Monday, July 31, 2006

rasa ini mati

Aku bosan sebetulnya
bosan dengan rasa ini
rasa yang membuat aku memikir
bahawa sampai bila aku bisa menanggung rasa ini.
aku kira aku mampu menangung rasa ini
untuk selamanya tapi aku lupa, aku hanya manusia.
pasti aku punyai batasan
dan bila aku sampai batas aku
aku memohon maaf
jika aku melukakan kamu, semaunya aku
tapi sehingga detik itu aku sentiasa berdoa
aku mati dengan rasa ini tanpa perlu melukai kamu
kerna aku terlalu
sayang pada kamu

1 comment:

Anonymous said...

Penutup bulan July kamu dihiasi dengan puisi. Kadang meluahkan perasaan secara langsung amat payah, maka puisi jalan yang terbaik... bukankah begitu sahabatku?
Semoga akan kau temui ketenangan...