Mungkin ada yang masih mengatakan bahawa epik kuno Mahabrata itu adalah karya terpanjang didunia. Mungkin ada juga yang menegaskan bahawa epik karangan Homer adalah terpanjang. Tapi yang sebetulnya, Sureq Galigo adalah karya sastera kuno yang terpanjang di dunia. Ia syair lebih dari 300000 baris perkataan. Secara perbandingan, epik Mahabarta mempunyai 150000 baris.
Yang bisa membuatkan aku merasa megah ialah, ia adalah karya sastra Bugis. Bukan siapa-siapa, rumpun nusantara juga. Sureq itu dalam maksud bugis, adalah surat atau juga buku. manakala Galigo itu pula adalah nama si penulis karya. Cuman aja, ia di tulis dalam aksara Bugis, dan aku kira mungkin 2 tahun lagi aku akan mempelajarinya.
Cuba bayangkan jika karya Sureq Galigo (yang udah di salin kepada huruf rumi) itu ngak punyai noktah atau koma, pasti kita tidak mampu membacanya, atau juga ia tidak lagi di anggap karya terulung, melainkan hanya sampah semata-mata. Hidup kita ini juga umpama sebuah karya. Punyai, muka depan, nama penerbit, pencetak juga punyai bab serta perenggan. Lebih teliti, setiap bab akan punyai noktah, tanda tanya, koma juga tanda seru. Tanda-tanda itu sebetulnya mewakili hidup kita.
Mungkin dalam hidup kita akan mempunyai bab yang membahgiakan, tapi jangan lupa, bab yang sedih pasti akan tiba. Dalam setiap bab pula, punyai noktah. Ada masa kita perlu berhenti sejenak. Baru memulakan sesuatu yang baru. Supaya perbuatan kita itu dalam batasan normal. Umpamanya, kerja, kita harus memberi noktah kepada kerja kita jika udah masanya, jika masih terusan, kita bisa jatuh sakit.
Hidup juga punyai koma, gunakan koma itu dengan sebtulnya supaya kita tidak terlihat cuba lari dari masalah. Umpamanya dalam cinta. Jika sedang dalam pertengkaran, jangan guna terus noktah dalam perhubungan. Wakilkan ia dengan koma. Bila ia udah sejuk, teruskan aja menyambung baris-baris cinta yang terhenti tadi. Pasti lebih lebih enak bacaan cinta kita.
Terkadang juga, hidup kita punyai dialog, punyai tanda soal. Ia membuat kita hilang rasa seronok. Kerna terlalu banyak yang perlu di cari jawaban dan terlalu banyak yang perlu di beri jawaban. Terutamanya dalam persoalan mencari kerja atau cinta. Penuh tanda soal. penuh dialog.
Jadi, untuk waktu ini, jika hidup kita punyai bab-bab, punyai noktah terhenti, jika hidup kita penuh tanda soal, juga koma. Jangan terlalu risaukan hal itu dan bertanya kenapa kepada tuhan. Ia adalah hal normal. Jika kita mahu jadikan hidup kita ini umpama karya ulung, harus melalui proses-proses itu. Kerna bagiamana kita bisa membaca perjalanan sejarah hidup kita tanpa tanda-tanda bacaan tersebut. Bagaimana?
Sepertinya juga Sureq Galigo itu tadi, jika tidak punyai noktah juga koma, pasti ia tidak berada dalam kelompok sastra ulung. Kata kuncinya ialah redha dengan cubaan hidup. Kerna setiap buku pasti punyai kesudahan yang baik. yang penting kita jangan berhenti pada bab-bab sedih . teruskan aja sehingga keperenggan akhir bab penutup. JAdi, mungkin kita akan mencipta karaya hidup yang ulung untuk di baca nanti di akhirat.
9 comments:
terimakasih teman..
kukira kau ini menulis sesuatu untuk aku renungi, lebih lebih lagi dengan keadaanku sekarang.
terimakasih sekali lagi.
sabbarek mua kik (bahasa Bugis)
= Kamu sabar aja.
sangat bermakna posting kau kali nih...
(~_~)q
kerana sikap berterus-terang kau, aku melawat keblog ini. mm, nampaknya aku menemui sesuatu yg menarik (err bukan avatarmu. haha!) arwah atok &nenekku berbangsa Bugis. malangnya aku tak tahu berbahasa seperti itu malah ilmu sejarahku tentang keturunanku itu amat cetek. barangkali kerana tiada sesiapa yg ingin menceritakan kepadaku atau kerana aku sendiri yang tidak tahu mencari asal usulku sendiri. entah.. aku harus berterima kasih padamu atas entri ini. aku mula merasakan perlunya aku mengetahui asal usul keturunanku yg digelar lanun satu ketika dulu. boleh kau cadangkan untuk aku bahan bacaan apa yg harus ku mulai dulu? atau mungkin saja aku bole meng'goggle'kan tajuknya.
o,ya. selepas kau complete belajar bahasa Bugis, sila buka kelas ya. aku org pertama yang akan mendaftar!
buah fikiran yang sangat ranum
ilmu untuk mendalam karya dingin masih kurang...kdg² x pham ape yg cube disampai kan...tp xpe...aku harus cube utk dalaminye..."hidup ini adalah karya akhirat" ermmm.....
uddin, dafay ya atorok = boleh, bisa dia atur
hihihi
lupa dan lupa,
untuk kamu mahu mngerti asal keturunan kamu,
aku tidak punyai bacaan khusus,
kerna Bugis ini juga punyai bnayak suku.
Sureq Galigo dari dareha Wajo.
mungkin kamu bisa membaca tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali aji seorang Bugis,
atau bisa mebaca Saksila Lekir, ada berkenaan Bugis, yang menceritakan bahawa Hang Tuah itu nama sebetulnya adalah
Daeng Mampewah.
untuk bacaan moden aku ngak pasti,
tanya aja pakcik kita, pakcik Google.
,,,
lupa lagi, untuk bicara Bugis aku bisa,
cuman aku mahu mempelajari tulisannya,
tulisan Bugis, di panggil lontarak. Pembaca lontarak pula di bilang Massure dan aku mau jadik Massure..
hihihi
Arianna Adrizal wrote:
"aku mula merasakan perlunya aku mengetahui asal usul keturunanku yg digelar lanun satu ketika dulu"
Pada zaman dahulu, lanun itu tidak salah malah merupakan salah satu cabang pekerjaan. Malah kalau ditanya "ayah kamu kerja apa*" dengan bangga anak-anak akan menjawab "ayah aku lanun*"
*setelah diterjemahkan ke bahasa melayu.
~~itu aku~~
Post a Comment