Friday, February 06, 2009

Si tukang sapu sampah dan si cinta

Pagi itu, tukang sapu sampah sudah duduk di bawah pokok sambil mengesat peluh. Matanya meliar ke seberang jalan. Ada lelaki sedang sibuk membungkus nasi lemak yang yang mengasap nipis. Halkum tukang sapu sampah itu perlahan mula turun naik.

Pagi tadi dia baru sahaja menyapu segala sampah daripada manusia-manusia bijak pandai di ibu kota itu. Dari sekecil-kecil pin, hingga sebesar-besar sofa. Dari semulia lembaran kitab suci sehingga pada kantung getah lonjong yang berisi cecair putih.

Tukang sapu sampah itu berdiri perlahan, melangkah perlahan, namun peluhnya masih mengucur deras dari dahi, jatuh ke pelupuk mata, singgah ke pipi dan terus menitik setitik ke lidah. Tukang sapu itu menggeliat wajahnya, bibirnya dikemam-kemam. Seketika dia sudah tegak di hadapan si penjual nasi lemak.

“Hendak apa?” soal si penjual nasi lemak sambil tersenyum.

“Nasi lemak biasa,” jawab tukang sapu sampah. Halkumnya sesekali masih turun naik.

Tangan si penjual nasi lemak itu tangkas. Hanya beberapa detik nasi lemak sudah terbungkus. Tukang sapu sampah tersenyum lalu mengaduk kocek seluarnya. Dahinya berkerut apabila memandang apa yang ada dalam genggamannya. Dia kembali bertatapan dengan dengan si penjual nasi lemak.

“Tambahkan kerang dan ayam goreng, ya,” kata si tukang sapu sampah.

Si penjual nasi lemak tersenyum lagi seraya berkata, “Kamu tidak ada wang kecil, ya?”

Tukang sapu sampah diam. Matanya tetap menatap si penjual nasi lemak.

“Biasanya memang begitu. Apabila si pembeli tidak punyai wang kecil, sedangkan beliannya hanya kecil dan bagi tidak membuat si penjual jengkel dia menambahkan nilai beliannya,” sambung si penjual nasi lemak sambil tangkas menceduk ayam dan kerang.

“Maaf, saya hanya ada wang 50 ringgit. Gaji baru masuk,” kata si tukang sapu sampah dengan nada suara yang bergetar.

“Jangan pula kamu rasa bersalah. Saya tidak marah malahan suka. Cuma sikap kamu itu melambangkan diri kamu,” tegur si penjual nasi lemak.

“Sikap saya? Apa?”

“Suatu saat nanti dengan hati kamu yang besar itu, kamu terpaksa memberikan nilai yang tinggi pada sesuatu perhubungan walaupun hakikatnya, bukan itu yang kamu niatkan. Cuma sahaja, hati kamu besar.”

“Maksudnya?”

“Kamu akan faham sendiri nanti,” kata si penjual nasi lemak lalu tersenyum.

Si tukang sapu sampah mengerut dahi sambil perlahan-lahan menghulurkan not RM50.

9 comments:

precious_by_me said...

apa mksdnya??

Suatu saat nanti dengan hati kamu yang besar itu, kamu "terpaksa memberikan nilai yang tinggi pada sesuatu perhubungan walaupun hakikatnya, bukan itu yang kamu niatkan". Cuma sahaja, hati kamu besar.”

silencez said...

cik din..
org pun kurang faham. meh la terangkan sikit.

Anonymous said...

huhuhu saya pun tak faham...

Anonymous said...

*kantung getah lonjong yang berisi cecair putih - kondom ek? ahaks

cam diadaptasi dr kisah benar plak.. bab kekadang bende camni jadi kat aku gak.. pergh


pablo

Anonymous said...

hermmm...seketika saya rasa saya faham. fikir-fikir balik, tak faham pula.

apakah yg dimaksudkan itu?

sungguh cerita ini penuh makna mendalam.

Anonymous said...

ape neraka cite nie

cepat sambung ahaha

Amin Ahmad said...

gua sebagai bekas housemate lu nak cuba teka..

kadangkala kita berlebihan dalam memberi cinta dan akhirnya cinta itu tidak dinilai lagi...

agaknya la din oi, hehe

Anonymous said...

Hmm...
ok
nanti sambung lg citernya
:-p

|dingin|

thoyol said...

Haih..

I guess it happened to me to. Not the sapu sampah but the incident of emphasizing a value of relationship eventhough it doesn't worth it..

I guess my heart is proportioned to my big body. Haha..