Malam tadi aku tersenyum sendiri. Kerna seorang teman aku berkata dia mahu menolong aku menulis blog ini. Dia bilang aku harus menulis begini,
'Malam tadi aku duduk dengan 2 orang perempuan cantik dalam sebuah kereta. Aku tersenyum mendengarkan mereka bicara masalah meraka...bla bla....'
..dan aku lupa seterusnya bagaimana. Tapi itu membuatkan aku terfikir, cara penulisan aku ini udah terlalu mudah di jangka. Tapi setidak-tidaknya aku mampu untuk tertawa malam tadi. Terima kasih pada kedua-dua teman cantik aku itu.
Bagaimana aku berada dalam sebuah kereta dengan 2 orang wanita cantik dan untuk apa aku berada di situ , rasa tak perlu aku jelaskan . Kerna sepeti yang Siti bilang, 'Biarlah rahsia'. Hehehe. Tapi aku tetap mahu menulis sesuatu tentang malam tadi. Menulis tentang apa yang membuat hati aku resah untuk beberapa ketika.
Seorang dari wanita cantik yang menjadi teman aku malam tadi begitu ghairah memberitahu bahawa kami bertiga pada malam tadi terperangkap dalam hidup kerna tidak tahu arah mana yang harus di tuju. Seolahnya kami terperangkap dalam kereta yang tidak pasti kemana mahu di pandu.
Aku kira, hala hidup ini sebetulnya mudah untuk di hala kemana aja kita mahu. Dan pastinya kita semua mahu menghalakan hidup ini kearah kebahgian. Bezanya, istilah kebahgian bagi setiap individu itu berbeda-beda. Mujur malam tadi, kami semua dalam kereta berpendapat kebahgian bagi kami adalah jika mampu memperolehi cinta yang kami ingin mahu. Maksudnya kami berharap kepada cinta yang kami gambarkan dalam fikiran kami yang pasti banyak di pengaruhi oleh pembacaan, pemerhatian juga melalui tontonan di filem-filem. Perkara itu membentuk satu jangkaan di kepala kami dan pastinya di kepala kalian juga. Jangkaan yang bermaksud harapan.
Kami malam tadi berbicara berkenaan harapan yang sederhana aja. Kami mahu pasangan yang mampu membuat kami melupakan masa sedih kami. Pasangan yang sederhana penampilannya juga punyai kesetian yang tinggi. Jika kami peroleh pasangan yang kaya, romantis atau kacak juga cantik, itu semua kami kira sebagai bonus. Tapi yang penting pasangan itu adalah yang kami pilih sendiri.
Rasanya dalam merangka pasangan yang kita mahu biasanya kita terlupa beberapa perkara yang pasti di luar kawalan kita. Kita mungkin ketemu pasangan yang kaya juga memahami serta membahgiakan kita, tapi dia punyai jarak umur yang jauh. Mungkin itu bukan masalah bagi kita dan pasangan tadi, tapi masalah itu timbul pula dari orang tua pasangan kita. Dia mahukan anaknya memilih pasangan yang umurnya begini dan begini. Atau kita udah ketemu pasangan yang terlalu menyayangi kita dan kita rasa begitu bahgia tapi kita terlupa bahawa pasangan kita itu sebetulnya udah menjadi milik orang lain, baik sebagai isteri atau suami.
Masalah yang timbul di sini ialah kita udah menanamkan kuat dalam hati untuk ciri-ciri pasangan yang kita mahu. Dan terus mengabaikan perkara-perkara lain yang kita anggap kecil kerna kita langsung tidak menjangka ia akan terjadi pada kita. Tetapi perkara-perkara itu sebetulnya umpama aisberg, kecil kelihatan tapi pada bahagian yang ngak nampak, ia cukup besar. Dan apabila ketemu perkara-perkara kecil itu, alasan kita biasanya ialah manusia punyai citarasa yang berbeda-beda dan itu benar. Tapi alasan itu kita hanya pakaikan untuk diri kita, tidak untuk orang lain. Kita mahu mereka memahami kita, memahami cinta kita, tapi kita biasanya ngak mahu memahami kenapa cinta kita , kenapa kasih kita di tentang oleh manusia-manusia lain. Lantas bila perkara yang kita anggap kecil ini di tentang oleh manusia lain kita mudah untuk kecewa tanpa memikir perkara yang kita anggap kecil itu sebetulnya cukup besar bagi manusia lain.
Kerna kita tidak menganggap halangan itu sebagai sesuatu yang wajar kecewa kita akan menjadi semakin kuat. Tapi aku sendiri begitu, aku tidak pernah berpendapat bahawa ekonomi adalah halangan yang wajar kerna itu bisa di usaha. Tapi untuk manusia lain ekonomi itu adalah halangan yang wajar dan mesti jadi orang yang betul-betul kukuh baru bisa bersatu. Aku hormati pendapat itu biar aku merasa itu masih tidak wajar . Begitu juga hal dengan halangan umur juga halangan lainnya.
Rasanya aku kira aku masih beruntung kerna lahir dalam Islam dan Islam punyai panduan untuk memlih pasangan tadi. Seperti asasnya yang 4. Cari pasangan kerna rupanya, kerna keturunannya, kerna sekufu, kerna hartanya dan yang paling utama kerna agamanya.
Aku tidak bisa memberitahu apa yang sepatutnya kita semua perbuat bila berhadapan dengan masalah mencari kebahgian ini. Kerna aku juga begitu. Tapi apa yang aku bisa bilang, kita semua hidup dalam dunia dan dunia itu bukannya surga, segala-galanya indah. Tapi jangan pula merasa dunia itu neraka, segala-galanya duka. Dunia itu tempat untuk kita ketemu segala macam perkara yang kita tidak pernah jangka. Sama ada ketemu hal yang buruk juga hal yang baik. Kita biasanya terlalu menumpu kepada hal yang buruk aja hingga terlupa betapa untungnya kita. Kerna masih punyai keluarga, teman-teman juga kerja yang membahgikan kita sebelum kita ketemu pasangan kita. Tapi segalanya itu berubah hanya kerna kita berpasangan dengan seseorang yang memenuhi harapan kita tapi hanya untuk perkara yang kita jangka, tidak perkara yang kita tidak jangka.
Jadi bagi aku, bahagia itu bukan sesuatu yang boleh kita jangka juga cipta. Kita hanya boleh merangka juga berusaha. Kerna hasil akhirnya bukan di tangan kita. Untuk apa kita melukai hati yang ramai jika hanya untuk menjaga hati yang satu. Aku rasa kita di sini bukan datang untuk mencari kebahgian tapi hanya untuk memberi kebahgian. Jika kita tidak mampu memberi kebahgian kepada diri kita sendiri, jangan pernah lupa di sekeliling kita ini masih ramai yang boleh kita berikan kebahgian, keluarga kita, teman-teman kita juga kepada manusia-manusia lain.
Cukup sampai disini aja dulu. Jadi pada teman aku yang cantik itu, kesat air mata itu jika kamu udah merasa puas menangis, jika kamu tidak mampu tersenyum untuk diri kamu sendiri, tersenum aja untuk aku. Kerna aku sentiasa bahgia dengan senyuman kamu itu. Dan pasti aku juga seperti kamu, akan cuba memberi kebahgian yang aku tidak peroleh tadi kepada kamu kembali.
No comments:
Post a Comment