Aku seperti hari biasa lebih menyukai perasaan yang biasa-biasa. Tanpa perlu hadir rasa cinta, suka atau benci. Aku kira jika hari itu aku lalui tanpa perlu memikir sesuatu tentang rasa hati aku, aku udah berjaya. Tapi ia sekali gak mungkin. Kerna manusia biasa tidak perlu kepada perasaan yang biasa-biasa juga. Malah ia harus ada suka juga duka untuk hari itu. Malang aku kira, aku ini tidak pandai mengurus hati aku hingga aku hanya mampu ketemu duka. Kadang, aku lagi jauh untuk rasa yang lagi serius, iaitu aku merasa dendam dan ia rasa yang paling aku tidak gemar diantara barisan rasa yang aku punya (aku tidak punya rasa cinta..ehehe)
Dendam seperti yang aku bisa rasakan ialah satu rasa dari hati. Ia kecil, tapi punyai sifat yang besar. Hingga boleh mendesak tubuh untuk sama-sama bertindak atasa rasa itu. Aku kira dendam bagi diri kecil aku ini, adalah rasa yang lahir dari ketidak puasan aku kepada kejadian yang menimpa aku. Aku kira, jika aku mahu ketemu seseorang dan aku ketemu, tapi ketika aku ketemu aku di cemuh juga di cela atas sesuatu yang aku tidak perbuat. maka aku tidak akan puas hati jadi aku merasa sakit hati . jika waktu itu aku mampu untuk membalas peri lakunya, aku kira dendam itu tidak perlu.
Jadi dendam itu sebenarnya adalah penanguhan terhadap rasa sakit hati kita yang tidak mampu kita luahkan secara terus. Kita membiar sakit hati itu tidak reda lantas untuk meredakannya, kita ubah ia menjadi dendam. Dendam itu pati dari rasa sakit hati tadi, Ia gelap dan sukar putih. Dan ini yang aku tidak suka tentang dendam, ia sukar di putihkan. tapi masih bisa.
Dendam aja bagi aku tidak ada apa-apa kerna ia hanya akan terpendam di dalam hati hingga kita mati jika kita tetap mau dengan dendam itu. Tapi masalah bagi aku, jika ada penambahan perkataan di hadapan dendam itu. Iaitu penambahan perkataan BALAS. Lantas menjadi satu ayat yang aku kira cukup menggerunkan BALAS DENDAM. Tapi ia juga sebetulnya ayat motivasi sekiranya kita membalas dendam untuk sesuatu yang baik.
Di sini akan berlaku banyak perbicaraan moral. Ada yang mengatakan balas dendam itu wajar tapi ada juga yang menegaskan bahawa ia adalah sesuatu yang tidak perlu. Secara logik, meraka yang menyokong balas dendam ini mengatakan bahawa ' dua kesalahan akan menjadikan perkara itu betul'. Dua kesalahan di sini bermaksud si pelaku jenyah tadi di hukum untuk kesalahan dia. Dimana hukuman itu di sifatkan sebagai satu lagi kesalahan, tapi ia menjadikan perkara itu betul.
Malah di sesuatu tempat balas dendam itu udah menjadi satu budaya. Misalnya di Jepun. Mereka punya budaya yang berakar umbi dari zaman samurai. Meraka menggelarkan pembalasan dendam secara membunuh itu sebagai 'katakiuchi'. Meraka ketika udah di jatuhkan air muka, hanya ada 2 perkara harus di buat. harakiri (membunuh diri) atau yang tadi, balas dendam. Dalam masyarakat barat pula, wujud istilah vendetta. Iaitu perbuatan balas dendam bagi menuntut keadilan dan ia di tuntut dengan darah.
Topik balas dendam ini sebetulnya adalah sesuatu yang cukup popular. Hingga banyak karya ulung bertemakan balas dendam. Lihat aja novel 'count of Monte Cristo' juga filem Star Wars Episode III: Revenge of the Sith. Semua berkisar mengenai balas dendam. Itu hanya secebis.
Dalam kehidupan seharian pula, balas dendam berjaya menerbitkan falsafah-falsafah yang menerangkan apa itu balas dendam dengan cara yang indah. Vanesa Williams pernah bilang bahawa 'kejayaan adalah balas dendam yang paling manis' Aku kira dia mahu balas dendam pada kehidupan masa lalunya yang kelam.
