kingbinjai said...

kadang kadang sunyi itu nikmat

Anonymous said...

kalau aku.. sunyi itu satu kedamaian.

~~itu aku~~

.:mUnies:. said...

sunyi itu indah

MDM FARAH FAIZURA said...

ya lupa,

kita tidak boleh mengurui pembaca.hik

MDM FARAH FAIZURA said...

culas,

untuk berterima kasih kepada komen2,

terima kasih

hik

azeel said...
This comment has been removed by a blog administrator.
karl Firdaus said...

hmm.........HEBAT.... Jangan pening pening lagi