Juga bila di lihat pada filem James Bond, For Your Eyes Only, ada dialog seorang lelaki Cina mengatakan bahawa, 'jika kamu ingin membalas dendam, gali dulu dua lubang kubur'. Hurm, aku kira ia satu sindiran untuk pelaku. kerna menang akan jadi arang, kalah jadi abu. Juga bererti dua-dua kalah. Kerja sia-sia aja.
Aku kira untuk membicarakan mengenai dendam ini secara terbuka aku masih belum ahli. Biar ahlinya aja yang bicara. Aku cuma ahli dengan perasaan aku sendiri. Dengan dendam aku. Aku pernah berdendam dan aku pernah membalas dendam itu dengan cara yang aku kira kejam tapi ngak pernah sempurna mengikut rancangan aku. Sepertinya dulu di sekolah, aku mahu membalas dendam dengan rakan aku yang mengejek aku, aku mengejek dia kembali tapi dia ngak sakit hati seperti yang aku rasa. Malah dia kembali tersenyum dan menambahkan lagi sakit hati aku. Di sini aku belajar bahawa dendam tidak semestinya memuaskan hati.
Untuk dendam yang lagi besar, aku biasanya mudah untuk melupakan, kerna aku tidak mampu untuk membalas. Sepertinya kehilangan uang aku yang di curi. Tapi aku tidak tahu dengan siapa aku harus balas dendam, lantas aku membiar aja rasa itu dan aku padam dengan maaf.
Dalam soal yang lagi popular, iaitu cinta. Aku belum pernah merasa dendam. tapi aku kira, aku ini mungkin udah menimbulkan dendam kerna laku aku yang ngak sepatutnya daalm cinta. hehehe. Tapi aku pernah ketemu seorang perempuan cantik. Meski cantik tapi sering aja gagal dalam cinta. Aku kira dia pasti akan membalas dendam dengan lelaki seperti yana biasa aku baca di novel cinta juga di sinetron.
Tapi dengan tenang dia memberitahu aku bahawa, dia tidak pernah berdendam malah dia memaafkan. Kerna bagi dia, meski dia di sakiti oleh pasangan dia, tapi untuk sedikit waktu pasangan dia pernah juga membahgiakan dia. Aku terkaku dengan rasa aku sendiri. Aku melihat jauh dalam mata dia. Dia terlalu cantik dalam soal ini, seiring dengan cantik wajah yang dia punya.
Apa pun, kita harus melihat dari segi agama. Islam mensyaratkan bahawa dendam itu juga adalah sebahgian dari hasad dengki. Dimana hasad dengki akan memakan amalan kita umpamanya api memakan daun yang kering. Jadi kita harus sentiasa berlapang dada agar segala amalan kita tidak sia-sia aja kerna dendam yang kita perbuat. Sentiasa ingati Allah, kerna sesungguhnya DIA tahu apa yang terbaik untuk hambanya.
Aku tidak pasti sama ada mahu meneruskan lagi penulisan ini atau titik aja disini. Kerna topik ini terlalu luas, tapi aku punyai pengetahuan yang terbatas. Aku mohon ampun dengan itu, juga jangan dendam dengan aku.
3 comments:
*menghela nafas..
Menurut pendapat aku (mungkin juga menurut pendapat kamu), seperti kronologinya, rasa dendam itu bermula dengan rasa tidak puashati. Perasaan tidak puashati yang membengkak itu akhirnya mewujudkan perasaan dendam yang melemaskan.
Sebagaimana sepatutnya, sebelum terpejam lena di malam hari, sebaiknya kita memberi kemaafan kepada orang yang salah pada kita. Percayalah, jika rasa dendam itu terlalu kuat membakar diri, melelapkan mata pun sukar akibat 'panas'nya bahang dendam itu.
Kenapa sukar memberikan maaf? Mungkin kerana kita merasakan diri kita hebat, diri kita takkan melakukan kesalahan yang sama atau kita merasa sempurna? Namun percayalah apabila sekali kita memperoleh maaf, kita akan tahu betapa indahnya maaf itu.
Sebagai manusia kita tak dapat lari dari rasa dendam itu. Kawallah diri moga dendam itu tak menjadi hasad yang akan memusnahkan diri sendiri.
#ish panjangnya, mcm blog sendiri pulak#
~~someone~~
ngak apa..
blog aku
blog kamu juga
kerna ia percuma
ehehhe
Post a Comment